Itinerari Lengkap Trip Bajet Main Snow Di China. RM1500 All In

Share

Bestnya kalau dapat main salji. Maklum la Malaysia ni tak ada salji. Tipu la kalau tak rasa teringin nak rasa salji putih yang sejuk tu kan? Kalau nak try pegang salji yang ori mesti mahal negara yang nak dituju tu.

No..no! Jom simpan duit dan ikut Itenari bro ni. Al Hadi Mahusin bercuti sambil main salji di China dengan harga yang bajet.

7 Hari: Kunming,Lijiang dan Dali, China RM1500 All in!!!!!

BUDGET :

  • Rates 59.10/ Tukaran RM500 sahaja
  • KB – KL RM69 (Air Asia)
  • KL – Kunming RM159 (Air Asia)
  • Kunming – Lijiang RM154 (Trip.com – China Eastern Airlines)
  • kunming – KL RM119 (Air Asia)
  • KL – KB RM78 (Malindo Air)
  • Lijiang – Dali by train RM20 (Trip.com)
  • Dali – Kunming by train RM85 (Trip.com)
  • Lijiang International Youth Hostel RM103/2 Pax- 3D2N Twin Room with Shared Bathroom (LIJIANG) (Agoda)
  • The Jade Emu International Guesthouse
  • RM70/2Pax – 2D1N deluxe king (DALI) (Agoda)
  • Qian Lv Chen Dazhen Hotel (KUNMING) RM78/2Pax – 2D1N Business Twin (Agoda)
  • Simkad TuneTalk – RM60/2 4GB
  • Visa buat dengan The Passport Project – RM140 (bypos)

SABTU 16 NOV 2019
5.20PM Flight Kota Bharu ke KL
– Tempat lepak Fav Family Mart
– Verified visa dekat kaunter Air Asia dan terus masuk
9.35PM – Flight KL ke Kunming

AHAD 17 NOV 2019
1.25AM Sampai kunming Changshui International Airport
– pusing2 dalam airport sambil tunggu next flight
6.55AM Flight Kunming ke Lijiang (China Eastern Airlines )
– Sampai Lijiang Sanyi International Airport, Ambil didi 20yuan/pax ke hotel atau ambil bus 20yuan/pax stop di old town lijiang
– Check in hotel Lijiang International Youth Hostel dan jalan2 old town lijiang (hotel ni susah nak cari,maps pun tunjuk dekat lain. Pusing tempat sama last2 jumpa dengan orang malaysia diorng tunjukkan sebab diorng pernah stay situ.
– Jalan2 Black dragon pool
– Banyak kedai halal,jalan2 dan akan jumpa kedai halal nanti boleh pilih nak try kedai mana huhu
– Malam pusing2 old town

Isnin 18 NOV 2019
6.20AM ke Baishui river, Blue Moon Valley dan
Jade Dragon Snow Mountain
– Pakej ke jdsm 450yuan sorang tanpa lunch and show, pakej termasuk clothes,tank oxygen 1 sorang,entrance fee dan lain2. (Bawa bekal makanan sendiri ya huhu)
4.30PM balik ke lijiang
– Malam jalan kaki ke mall bawah tanah xpress line old town. Pusing2 old town lijiang dan makan

Selasa 19 NOV 2019
9.30AM naik bus no.18 ke Lijian train station (2yuan)
10.20AM Train ke dali (34yuan)
– Sampai dali ambil bus no 8 ke old town dan bus akan stop dekat gate north (3yuan)
– Check in The Jade Emu International Guesthouse
– Pusing2 Old town dali
– Jalan kaki ke three pagoda, enhai lake dan canola garden
– Malam pusing2 old town dali
– Kedai halal ada dalam old town dali

Rabu 20 NOV 2019
7AM Naik bus depan hotel ke Dali train station (2yuan)
8:22AM Train ke kunming (34yuan)
– Check in Qian Lv Chen Dazhen Hotel
– jalan2 kunming dan makan
– Pergi makan dalam kantin Yixigong Mosque, banyak kedai halal berdekatan masjid dan jangan lupa try satay daging sedap
– Naik bus C85 ke Guandu Ancient Town dan balik pun naik bus yang sama (4yuan return)
– Jalan2 Nanping Pedestrian Street. Malam-malam sangat happening kawasan ini.

Khamis 21 NOV 2019
7AM breakfast dan Check out hotel,tinggal bag dekat receiption dan terus gerak ke Stone Forest, dari kunming railway station,Jalan kaki ke yongsheng road dalam 1km and take bus no 60 to east bus station kunming (2yuan), and beli tiket bus to shilin stone (34yuan).Tiket masuk stone forest (130yuan) Electric car fee (25yuan) saya tak ambil electric car so jalan kaki 4KM return huhu.
6PM Naik bus balik ke east bus station kunming
– Sampai east bus station kunming dan ambil bus no.60 (2yuan) untuk balik ke kunming railway station
– Jalan kaki ke Rainbow Bread Works (bakery halal)
– Jalan kaki ke hotel, ambil bag dan terus ke zhengxian metro station (5yuan) ke Airport Kunming.

Jumaat 22 NOV 2019
2.30AM Flight Kunming ke KL
6.30AM Sampai Klia2

TIP

  • Makanan halal dalam airport kunming level B2 kalau ke kanan akan jumpa kedai rainbow bread work (halal bakery) kalau ke kiri ada restoran halal
  • Kunming,Dali,Lijiang banyak kedai halal
  • Train dan flight kunming ke Lijiang book dekat Trip.com
  • Souvenir beli di lijiang dalam 10-20yuan
  • Saya banyak guna maps ya sebab dia akan tunjuk bus no berapa yang kita perlu ambil untuk ke sesuatu tempat
  • Makanan saya bawak Brahim,maggie dan lain2, xhabis pun huhu banyak makan kedai hahahaha
  • Disana diorang meludah tak kira tempat, dalam airport tempat orang duduk pun diorang meludah sana sini
  • Untuk bercakap dengan diorang saya guna Apps Translator yang warna hijau
  • Pastikan copy gambar sticker halal dalam bahasa cina diorang nanti nak membeli senang huhu
  • Kalau yang dekat klia2 boleh jimat lagi,kami dari kelantan so kene keluarkan duit lagi
  • Download app wechat
  • Trip ni banyak jalan kaki, nak jimat
  • Kalau nak book via Trip.com make sure date issued ticket awal jangan lambat. Macam saya ambil yg date issued 18nov train Lijiang ke Dali pada 19 Nov 2019. 18 Nov 2019 tu Trip.com cancel book saya. Terpaksa walk in dan nasib baik masih available.
Oleh
Husna