Walaupun Aceh kurang popular sebelum ini tetapi selepas tsunami, aktiviti pelancongannya berkembang pesat ke seluruh dunia. Semua orang teringin untuk menjejakkan kaki di Acheh melihat kesan selepas tsunami yang berlaku beberapa belas tahun lalu.
Banda Aceh menjadi tempat tarikan pelancong terutamanya untuk percutian berkaitan keagamaan. Dengan melawat Muzium Tsunami Aceh, Kapal PLTD Apung, Masjid Raya Baiturrahman dan Masjid Rahmatullah di pantai Lampuuk yang kukuh berdiri sewaktu bencana itu melanda pelancong boleh mengambil iktibar atas tanda kekuasaan Tuhan itu.
Tetapi lawatan dan percutian ke Acheh bukan setakat itu sahaja. Banyak lagi destinasi istimewa dan menarik yang ada antaranya Pulau Weh, Sabang. Pulau ini terkenal dengan kejernihan air lautnya, putih pasir pantainya dan keindahan kawasan sekitar. Untuk pergi ke Pulau Weh, pengunjung cuma perlu menaiki feri selama kira-kira 45 minit dari Pelabuhan Ulee Lhueue, Banda Aceh sebelum meneruskan perjalanan darat ke jeti di tepi pantai Iboih, daerah Sukakarya untuk sampai ke Pulau Rubiah.
Ikuti perkongsian ini.
Pada asalnya niat trip saya ini hanya untuk merasai pengalaman berpuasa dan berterawih di Banda Aceh pada bulan Ramadhan lalu.
Selepas baca perkongsian lain, cantik pula Pulau Weh Sabang ini. Terus rasa menyesal beli tiket 3 hari 2 malam saja. Banyak tempat terpaksa skip disebabkan kekangan masa.
Namun difikirkan semula, memadai juga 3 hari 2 malam kerana tidak dapat snorkelling di pulau. Dicadangkan 4 hari 3 malam atau 5 hari 4 malam untuk lebih santai.
Hari 1
KUL – BTJ
Airport ke Pelabuhan Ulee Lheue (110k Teksi Innova)
Beli simcard di pelabuhan (50k 3gb data)
Pelabuhan Ulee Lheue ke Pelabuhan Balohan (160k return tix)
Sewa skuter (100k sehari, minyak 30k. Boleh whatsapp no ni +6285261288072 / Kak Bunga. Kak ni orang Shah Alam, dah kahwin dengan orang sana)
Pelabuhan Balohan ke Freddies Beach Resort
Check in Freddies Beach Resort (RM 103 via booking)
Gua Sarang
Kilometer 0
Pantai Ibioh
Pekan Sabang
Pantai Sumur Tiga
Balik ke Freddies (buka puasa)
Terawih di Masjid Babussalam
Hari 2
Sahur & tengok sunrise
Check out
Tugu I Love Sabang
Pelabuhan Balohan ke Pelabuhan Ulee Lheue
Banda Aceh tour (naik becak, 150k)
Kapal PLTD
Muzium Tsunami Aceh
Muzium & Rumah Aceh
Masjid Baiturrahman
Kapal Di Atas Rumah
Check in Hotel Siwah (RM 71 via agoda)
Pasar Aceh Baru (grab bike 5k)
Mie Razali (buka puasa) (grab bike 5k)
Terawih di Masjid Baiturrahman (grab bike 5k)
Hari 3
Check out
Airport (Grab bike 60k tak sure, lupa)
Singgah sekejap di Kuburan Massal Tsunami Siron
BTJ – KUL
1. Dari airport ke pelabuhan perlu naik teksi Innova. Ramai pemandu teksi tunggu di pintu ketibaan. Grab memang tiada di sini disebabkan polisi yang menghalang Grab untuk tunggu di airport. Harga teksi dalam 150k tetapi saya dapat 110k setelah minta tawar.
2. Sekiranya solo, ada cara lain untuk ke bandar/pelabuhan dari airport. Boleh jalan kaki untuk keluar dari kawasan airport dalam 1km, kemudian naik bas berwarna biru. Percuma.
3. Kad sim ada dijual di pelabuhan. 50k untuk data 3GB. Semasa saya pergi, kejadian rusuhan Presiden baru berlaku di Jakarta menyebabkan kesemua media sosial disekat. Cara penyelesaiannya, muat turun VPN. Sekarang tidak lagi disekat.
4. Tiket feri boleh beli return terus. Jimat 10K kot. Ambil feri ekspress dlm 45 minit sahaja, kalau feri lain dalam 2 jam. Paling awal rasanya pukul 10 pagi. Dari Sabang ke Aceh, feri paling awal pukul 8.30 pagi dan petang kalau tak salah pukul 2.30 petang.
5. Turun di Pelabuhan Balohan, boleh cari orang yang tunggu di tepi ruang pejalan kaki untuk sewa skuter.
6. Dari Pelabuhan Balohan ke Freddies dalam 20 minit. Google maps ja. Sebelah tangan pulas minyak, sebelah tangan pegang fon.
7. Gua Sarang, Pantai Ibioh dengan Kilometer 0 tu satu jalan. Kilometer 0 paling jauh. Dalam 30 km dari Freddies.
8. Boleh pergi ke Benteng Jepang, Terowong Jepang & Ujung Keraung.
9. Kalau nak snorkelling, boleh tanya di Freddies/hotel yg menginap or nak senang cari saja pakej di Pantai Iboih. Starting point di sini. Boleh ambil pakej snorkelling di Pulau Rubiah + dolphin tour dalam 400 – 500k.
10. Kalau stay di Freddies boleh try makan Mi Goreng Aceh & Freddies Favourite Pizza. Sedap.
11. Setibanya di Pelabuhan Ulee Lheue dari Sabang/Pulau Weh, ramai pemandu becak dan teksi menunggu. Sekiranya belum tempah supir, bolehlah deal di sini. Dicadangkan untuk ambil tour terus, senang. Kalau becak harganya 200k, setelah tawar dapat 150k. Kalau teksi, maaf saya tak pasti.
12. Kena try minum kopi di Aceh ni. Sedap. Boleh beli serbuk kopi atau kopi 3 in 1 as souvenirs.
Sumber: FB Nizar Latif