Perkongsian itinerari AMAZING EASTJAVA INDONESIA oleh Zayyad Aazad 

SURABAYA – BATU – MALANG – LUMAJANG – IJEN – PROBOLINGGO – BROMO – SURABAYA

Kali ini abam Zayyad Aazad nak share sikit short trip 5D4N ke Surabaya, Indonesia di mana terdapat juga tempat-tempat menarik yang boleh kita kunjungi ke sana, seolah-olah kita juga berada seperti ala-ala di eropah.

Tidak perlu mengeluarkan kos yang besar di mana, scenery juga tetap mengujakan! Tujuan utama abam Zayyad Aayad ke sana kerana ingin memburu keindahan blue fire yang hanya boleh didapati sekitar 1-2 buah negara antara dalam dunia.

Itinerari Hebat Ke Surabaya: Panjat Gunung, Berenang Di Waterfall, Shopping – Semua Ada Dalam Ni!
Menaiki 250 langkah anak tangga sebelum sampai ke kawah gunung bromo. Sebelum sampai ke anak tangga tu boleh pilih samada berjalan kaki atau horse riding dari parkir jeep. Terlupa kira berapa jarak KM pulak ?. Tp jauh jugaklah. Kalau biasa berjalan/hiking kuranglah penat tapi kalau tak biasa hiking cramps kaki weeiii.. Kalau tak sila bargains horse riding. Kalau dapat below price idr 100k bersamaan rm30 return pun dah ok. Abam jalan kaki je.

Selain itu juga dapat melihat keajaiban dan keindahan ciptaan Allah iaitu kawah gunung berapi di Indonesia di mana gunung kawah tersebut masih aktif tetapi tidak merbahaya kepada pengunjung. Waterfalls di Surabaya juga antara tempat destinasi tumpuan dunia.

Bagaimana pun, perjalanan antara destinasi ke destinasi juga amat jauh dan memenatkan yang memakan masa lebih kurang 4jam-7jam setiap perjalanan. Semoga dengan perkongsian scenery ini dapat menjadi tanda semangat, inspirasi dan membantu rakan rakan lain yang juga berminat ingin berkunjung ke sana.

PAKEJ = IDR 3.4Juta / RM950/pax
(Pakej termasuk hotel, transport, driver merangkap photographer, entrance fees, minyak, tol & sarapan )

MAKAN/MINUM = IDR 249K / RM70

TIPS (for guide/supir) = IDR 100K / RM30

SOUVENIR = IDR 1.686Juta / RM505

ADD-ONS = IDR 69K / RM18 ( Toilet 4K & Simcard 65K )

TRAVEL INSURANCE = 92.90 ( Include adventurous activities ) by Trip Care 360 Etiqa Takaful.

TOTAL = RM 1665.90 (Tidak termasuk tiket flight promosi AA)

Itinerari Hebat Ke Surabaya: Panjat Gunung, Berenang Di Waterfall, Shopping – Semua Ada Dalam Ni!
View waterfalls Coban Rondo

DAY 1

9.00am – Flight dari KLIA airport ke Juanda airport

10.50am – Touchdown dan airport transfer ke Malang. Van Mazda berdua dgn member bersama supir bernama Pak Jan. Cekap dan pantas memandu berpengalaman selama 20thn. Terror tau selok belok jalan tikus..jimat masa.. Hahaha.. OTW tu singgah beli simcard telkomsel price idr 65K utk 12GB ?

1.00pm – Singgah makan bakso idr 27K di Malang

2.00pm – Shopping dan beli souvenir dulu takut masa balik tak cukup masa, idr 106juta. Ni kebanyakan kiriman dari family dan rakan ?.

5.00pm – Taman Langit di Bukit Banyak entrance fees idr 10K di Alun Alun Batu

Ads

7.30pm – Makan nasi ayam penyet 37k di Wong Solo di Alun Alun Batu

9.00pm – Checkin Seluwah Homestay di Alun Alun Batu

DAY 2

6.30am – Sarapan Seluwah Homestay , Alun Alun Batu

7.30am – Bergerak ke Coban Rondo

8.00am – Coban Rondo entrance fees idr 100K – waterfall, flying fox, memanah, maze, paintball, basikal di Alun Alun Batu. Seronok jugak !!

9.30am – Bergerak ke Ladang buah epal.

10.00am – Petik buah epal di area Batu. Entrance fees idr 35K. Boleh makan sampai puas. Boleh juga tapaw tp kena bayarlah ye ?.

11.00am – Bergerak ke Kota Malang

12.00pm – Kampung Warna Warni Jodipan. Tempat tinggal setinggan warga Kota Malang sepanjang sungai yang dihiasi rumah yang berwarna warni. Kalau bernasib baik boleh tengok keretapi lalu di laluan jambatan atas kampung tersebut. Menarik!! Entrance fees idr 5K

1.00pm – Makan Nasi Padang idr 23K

2.00pm – Bergerak Ke Kota Lumajang

6.00pm – Makan malam ayam penyet idr 23K. Gerai makan bernama Hj Hussien ni pak supir yg suggest. Sedap rasanya !!

Ads

7.00pm – Check in Gajah Madah Hotels, Lumajang

DAY 3

6.30am – Sarapan di Hotel.

7.30am – Gerak ke Waterfalls Coban Tumpak Sewu. Coban bermaksud air terjun.

9.30am – Hiking waterfalls coban Tumpak Sewu & Goa Tetes. Entrance fees idr 45K

2.00pm – Makan maggie cup idr 15K.
Mandi di toilet idr 3K

2.30pm – Gerak ke Gunung Ijen. Singgah dalam perjalanan area Tumpak Sewu beli buah salak madu 5kg idr 25K. Sepanjang perjalanan ada gerai² jualan buah salak di mana kebanyakan penduduk tempatan memang mempunyai ladang salak. Harga muarah tu !!.

9.30pm – Singgah dulu makan ayam penyet idr 34K sebelum 1jam lagi sampai ke Homestay

10.00pm – Checkin Arabica Homestay, Ijen. Sekitar homestay ini ditanam dgn pokok kopi Arabica. Luas dan besar ladangnya. Kopi packaging boleh dibeli utk dibuat souvenir.

DAY 4

12.30am – Morning call ke kawah Gunung Ijen mengunakan kenderaan yang melalui dan menyusuri ladang kopi sepanjang perjalanan tersebut.

1.30am – Sampai di kaki Gunung Ijen iaitu Base Camp Paltuding bersama local tour guide. Namanya Pak Bodos. Persediaan peralatan PPE/torch light untuk pendakian. Entrance fees idr 150K.

2.00am – Mula mendaki ke Kawah Gunung Ijen. Pendakian waktu ini diperlukan membawa baju sejuk juga kerana keadaan cuaca awal pagi yang sejuk. Perlukan juga keadaan badan yg fit dan sihat utk pendakian. Jarak perjalanan dalam 4KM utk sampai ke puncak gunung dari base camp. Sepanjang pendakian ada di sediakan track utk hiking dan jalan agak rata tanpa ada halangan batuan atau pokok. Sudut kecuraman pendakian antara checkpoint sekitar 20°-45°.

Ads

3.45am – Sampai puncak kawah Gunung Ijen perlu menuruni halangan sempit batuan utk sampai ke bawah di mana terdapatnya Blue fire ?. Blue fire hanya boleh di lihat sekitar 1.00am-4.30am bergantung pada keadaan cuaca. Selain dari waktu tersebut, blue fire memang tidak akan kelihatan. Alhamdulillah saya berkesempatan utk melihatnya.

7.00am – Turun semula ke Arabica Homestay selama 1 1/2jam

8.30am – Sarapan & mandi di Homestay

9.00am – Gerak ke Gunung Bromo Tengger, melalui Kota Probolingo selama 5jam

2.00pm – Sampai di sekitar Kota Probolinggo , makan ayam penyet idr 25K.

3.00pm – Checkin di Teguh Homestay, Bromo Tengger & terus ke lokasi Savana, Pasir Berbisik dan Kawah Bromo. Entrance fees idr 220k hari biasa & idr 320k weekend. Sepanjang lokasi pengunjung boleh menggunakan kenderaan Jeep/moto. Untuk sampai ke kawah Bromo, pengunjung perlu berjalan kaki dari parkir kenderaan jeep hingga ke kaki Gunung Bromo dan perlu menaiki 250 anak tangga sebelum sampai puncak kawah Bromo. Jika tidak larat jalan kaki utk mendaki boleh guna horse riding. Korang kena bargain sehingga dapat bayaran semurahnya. Boleh dapat idr 100K return. Kalau korang tak bargains mereka ambil kesempatan charge tourist mcm kita sehingga idr 300K return ?. Kaki abam sikit cramps pun tetap nekad jalan kaki juga. Duit idr 300K boleh buat shopping ? oiii… Hahaha..

6.30pm – Pulang ke Teguh Homestay Bromo utk mandi dan rest.

8.00pm – Makan malam area homestay ayam penyet idr 25K

9.00pm – Shopping souvenirs idr 626K. Cari barang yg takda di surabaya.

10.00pm – Rest dan tido

DAY 5

3.30am – Morning call dan begerak ke hotspot view sunrise di Gunung Bromo. Cari beberapa lokasi Hot-spot utk view sunrise Gunung Bromo. Pendakian dgn berjalan kaki sekitar 2-3KM. Kurang bernasib baik kerana tidak dapat melihat gulungan hamparan awan putih dari hot spot view Gunung Bromo. Tp Alhamdulillah view pun still cantik juga. Ada rezeki boleh repeat lagi ?.

8.00am – Turun semula ke homestay utk sarapan, mandi dan kemas barang.

9.00am – Bergerak ke Airport Juanda, Indonesia. Perjalanan memgambil masa 4jam.

1.00pm – Singgah makan tengahari ayam penyet idr 40K sekitar airport.

2.00pm – Checkin Juanda Airport

4.30pm – Flight ke KLIA airport.

6.30pm – Touchdown di KLIA airport.

 

Itinerari Hebat Ke Surabaya: Panjat Gunung, Berenang Di Waterfall, Shopping – Semua Ada Dalam Ni!
View dari waterfalls Coban Tumpak Sewu menuju ke waterfalls Goa Tetes.
Itinerari Hebat Ke Surabaya: Panjat Gunung, Berenang Di Waterfall, Shopping – Semua Ada Dalam Ni!
View Bukit Banyak, Taman Langit.
Itinerari Hebat Ke Surabaya: Panjat Gunung, Berenang Di Waterfall, Shopping – Semua Ada Dalam Ni!
View waterfalls Coban Goa Tetes
Itinerari Hebat Ke Surabaya: Panjat Gunung, Berenang Di Waterfall, Shopping – Semua Ada Dalam Ni!
Dalam kawah Ijen yg ada terdapat sulfur atau belerang. Perlu memakai face mask. Sebelum memasuk gate entrance ada disediakaan PPE utk disewa. Bau sulfur agak kuat dan mata akan pedih. Wajib pakai ye. Kat sini aktiviti pekerja penambang mengambil/mengangkut sulfur utk dijual yg akan dibawa naik keatas. Berat bawa sekali 1 trip dlm 70kg-100kg dgn memikul ?. 100kg lbh kurang idr 100k bersamaan 30sen 1kg. Subhanallah. Kekuatan mantel dan fizikal yg membantu mereka utk mencari sesuap nasi.
Itinerari Hebat Ke Surabaya: Panjat Gunung, Berenang Di Waterfall, Shopping – Semua Ada Dalam Ni!
View di Kampung Warna Warni Jodipan, Malang. Tiket entrance idr 5K bersamaan rm1. 50
Itinerari Hebat Ke Surabaya: Panjat Gunung, Berenang Di Waterfall, Shopping – Semua Ada Dalam Ni!
View di ladang epal area Alun Alun Batu, Malang. Tiket entrance idr 35K bersamaan rm10
Itinerari Hebat Ke Surabaya: Panjat Gunung, Berenang Di Waterfall, Shopping – Semua Ada Dalam Ni!
View bromo sunrise ?
Itinerari Hebat Ke Surabaya: Panjat Gunung, Berenang Di Waterfall, Shopping – Semua Ada Dalam Ni!
View area Pasir Berbisik sekitar gunung bromo.
Itinerari Hebat Ke Surabaya: Panjat Gunung, Berenang Di Waterfall, Shopping – Semua Ada Dalam Ni!
View Bukit Banyak, Taman Langit, Alun Alun Batu, Malang. Tiket entrance idr 10K bersamaan rm3
Itinerari Hebat Ke Surabaya: Panjat Gunung, Berenang Di Waterfall, Shopping – Semua Ada Dalam Ni!
View area Savana sekitar gunung bromo.
Itinerari Hebat Ke Surabaya: Panjat Gunung, Berenang Di Waterfall, Shopping – Semua Ada Dalam Ni!
View waterfalls Coban Tumpak Sewu. Tiket entrance idr 100K bersamaan rm30 di area Kota Lumajang
Itinerari Hebat Ke Surabaya: Panjat Gunung, Berenang Di Waterfall, Shopping – Semua Ada Dalam Ni!
View dari homestay menghadap gunung bromo. Tiada hotels di sini ye. Semunya homestay saje.
Teguh Homestay, Bromo, Probolinggo. Price idr 150k bersamaan rn50
Itinerari Hebat Ke Surabaya: Panjat Gunung, Berenang Di Waterfall, Shopping – Semua Ada Dalam Ni!
View area Savana sekitar gunung bromo.
Itinerari Hebat Ke Surabaya: Panjat Gunung, Berenang Di Waterfall, Shopping – Semua Ada Dalam Ni!
View kawah gunung bromo. Subhanallah. Cantik dan menakjubkan. Kawah ni kurang aktif, mengeluarkan asap dan bunyi yg agak menyeramkan. Kalau nak pusing satu kawah pun boleh tp mcm besar dan luas sangat
Itinerari Hebat Ke Surabaya: Panjat Gunung, Berenang Di Waterfall, Shopping – Semua Ada Dalam Ni!
Hot-spot view menghadap kawah gunung bromo yg mengeluarkan asap tu. Gunung yg hadapan sekali gunung Batok. Sampai ke semak utk dapatkan snap view photo ni. Hahaha
Itinerari Hebat Ke Surabaya: Panjat Gunung, Berenang Di Waterfall, Shopping – Semua Ada Dalam Ni!
View waterfalls Coban Rondo
Itinerari Hebat Ke Surabaya: Panjat Gunung, Berenang Di Waterfall, Shopping – Semua Ada Dalam Ni!
Menaiki 250 langkah anak tangga sebelum sampai ke kawah gunung bromo. Sebelum sampai ke anak tangga tu boleh pilih samada berjalan kaki atau horse riding dari parkir jeep. Terlupa kira berapa jarak KM pulak ?. Tp jauh jugaklah. Kalau biasa berjalan/hiking kuranglah penat tapi kalau tak biasa hiking cramps kaki weeiii.. Kalau tak sila bargains horse riding. Kalau dapat below price idr 100k bersamaan rm30 return pun dah ok. Abam jalan kaki je.
Itinerari Hebat Ke Surabaya: Panjat Gunung, Berenang Di Waterfall, Shopping – Semua Ada Dalam Ni!
View dari ats puncak kawah Ijen. Pernah meletus sekitar tahun 60’an
Itinerari Hebat Ke Surabaya: Panjat Gunung, Berenang Di Waterfall, Shopping – Semua Ada Dalam Ni!
View waterfalls Coban Rondo. Tiket entrance idr 100K bersamaan rm30. Area di Alun-Alun Batu, Malang
Itinerari Hebat Ke Surabaya: Panjat Gunung, Berenang Di Waterfall, Shopping – Semua Ada Dalam Ni!
View Bukit Banyak, Taman Langit.
Itinerari Hebat Ke Surabaya: Panjat Gunung, Berenang Di Waterfall, Shopping – Semua Ada Dalam Ni!
Hot-spot view menghadap kawah gunung bromo yg mengeluarkan asap tu. Kena sampai ke hot spot ni seawal 4-5 pagi utk dapatkan sunrise dan mengelakkan kesesakkan org ramai yg datang mengunjung. Ingatkan dapat views hamparan awan putih di kaki gunung tapi nasib tak menyebelahi. Ada rezeki boleh repeat lg ?. Tiket entrance gunung bromo idr 220K bersamaan rm70. Weekend price idr 320K bersamaan rm100 !!. Gila bapak mahal.
Itinerari Hebat Ke Surabaya: Panjat Gunung, Berenang Di Waterfall, Shopping – Semua Ada Dalam Ni!
View dari ats 350m utk melihat blue fire ?. Kena menuruni halangan batu² yang agak curam. Kelihatan pengunjung sedang melihat/merakam blue fire ?. Waktu sesuai utk melihat blue fire ? sekitar 1.00am – 4.30am. Slps tu tidak kelihatan.
Itinerari Hebat Ke Surabaya: Panjat Gunung, Berenang Di Waterfall, Shopping – Semua Ada Dalam Ni!
View di kaki gunung ijen sekitar Homestay Arabica. Homestay ni terletak di ladang kopi. Price idr 350k bersamaan rm110 ,1Day 1N.
Itinerari Hebat Ke Surabaya: Panjat Gunung, Berenang Di Waterfall, Shopping – Semua Ada Dalam Ni!
View di Kampung Warna Warni Jodipan, Malang
Itinerari Hebat Ke Surabaya: Panjat Gunung, Berenang Di Waterfall, Shopping – Semua Ada Dalam Ni!
View waterfalls Coban Tumpak Sewu
Itinerari Hebat Ke Surabaya: Panjat Gunung, Berenang Di Waterfall, Shopping – Semua Ada Dalam Ni!
View di ladang epal area Alun Alun Batu, Malang.
Itinerari Hebat Ke Surabaya: Panjat Gunung, Berenang Di Waterfall, Shopping – Semua Ada Dalam Ni!
View dari ats puncak kawah yg ada tasik di dalamnya. Untuk sampai ke sini kena bergerak dari homestay ke base camp Paltuding dulu. Gate entrance akan di buka pd pkl 1am. Bergerak dari homestay pkl 12.30am ke base camp sekitar 1jam dgn menaiki kenderaan dan sampai ke base camp pkl 1.30am. Perlu hiking ke puncak sekitar 1 1/2jam ke 2 jam dgn jarak perjalanan 4KM utk sampai ke puncak. Ada beberapa checkpoint perjalanan yg sudut jalannya 40°- 45° dan utk sampai ke puncak kawah dan di dalam kawah bawahnya perlu menuruni batu² yg agak curam.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI