Itinerari ‘Short Vacay’ Semalaman Di Pulau Pangkor. Ini Benda Yang Korang Boleh Buat!

Share

Pulau Pangkor, Perak merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia cukup strategik buat mereka yang ingin bercuti ke pulau tidak kira cuaca musim apa sekali pun.

Pulau Pangkor dikatakan berasal daripada bahasa Siam iaitu Pang Koh bermakna ‘pulau yang cantik’. Tempat-tempat menarik untuk dikunjungi seperti Pasir Bogak, Teluk Nipah, Pangkor Laut, Kota Belanda, Batu Bersurat, Masjid Terapung, Kilang ikan bilis, Perkampungan nelayan dan membina bot nelayan.

Kalau ada yang masih tidak tahu, pada 1 Januari 2020 lalu Pulau Pangkor mencipta sejarah apabila menjadi pulau bebas cukai pertama di Perak. Selain bersantai di tepi laut anda boleh dapatkan pelbagai produk menarik dengan harga yang murah terutamanya manisan seperti coklat berjenama. Bestkan?

Kalau masa cuti anda sangat terhad, Pulau Pangkor juga sangat sesuai dijadikan destinasi percutian singkat. Ini antara itinerari panduan singkat untuk rujukan anda perkongsian sumber Nur Dilla

TELUK NIPAH PULAU PANGKOR 2H1M ‘Me Time’ 5 Orang

Hari 1

  • Bertolak pagi jam 7.00pagi dari TAIPING naik satu kereta. Singgah makan roti canai dan nasi goreng di Pekan Pantai Remis (kedai bnyk grill)…sedapp
  • Drive sampai Marina Island…park kat situ – (rm36 utk 2 hari)..parking yg bumbung full
  • Booking tiket kat komputer online (sertakan ic) utk key in data ….tiket Jam 12.15tghri
  • Beratur ambil TIKET Feri RM14 seorang pergi & balik
  • Naik bot ke jeti..lebih kurg 15minit jerr
  • Dari Jeti…Naik Van ke Pangkor Bayview Beach Resort Di TELUK NIPAH. Hujan dh lebat time ni…Angin Monsun kan
  • Check hotel..rest..solat dan mandi…siap² utk LUNCH TIME….makan kedai depan laut
  • Hujan berhenti kami naik boat….aktiviti ‘ISLAND HOPING’ ….pusing² tgk PULAU….mmg best..
  • Mcm biasa jalan² tepi Laut….makan goreng pisang….dan nikmati pemandangan sbelom terbenam matahari
  • Hi Tea alaa kampung kat tepi laut…makan laksa…rojak..
  • Sini ada deretan KIOSK JUALAN PASAR MALAM…Macam² jual
  • Petang Mandi SWIMMING POOL..
  • Dinner time makan di tepi laut…FULL IN DA HOUSE smua kedai masakan panas….
  • Order Kambing Perap Bakar….mmg marvellous
  • Order air buah dan shake di satu KIOSK..Kedai ni sediakan tmpt duduk berlapik tikar di tepi laut (air dari luar xdibenarkan…makanan luar bole)

Hari 2

  • Breakfast Buffet..mmg bessst kedabom nasi lemaknya….kami breakfast di Hotel sebelah..
  • Pangkor Palm Bay …
  • Checkout awal sket nk pi pusing pulau
  • Pagi ni kami aktiviti ISLAND TOUR dgn van…pergi ke beberapa tempat di Pangkor
  • Tempat menarik mcm Masjid Terapung, Masjid China, Kilang Satay, Kota Belanda…
  • Bnyk jgk laa sudut menarik yg cantik utk amik gambar jadikan kenangan
  • Van hantar balik ke JETI…sempatlah Membeli Belah di Kedai Duty Free…
  • Feri bertolak jam 12.45tghri…
  • Kami turun di Marina dan bertolak ke Pekan Lumut
  • Lunch kat Food Court Jeti Lumut tu…Sambil trngok persembahan Buskers
  • Membeli belah skli lagi …beli keropok… ikan masin sblom balik…

Pakej

  • PACKAGE 2 hari 1 mlm FOR 5PAX ‘Me Time’ (stay PANGKOR BAYVIEW BEACH RESORT) – Pakej Kak Eton (017-5388803)
  • Harga ikut pakej itinerary dan jumlah pax (pakej ni dalam harga rm600) untuk 5 orang

Bajet

  • Dari segi belanja, kami buat kutipan seorang rm220 untuk smua perbelanjaan dari A-Z kecuali duit sopink laa. Alhamdulillah smua.ckup.

Jom cuti-cuti Malaysia!

Oleh
Admin