Seronokkan kalau dapat jalan-jalan makan angin dekat tanah tingg, lagi-lagi Sabah? Cuaca sejuk, nyaman. Sedap dan selesa je rasa bila travel ke tanah tinggi macam Kundasang.
Korang perasan tak, tumbuh-tumbuhan yang hidup di tanah tinggi ni semuanya cantik-cantik belaka? Pokok-pokok yang hidup dekat sana pun berbeza dengan kita yang dah biasa tinggal dekat tanah rendah ni. Faktor-faktor tu la yang membuatkan seronoknya bercuti ke tanah tinggi.
Sahabat kita Puan Nud Shumë E Mirë ni ada berkongsikan itinerari percutian beliau ke Kundasang, Sabah. Jadi kepada anda yang teringin sangat nak bercuti ke tanah tinggi ala-ala New Zealand dekat Malaysia je, meh amik itinerari dari sahabat kita ni. Tempat-tempat yang beliau pergi best.
KL – KUNDASANG- KOTA BELUD – TUARAN – KOTA KINABALU ( 17-20 FEB 2019 )
Flight ticket + value pack
RM559.34 ( 2pax )
DAY 1
-touchdown BKI / 8.30am
-ambil kereta sewa kat airport
-lunch (the warung kepayan)
*teruskan perjalanan ke kundasang
*kami tak masuk rumah terbalik. sebelah rumah terbalik ada shell, if nk isi minyak boleh isi situ sblm masuk kundasang
-jambatan tamparuli
-pekan nabalu
-pekan kundasang
-kundasang war memorial ( bergambar kat luar je )
-pekan ranau
-arnab village RM6
-check in KIRAMS VILLAGE
DAY 2
-check out
-jalan golf mesilou ( keluar je simpang kanan kirams village dah nampak gunung kinabalu)
-desa dairy farm RM5
*aiskrim gelato RM5.30
*cow feeding RM2.50 ( milk + grass )
-kinabalu national park RM3
*pondok timpohon, laluan pendaki ke gunung kinabalu
-polumpung melangkap view camp
RM3
-peak of hope tuaran RM20
*parking keta tepi jln, nnt ada 4×4 amik kite naik atas. byr kat ats. ada sediakan air mineral free. kat atas ada mini cafe je, ada maggi, air kelapa, jajan
*teruskan perjalanan ke kota kinabalu
-check in MONACO BOUTIQUE HOTEL, KG AIR
-dinner ( putri kitchen )
*ikutkan plan asal nk dinner kat kedai makan santubong, tp takde rezeki sbb kedai tutup. so mkn je area2 situ, pilih je nk mkn kat kedai mana
-pasar malam kg air
*betul2 dpn hotel
DAY 3
-jesselton point
-breakfast
* boleh breakfast kat jeti, beli je makanan kat situ bawak bekal masuk pulau
-pakej pulau sapi ( kaunter 10 )
* RM91.60/1 pax ( bot transfer, parasailing, mask + snokel, yuran masuk ke TAR park, yuran pulau, yuran jeti )
*kat pulau ada loker, boleh simpan barang. RM10/day
-lokan bakar, kelapa bakar ( kedai 1 malaysia )
-pantai tanjung aru ( sunset )
-pasar ikan masin,pasar filipino,pasar malam sinsuran
Ads
DAY 4
-check out
-ronda-ronda bandar kk, I ❤ KK, todak waterfront
-kk chocolate house
-lunch ( the warung kepayan )
-transfer airport
nota : ?kereta sewa rm330 – 4hari ( myvi SE ) ?duit minyak rm70
-shai ( 0105844006)
?kirams village rm80 ( chili room/1 mlm) ?sewa tuala rm3 sehelai
-0166950057
?monaco boutique hotel kg air rm186.60/2 mlm. booking via agoda.com
( ada pasar mlm depan hotel. not recommended utk fmly, ada 3 tingkat. tangga je, takde lif. overall bilik cantik, ok la if nk stay 1 or 2 mlm )
Ads
?sblm masuk kundasang, better beli la asam ke, bwk minyak angin ke apa sbb jalan ke sana mcm ular kena palu, takot termuntah pulak dlm kereta. kudap2 pun beli la sikit2
?kat pekan nabalu boleh shopping sikit2, jgn dtg hari ahad sbb byk kedai tutup
?bila da sampai kat pekan kundasang, wajib try sayap ayam madu wak ali. dekat dgn tandas awam. RM1.80/sayap
?kat kk, kalau nk lunch boleh pergi ke the warung kepayan. wajib try nasi kuning dia. terbaekkk
Ads
?nk dinner, selain area todak waterfront boleh je try dpn promanade hotel, anjung senja/ tanjung likas
?nk mkn lokan bakar & kelapa bakar, area jalan sepanggar sulaman berderet kedai kiri kanan. sos dia pun terbaekkk.
