Hujung tahun ni dah makin dekat. Korang semua dah ada tempat nak pergi habiskan saki-baki cuti yang ada tu tak? Nak main dalam negara atau luar negara? Kalau nak ke luar negara, jom kita ke China!

Dekat sini ada itinerari & tips untuk korang ke sana, jom check it out!

Route : Lanzhou – Zhongwei – Zhangye – Lanzhou

Total Kos Keseluruhan Trip : RM1295

Lanzhou is the capital city of Northwest China’s Gansu province where there is a large population of Muslims. Historically, Lanzhou has been one of the most important cities on the Silk Road and Muslims have been inhabited in Lanzhou since ancient times. Thank you AirAsia sebab memperkenalkan route baru terus dari KL ke Lanzhou. Apabila beli tiket promosi ke Lanzhou terus saya berfikir apa nak buat sepanjang trip 4-9 Sept. Jadi setelah berfikir panjang lebar saya memilih route Lanzhou – Zhongwei – Zhangye.
Last minute decide ke Zhongwei walau pada asalnya hendak ke Xining. Nak masuk Xining tak muat pulak schedule.

So ini dia full itinerary untuk enam hari!

Ads

Day 1

 KLIA2-Lanzhou. (5.20pm – 10.20pm)
Sampai di airport lebih sejam nak clear dari imigresen disebabkan sistem finger print. Machine hanya satu tetapi penumpang gila ramai.Dugaan.
 Keluar dari imigresen terus ambil airport bus transfer ke Lanzhou Railway Station. Tiket bus berharga 30yuan. Sampai di Railway Station pun dah 1-2 pagi, maka saya overnight sahaja disini memandangkan train saya pagi.

Itinerari Solo Trip Ke Lanzhou, China: Sesuai Untuk Korang Yang Nak Habiskan Cuti Hujung Tahun Ni!
Zhangye Rainbow Mountain/Zhangye Danxia Landform Geological Park

Itinerari Solo Trip Ke Lanzhou, China: Sesuai Untuk Korang Yang Nak Habiskan Cuti Hujung Tahun Ni!

Itinerari Solo Trip Ke Lanzhou, China: Sesuai Untuk Korang Yang Nak Habiskan Cuti Hujung Tahun Ni!
Jalan jalan solo di Zhangye City

Day 2

 Tiket dah beli siap-siap online maka apabila sampai di kaunter tiket saya hanya tunjuk segala transaksi pembelian dan terus redeem tiket-tiket sepanjang perjalanan saya di China.
 Lanzhou – Zhongwei
Train (9.03am – 14.27pm)
Hard Seat X 1
 Sampai sahaja di Zhongwei Railway Station, saya terus menaiki taxi ke Sunshine Hotel, Zhongwei. Di bandar Zhongwei ini minimum fare untuk taxi adalah 6Yuan. Memandangkan masalah komunikasi dengan driver taxi untuk mencari lokasi hotel maka saya hanya menyuruh pemandu tersebut mengikut apps google maps melalui hp saya sahaja.
 Check in Sushine Hotel, Zhongwei. Booking melalui trip.com memandangkan sukar cari hotel di bandar Zhongwei melalui apps booking atau agoda. Sekali lagi untuk memudahkan proses check in gunalah google translate untuk berinteraksi. Memandangkan dah petang full aktiviti pun tak dapat buat lagi so hari ini just santai..jalan2 area town tengok Drum Tower, garden area, mao statue area dan dinner di satu street food area ada je halal food senang cari..siap pelayan tu guna google translate tanya aku dari mana. Di Zhongwei ini agak susah nak jumpa tourist dari luar, kebanyakannya local tourist itu sendiri. Tujuan aku ke Zhongwei ini tidak lain tidak bukan hanya untuk ke Shapotou Desert Area.

Ads
Itinerari Solo Trip Ke Lanzhou, China: Sesuai Untuk Korang Yang Nak Habiskan Cuti Hujung Tahun Ni!
Shapotou Desert Area
Itinerari Solo Trip Ke Lanzhou, China: Sesuai Untuk Korang Yang Nak Habiskan Cuti Hujung Tahun Ni!
Zhangye Rainbow Mountain/Zhangye Danxia Landform Geological Park
Itinerari Solo Trip Ke Lanzhou, China: Sesuai Untuk Korang Yang Nak Habiskan Cuti Hujung Tahun Ni!
Xiguan Mosque, Lanzhou
Itinerari Solo Trip Ke Lanzhou, China: Sesuai Untuk Korang Yang Nak Habiskan Cuti Hujung Tahun Ni!
Beef Noodle
Qing Zhen Xie He Jing Dian Niu Rou Mian
No. 273 Zhong Shon Lu
(short walk from Zhongshan Bridge)
Harga : 18Yuan

Day 3

 Pagi-pagi lagi dah keluar hotel untuk ke Shapotou Tourism Area. Terus ambil taxi ke Shaptou Tourism Area dengan caj 16yuan. Sampai ke Shapotou Tourism Area saya terus enquiry tentang pakej di sini. So saya decide ambil pakej entrance + shuttle bus dengan harga 110yuan (80+30).
 Staff disini friendly siap bawa saya sampai ke tempat tunggu bas yang bawa dari Shapotou Tourism Area ke entrance Shapotou Scenic Area.( dah termasuk dalam tiket). Dalam Shapotou Scenic Area banyak aktiviti2 yang boleh anda terokai. Ada shuttle bus yang bawa anda dari satu point ke satu point sebab tempat ni luas. Yang paling atas sekali tu Desert area. Antara aktiviti disini macam Yellow River 3D Glass Bridge, Sand Skating, Bungee Jumping, Cable Car, The Desert by Camel dan macam2 lagi. Setiap aktiviti berbeza harga masing-masing. Saya cuba cable car dengan harga 25 yuan one way.
Selepas selesai semua point, saya terus ambil shuttle bus di entrance Shapotou Scenic Area ke Shapotou Tourism Area. Sampai di Shapotou Tourism Area baru ambil taxi pulang ke hotel dan siap2 untuk check out.
 Check out hotel. Terus ambik taxi ke Zhongwei Railway Station.
Train Zhongwei – Zhangye
(6.24pm – 0056am) Hard Seat X 1.

Itinerari Solo Trip Ke Lanzhou, China: Sesuai Untuk Korang Yang Nak Habiskan Cuti Hujung Tahun Ni!
Shapotou Desert Area
Itinerari Solo Trip Ke Lanzhou, China: Sesuai Untuk Korang Yang Nak Habiskan Cuti Hujung Tahun Ni!
Antara aktiviti di Shapotou Desert Area
Itinerari Solo Trip Ke Lanzhou, China: Sesuai Untuk Korang Yang Nak Habiskan Cuti Hujung Tahun Ni!
Baitashan Park atau White Pagoda Hill Park. Hiking tak sampai 30minit relax relax dah sampai atas nampak view Lanzhou dan Zhongshan Bridge
Itinerari Solo Trip Ke Lanzhou, China: Sesuai Untuk Korang Yang Nak Habiskan Cuti Hujung Tahun Ni!
Zhongshan Bridge

Day 4 

 Sampai Zhangye Railway Station dalam 1pagi. Terus ambil taxi ke The Silk Road Travelers Hostel (booking.com).
 Salah satu sebab ambil hostel ni sebab tiap2 hari ade trip ke Zhangye Danxia Rainbow Mountain. Dalam Al-Quran pun ada menceritakan tentang kisah gunung berwarna warni ini.Share cost van trip pergi dan balik 50yuan sahaja.
 Trip ke Zhangye Danxia Rainbow Mountain ni start petang so pagi tu jalan2 area city tengok attraction lain macam MutaTemple dan lain2 lagi.
 Antara sebab ke Zhangye sudah tentulah Zhangye Danxia Rainbow Mountain/Zhangye National Geopark (danxia landform). Dekat sini entrance fees adalah 75yuan.Ada 4 platform yang dihubungkan dengan shuttle bus. Tiap2 platform ada keunikan tersendiri. Secara peribadi aku suka platform yg terakhir iaitu yang ke-4. Cantik sungguh pemandangan 
 Habis trip balik ke hostel terus bersiap ke railway station. Saya ambil midnight train.
Train Zhangye -Lanzhou
(11.59pm – 6.40am). Hard Sleeper X 1
Dapat katil atas atas skali..sebab tiga tingkat. 😢

Itinerari Solo Trip Ke Lanzhou, China: Sesuai Untuk Korang Yang Nak Habiskan Cuti Hujung Tahun Ni!
Camel @ Shapotou Desert Area
Itinerari Solo Trip Ke Lanzhou, China: Sesuai Untuk Korang Yang Nak Habiskan Cuti Hujung Tahun Ni!
Trip dari The Silk Road Travelers Hostel.
Saya ambil ke Zhangye Danxia Landform Geological Park (75 entrance + 50 kos van pergi balik)
Itinerari Solo Trip Ke Lanzhou, China: Sesuai Untuk Korang Yang Nak Habiskan Cuti Hujung Tahun Ni!
Baitashan Park atau White Pagoda Hill Park. Hiking tak sampai 30minit relax relax dah sampai atas nampak view Lanzhou dan Zhongshan Bridge
Itinerari Solo Trip Ke Lanzhou, China: Sesuai Untuk Korang Yang Nak Habiskan Cuti Hujung Tahun Ni!
MutaTemple, Zhangye

Day 5 

 Sampai di Lanzhou dalam 6.40pagi. Nama je trip Lanzhou tapi tak check in pun hotel kat Lanzhou. Haha. Ok sebab flight ke KL pun 11.50 malam memang full day aktiviti ni mana nak letak bag ni? So jangan risau dekat Lanzhou Railway Station ada luggage storage. Caj hanya 10 yuan.
 Antara tempat yang saya kunjungi di Lanzhou City adalah
– Zhongsan Bridge (dekat sini wajib foto atas jambatan)/Yellow River
– Gansu Museum (masuk free je)
– Xiguan Mosque
– Lanzhou Water Mosque
– Baitashan Park/White Pagoda Hill Park (hiking sampai atas dapat tengok view city)
 Mee Tarik. Lanzhou terkenal dengan Mee Tarik. Saya dah try memang sedap.
Ini lokasinya. Mazilu Restaurant, No.86 Da Zhong Xiang, Lanzhou. Harga cuma 8Yuan.
 Qing Zhen Xie He Jing Dian Niu Rou Mian
Beef Noodle
No.273 Zhong Shan Lu
(short walk from the Zhongshan Bridge).
Yang ni lebih sikit 18Yuan sebab saya order beef.
Habis ronda-ronda satu Lanzhou terus ambil bag di luggage storage dan ambil bus ke airport.
 Lanzhou – KLIA2
(11.50pm – 4.55am)

Ads
Itinerari Solo Trip Ke Lanzhou, China: Sesuai Untuk Korang Yang Nak Habiskan Cuti Hujung Tahun Ni!
Zhangye Rainbow Mountain/Zhangye Danxia Landform Geological Park
Itinerari Solo Trip Ke Lanzhou, China: Sesuai Untuk Korang Yang Nak Habiskan Cuti Hujung Tahun Ni!
Shapotou Scenic Area Map. Atas skali desert area. Ada shuttle bus ke ke desert area.
Itinerari Solo Trip Ke Lanzhou, China: Sesuai Untuk Korang Yang Nak Habiskan Cuti Hujung Tahun Ni!
Mee Tarik @ Mazilu Restaurant.
No. 86 Da Zhong Xiang, Lanzhou
Harga : 8 Yuan

Day 6 

 Arrived KLIA2

(Total Kos Keseluruhan Trip : RM1295 )
 Total Makan/Minum = 172Yuan/RM100
 Total Kos Taxi = 136Yuan/RM80
 Total Kos Bus = 60Yuan/RM35
 Total Kos Aktiviti = 260Yuan/RM152
 Total Tiket Train = RM236 (travelchinaguide.com)
 Total Penginapan = RM125
 Tiket Flight Pergi Balik = RM407 (AirAsia)
 Visa China = RM160 (The Passport Project)
Pasal visa ke China memang saya tak sempat nak ke ofis nak submit dan collect so guna servis FB:The Passport Project. Kos semua dah termasuk dengan servis caj runner datang collect passport dan return balik passport dengan visa yang sudah lulus. Semua diuruskan oleh mereka.

Diharap perkongsian ringkas ini bermanfaat untuk semua yang ada perancangan hendak ke Lanzhou.
Moga jumpa lagi..
#SoloTraveller #Lanzhou #Gansu

Artikel ini adalah perkongsian oleh Romi Zunaidi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI