Itinerari Trip Ke Disneyland Hong Kong Yang Mesra Muslim. Memang Lokasi Best Bawa Anak Bercuti

Share

Taman tema Disneyland Hong kong merupakan lokasi paling terdekat buat penduduk Asia, selain di Shanghai yang teringin menjejakkan kaki di dunia fantasi Disney. Bagi mereka yang ingin meluangkan masa dalam taman tema ini sehari suntuk tidak menjadi kerisauan lagi kerana Disneyland Hong Kong turut menyediakan restoran makanan halal kepada pengunjungnya.

Bagi mereka yang mencari kelainan dalam melihat pemandangan Hong Kong jangan lepaskan peluang untuk menaiki Harbour Cruise antara tarikan penting pelancong ke Hong Kong.


Itinerari lengkap percutian keluarga ini ke Hong Kong terutamanya untuk ke Disneyland Hong Kong yang dikongsikan di laman sosialnya memang membantu anda yang bercadang ke negara tersebut.

Oleh kerana ramai yang DM minta tips, jadi sy nak share sikit bagaimana saya dan suami ‘travel’ bersama anak-anak kecil dan juga itinerary 6h5m kami di Hong Kong. InsyaAllah tak sesat.

Siapkan itinerary yang lengkap sebelum bertolak; jangan terlalu padat kerana kita ada anak-anak kecil. ‘Study’ dulu tempat-tempat yang ingin dilawati supaya tidak banyak masa yang terbuang nanti. Ketika di themepark seperti ocean park & disneyland pastikan anda tahu schedule utk setiap show/ parade/ theatre dll supaya anda dapat ‘enjoy’ semua tarikan yang ada. Kalau tak, rugi bayar mahal-mahal.

Tip Percutian Bersama Keluarga Ke Hong Kong

Beli tiket untuk semua tarikan sebelum bertolak, lebih mudah dan boleh jimatkan masa. Untuk ke Hong Kong kali ini semua tiket Disneyland, Ocean Park, Peak Tram & Aqua Luna saya beli melalui KLOOK. Selalunya ada promosi dan tentulah lebih murah! Semasa di sana, cuma bawa duit belanja (makan & pengangkutan) sahaja. Harga tiket yang kami beli; Disneyland RM942, Ocean Park RM694 (fast track), Aqua Luna RM217.20 & Peak Tram (fast track) RM164 (semua harga ini adalah utk 2 dewasa & 2 kanak-kanak). Harga mungkin berbeza mengikut promosi yang ada pada KLOOK

Pilih tempat penginapan yang dekat dengan stesen keretapi/ pengangkutan awam lain supaya anak-anak tidak kepenatan berjalan jauh. Rajin-rajinlah baca review sblm menempah tempat penginapan

Bawa bekalan ubat seperti ubat demam, batuk, selsema, cool fever & lain-lain untuk anak-anak. Kadang-kala susah utk berkomunikasi di farmasi jika mereka kurang fasih berbahasa Inggeris

Siapkan kelengkapan anak-anak sebelum tidur supaya boleh keluar lebih awal mengikut itinerary yang telah dirancang (semestinya mummy akan tidur paling lewat & bangun paling awal ). Biasanya saya akan keluarkan siap-siap baju, seluar, socks etc sebelum tidur. Pagi-pagi anak-anak mandi terus boleh capai baju & siap!

Bawa bekalan makanan setiap kali keluar untuk berjalan. Contohnya masak megi goreng, bawa biskut, roti, coklat atau apa-apa sahaja untuk anak-anak alas perut jika lapar. Biasanya mereka akan cepat lapar ketika keluar berjalan

Bawa sepersalinan baju ganti untuk bayi/ anak yang masih kecil (termasuk sweater/ wintercoat jika cuaca sejuk) *yang ni mummy fail! Elle pernah kena cari winter coat baru, baby pon sama, nasib baik kebetulan kedai depan mata ? Susu, air panas, diapers tu tak payah mention pon tak apa kan, yang tu semua mak2 dah expert!

Rancang dan pilih tempat yang sesuai untuk dilawati oleh anak-anak. Biasanya kami akan selang-seli hari utk ‘sightseeing’ & juga ke tempat pilihan anak-anak (zoo, theme park dan lain-lain). Kalau sekadar menikmati pemandangan mestilah anak-anak cepat bosan. Mummy daddy je excited!

Gadjet hanya akan diberi ketika di hotel shj (sementara tunggu turn nak mandi/ tunggu mummy siapkan makanan). Sepanjang masa di luar, biar anak-anak nikmati tempat-tempat menarik yang dilawati

Bekerjasamalah suami & isteri untuk menguruskan anak-anak. Biasanya awal pagi suami akan mandikan anak-anak, saya pula siapkan bekalan/ apa-apa yang patut. Selepas seharian keluar, sampai hotel suami akan mandikan anak, saya pula akan siapkan makanan untuk anak-anak (jika belum makan malam di luar). Kalau nak harapkan isteri buat semua, memang serik kot nak travel lagi.

Nikmatilah percutian anda! Bila anak-anak dah besar, kita pasti akan rindu suasana kelam kabut nak uruskan anak-anak ketika travel. Memang penat, tapi seronok! Jadi jangan ragu-ragu lagi untuk bawa anak-anak kecil keluar melihat dunia.

Sumber: FB Norbaizura Haris

Oleh
Husna