Pulau Pangkor, Perak merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia cukup strategik buat mereka yang ingin bercuti ke pulau tidak kira cuaca musim apa sekali pun.
Pulau Pangkor dikatakan berasal daripada bahasa Siam iaitu Pang Koh bermakna ‘pulau yang cantik’. Tempat-tempat menarik untuk dikunjungi seperti Pasir Bogak, Teluk Nipah, Pangkor Laut, Kota Belanda, Batu Bersurat, Masjid Terapung, Kilang ikan bilis, Perkampungan nelayan dan membina bot nelayan.
Kalau ada yang masih tidak tahu, pada 1 Januari 2020 lalu Pulau Pangkor mencipta sejarah apabila menjadi pulau bebas cukai pertama di Perak. Selain bersantai di tepi laut anda boleh dapatkan pelbagai produk menarik dengan harga yang murah terutamanya manisan seperti coklat berjenama. Bestkan?
Kalau masa cuti anda sangat terhad, Pulau Pangkor juga sangat sesuai dijadikan destinasi percutian singkat. Ini antara itinerari panduan singkat untuk rujukan anda perkongsian sumber Nur Dilla
Ads
TELUK NIPAH PULAU PANGKOR 2H1M ‘Me Time’ 5 Orang
Hari 1
Ads
Bertolak pagi jam 7.00pagi dari TAIPING naik satu kereta. Singgah makan roti canai dan nasi goreng di Pekan Pantai Remis (kedai bnyk grill)…sedapp
Drive sampai Marina Island…park kat situ – (rm36 utk 2 hari)..parking yg bumbung full
Booking tiket kat komputer online (sertakan ic) utk key in data ….tiket Jam 12.15tghri
Beratur ambil TIKET Feri RM14 seorang pergi & balik
Naik bot ke jeti..lebih kurg 15minit jerr
Dari Jeti…Naik Van ke Pangkor Bayview Beach Resort Di TELUK NIPAH. Hujan dh lebat time ni…Angin Monsun kan
Check hotel..rest..solat dan mandi…siap² utk LUNCH TIME….makan kedai depan laut
Sabah sering kali menjadi pilihan pelancong untuk bercuti kerana keindahan alamnya. Selain kehijauan alam keliling, laut di Sabah juga antara yang tercantik untuk diterokai. Tak hairanlah ramai yang suka bercuti ke Sabah untuk merasai sendiri keindahan yang menjadi buah mulut orang.
Selain itu, makanan laut yang murah dan pilihan makanan lain yang unik juga menjadi tarikan untuk pengembara yang melancong ke Sabah.
Berkesempatan bercuti ke Kundasang dan juga Semporna di Sabah, Amira Yusuf sempat berkongsi itinerari lengkap sepanjang keberadaannya di sana. Memang best apa yang dikongsikan, dapat melawat ke kundasang dan dalam masa yang sama menikmati keindahan laut yang cantik di Semporna.
Sampai airport Kk @ 8am. Sewa kereta (Axia RM110) terus gerak ke Kundasang. Otw stop di:
1) wan wan fish noodle – kolo mee tomyam dengan isi n kulit ikan (SEDAPPPPPP!)
2) Jambatan Tamparuli.
Kundasang
1) Desa
2) Llama (tak menarik pun, ticket masuk agak mahal)
Drive back to KK @ 4pm. Otw stop di Lily’s Cottage, try makanan Dusun. Nice!
Overnight at Atap Hotel @ KK. Cheap dan sangat selesa.
10 May 2022
Flight pagi ke Tawau. Kereta sewa kami tinggal kat airport (no extra charge walaupun hantar awal pagi)
Tawau
Mee Tauhu – Mula mula rasa macam eh! Tapi bila campur sambal2 dia semua… Allahu.. sedap betul
Naik bus mini ke Semporna (RM20/pax).
Semporna
C/in at Scuba Tiger @ Kampung Tampi Tampi. Chalet untuk 3 orang RM144. Bilik luas. Toilet boleh main bola dalam tu. Sini best sebab jauh dari kesesakan Bandar Semporna jadi takda anak anak kecik ikut korang merata. Total privacy. Scuba Tiger ni ada restaurant sendiri, sedap dan affordable.
11 May 2022
Ambil pakej island tour, diving dan Maglamilami dari Windia Travel. Dari pukul 9 tunggu boat untuk island hopping, pukul 10 akhirnya boat sampai. Island hopping Dan snorkeling @ Mabul and Kapalai.
Mabul Water Bungalow Resort ada promo kalau korang book bulan ni, RM750/ pax ( harga asal RM1k++). Untuk masuk bergambar kat sini RM30/pax. Kalau nak beli seafood kat sini lagi murah dari pekan Semporna.
C/in Maglamilami (maglamilami ni maksudnya beramai2)
RM660/pax untuk 4 hari 3 malam. Makan included, 4x sehari. Resort ni sangat sesuai untuk family. Staff friendly! Kalau korang beli seafood boleh suruh derang tolong masakkan. Upah masak RM20/ dish. Jangan beli ketam sebab resort hari2 masak ketam untuk dinner. First day ni kami beli ketam (chilli crab) dengan lobster selipar (buttermilk).
12 May 2022
Tunggu boat dari Windia Travel untuk dive trip. Call agent tak berjawab. Kami dah ready dari pukul 8. Akhirnya boat sampai pukul 11.
Dive trip untuk certified diver RM330/pax. Untuk diving kami pilih Mataking, Timba Timba dan Pom Pom. Banyak coral mati sebab aktiviti bom ikan tapi still cantik. Mataking banyak sangat turtle. Terima kasih En Roni (dive master) !!
13 May 2022
Belajar dari hari2 lepas jadi harini kami tak siap awal sangat. Lepas breakfast (7am) terus sewa fin dengan snorkel mask (RM25) dari resort and start snorkelling keliling resort. Coral banyak memang tak perlu pun ambil pakej snorkelling kat pulau2. Life jacket resort bagi free ja, tak perlu sewa. Sebab tu aku rasa Maglamilami ni sesuai sangat untuk family, aktiviti semua boleh buat kat sini ja, makan pun sedap. Cuma kena bawak jajan kalau korang jenis lapar 24jam sebab xda kedai runcit.
Pukul 10 boat sampai dan kami gerak ke Bohey Dulang. Local kata dah seminggu tak boleh hike sebab track licin tapi kami bernasib baik sangat sebab boleh hike. Kena pakai kasut tutup, kalau takda boleh sewa Adidas kampung RM5. Kat puncak ada jual can soft drinks for RM5.
14 May 2022
Lepas breakfast kami terus c/out dan ambil boat resort untuk ke Semporna (8am) sampai Semporna dalam 8:30 dan transport untuk ke airport sampai dalam pukul 9:30 (transport Windia Travel yang arrange- memang gamble gila bila mintak tolong derang ni untuk arrange transport. Dah lah flight pukul 11 lepastu kena airport c/in pulak tu.. Nasib sempat. Pkul 5 sampai Langkawi!
Secara kesuluruhannya kami puas hati dengan trip ni. Walaupun Windia Travel punya management macam tak best, timing ke laut tapi ground staff dia semua best2. Untuk ke Bohey Dulang kiteorg naik boat Padaidi travel, sangat-sangat recommended! En Rosli (guide Padaidi) macam professional photographer. Cakap ja nak ambil gambar dia tau nak ambil macam mana.
Magsukul Na!
En Rosli Padaidi Travel : 011 31984535 (kalau korang nak guide yang boleh ambil gambar taraf professional photographer)
Kredit gambar: Nazirul Hazril
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Luang Prabang menyediakan destinasi pelancongan bagi penggemar alam semula jadi terletak di bahagian tengah utara Laos di mana sungai Nam Khan bertemu Sungai Mekong. Luang Prabang menduduki tempat ke sepuluh destinasi pelancongan dunia di Asia berdasarkan tarikan alam biarpun tiada pantai yang memutih dan telah diiktiraf UNESCO sebagai bandar warisan dunia.
Bandarnya tidak sesibuk mana, apa yang ada hanya teksi-teksi kecil membawa pelancong ke destinasi yang diminta dan basikal adalah kenderaan beroda dua utama. Jika mahu melihat air terjun setinggi enam tingkat dengan airnya berwarna hijau, Air Terjun Kuang Si adalah jawapannya. Terjunannya dilihat pada ketinggian 200 meter. Luang Prabang merupakan sebuah bandar yang tinggi. Justeru semua tempat peranginannya memerlukan pelancong memanjat tebing atau mendaki bukit tertentu.
Laos turut dikenali sebagai negara untuk berjuta-juta gajah (Lane Xang), namun sekarang haiwan ini pupus akibat dibom ketika dalam peperangan dan sehingga kini cuma dianggarkan 1,600 sahaja yang tinggal. Gajah ketika itu digunakan sebagai platun sewaktu perang dan pengangkutan askar. Di Luang Prabang terdapat 40 ekor gajah sahaja yang digunakan untuk pelancongan.
Tip & Cadangan Melancong Ke Luang Prabang Bajet 70 USD (RM300) 4H3N – Sumber: FB Fendy
Bagaimana cara untuk dapatkan bajet ini. Boleh follow route seperti saya kongsikan;
1. Airport LUANG PRABANG – Boleh terus beli simcard di Airport dgn harga 5 USD (Seminggu, 3GB) atau 8 USD (4 Hari, Unlimited Internet).
2. Pertukaran matawang boleh dibuat sedikit dahulu di AIRPORT, 1 USD = 8100Kip dan selebihnya boleh tukar di bandar Luang Prabang, 1 USD = 8300Kip
3. Bagaimana nak ke Bandar LP? Boleh kongsi minivan dgn foreigner yg lain, 3 orang 50,000Kip (RM25). Service drop door to door ditawarkan.
4. Penginapan? Boleh download hostelworld dan book terus disitu. Anda hanya perlu bayar 10% sahaja untuk deposit dan selebihnya bayar ketika check out. Rate per night utk dominotary dorm RM25-30 per night. Antara tempat cadangan;
• LUANG PRABANG
Kounsavan Guest House
Ban Thong Chaleurn
Luang Prabang
Laos
p. +856-2096857399
email: kounsavan@gmail.com
• VANG VIENG
Vang Vieng Rock Backpackers Hostel
Main road in Vang Vieng center
Vang Vieng
Laos
p. +856-2096599799
f. +856-309888489
email: vangviengrockbackpacker@gmail.com
5. Tempat apa yang menarik?
WALKING DISTANCE
• Mount Phonsi, 10,000Kip (RM5)
• Royal Palace
• Museum Palace
• Night Market
• Morning Market
• Morning Alms (5:30-6:30pagi di Mount Phonsi) makanan diberikan percuma kepada Monk.
MINIVAN
• Kuang Si Waterfall, 20,000Kip (RM10)
Perjalanan ke sini, 1 jam dengan tambang 160,000Kip per minivan. Boleh kongsi dengan foreigner yang lain. 1 minivan boleh muat 10 org.
6. LUANG PRABANG – VANG VIENG
Tambang minivan 95,000Kip seorang. Perjalanan 4 jam 45 minit bergantung kepada keadaan jalan.
7. Apa aktiviti di VANG VIENG?
Untuk mudah dan berbaloi, boleh ambik package 1 day tour 100,000Kip (RM50) 9:00-5:00 petang. Antara tempat yang termasuk dalam package;
• Pick up service door to door 9:00am
• Tubing Cave
• Lunch
• Elephant Cave
• Kayaking 6KM
• Blue Lagoon and Jumping Point
• Drop up service to tour hostel 5:00pm
8. Halal Food
Luang Prabang; Chennai Restaurant opposite mekong river
Vang Vieng; Nazim Restaurant
Kesempatan ke Switzerland September 2017 atas urusan pengambaran 13 buah episod program pelancongan yang bertajuk ‘Helo Switzerland’ secara langsung membawa saya ke banyak tempat yang indah yang sebelumnya kurang terkenal di kalangan orang-orang kita. Perjalanan dari satu daerah ke daerah amat mengasyikkan. Semua tempat yang dilawati itu indah, masyaAllah. Nak melelapkan mata barang seminit dua di dalam keretapi yang membawa kami ke sana sini pun terasa rugi.
Geneva, Zurich, Lucerne, Interlaken dan Bern adalah antara bandar-bandar besar yang selalunya menjadi tumpuan pelancong. Tetapi apa yang saya mahu paparkan kali ini ialah sebuah daerah yang bernama Gstaad. Nama yang jarang-jarang didengar bukan. Jom ikuti kembara saya.
GOLDEN PASS
Sebelum itu mari saya ceritakan tentang kereta api popular ini. Ia bukan sebarang kereta api. Ini adalah Golden Pass Train. Memang betul, tidak sah ke Switzerland kalau tidak merasai pengalaman menaiki Golden Pass Train.
Menaiki gerabak klasik kereta api Golden Pass membuat kita rasa seperti golongan bangsawan zaman dahulu. Rekaan dalamannya masih mengekalkan ciri-ciri hiasan kereta api semasa zaman Victoria. Gerabak klasik ini adalah satu daripada jenis kereta api berpanorama yang disediakan oleh sistem kereta api Golden Pass.
Kami menaiki kereta api klasik ini dari Montreux untuk ke destinasi seterusnya iaitu di Gstaad atau sebutannya Stad sahaja. Dalam perjalanan tadi, kami melihat keindahan ladang anggur dan ketenangan Tasik Geneva.
Perjalanan yang mengambil masa sejam dua puluh satu minit itu akhirnya tiba d Saanen. Amboi,seminit pun nak berkira. Sudah semestinya kerana Switzerland amat menitik beratkan soal ketepatan waktu. Setibanya di sana sudah sedia menunggu dua buah van untuk membawa kami ke hotel HUUS Gstaad.
Semasa menerima itinerari perjalanan sebelum berlepas ke Switzerland, saya sudah membuat tinjauan mengenai hotel ini. Hotel yang terletak di lereng bukit ini boleh tahan Alhamdulillah cantiknya. Memang teruja benar rasanya.
Lembah Gstaad terdiri daripada lima buah perkampungan iaitu Saanen, Gstaad, Schonried, Gsteig yang disebut Steig dan Lauenen. Keseluruhan penduduk di sini juga tidak ramai, sekitar 7,500 orang sahaja, sama banyak dengan jumlah ternakan lembu yang ada di lembah ini. Boleh bayangkan tak? Kedengaran macam kelakar tetapi itulah kenyataannya.
Meskipun ia agak kecil namun lembah Gstaad mempunyai reputasi yang besar dalam industri pelancongan Swtizerland. Ia dikenali sebagai pusat peranginan yang menjadi tumpuan golongan ternama dari seluruh dunia. Saya dapat tahu Madonna juga memiliki kediaman peribadi di Gstaad ini. Tak sempat pula nak ziarah dia. Lain kali ye kak Donna.
Pada musim sejuk, Gstaad menjadi tumpuan mereka yang gemar bermain luncur salji. Semasa musim panas pula, kawasan ini dikunjungi oleh para pendaki gunung serta mereka yang suka berbasikal. Seronok dan rileks betul kehidupan mereka kan.
MOUNT WISPILE & ALPHORN
Selepas mendaftar masuk hotel, kami dibawa ke Mount Wispile. Di kaki gunung itu rupa-rupanya sedang berlangsung sebuah pertandingan ratu cantik. Haaa…jangan tak tahu. Bukan orang sahaja yang ada pertandingan ratu cantik, rupa-rupanya kambing pun ada pertandingan Kambing Tercantik. Pertandingan ini diadakan setahun sekali di Gstaad.
Penduduk Gstaad masih mengamalkan kehidupan tradisional dengan mengendalikan ladang serta ternakan sendiri walaupun tempat ini sudah menjadi lokasi pelancongan bertaraf dunia.
Sebagai menghargai hasil ternakan mereka, beberapa acara rakyat diadakan seperti pertandingan Kambing Tercantik. Para penternak akan membawa kambing mereka ke sini untuk dihakimi oleh para juri berpengalaman dalam bidang penternakan.
Dari kaki gunung ini, kami perlu menaiki kereta kabel untuk sampai ke puncak Mount Wispile. Dan dari atas gunung ini, kami dapat melihat bandar Gstaad yang berada di dalam Kanton Bern. Dan di sini juga kami bertemu dengan pemain Alphorn.
Alphorn merupakan alat muzik tradisional Switzerland yang diperbuat daripada kayu lembut seperti spruce atau pine. Pada zaman dahulu, pembuat alphorn akan mencari kayu yang bengkok di perdunya bagi memudahkan mereka membentuk alphorn.
Namun, pada zaman moden ini, para pembuat alphorn cuma mencantumkan dua kayu yang telah dibentuk. Untuk melengkapkan bentuk alphorn, sebungkah kayu keras diukir mengikut bentuk mulut cawan, sebagai muncungnya. Bentuk dan saiz alphorn berbeza di antara satu dengan lain,
Saya ada juga cuba meniup alphorn ini dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada pasangan adik-beradik, Kurt dan Martin yang mempunyai pengalaman 40 tahun bermain alphorn. Lucunya tiupan saya tidak keluarkan bunyi apa pun hatta bunyi angin. Bukan sebarang orang pandai meniup alphorn ini rupa-rupanya.
BOLLYWOOD TRAIL
Saya peminat filem Bollywood terutamanya lakonan Shah Rukh Khan. Kalau ke Gstaad jangan lupa menyelusuri Bollywood Trail. Pemandangan alam semulajadi Gstaad serta suasana persekitarannya yang tenang, menarik minat para penggiat filem dunia untuk membuat penggambaran di sini.
Terdapat 150 buah filem menjalani penggambaran di Gstaad dan Saanen. Antaranya, filem blockbuster Bollywood tahun 1995 iaitu Dilwale Dulhania Le Jayange, lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol.
Latar belakang menarik Gstaad yang dipaparkan dalam filem itu secara tidak langsung menarik minat ramai penggemar filem Bollywood untuk datang ke Gstaad. Justeru, pihak berwajib di sini menamakan kawasan-kawasan yang pernah menjadi lokasi penggambaran filem Bollywood sebagai Bollywood Trail. Antaranya ialah di tengah bandar Gstaad, stesen kereta api Saanen dan jambatan Saanen.
GLACIER 3000
Kalau tadi Mount Wispile, sekarang kita beralih ke Glacier 3000 dengan ketinggian 2,965 dari aras laut. Di sinilah satu-satunya kawasan di Bernese Oberland yang dijadikan kawasan untuk meluncur salji sepanjang tahun. Dengan 24 puncak gunung yang terdapat di sini, menjadikan tempat ini sentiasa dilitupi oleh salji.
Dengan menaiki kereta kabel selama 15 minit, kami dibawa ke ke puncak Glacier 3000. Pada ketinggian ini, saya melihat hamparan salji yang meliputi permukaan kawasan pergunungan Alpine ini. Ia memberi peluang kepada para pengunjung untuk menikmati suasana bersalji meskipun datang di luar musim sejuk.
Di sini, saya melihat keindahan pemandangan puncak 24 buah gunung termasuk Mont Blanc, Jungfrau, Eiger dan Matterhorn.
Glacier 3000 juga terdapat Alpine Coaster iaitu toboggan run tertinggi di dunia yang menuruni kawasan tinggi dengan kelajuan 40 kilometer sejam sambil berpusing dalam pusingan 520 darjah, 10 curam yang berlekok dan 6 kawasan bergelombang. Saya tak naik pun. Serammm…
Kembara ini memang mengujakan. Di sini juga terdapat Peak Walk, iaitu jambatan gantung yang diperbuat daripada kabel besi waja, yang pertama di dunia. Dari sini, pemandangan seluruh banjaran Alps boleh dilihat, walaupun anda gayat pada ketinggian.
Peak Walk by Tissot merupakan jambatan gantung untuk pejalan kaki yang pertama di dunia yang menghubungkan dua buah puncak gunung. Jambatan sepanjang 107 meter dan lebar 80 sentimeter ini merupakan tempat terbaik untuk menikmati pemandangan puncak Matterhorn, Mont Blanc, Eiger, Mönch and Jungfrau.
Ia di buka sepanjang tahun, bergantung kepada keadaan cuaca dan ia percuma untuk sesiapa yang melawat Glacier 3000.
GASSLIHOF FARM
Kalau nak merasa bagaimana kehidupan di lading, datanglah ke Gasslihof Farm. Ladang ini dimiliki oleh Mr. Walter dan isterinya, Daniela Sumi.
Penternakan lembu, pengeluaran daging dan produk tenusu merupakan tiga hasil pengeluaran terpenting di Gstaad. Malahan, para penternak lembu di sini begitu bangga sekiranya orang luar atau pengunjung tahu mereka ini mengembala lembu. Malahan, perkerjaan mereka telah menjadi salah satu tarikan utama sebagai aktiviti pelancongan. Di Gstaad sahaja terdapat 7,000 ekor lembu, 200 ladang ternakan, yang mana 80 buah ladang masih menggunakan proses pempasturan Alp.
Antaranya ialah Ladang Gasslihof yang turut menyediakan kemudahan tempat penginapan ala Bed and Breakfast. Pengunjung yang bermalam di sini, boleh terus menikmati gaya hidup peladang pada awal pagi esoknya dengan sama-sama memberi makan kepada lembu dan cuba memerah susu lembu.
Dan siapa tahu, jika bernasib baik, anda mungkin berpeluang untuk bersama-sama dengan peladang ini ketika membantu proses lembu melahirkan anak.
Jadi kepada sesiapa yang ingin merasai suasana yang aman dan menenangkan sila berkunjung ke Gstaad. Kehidupan ala kampung yang jauh dari hiruk pikuk bandar ini akan membuatkan anda rasa rileks dan bagi saya, kalau diizinkan Allah swt melawat Switzerland lagi, sudah tentu saya ingin berkunjung ke sini lagi kerana Switzerland di mataku, Gstaad di hatiku.