Itinerari Trip 10 Hari Percutian Ke Sri Lanka. Puas Hati Weh!

Share

Sri Lanka antara lokasi wajib masuk dalam senarai destinasi pelancongan impian anda. Selain bajet yang berbaloi, Sri Lanka mempunyai banyak tarikan sendiri.

Kalau anda memilih pergi ke kota-kota dengan alam pergunungan dan bukit bukau, hutan atau taman nasional, kebun teh,sungai dan air terjun atau ingin melakukan trekking maka hill country di Sri Lanka adalah tempat yang tepat.

Haputale sendiri merupakan kota perbukitan yang menjadi base ideal untuk mengunjungi Horton Plains National Park (salah satu taman nasional terbaik di Srilanka) juga beberapa ladang teh sekitar seperti yang paling popular iaitu Dambatenne Tea Factory, di mana teh Lipton terdapat di sana. Perjalanan dengan kereta dari Haputale ke Ella menawarkan salah satu pemandangan terbaik di Sri Lanka.

Ini hanya sedikit info lokasi ‘best’ yang ada di Sri Lanka. Jika ingin lebih lagi, anda boleh cuba jelajah negara ini selama 10 hari seperti yang dikongsikan Nurul Syafiqah Ahmad Ashari

Destinasi: Colombo – Dambulla – Sigiriya – Kandy – Ella – Mirissa – Galle – Colombo

Day 1 – 16/11/2019

  • 1720 KB to KUL
  • 1830 Arrived KUL
  • 2100 Flight to Colombo
  • 2200 Arrived Colombo

Bas seawal 6am dah start. bus ada dekat pintu arrival,tanya je polis dekat pintu,nanti dia tunjuk bus mana nak naik.
Dari airport terminal ada bas private (ac, mahal sikit) dan lompat2 (no ac, murah). naik bus dari Negombo (airport) ke Colombo (bus) : LKR150 .

Day 2 – 17/11/2019 Bus to Dambulla

  • BUS : Colombo Bastian Mawatha Bus Terminal Take a Route 48-3 Colombo – Kaduruwela or any other bus with Route number starting from 48 (ex. 48, 48 -2, 48 -3 etc.). Buses run every 30min or every 1 hour around the clock. The normal service fare will be less than LKR 300. Duration is about 4 hours.

Tukar bas lain. *From Dambulla there are buses that run regularly TO SIRIGIYA between 6:30 AM and 6:00 PM for Rs. 40 (one-way) and take about 45 minutes to get there.

  • WHAT TO DO

Ptg tu :
Visited – Sigiriya Lion Rock (must visit).
– tiket masuk sigiriya rock (350M) adalah sebanyak usd 30 @lkr 4650 @ RM125.

Day 3 – 18/11/19 FROM SIGIRIYA BUS KE DAMBULLA BUS KE KANDY TRAIN KE NUWARAELIYA

  • Nuwara Eliya
  • Sampai Nanu-Oya kul 3 lebih. Train akan berhenti di 4 main station. keluar train station akan ramai offer tuk2. Jalan sikit nampak bus stand. Depan bus stand ada masjid dan kedai makan halal. Zam2 restoren. kami beli nasi je. Amik tuk2 ke hostel.

DAY 4 – 19/11/19 MASIH D NUWARA ELIYA ACTIVITI

  • Sewa tuk2 untuk jalan2 di Nuwara Eliya
  • Tea Factory – damro tea, oak ray tea
  • Gregory Lake (Little England of Sri Lanka)
  • Lover’s leap waterfall
  • St. Claire’s waterfall – tracking ke sini ada banyak pacat
  • Siap tour suh hantar ke train station
  • THE FAMOUS BLUE TRAIN DARI NUWARA ELIYA KE ELLA

Day 5 – 20/11/19

  • Pagi : kejar sunrise
  • Little Adam’s Peak – hike to Little Adam’s Peak (1 hours hike) 1141 m high. Easy track. Disarankan naik jam 6.30 pagi.
  • Balik breakfast lpstu:
  • Ambik tuk2 ke Uda Diyaluma Waterfall – Upper Uda Diyaluma falls, Koslanda. Air terjun kedua tertinggi Sri Lanka. Hiking dalam 30 minit untuk sampai ke sini.
  • Rawana waterfalls – singgah ambik gmbar je
  • Otw balik mintak driver tuk2 singgah kedai makan dan bakery halal.
  • Ella town

Day 6 – 21/11/19

  • Pagi : keluar awal sbb nak tgk train lalu
  • Nine Arches Bridge – Trains pass the bridge about 6 times a day
  • Checkout : ambik tuktuk ke bus station
  • ELLA BUS TO MATARA BUS TO MIRISSA
  • Ptg smpai mirissa : jalan kaki ke coconut tree hill. Berbaloi tunggu sunset.

Day 7 : 22/11/19

  • Start jam 6pg: Indian Ocean whale watching – Indian Ocean by boat for whale watching in the morning. Rm160
  • Mirissa beach
  • Ptg : ambik tuk2 Parrot Rock, Secret Beach
  • Ke waligama kedai makan halal
  • *bnyak tempat xpegi di mirissa & galle sbb hujan pg dan petang

Day 8 : 23/11/19 Mirissa bus to GALLE

  • Galle ambik tuk2
  • Stilt fishing, Midigama Beach : LKR100
  • Galle Fort
  • *bnyak tempat xpegi di mirissa & galle sbb hujan pg dan petang
  • PETANG : GALLE BUS TO COLOMBO
  • *sebenarnya nak naik train tp kena menunggu lama utk next train so tukar plan naik bus – sebelah stesen train je stesen bus.
  • MALAM : One Galle face *mkn kfc

Day 9 : 24/11/19 COLOMBO

  • Places visited – Pettah Market. Galle Face Green. Beira Lake, National Museum, Jami-ul Alfar Mosque (the red mosque) Old Dutch Hospital

Day 10 : 25/11/19

  • COLOMBO (CMB) 2300H – KUALA LUMPUR 0500Hr
Oleh
Husna