Pasar Siti Khadijah, Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor serta Rantau Panjang, di Kelantan masih lagi meriah ketika ini dikunjungi pengunjung daripada kawasan yang tidak terlibat dengan sebarang sekatan perjalanan akibat wabak pandemik.
Kelantan juga muncul sebagai negeri yang menerima paling ramai pelancong, memberi isyarat yang baik negeri itu melalui fasa pemulihan bagi industri pelancongan. Destinasi menarik dan syurga makanan di Kelantan menjadi antara faktor penyumbang kepada kebanjiran pelancong domestik di negeri itu. Ditambah pula dengan keyakinan pelancong terhadap aspek keselamatan dan kesihatan terhadap negeri Kelantan yang masih berada pada tahap rendah kes COVID-19 di negeri mereka.
Jom cuti-cuti Kelatan, ini panduan itinerari untuk percutian 3 hari 2 malam yang dikongsikan saudara Helmi Baharum. Lebih 20 destinasi yang sempat dikunjunginya. Menarik!
KELANTAN SHORT TRIP: KOTA BHARU & SEKITARNYA.
- 9-11.Okt.2020
- Penerbangan: KL-KB-KL RM24
Hari 1
- Flight touchdown-TQ Munzir pick up & bawa jalan-jalan
- Pantai Senok /Nami:Bachok
- Masjid Ar-Rahman Tok Gajah
- Stay Hotel Harmoni RM19x2 malam
- Food Trucks KB
Hari 2
Sewa motor RM30/day Zaki:+60143133115
- Pasar Terapung Pengkalan Datu + River Cruise trip RM5.
- Kopitiam Kita.
- Mural Paintings KB: Sedih kisah Palstine
- Bulatan Kurma@ Bulatan Jam KB
- Istana Jahar RM2
- Muzium Kelatan RM2
- Masjid Muhammadi
- Kampung Kraftangan
- Pasar Siti Khadijah
- Sultan Ismail Petra City
- Pantai Mekmas
- Kedai Kopi Din Tokyo
Hari 3
- Check-in Cerana Villa Resort RM18. Bilik berdepan Sungai Peng Datu View. Mantap Hotel Kontena.
- Bukit Panau Tanah Merah
- Masjid Brunei Darussalam Pasir Mas
- Danau Tok Uban Pasir Mas
- Dodol & Serunding Hjh Wan Sabariah Pasir Mas
- Kak Jah Ayam Percik Pasir Mas
- Kak Zah Pokok Kelat Maggi Telur Sotong-kalau pegi Pantai Nami wajib singgah sini ya.
Fuh, dapat layan gambar-gambar di Kelantan ini pun dah rasa seronok bukan? Ini pula kalau dapat bercuti di sini. Pesan LIBUR Jaga SOP ya.
#kitajagakita #cuticutimalaysia #libur #liburmy #liburdigital #liburkatmana #iamideaktiv
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Trip Ke Dabong Naik Kereta Pun Best, Port Aktiviti Ekstrem Tapi Harga Murah. Stay 3H2M Bajet Seorang Tak Sampai RM400!
Dabong kawasan pedalaman di Kelantan yang semakin mendapat tempat di hati pelancong dan pengembara. Port untuk membuat aktiviti ekstrem dengan harga yang cukup berpatutan.
Anda yang nak ke sana boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Gemas yang juga dikenali sebagai jungle train atau juga boleh memandu sendiri ke Dabong.
Paling best bila memandu bolehlah singgah untuk layan view kat sana tak kurang hebatnya, cantik dan menyegarkan. Tambah pula boleh meneroka ke tempat-tempat lain sepanjang perjalanan dan juga ke lokasi makanan sedap yang sering dikongsi di media sosial.
Sempena cuti hujung minggu yang panjang, Khairoul Hussen, isteri dan beberapa rakan telah membuat trip ke Dabong pada hujung bulan Januari yang lalu. Berkongsi itinerari lengkap dengan kos yang digunakan sepanjang percutian tiga hari dua malam mereka.
Memilih penginapan Jelawang Pipe Resort & Extreme Park, memang seronok melihat perkongsian percutian mereka. Naik ATV, enjoy water rafting dan juga pengalaman membuat aktiviti zipline antara yang dilakukan ketika mereka di Dabong.
Nak tahu apa lagi yang menarik ada di Dabong, ikuti perkongsian lelaki ini:
ITINERARY PERCUTIAN BAJET PUTRAJAYA-DABONG
=======================
Durasi: 3 Hari 2 malam
Jumlah orang: 5 dewasa 1 kanak-kanak
Dabong merupakan lokasi popular bagi yang gemarkan keindahan alam semula jadi di samping melakukan aktiviti sukan lasak (extreme). Terletak di selatan daerah Kuala Krai, Kelantan. Dabong dihubungkan dengan jalan raya, jalan sungai dan rel keretapi dari pekan & bandar-bandar besar.
Daku ingin kongsikan itinerary percutian kami (diriku, isteriku Emy dan rakan sekerjaku Emily dan anaknya John, Ijan dan Ana) ke Dabong pada 21 hingga 23 Januari baru-baru ini.
PERSIAPAN AWAL
============
Pada awalnya, kami bercadang untuk mengunakan perkhidmatan keretapi yang boleh dinaiki di Stesen KTM Gemas. Akan tetapi, ekoran trip kami jatuh pada cuti hujung minggu yang panjang, tiket telah hampir habis dijual 2 bulan sebelumnya. Hanya tinggal tiket tempat duduk perseorangan yang berselerak dengan gerabak yang lain-lain.
Oleh demikian kami memilih untuk menggunakan jalan darat untuk ke Dabong. Disebabkan kami masing-masing tidak memiliki kenderaan 6 tempat duduk. Kami menyewa kereta jenis Mitsubishi Outlander, RM540 untuk 3 hari.
Kebaikan menggunakan kenderaan sendiri berbanding perkhidmatan keretapi adalah kami bebas untuk bergerak ke mana-mana jika ada keperluan ke kedai runcit atau kedai makan.
Kos minyak kami untuk 3 hari ni adalah RM180. Kami beruntung kerana pada waktu kami bergerak ke Dabong, kami tidak dikenakan bayaran tol ekoran pengumuman kerajaan yang tiada kutipan tol untuk semua tol seluruh negara bagi perayaan tahun baharu cina.
Syukur Alhamdulillah.
Untuk trip kali ini, kami telah memilih untuk tinggal di Jelawang Pipe Resort & Extreme Park . Kemudahan di sini serba lengkap selain kedudukannya di kaki Gunung Stong betul-betul berada di tepi Sungai Kenerong menjadikannya pakej lengkap kepada pencinta alam.
Kami tempah kediaman jenis 3 pipes muat utk 6 orang, 2 orang sebilik. Kos RM190 semalam termasuk sarapan pagi.
HARI PERTAMA
============
Kami bertolak seawal pukul 3:00 pagi dari Putrajaya kerana tidak mahu tersangkut dalam kesesakan dek orang ramai pulang ke Pantai Timur. Perjalanan kami kami mengambil masa lebih kurang 8 jam (perjalanan biasa 5 jam) dengan 2 lokasi hentian. Kami berhenti di Petron Kuala Lipis untuk menunaikan Solat Subuh dan Kedai Roti Canai London, Gua Musang untuk sarapan pagi. Kos sarapan kami 6 orang RM30.
Kami tiba di Dabong kira-kira pukul 9:30 pagi. Perancangan pagi itu hendak membuat aktiviti meneroka gua (caving), akan tetapi setibanya kami di Kompleks Gua Ikan, premis ditutup. Menurut seorang pengasuh (orang yang membawa pelancong), kompleks ini telah ditutup sejak September 2022 untuk tujuan pemeliharaan dan pemulihan gua.
Oleh kerana itu, kami terus ke Stesen Keretapi KTM Dabong untuk mengambil foto dan makan tengah hari di situ. Kos makan tengah hari adalah RM60 untuk 6 orang.
Kami sampai awal di Pipe Resort sekitar pukul 12:30 tengah hari. Kami terpaksa menunggu sehingga pukul 2 untuk kami masuk ke bilik penginapan. Sementara itu, kami hamparkan flying sheet dan berehat untuk menghilangkan lelah masing-masing.
Untuk hari pertama ini, kami hanya berehat di Pipe Resort dan kami kemaskan kawasan kediaman kami. Kami pasangkan meja, khemah, tikar hamparan dan sebagainya. Setelah itu, berendam dan berehat di batu sungai.
Seusai itu, kami keluar ke Adam Café untuk makan malam. Kos makan malam RM100 untuk 6 orang. Untuk aktiviti sebelah malam, kami hanya berehat di anjung tempat kami tinggal. Berborak, minum kopi dan bermain kad monopoly.
HARI KEDUA: AKTIVITI LASAK
======================
Hari kedua kami mulakan dengan bersarapan di Café Jelawang Resort seawal 8 pagi.
Aktiviti pertama kami hari ini adalah menunggang ATV. Kos sebuah ATV adalah RM35 dan sebuah ATV boleh dinaiki 2 orang. Kami ambil 3 ATV. Untuk aktiviti ATV ini, kami telah dibawa merentasi kawasan ladang kelapa sawit dengan trek yang dikhaskan untuk ATV ini.
Setelah itu, kami terus melakukan aktiviti zipline/flying fox. Kos untuk seorang RM15. Selesai acara zipline kami berehat di bilik sementara menunggu aktiviti water rafting yang dijadualkan pada pukul 12 tengah hari.
Untuk aktiviti ini, kami dijemput oleh Bob, pemilik Stong Outdoor & Xventure dan dibawa menuju tempat mula water rafting di Sungai Kenerong.
Kos untuk water rafting adalah RM70 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak. Selain itu, Stong Outdoor Venture turut membuat aktiviti water tubing.
Selesai aktiviti ini, kami kembali ke resort kira-kira pukul 4:30 petang. Petang itu kami hanya berehat di kawasan sekitar Resort dan bermain air sungai.
Makan malam kami hari ini di Ahmad Ikan Bakar. Kos semuanya adalah RM95.
HARI KETIGA: MASA UNTUK PULANG
===========================
Pagi itu kami sarapan seperti biasa. Kemudian kami berkemas untuk pulang. Kami check-out pada pukul 10. Perjalanan balik ke Lembah Klang agak sesak sedari Gua Musang mungkin ramai warga kota merancang untuk balik awal bagi mengelakkan kesesakan keesokan harinya.
Kami singgah di Azmi Steam Fish dekat Lipis untuk makan tengah hari. Kos RM150.
Disebabkan googlemap & waze menyatakan berlaku kesesakan teruk di bentong dan karak. Kami decide untuk guna laluan anternatif tanpa tol. Kami sekali lagi jimat di sini.
Kami sampai di Lembah Klang sekitar pukul 7 pada hari itu.
Sekian.
RINGKASAN KOS
==============
Aktiviti : RM585.00
Makanan : RM435.00
Penginapan: RM380.00
Kenderaan & Petrol: RM720.00
Jumlah keseluruahan: RM2,120.00 untuk 6 orang
Moga bermanfaat.
#Dabong #kelantan #travel #living
Kredit: Khairoul Hussen & Azuana Hamid
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ranu Kumbolo, Indonesia Lokasi Idaman Pendaki Tegar. Ada Yang Dah Sampai?
Pernah dengar tentang Ranu Kumbolo? Jika anda seorang pendaki tegar pasti anda tahu tentang Gunung Semeru yang terletak di Taman Nasional Bromo Tengger Semeru, Jawa Timur, Indonesia. Ranu Kumbolo merupakan syurga dunia yang sering menjadi bualan ramai pendaki yang dalam perjalanan ke puncak Semeru, mahupun di kalangan mereka yang gemarkan aktiviti lasak.
