Percutian ke Bandung, Indonesia beberapa ketika yang lalu pernah menjadi pilihan ramai untuk melancong. Kota itu mempunyai cuaca dan pemandangan yang begitu menarik selain lokasi untuk membeli-belah yang sangat menyeronokkan.

Namun, dengan kewujudan daerah lain di Indonesia yang lebih menarik untuk dikunjungi atau Negara lain yang lebih seronok untuk ‘shopping’, percutian untuk ke Bandung sedikit suram.  Turut di kenali sebagai Paris Van Java, Bandung kini mempunyai pelbagai tarikan baharu yang lain mesti dikunjungi.

Dengan bajet serendah RM600 seorang, anda boleh nikmati daerah Bandung selama 5 hari 4 malam. Ikuti coretan yang dikongsi oleh seorang cikgu ini dilaman sosialnya.


Trip Bandung 5D4N Hanya RM600

Itinerari Trip Lima Hari Ke Bandung Hangus RM600 Seorang. Bajet Betul Ni!
Cikgu Tg rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman Trip Bandung yang Cikgu Tg rasakan sangat menarik dan berbaloi kerana banyak tempat yang sangat indah permandangannya dapat dilawati dan paling penting murah Ongkosnya, 5 hari 4 malam hanya dengan RM600 sahaja seorang, siap termasuk tiket Flight yer.

Dalam posting kali ini Cikgu Tg akan menceritakan bagaimana mencari Flight yang murah dan tempat-tempat menarik yang perlu dilawati (very recommended) serta bagaimana memaksimumkan perjalanan 5 Hari 4 Malam dengan meminimakan kos penginapan, perjalanan dan lain-lain kos.

Bandung adalah salah satu tempat yang sangat sesuai untuk dijadikan tempat Honeymoon buat pengantin baru kerana pemandangannya yang super indah, sesuai untuk merakam detik-detik indah bersama pasangan masing-masing dan lokasinya yang berada di lereng-lereng pergunungan, menghasilkan udara yang sejuk dan nyaman sekali.

Buat pengantin lama seperti kami juga sangat sesuai berjalan ke Bandung, boleh dijadikan sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan kerana pelbagai barangan serta kain-kain menarik boleh didapati di sini dengan harga yang sangat murah. Ada yang menggelarkannya sebagai ‘syurga shopping’.

Itinerari

Itinerary kami 5 Hari 4 Malam ke Jakarta dan Bandung. Trip ini tidak menggunakan mana-mana travel Agent Syarikat Perlancongan di Malaysia sebaliknya trip ini diatur sendiri dan hanya menggunakan perkhidmatan Supir di sana. Sangat jimat ongkosnya, semacam ngak percaya. Hari kedua di Bandung adalah hari Shopping manakala hari ke 3 adalah hari jalan-jalan melihat permandangan. Saya akan ulas satu persatu itinerary ini di setiap gambar insyaAllah.

Itinerari Trip Lima Hari Ke Bandung Hangus RM600 Seorang. Bajet Betul Ni!

Tiket Penerbangan

Pemilihan Flight adalah sangat penting dalam menjimatkan perbelanjaan Trip ini. Jika dilihat Trip pergi kami ke sana hanya RM119 sahaja seorang.

Untuk penjimatan maksimum, kalian perlu turun ke Jakarta kerana flight direct ke Bandung lebih mahal berbanding ke Jakarta. Untuk infant(2 tahun ke bawah) kosnya boleh dapat hanya RM10 bergantung kepada flight. Kami pergi dengan Air Asia.

Itinerari Trip Lima Hari Ke Bandung Hangus RM600 Seorang. Bajet Betul Ni!

Pembelian harus dibuat pada tengah malam. Kami beli murah ini pun dalam masa seminggu, kalau dirancang lebih awal, pasti boleh dapat harga yang lebih murah.

Flight balik juga harus ke Jakarta untuk lebih murah. Alhamdulillah kami dapat Rm131.95 untuk dewasa dan Rm20.49 untuk infant.

Ads

Kami pulang dengan Malindo Air. Dapat luggage seberat 25kilogram seorang. Membawa pulang segala hasil tangkapan di Bandung.

Pengembaraan Bermula…

Itinerari Trip Lima Hari Ke Bandung Hangus RM600 Seorang. Bajet Betul Ni!

Alhamdulillah selamat touch down di Soekarno Hatta Airport Jakarta. Syukur Adni baik-baik sahaja di dalam flight, siap dibawa lari oleh pramugari lagi masuk ke kabin.

Itinerari Trip Lima Hari Ke Bandung Hangus RM600 Seorang. Bajet Betul Ni!

Mengisi perut di Bakso Rusuk Samanhudi. Very recommended. Bagi yang sukakan kepedasan, kalian perlu mencuba Bakso Mercun. Pasti kalian Nendang Poll.

Itinerari Trip Lima Hari Ke Bandung Hangus RM600 Seorang. Bajet Betul Ni!

Tempat pertama lawatan kami adalah ke Taman Mini Indah Indonesia(TMII). Satu taman mini yang sangat luas, mengumpulkan bangunan serta rumah-rumah pelbagai suku kaum yang terdapat di Indonesia.

Itinerari Trip Lima Hari Ke Bandung Hangus RM600 Seorang. Bajet Betul Ni!

Salah satu tempat yang paling menarik perhatian di Taman Mini ini adalah Istana Anak-anak Indonesia. Rupanya yang seakan-akan Disneyland menjadikan bangunan ini mencuri perhatian para pelancong yang hadir.

Ads

Itinerari Trip Lima Hari Ke Bandung Hangus RM600 Seorang. Bajet Betul Ni!

Hari kedua kami sarapan di Warung Nasi Empera.

Itinerari Trip Lima Hari Ke Bandung Hangus RM600 Seorang. Bajet Betul Ni!

Tidak lengkap berjalan ke Bandung jika tidak ke Pasar Baru. Satu shopping complex yang sangat padat dan menawarkan harga kain-kain serta pelbagai peralatan dengan harga yang sangat murah. Di sini kalian perlu berhati-hati, beg harus di letakkan di hadapan kerana dibimbangi pencopet yang sangat profesional. Kain telekung disini sangat murah. Di Malaysia dengan kualiti yang sama harganya mencecah RM200-RM300 tetapi di sini boleh didapati dengan harga hanya RM50. Diborong terus kami di sini.

Itinerari Trip Lima Hari Ke Bandung Hangus RM600 Seorang. Bajet Betul Ni!

Sebelah petangnya shopping pakaian di Toko Tiga, sebuah gedung Jeans berjenama paling laris di Bandung. Juga shopping kain di Bandung Exclusive. Very recommended tempat ini. Pelbagai corak kain yang terbaru dan menarik, harganya yang murah menjadikan pengunjung rambang mata dan terpukau.

Itinerari Trip Lima Hari Ke Bandung Hangus RM600 Seorang. Bajet Betul Ni!

Singgah solat zohor dan asar di Masjid Al-Imtizaj, sebuah masjid yang dahulunya tokong. Seorang Cina Muslim Muallaf menukarkannya menjadi Masjid selepas pengislaman beliau, alhamdulillah.Seni bina, perhiasan dan warnanya dikekalkan kelihatan sangat unik dan indah.

Ads

Hari ke 3 kami bersarapan di Soto Ahri Garut. Soto yang telah dimulakan sejak 1943. Sangat sedap. Tengahari singgah di My Secret atau The Hobbit. Suatu perkampungan yang sangat indah dengan pelbagai bunga bungaan yang memukau.

Itinerari Trip Lima Hari Ke Bandung Hangus RM600 Seorang. Bajet Betul Ni!

Seterusnya kami ke Singgah ke Kopi Luwak Cikole. Tempat pemprosesan Kopi Luwak. Kopi yang dimakan oleh Luwak(Musang), najisnya mengekalkan bentuk biji kopi, dibersihkan, dijemur dan dikisar menjadi serbuk kopi. Kopi ini mendapat pengiktirafan dan terbukti bagus kerana mengandungi Zero Caffeine.

Itinerari Trip Lima Hari Ke Bandung Hangus RM600 Seorang. Bajet Betul Ni!

Itinerari Trip Lima Hari Ke Bandung Hangus RM600 Seorang. Bajet Betul Ni!

Kawah Putih adalah satu kawah yang terbentuk dari letusan gunung berapi yang sudah tidak aktif.

Itinerari Trip Lima Hari Ke Bandung Hangus RM600 Seorang. Bajet Betul Ni!

Pemandangan Super Indah di Glamping. Tasik di kaki pergunungan.

Penginapan

Itinerari Trip Lima Hari Ke Bandung Hangus RM600 Seorang. Bajet Betul Ni!

Semua pasti tertanya-tanya bagaimana penginapan yang kami duduki dengan kos berjalan dan penginapan hanya RM600. Kami berlapan bersama dua bayi tinggal di Homestay 4 bilik tidur, 2 bilik air, sangat selesa dan lengkap dengan dapur, meja makan, mesin basuh, peti sejuk dan bilik tidur berhawa dingin. Terbaik. Harganya? Hanya Rm300 semalam bersamaan rm37.50 seorang untuk satu malam. 4 malam hanya Rm150 per person. Murahkan?

Semoga Allah merahmati kita dan keluarga kita semua. Mengembara Melihat Alam, Moga Lebih Dekat Dengan Tuhan.

– Cikgu Tg –
Successful Muslim Entrepreneur
Mengembara. Menulis . Menginspirasi

Sumber: Facebook Cikgu Tg Abdul Ghafar

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI