Itinerari: Gadis Ini Pusing-Pusing Siem Reap Dengan Bajet RM900 Seorang Untuk 5H4M

Share

Bagi anda si peminat budaya atau kesenian, berkunjung ke Siem Reap yang terletak di negara Kemboja (Cambodia) adalah satu kemestian. Di sini tersergam indah dan kukuh Angkor Wat, kuil Buddha terkenal di dunia. Angkor Wat merupakan candi gemilang abad ke-12 yang dianggap bangunan keagamaan terbesar di dunia dan terletak dalam kawasan perhutanan yang tebal kini Tapak Warisan Dunia Unesco. Destinasi ini turut menjadi lokasi pengambaran beberapa filem terkenal antarabangsa.

Teringin melihat Angkor Watt? Ini ada perkongsian percutian daripada seorang gadis melalui laman sosialnya bajet keseluruhan ke Siem Reap untuk 5 hari 4 malam hanya sekitar RM900 untuk seorang.


Harini nak share trip ,bajet dan tips to Cambodia ( cover Phnom Penh and Siem Reap) . Total hangus (inc flight) untuk keseluruhan trip ialah RM900** seorang, untuk 5 hari 4 malam, sesuai untuk trip kawan2 atau pasangan (dengan famili kurang sesuai) . Harga tiket flight adalah harga promosi dari Malindo ( Return : RM198) , so dah jadi member ,rajin2lah check email untuk dapatkan harga promosi.

Since saya agak ralat nak menulis panjang dalam ni, jadi saya dah attach itinerary ( tempat + cost + nota tambahan) dalam bentuk gambar untuk senang dibaca dan refer.

Disebabkan Malindo hanya ada trip ke Phnom Penh, jadi kami menaiki Night Bus Sleeper untuk ke/balik Siem Reap. Dari PP ke SR, kami menaiki Bas Giant Ibis (ada katil ,bantal dan charger ) . Dari SR ke PP, kami menaiki Bas Mekong Ekspress ( Katil bas dalam bentuk standard kerusi bas tapi yg panjang, tak sesuai untuk org yang saiz lebih besar atau tinggi 180cm++) kecuali kalau anda tak kisah soal keselesaan. 🙂

Makanan halal mudah untuk dicari . Tuk Tuk kami yg akan bawa ke restoran Halal setiap kali makan. Di PP, kami guna khidmat Tuk Tuk Mok (English Speaking) . Di SR, kami guna khidmat , Tuk Tuk Zaky ( Malay Speaking ) . Boleh refer itinerary untuk dapatkan nombor phone/ price.

Untuk souvenir, kami beli berdekatan temple di SR. Lebih murah berbanding di Market dan boleh bargain, tapi dah bargain tu , jangan tak beli. Hehe. Matawang yg dipakai adalah USD and Riel , tapi mostly citizen di sana guna USD.

Di Cambodia, ada banyak Tuk Tuk dan travel agents yg akan approach , pickpockets, jadi hati2 sewaktu di sana and banyakkan membaca dan buat research. Tempah hotel, tiket bas siap2 sebelum fly untuk elakkan penipuan atau tiket habis. Digalakkan ambil personal Tuk Tuk (lebih murah dan senang untuk bergerak). Cambodia selamat untuk travel bagi perempuan.

Kalau nak beli tiket Angkor Wat, dinasihatkan untuk beli selepas 5ptg (sehari sebelum ) atau 5am untuk elak queue pjg especially rombongan pelancong dari China. Sewaktu di Angkor Wat, prepare light food ( sandwich ,pisang etc ) dan bawa air mineral, pakai sunblock dan bawa portable fan. Ini untuk elak hidrasi dan panas matahari.

Hopefully sharing ini sedikit sebanyak membantu bagi sesiapa yg akan travel ke Cambodia.

Sumber: FB Dayang Hidayah

Oleh
Husna