?sape2 yg minat coklat boleh la singgah kk chocolate house. walaupun da 10 tahun bukak, tp tak ramai yg tahu. dorang proses coklat brand sendiri ( cocoa kingdom ). bkn coklat cadbury, bkn kitkat bkn ferero roshe ye ?
?kalau nk shopping, kat pasar filipino. pandai2 lah korang tawar-menawar k ?
*hati-hati handbag korang kat sini okeyyy. kalau boleh bwk purse je buh dlm poket
?TOTAL HANGUS : RM588.70/PAX ( TAK TERMASUK MAKAN & SHOPPING )
?TRIP NI LEBIH KEPADA VIEW HUNTING YA, BUKAN FOOD HUNTING ?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Macao, kota yang penuh warna-warni dan terkenal dengan sumber hiburan yang menyeronokkan ala Vegas. Macao terbahagi kepada tiga wilayah iaitu semenanjung Macao, Pulau Taipa dan Pulau Coloane.
Namun ia tidak menjadi halangan buat pelancong Muslim khasnya untuk berseronok cara ‘Halal’ di sini. Macao ada lebih daripada itu! Ada tempat bersejarah, ada pemandangan indah, ada lokasi membeli-belah barangan berjenama dan ada premis makanan Halal dengan citarasa yang pelbagai.
Betul ke senang cari makanan Halal? Ya betul!
Jangan terkejut jika dikatakan untuk mencari makanan Halal di Macao tidak sesukar mana. Untuk pelancong Islam tidak perlu ragu-ragu untuk berkunjung ke Macao kerana pelbagai kemudahan mesra Muslim untuk anda tersedia di sana.
Sebelum ini mungkin ramai yang sudah beberapa kali ke Hong Kong, namun pasti ada sesetengah langsung tidak terfikir untuk menjejakkan kaki ke Macao yang hanya dipisahkan beberapa kilometer sahaja.
Jika anda datang dari Hong Kong, boleh cuba pengalaman ke Macao dengan menggunakan pengangkutan bas menyusuri Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macao (HKZM) di Terminal Bas Kowloon, Hong Kong. Pengunjung boleh dapatkan tiket di kaunter atau menggunakan mesin layan diri.
Dibuka secara rasmi pada 24 Oktober tahun lalu oleh Presiden China, Xi Jinping, jambatan HKZM merupakan jabatan laut terpanjang di dunia dengan jarak sejauh 55 kilometer dengan memiliki terowong dasar lautnya sendiri.
HKZM menghubungkan Hong Kong ke Zhuhai dan Macao, merentasi perairan Delta Sungai Mutiara. Buat masa ini, bas merupakan pengangkutan terbaik untuk mengembara merentasi jambatan ini. Ini kerana kenderaan persendirian yang ingin menggunakan HKZM perlu memohon permit khas dengan pelbagai kriteria ketat.
Teroka Macao Dengan Perkhidmatan Macao Open Top Bus & Macao Cruise
Macao memang cukup sempurna untuk percutian bersama yang tersayang, keluarga, teman-teman atau secara individu. Untuk meneroka keseluruhan tiga wilayah Macao sangat mudah. Dicadangkan untuk mencuba perkhidmatan Macao Open Top Bus dan Macao Cruise.
Menggunakan kedua-dua perkhidmatan ini akan membawa pengunjung melihat dengan lebih jelas destinasi-destinasi utama terlebih dahulu apa yang ada disekitar Macao.
Menara Macao
Dari mana-mana sudut di Macao pasti boleh melihat menara ini dari jauh. Mempunyai ketinggian 338 meter ini, pengunjung dapat melihat pemandangan indah seluruh Macao dari pandangan atas menara.
Terdapat pelbagai aktiviti ekstrem disediakan, antaranya terjunan Bungy, SkyJump dan Tower Climb.
Untuk mencabar adrenaline, boleh cuba aktiviti Skywalk iaitu berjalan-jalan di luar rim menara utama.
Senado Square, IAM Building & Happiness Street
Senado Square juga dikenali sebagai Urban Center bagi Macao. Lokasi ini juga lokasi wajib dikunjungi jika berada di Macao. Macao sebelum ini ditadbir oleh Portugis, disebabkan itu banyak tinggalan seni bina Portugis boleh dilihat disekitar ini.
Untuk dapatkan lebih ‘aura’ dan dapatkan perbezaan, pengunjung boleh ke sini pada waktu siang dan malam hari.
Dataran disekitar ini diturap dengan batu ‘cobble’ berwarna hitam dan putih yang asal masih ada di situ.
Berhadapan dengan Senado Square terdapat sebuah bangunan lama yang begitu istimewa dan cantik dikenali sebagai IAM Building atau dahulu dikenali sebagai Leal Senado. Struktur bangunan ini di bina pada tahun 1784 sebagai Pejabat Perbandaran Macao.
Disekitar ini juga terdapat sebatang jalan yang dikenali sebagai Happiness Street. Terdapat pelbagai kafe dan restoran disepanjang jalan ini. Dilaluan ini juga anda boleh melihat deretan ‘rumah merah’ berkonsepkan tradisi cina yang begitu indah.
Jangan lupa berhenti seketika untuk membidik foto kenangan dan kongsikan kepada teman.
Ruins of St. Paul , Mount Fotress & Macao Museum
Ruins of St. Paul adalah lokasi wajib datang kalau melancong ke Macao. Ia merupakan struktur runtuhan sebuah kompleks abad ke-16. Malah, ia juga disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.
Pengunjung juga dicadangkan untuk ke lokasi ini pada siang dan malam hari untuk melihat sisi berlainan Ruins of St. Paul.
Disekitar kawasan ini juga terdapat banyak kedai cenderama, kafe dan laluan seni untuk mereka yang suka bergambar seperti di lorong Rua Da Felicidade. Lorong-lorong belakang di Macao boleh dikatakan sangat bersih dan penuh dengan hiasan dinding seni yang kreatif
Terletak bersebelahan Ruins of St.Paul, ambil masa untuk naik ke Mount Fotress ialah kubu pertahanan tentera Portugis seluas 10,000 meter persegi.
Selain jalan-jalan di kawasan kubu yang luas ni, anda juga boleh melawat Macao Museum di sini dan melihat keindahan kota Macau dari pandangan atas.
Elekron Show @ Studio City
Selain menempatkan resort hotel berstatus lima bintang, pusat membeli-belah dan restoran mewah, Studio City mempunyai ruang khas untuk menonton teater atau persembahan berskala besar. Ketika ini sedang berlangsung persembahan Elekron Show yang begitu memukau.
Penonton disajikan dengan persembahan aksi bertaraf antarabangsa yang begitu mendebarkan dilakukan oleh individu yang berpengalaman dalam bidang permotoran, aksi lagak ngeri dan akrobatik. Penonton pasti terpaku dengan setiap adegan yang dipersembahkan selain turut diselitkan sesi jenaka bersama penonton bertuah yang dipilih ke ruang pementasan. Dari luar Studio City ini tampak menyerlah apabila ada angka lapan di tengah-tengah bangunannya. Bila dilihat dengan teliti, angka lapan itu sebenarnya adalah roda Ferris yang dikatakan tertinggi di dunia.
The Parisian Macao
Tidak jauh dari Studio City, terdapat sebuah replika Menara Eiffel di Paris iaitu The Parisian Macao adalah binaan paling tinggi menyamai ketinggian bangunan 38 tingkat berbanding replika yang lain di seluruh dunia malah ia juga lebih realistik. Menariknya, setiap hari terdapat pertunjukan dan persembahan lampu pelbagai warna dan tema pada struktur menara sambil diiringi alunan muzik bermula jam 6.15 petang hingga 12 tengah malam. Pengunjung tidak akan sekali-kali melepaskan peluang untuk merakamkan gambar.
Taipa Houses & Cunha Street
Dibina pada tahun 1921, Taipa Houses adalah lokasi menarik yang tidak perlu dilepaskan untuk dikunjungi. Terdapat lima buah bangunan dengan seni bina Portugis merupakan rumah agam bagi keluarga pegawai awam Portugis (Macanese).
Kini dijadikan muzium untuk pengujung melihat dengan lebih dekat cara kehidupan mereka pada masa lalu.
Dari sini, anda boleh berjalan ke Cunha Street untuk mendapatkan pelbagai cenderahati dan produk makanan warisan Macao seperti Tat Telur Portugis, Biskut Badam, Biskut Syiling Emas, Serradura, Teh susu dan juga Aiskrim Durian Musang King.
Di sini juga menjadi tumpuan ramai pengunjung untuk merakam gambar kenangan berlatar belakangkan dinding dihiasi lukisan kreatif.
Planet J & Zero Latency Premis Keriangan Untuk Keluarga
Kalau datang dengan keluarga dan anak-anak kecil pula, pengunjung dicadangkan untuk ke Planet J dan Zero Latency. Di Planet J, menawarkan permainan interaktif.
Anda boleh memilih pelbagai kostum menarik sebelum menjalankan misi khas jelajah seluruh Planet J.
Di Zero Latency pula bakal membawa pengunjung untuk mencuba pengalaman menyelesaikan misi ‘penting’ permainan dalam bilik khas secara berkumpulan menggunakan kemudahan Virtual Reality (VR).
Terdapat beberapa pilihan tahap permainan yang boleh di cuba iaitu Engineerium (tahap mudah), Zombie Survival (tahap sederhana) dan Singularity (tahap sukar). Memang puas jika dapat melawan musuh dengan kerjasama semua ahli kumpulan yang begitu baik.
Secara keseluruhan Macao adalah percutian lengkap untuk segalanya sesuai untuk . Tak sabar rasa nak ‘repeat’ lagi trip ke Macao.
Tip Macao
Jika ingin mendapatkan perkhidmatan shuttle bas percuma, anda boleh ‘menumpang’ di mana-mana sahaja hotel 5 bintang yang menyediakan khidmat ini. Jangan lupa untuk bertanya ke mana lokasi bas tersebut menuju.
Matawang yang digunakan di Macao adalah Macao Pataca dan Hong Kong Dolar
Bagi warganegara Malaysia, anda tidak memerlukan visa untuk masuk ke Macao bagi tempoh lawatan kurang daripada 30 hari.
Boleh dikatakan semua lokasi awam tersedia perkhidmatan wifi percuma.
Macao bersuhu iklim subtropika dengan suhu paling rendah sekitar 15 darjah celsius dan paling panas 30 darjah celsius.
Ketika daftar di hotel-hotel sekitar Macao, beritahu anda adalah seorang Muslim. Pihak hotel tidak keberatan utnuk menyediakan sejadah bersama kompas kiblat di dalam bilik.
Ramai menyukai aktiviti lasak termasuk memanjat gunung yang merupakan kepuasan buat individu yang sukakan cabaran. Tidak kenal erti takut atau penat tapi asal hati suka, kaki akan melangkah menuju tempat disukai.
Bagi korang yang ada plan nak cuti-cuti ke Kelantan, apa kata singgah sebentar di Gua Musang hujung minggu nie kerana ada satu port pelancongan baru dibuka iaitu Muse Ecopark.
Muse Ecopark merupakan nafas baru pelancongan di Gua Musang, Kelantan. Dan ia merupakan one-stop center untuk aktiviti rekreasi semulajadi, ruang makan dan penginapan dan bakal dibuka sepenuhnya selepas Raya nanti.
Apa yang menariknya di sini
Untuk korang yang hormon adneralinnya tidak gentar mencuba sesuatu yang mustahil, bolehlah mencuba aktiviti mendaki gua batu kapur untuk melakukan aktiviti Zipline / Flying Fox yang tertinggi di Kelantan dan ia adalah yang pertama di Malaysia yang menggabungkan elemen via ferrata.
Menurut Pengurus Muse Ecopark, Mohd Ruzuke Abd Aziz, sebelum mencuba aktiviti flying fox dari ketinggian 40 meter itu, mereka perlu mendaki gua batu kapur melalui via verrata sebelum mencapai platform tersebut.
“Bagi kumpulan 2-3 orang, masa diperlukan cuma setengah jam sahaja tapi kalau kumpulan ramai mungkin lebih masa diperlukan. Masa yang sama untuk keselamatan pengunjung, tiga orang instructor akan menjaga keselamatan iaitu dari depan, belakang dan dari platform,”katanya memaklumkan, selain pada ketinggian 40 meter, aktiviti juga flying fox pada ketinggian 15 meter katanya memaklumkan tempat ini baru dibuka 19 Mac lalu.
Untuk pra pembukaan, untuk mencuba aktiviti ini hanya perlu membayar RM50 sehingga 15 Mei ini sebelum kembali ke kadar asal iaitu RM90. Dari ketinggian 40 meter ini, korang boleh tengok seluruh bandar Gua Musang ya.
Dalam selepas hari raya nanti, Muse Ecopark ini akan dibuka sepenuhnya dengan penginapan menarik dilengkapi kolam mandi. Tidak hanya aktiviti via verrata dan flying fox, orang ramai boleh mencuba aktiviti mendaki gua batu kapur Gua Musang hingga ke puncak pada harga RM35 seorang untuk melihat pemandangan yang sangat indah.
Tempoh mendaki antara 3-4 jam melalui tangga besi dan tali sebelum sampai ke puncak. Nak solat mudah di sini kerana adanya Masjid Buloh yang sangat terkenal di Kelantan kerana diperbuat sepenuhnya dari buluh dan ia termasuk dalam kawasan ecopark ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Thailand memang sudah terkenal dengan keindahan pulau dan pusat hiburan bertaraf dunia. Pantai di Pattaya antara pantai yang tidak kurang popular di Thailand. Pengunjung akan terasa damai dan tenang melihat pasir yang memutih dan angin laut yang menyegarkan di samping melihat kapal-kapal layar dan bot-bot yang berlabuh di laut yang jernih.
Terletak 147 kilometer dari tenggara Bangkok, Bandar peranginan yang dulunya cuma perkampungan nelayan berubah menjadi pusat pelancongan sekitar tahun 60-an dan sehingga kini menjadi destinasi percutian cukup mengujakan.
Di Malaysia, menu Nasi Goreng Pattaya sangat dekat dihati kita. Mungkin ramai beranggapan menu tersebut berasal dari Pattaya. Tanggapan itu silap! Orang Pattaya sendiri tidak tahu akan kewujudan Nasi Goreng Pattaya tersebut. Tidak percaya? Cuba tanya kepada penduduk tempatan.
Pantai Pattaya
Pattaya terus menjadi terkenal dan ia mengecapi pembangunan yang cukup menakjubkan. Oleh itu tidak hairanlah, apabila musim cuti pulau itu menjadi tumpuan. Hotel-hotel akan penuh sesak dan semua kawasan di situ menjadi tumpuan pelancong. Pattaya dikelilingi laut hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, bersantai, dan memancing. Pantai berpasir putih yang panjang bermandikan limpahan cahaya matahari sepanjang hari menjanjikan ketenangan yang lengkap. Air laut yang jernih membiru mengelilingi kepulauan ini memberikan peluang untuk menjalankan pelbagai aktiviti dan rekreasi air lain.
Di sini juga, selain bersantai di persisiran pantai dan menikmati keindahan alam ketika matahari terbenam, ia juga menjadi lokasi untuk pelancong membeli cenderahati dan menikmati pelbagai jenis makanan. Sama seperti destinasi lain yang berhampiran lautan luas, terdapat banyak restoran dan kafe yang menyajikan hidangan makanan laut yang lazat dan segar. Sebut apa sahaja menu yang mahu anda jamah, semua ada di, dari makanan tempatan hinggalah kepada hidangan barat, segala ada di situ.
Pendek kata, di Pattaya apa juga makanan yang anda idamkan pasti boleh diperolehi di situ. Begitu juga dengan hotel dan calet yang di kawasan tersebut. Ia sering menjadi rebutan ramai kerana keindahan dan keselesaannya. Jika ingin beristirehat, segeralah ke pusat urutan atau spa traditional yang menawarkan khidmat urutan Thai yang terbaik dengan harga berpatutan.
Cartoon Network Amazone
Lebih mengujakan, di Pattaya turut mempunyai taman tema air yang menyeronokakan untuk seisi keluarga. Cartoon Network Amazone mula beroperasi sejak tahun 2014 merupakan taman tema air pertama di dunia yang membariskan pelbagai watak dalam siri Cartoon Network seperti Powerpuff Girl, Ben10 dan Adventure Time. Terdapat 10 zon bertema untuk diterokai sebelum jantung anda mengecut saat merasai sendiri keseronokan bermain rollercoasters air yang cukup curam. Rasai juga pelbagai tunggangan menyeronokkan selain bersantai di taman permainan aqua dengan pelbagai permainan air yang berbeza-beza.
Pengunjung dapat menyaksikan persembahan dari karekter kartun seperti The Powerpuff , Johnny Bravo, Ben 10 dan sebagainya pada setiap hari di pentas utama sambil beralun santai di ombak buatan yang menyeronokakan. Terletak di Bang Saray Bay, Thailand iaitu 20 minit dari bandar Pattaya dan dua jam perjalanan dengan kereta dari Bangkok, Taman Tema Air Cartoon Network Amazone terdiri daripada 10 permainan termasuk rollercoaster, kolam mandi ala pantai dan Cartoonival. Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang, Cartoon Network Amazone juga dinobatkan sebagai taman tema akuaria terbesar dan memiliki 150 seksyen kolam mandi.
Nong Nooch Botanical Garden
Kalau datang ke Thailand tidak sah rasanya jika tidak melihat persembahan gajah atau melihat gajah dari jarak dekat. Di Pattaya, anda boleh membawa keluarga ke Nong Nooch Botanical Gardenkala yang terletak di Chonburi. Anda pasti teruja melihat persembahan bersahaja si gajah yang berbakat seperti bermain bola, berbasikal, menari dan sebagainya. Tarian klasik Thai yang mempesonakan, pertunjukan tinju dan gendang antara yang menarik untuk dirasai saat berkunjung ke Nong Nooch Botanical Garden ini. Tidak hanya itu, taman yang memenangi banyak anugerah ini juga merupakan lokasi kepada beberapa bunga yang paling luar biasa selain memiliki landskap haiwan cukup mengagumkan.
Di taman ini juga, anda berpeluang melihat sendiri lebih 670 spesies orkid termasuk orkid hibrid yang sangat cantik.
Sanctuary of Truth
Untuk menghayati kesenian dan senibina Thailand, singgah sebentar ke Sanctuari of Truth di Pattaya. Dari jauh, anda boleh lihat senibina kayu yang tersergam indah di tepian pantai setinggi 100 meter gah berdiri. Bangunan ikonik ini hasil kraf masyarakat Thai mengunakan kayu sejak dari tahun 1981 dan belum siap sepenuhnya hingga sekarang. Ramai pelancong beranggapan ianya merupan sebuah kuil, tanggapan tersebut tidak benar sama sekali kerana ia merupakan binaan yang dibina oleh pemiliknya semata-mata untuk menunjukkan seni kraf orang Thai.
Pengunjung yang datang ke sini akan ditemani oleh seorang pemandu pelancong yang akan menerangkan dengan terperinci tentang binaan tersebut. Selain itu, cuba aktiviti menunggang gajah atau menaiki perahu mengelilingi Sanctuary of Truth ini. Anda akan dapat lihat pelbagai struktur ukiran kayu menarik dari pelbagai posisi dan sudut.
Info!
Cara Ke Sini
Jika dari Malaysia, boleh terus ambil penerbangan ke Pattaya.
Atau alang-alang berada di Bangkok, anda boleh memilih menggunakan pengangkutan darat samada bas, van atau kereta sewa dari Bangkok.
Makan-Makan
Cuba keenakan masakan Halal tempatan yang begitu menyelerakan di Restoran Amir Halal Foods. Menu cadangan Sup Daging!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!