Oleh: Putri Adila
Jadi untuk berkenalan dengan Ranu yang membawa maksud tasik atau danau ini, ia memerlukan perancangan bijak. Bukan main redah sahaja kerana perjalanan ke Ranu Kumbolo sangat menguji ketahanan mental dan fizikal. Tak kiralah sama ada kaki gim atau sebaliknya, kalau persiapan tidak kena cara, pasti mengundang insiden tidak diduga.
Terletak di ketinggian 2400 meter daripada paras laut, perjalanan ke Ranu Kumbolo mengambil masa kira-kira lima jam waktu trekking. Itu pun jika anda cukup stamina dan tidak berhenti terlalu lama di setiap pos rehat.
Jika tidak, pasti masa perjalanan mengambil masa lebih lama. Tip untuk kekal bertenaga, jangan lupa bawa air minuman secukupnya dan beli beberapa paket madu yang banyak dijual di setiap pos rehat. Tidak mahal harga sepaket hanya Rp2,000. Percayalah madu ini memang sangat membantu kerana ia meningkatkan stamina.
Sejujurnya, perjalanan menuju ke Ranu Kumbolo bukanlah perjalanan yang mudah, namun berbaloi kerana kanvas alam yang menanti memukau pancaindera. Sukar dilafazkan dengan kata-kata. Cukup indah ditambah suasana hening yang mendamaikan fikiran. Satu perkara yang diidamkan oleh setiap pendaki apabila menjejak kaki sini ialah menyaksikan keindahan mentari di saat ia menyapa pagi.
Biarpun badan terasa penat, otot-otot mula sakit-sakit, jangan sesekali lepaskan saat-saat indah ini. Pengalaman menyaksikan sang mentari terbit dari balik dua bukit di pinggiran tasik, pasti sukar dilupuskan daripada ingatan. Biarpun cuaca sejuk mencengkam tubuh badan, namun cetusan rasa kepuasan mengatasi segalanya. Indah bumi ciptaan tuhan!
Teruja sepanjang perjalanan ke Ranu Kumbolo
Keterujaan ke lokasi perkhemahan ini sebenarnya bermula seawal perjalanan, iaitu ketika menaiki jip untuk ke Ranu Pani, pos pendaftaran dan gerbang ke Taman Nasional Bromo Tengger Semeru. Sebelum memulakan pendakian, anda perlu mendengar taklimat keselamatan terlebih dahulu. Seronok mendengar kisah-kisah yang dikongsi oleh renjer hutan. Banyak juga info berguna untuk dijadikan panduan.
Dari pos Ranu Pani ini anda perlu berjalan kaki sejauh lima sampai tujuh kilometer menyusuri lereng bukit yang ditumbuhi dengan Bunga Edelweis. Kemudian anda akan tiba di Watu Rejeng. Dari sini anda sudah boleh melihat pemandangan lembah dan bukit yang ditumbuhi pohon cemara dan pines.
Semakin tinggi pendakian, semakin sejuk cuaca, jadi pakai pakaian yang sesuai jika tidak mahu menggigil kesejukan. Sepanjang perjalanan, terdapat empat pos rehat yang membolehkan anda melepaskan lelah. Ada gerai-gerai kecil yang menjual minuman, buah-buahan, makanan ringan dan juga madu. Satu perkara yang anda perlu tahu, semangat untuk sampai ke Ranu Kumbolo akan berkobar-kobar setiap kali berselisih dengan pendaki-pendaki yang mula turun dari gunung.
Mereka memberikan kata-kata semangat agar tidak mudah berputus asa. “Semangat, semangat! Pasti kamu boleh,” itu ucap mereka. Setibanya di Ranu Kumbolo, carilah tempat atau tapak yang dirasakan ideal untuk mendirikan khemah. Kalau gunakan khidmat porter, tak perlu susah-payah sebab mereka yang akan lakukan semua. Sambil menunggu, bolehlah melihat ribuan bintang menghiasi langit.
Selamat bereksplorasi!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
3 Minggu Berkelana Di Bumi Eropah, Wanita Ini Kongsi Trip DIY Dengan Family, Drive 4000km Sepanjang Percutian. Semua Tempat Cantik Sangat!
Eropah negara yang mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Dapat bercuti dan berkunjung ke sana menjadi idaman ramai traveler.
Berkesempatan membawa ahli keluarga ke 6 negara Eropah, lengkap bersama ibu dan ayah pastinya ia sesuatu yang manis untuk dikenang. Apatah lagi bila memandu sendiri sepanjang perjalanan ke enam negara yang dilawati.
Memandu hampir 4,000 Kilometer di sana, membuatkan Nawal Yasmin Mat Noh ingin berkongsi trip keluarganya kali ini menerusi akaun Facebook Houseofsix.my dengan traveler yang lain.
Lengkap dengan itinerari di gambar dan juga perkongsian gambar-gambar cantik sepanjang percutian mereka, Nawal turut berkongsi maklumat penting untuk traveler yang ingin membuat trip DIY sepertinya.
Ikuti perkongsian wanita ini:
DIY Trip Drive Sendiri hampir 4,000km di 6 Negara di Eropah
Ok dah ready nak share our recent DIY road tour almost 4000km to 6 Countries (Switzerland, Paris, Belgium, Netherland, Germany & Austria) Total 8 of us including 4 kids and 2 senior citizen. hehe. Dah ready ke nak baca long post ni?
FLIGHT TICKET
Our 3 weeks tour start 3 Sep dari KLIA transit Abu Dhabi. Turun Geneva, Switzerland and flight balik dari Zurich. Naik Etihad. Kenapa Etihad? sebab tu yang paling murah jumpa. Return Ticket dalam RM2800. Kiteorg book ticket Mid Jun. Flight selesa, cabin crew semua baik baik. makanan pon sedap
CAR RENTAL
First 2 weeks kiteorg sewa 9 seater van dengan EuroCar. Pick up Geneva and return Munich, Germany. Cross border so ada extra charges. Process sewa kereta sangat senang except bab deposit tu leceh sebab nak kena ada credit card atas nama main driver. And both of us husband and wife takde credit card. So terpaksa buat my mom as main driver and kiteorg 2nd & 3rd driver (kena bayar extra lagi sebab my mom age limit lebih 65yrs and additional driver pon ada extra charges jugak) Rugi banyak dekat sini sebab end up my husband sorang je yang drive sbb sis kecut perut tak berani sebab left hand drive
CAMPERVAN
Last week dekat Europe kiteorg sewa campervan pusing Germany and Austria. Last week tu my sister join trip so sewa 2 campervan. Process nak sewa campervan ni Alhamdulillah sangat senang. Book dengan Anywhere camper melalui website motorhome republic. Die whatsapp tanya nak pick up dekat mana and handover dekat tepi jalan je. Die explain semua cara nak pakai. Ni our 2nd time naik campervan. Before ni dekat New Zealand.
Yang best part dengan anywhere camper ni sebab die tak perlu ada credit card pon. Deposit boleh pakai debit card. Company ni memang highly recommended. Service die sangat la bagus. Imagine last day nak return tu kiteorg rushing nak kejar train dari Munich ke Zurich, so kiteorg just pass kunci kereta kat tepi train station and lari kejar train, Dalam train baru sedar kunci storage campervan tu dlm pocket my husband. Terus whatsapp dia and kebetulan orang tu nak ke Zurich jugak, Pukul 11.30 malam die dtg hotel amik kunci tu without extra charges!
HOTEL & AIRBNB
Sis letak nama hotel and Airbnb dekat gambar ok. Siap dengan link and review skali recommended ke tak.
ITINERARY
Boleh check dekat last gambar. Ada complete itinerary sepanjang 3 minggu dekat sana.
WIFI
Kiteorg sewa pocket wifi dari Malaysia. Memang agak costly tapi berbaloi sebab laju je. untuk 51 countries 3GB RM35/day. kalau 8GB RM63/day. 1 device boleh share 5 user. Customer service pon sangat bagus and senang nak deal. first 2 weeks kiteorg pakai 3GB. last week tambah jadi 8GB. Semua upgrade melalui whatsapp sahaja.
Ps; kalau tak pegi Austria boleh amik yang package 13 countries je lagi murah. Sebab Austria tak termasuk dalam western Europe.
MAKANAN
Kiteorg masak sendiri. Bawak Thermomix sangat la membantu sebab dapat masak dengan effortless.. Dapat la lepas rindu craving masakan melayu. and jimat banyak sangat. Kiteorg satu family mmg sejenis kuat makan. Kalau makan luar hari hari memang nak nangis rasa. Satu kali meal je dekat RM500+ untuk 8 org. So sila la masak sendiri ye. Package kalau masak dengan Thermomix lagi berbaloi sebab effortless
TIPS
- Check weather. Avoid travel in between season. Kiteorg pegi end summer and balik autumn. Cuaca sangat la unpredictable. first week tu kejap panas terik, kejap windy and kejap hujan. dalam 1 hari cuaca berubah ubah mcm tu. Memang semua org batuk selsema kat sana. End of 2nd week pulak hujan je selalu. Dapat la merasa macam 3 musim Summer, Autumn and Winter Memang sejuk sangat temperature drop sampai 5c. 3x ulang alik primark beli jacket and baju tebal sket
- Driving tips based on kawan kawan share, kena ingat driver yang selalu dekat dengan divider. Sangat membantu. Tapi sis still takot nak drive
- Travel 6 countries in 3 weeks agak penat and terkejar kejar. Kalau boleh kurangkan ke 3-4 countries sahaja baru dapat explore betul2.
- Recommend untuk guna google map instead of Waze. Kat Europe, Waze tak berapa nak friendly user.
- Allow extra driving time. Contoh kalau google map kata 5 jam, tambah 1-2 hours dari tu. sebab banyak berhenti toilet, makan etc. and dekat Germany and Austria, kalau ada accident ke apa, jem die mmg standstill sepanjang 5-10km. Banyak kali nampak dekat opposite side. So mmg kena allow extra time.
FREQUENTLY ASKED QUESTION
- Negara mana paling berbaloi pegi?
Yang nak repeat lagi Belgium and Austria. Tak puas rasa sebab cantik and tenang sangat. Swiss dah 3x pegi so dah boleh move on dah sebab dah jumpa pengganti (Austria)
- Berapa cost minyak?
Bila tank dah 1/2 je memang terus isi.. 1/2 tank dalam EUR98.. dalam RM450. sepanjang 3 minggu kat sana, 5 atau 6 kali isi minyak.
- Berapa toll kat sana?
Yang sis ingat ada 2 toll je kalau tak silap. Dari Swiss ke France EUR31. lagi satu toll tak ingat tapi less than that.
- In between countries, kena chop passport ke?
Takde. Masuk negara lain mcm kita pegi shah alam je. ada signboard kecik je as indicator. Takde pintu gerbang macam kat Malaysia yang “Selamat datang ke Selangor” etc
- Mana lagi best drive or naik public transport?
Honestly, kiteorg prefer public transport sebab public transport dekat sana sangat superb. Dapat enjoy view boleh bergerak sana sini. Naik kereta 7jam mcm balik kampung la. penat sikit. Tapi this time sebab travel dengan parents skali so lagi selesa untuk dieorg. tak perlu heret bag semua. Tapi campervan tu sangat best especially dekat Austria sebab view die sangat cantik. MasyaAllah.
Semoga sharing ni bermanfaat untuk semua
for more videos and reels boleh tengok dekat IG ok
https://instagram.com/houseofsix.my?igshid=YmMyMTA2M2Y=
Sumber: Houseofsix.my
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI