Menjadi idaman setiap daripada kita untuk melancong ke Eropah bersama keluarga tersayang.
Eropah adalah sebuah benua yang terdiri daripada 50 buah negara. Antara negara yang terkenal di benua Eropah ini adalah seperti UK (England, Wales, Scotland, North Ireland), Perancis, Jerman, Belanda, Italy, Switzerland, Sepanyol, Portugal, Poland, Republik Czech, Rusia dan banyak lagi.
Untuk anda yang bercadang untuk merancang percutian ke Eropah, itinerari DIY pasangan bersama anak kecil mereka ini boleh dijadikan panduan.
Assalamualaikum, Alhamdulillah. Seperti yang dijanjikan. Itinerary sepanjang kt UK & Europe . Ok aku share sikit. Simple & tak detail sgt. Trip ni hanya 4 beranak sahaja.
Day 1
Gerak dari klia 9.30am, tiba di Heathrow 3.45pm
check in. Rumah kat area east acton, beli simcard brand 3 & beli oyster card
Day 2
Mulakan perjalanan yang pertama terus ke oxford Street beli Smiggle kakak, beli jiwa. Jalan2 sekitar oxford street (shopping area, primark la yg dituju dulu) makan di chopstix.
Day 3
Ads
Terus ke istana buckingham palace nak tengok changing guard, biasa dalam pkul 11pagi. Memang ramai orang & sesak sikit tapi layan jela. Selesai terus jalan ke big ben melalui palace garden. Seronok dan layan view yang cantik. Dari big ben terus ke trafalgar square otw balik singgah di westfield (biggest shopping mall in London dekat dgn Rumah)
Day 4
Keluar lewat sikit anak keletihan smlm, tengahari terus ke arah harrods. Disebabkan pemandu bas bawak sampai pening, turun separuh jalan. Jalan kaki thru hyde park., sambil layan kejar2 dgn anak. Sampai harrods dah petang. Ingtkan jenama harrods bear besar tu je dlm bangunan rupanya macam parkson tapi branded shj.
Day 5
Terus ke Station marylebone beli tiket ke Bicester Village untuk hari ahad nanti. Lepas beli terus ke Camden town, Bandar yang unik. So kita layan view dan teringat ada baca tempat makan yang wajib dicuba kat camden town, poppies fish n chips. Sedap jugak. Masuk ke camden market situ tempat dorang jual hasil kraf, cuci mata je. Balik singgah westfield lagi.
Day 6
Tower bridge. Yeay sampai jgk. 2 tahun lepas aku nak ke sini xsampai2, smp dah gelap, Hisyam Othman punye pasal. Jalan2 tengok keindahan jambatan. Punye la ramai orang. Makan chopstix kat oxford. Masa dalam perjalanan nak ke sana lalu building yg pelik kt london, 30st mary axe (the gherkin).
Day 7
Ke bicester village dgn train 1 jam lebih. Hujan renyai 1 hari sampai basah paperbag. Macam2 branded outlet ada, harga timberland memang murah sangat. tapi aku xbeli. Jadi aku benarkan wife aku je shopping ape yang dia nak. Benda paling best dia beli jam fossil siap metal engraved. Nak balik Aku amik sunglass coach sekali xda stok, display item je. Hmm. Cancel.
Day 8
Basuh baju – rehat- westfield mall
Ads
Day 9
Ready to Amsterdam, rushing pagi time orang p keje nak ke station St pancras international. Naik train eurostar ke amsterdam amik masa 3jam.tiba di amsterdam centraal tengahari, cari pass public transport utk 2hari = 48jam & terus ke hotel untuk check in. Masa kat amsterdam centraal Wife aku cakap bau petai kuat, tu bau weed la sayang., hehe.. Tiba di hotel meininger, bayar kat kaunter tax tourist. Anak2 memang seronok. Hotel cantik lokasi pun strategik walaupun luar sikit dari bandar. Dari centraal ke hotel kami naik bas lipan. Bilik hotel mmg selesa dan besar, siap ada katil doubledecker. Siap2 sambung keluar cari makan & stroop waffle. Smp centraal dah senja. Jalan area Dam smp ke madame tassuds. Sejuk yakmat.
Day 10
Zaanse schans kawasan yang popular bagi tourist, ada windmill , rumah cheese, terompah clog workshop. Jika nak pegi dgn travel agent/ tour, dorang charge 49euro/pax, 3orang kalo convert duit RM dekat 700++, fuh padu kan. Ni ada tips, pegi station cakap kt kaunter nak pegi zaanse schans, memang ada train berhenti kt situ walking distance dalam 10minit.. Kos smp situ untuk 3orang xsampai RM50, hehe.. Sambil layan view & angin yang kuat. Tenang je rasa. Tenang is good.. ok camera on. Setelah hampir sehari kat situ terus ke bandar utk makan kebab dan beli sikit cenderahati kat dam. Lepastu ke hard rock cafe, djik museum, balik ke hotel naik trem.
Day 11
Check out awal nk ke centraal, smlm xsempat bergambar kat canal area red light. Patta pun xpegi lagi. Smp centraal bergambar di canal, patta tutup plak, bungkus kebab rushing ke amsterdam sentral train jam 12.35pm. Time ni baru terasa seronoknya amsterdam ni, tenang je orang kayuh basikal, selamat, view cantik, udara segar. bila akan datang lagi. Kalo ada kawan2 nak pegi bujang aku on je. Hahaha.. Train transit brussel, petang sampai london st pancras international.
Day 12
Portobello market, pasar karat tempat org tempatan meniaga banyak barang rare, souvenir pun murah2. sayur pun murah. Ada kedai malaysia nama MAKAN.
Day 13
Shopping last round Oxford street , kedai mainan yang popular kt london hamleys. M&M dan LEGO shop kat area piccadally circus. M&M print gambar muka kami 1family, harga 20pound.
Day 14
Portobello market lagi sekali ingatkan dapat tengok barang rare sekali xda orang niaga. Pagi tu angin kuat, alhamdulillah yeay!! dapat rasa snow walaupun tak lebat , merasa jugak. Lepastu terus ke Westfield makan waffle. Tido awal esok nak jalan jauh lagi.
Day 15
Pagi2 dah bersiap naik train ke Paris. Bertolak dari st pancras international jam 9.30am smp gare du nord jam 1pm, terus ke hotel untuk check in. Hotel Eiffel Villa Garibaldi, lokasi memang dekat dgn eiffel tower, bilik selesa. Lepas check in terus ke eiffel bergambar, lepastu ke arc de triomphe jarak dalam 1km. Harini saja dh +27,000 steps.
Ads
Day 16
Check out 11am terus ke gare du nord station. Layanan VIP sebab ada stroller semua fast lane. Negara EU & UK sgt prihatin bab ni. Border EU & UK sgt ketat. Train delay 1jam, smp London petang terus ke chopstix.
Day 17
Keletihan – Packing. 3.30pm ke airport. Settle VAT claim & check in. Flight MH01 9.30pm
Day 18
Tiba Malaysia 5.30pm. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar.
*PERBELANJAAN KASAR
-FLIGHT MAS RETURN KL-LHR-KL
-TRAIN EUROSTAR AMSTERDAM RETURN LONDON RM1300
-TRAIN EUROSTAR PARIS RETURN LONDON RM1500
-RUMAH LONDON RM3700
-HOTEL MEININGER AMSTERDAM (2MLM) RM1035
-HOTEL EIFFEL VILLA GARIBALDI PARIS (1MLM) RM576
-OYSTER CARD RM550
-SIMCARD UNLIMITED DATA RM193
-MAKAN RM2200
-INSURAN ETIQA 1FAMILY RM450
SHOPPING SENDIRI SETTING.
Oyster card = touch & go utk kegunaan public transport di London
Chopstix = kedai makan
(Minta maaf pada yang kirim aku tak beli sebab susah nak bawak.)
Tips bawak anak kecik:
1. Plan perjalanan
2. buat kajian transpot
3. Ikut rentak dorang, jangan push.
4. Cerita apa yang kita tau pasal tempat tu.
5. Gula2
6. Candy
7. Chocolate
8. Gula2
9. Candy
10.Chocolate .
11. Repeat
Tempat yang xsempat nak cover.
-National museum
-Stonehenge
-Halfcut/accessories shop.
Terengganu akan memperkenalkan pasar terapung sebagai suatu lagi produk yang menambahkan keunikan bandar raya ini sebagai tarikan terbaharu terutama kepada pelancong luar. Kuala Nerus ‘Floating Market’ akan menjadi destinasi tarikan yang pertama pasar terapung di negeri Terengganu.
Walaupun masih dalam peringkat cadangan namun lokasi di Seberang Takir adalah lokasi paling strategik untuk tujuan tersebut. Ini kerana, Seberang Takir mempunyai panorama yang agak indah untuk dilakukan aktiviti sebegini. Ditambah dengan kawasan yang berlatarkan jambatan angkat atau ‘drawbridge’ yang perlu dimanfaatkan.
Usaha yang dijangka menarik lebih ramai pelancong itu turut melibatkan perkhidmatan bot penambang sekali gus mampu mentransformasikan pengangkutan tradisi yang telah berusia lebih 60 tahun itu.
Penduduk tempatan negeri ini juga bakal menikmati suasana seperti berada di pasar terapung yang boleh didapati di Kampung Pulau Suri di Kelantan dan seperti pasar terapung Klong Hae di Hatyai.
Bagaimanapun, konsep pasar terapung Seberang Takir mungkin menampilkan sedikit kelainan daripada pasar terapung biasa dan ia masih belum diputuskan jawatankuasa terbabit.
Harap-harap cadangan ini cepatlah menjadi kenyataan. Zaman sekarang, apabila ada sesuatu destinasi yang menjadi tular pasti ramai akan datang ke lokasi tersebut.
Jika bertandang ke Melbourne, jangan lepaskan peluang untuk menikmati Fine Dining gaya Melbourne. Antara yang boleh dicuba ialah Attica yang tersenarai di tangga ke 21 ‘San Pellegrino’s World’s Top 50 Restaurants’ untuk merasai hidangan yang disediakan oleh Chef Ben Shewry. Shannon Bennett’s Vue de monde juga merupakan pilihan yang baik untuk menikmati masakan Perancis sambil menikmati panorama indah bandar Melbourne.
Melbourne juga terkenal dengan budaya ‘Laneway Eating’. Nikmatinya di MoVida, Chin Chin Cumulus Inc. Brooks of Melbourne dan Izakaya Den untuk merasai budaya kafe di sini. Tidak tahu hendak bermula di mana? Apa kata anda ikuti Hidden Secrets Tours, Melbourne Food Experiences atau Melbourne Walk untuk merungkai rahsia dan budaya kulinari hebat Australia.
Semenanjung Mornington turut menjanjikan pengalaman di mana pengunjung boleh memetik sendiri sayuran dan buah-buahan segar. Kemudian, buat sendiri hidangan yang didambakan seperti pizza dan coklat dengan mengikuti kelas masakan yang ada disediakan di Green Olive yang bertempat di Red Hill.
TARIKAN KOPI
Melbourne sememangnya terkenal sebagai Wilayah kopi dimana kebanyakan kopi terbaik dunia dihasilkan di sini. Sejak mesin espresso dicipta di tanah Victoria pada tahun 50-an, keaslian kopi terus dikekalkan hingga ke hari ini.
Pastinya, anda boleh mencari kopi yang serasi dengan cita rasa anda di Traveller, Cup of Truth, Seven Seeds, Five Senses, The Sensory Lab, atau di Dead Man Espresso. Rasai sendiri pengalaman di sini atau melihat sendiri bagaimana kopi dipanggang di Market Lane Coffee.
Melangkah seiring dengan obsesi kopi di Melbourne, makan di luar untuk sarapan pagi atau sarapan lewat pagi adalah sebahagian besar daripada kehidupan penduduk di Melbourne yang boleh dirasai di St Ali, Pope Joan, Proud Mary, Top Paddock, Silo byJoost dan Cumulus Inc.
Perjalanan gastronomi tidak terhenti di sini di mana restoran terbaharu di Adelaide yakni Orana yang dimiliki oleh Jock Zonfrillo yang kini menonjolkan keunggulan hidangan dengan identiti dan budaya Australia diselitkan pada setiap hidangan di atas pinggan.
Dengan menggunakan bahan-bahan segar yang hanya boleh didapati di Australia, tentunya ia menjadi suatu pengalaman makan malam yang tidak dapat dilupakan.
Jika anda menginginkan sedikit kelainan, kami mencadangkan anda untuk pergi berkelah di Kangaroo Island sambil mencuba hidangan gourmet sambil bertemankan pemandangan alam dan hidupan liar yang menakjubkan.
Merasai keju tempatan, madu, marron, sayur-sayuran yang dipetik segar sambil ditemani koala, kanggaru dan penghuni lain di pulau ini pasti menjadi memori terindah untuk dikenang sampai bila-bila.
Akhir sekali, jangan lepaskan peluang untuk menikmati kemewahan hidangan gaya Barossa hasil tangan dari ‘kitchen garden’ milik Chef Ryan Edwards di The Louise yang terletak di Barossa Valley yang dikelilingi ladang-ladang anggur dan 15 suite mewah.
Tentunya ia akan melengkapkan perjalanan anda untuk merasai pengalaman menikmati hidangan di Australia sepanjang percutian anda di sini suatu hari nanti.
Sebelum ini ramai ke Thailand untuk melihat kecantikan ladang bunga matahari, seakan menjadi ‘trend’ jika bercuti ke Lopburi sebuah daerah di Thailand. Ketika pandemik ini, mungkin hanya gambar-gambar kenangan di sana yang mampu di ‘throwback’.
Namun sedikit terubat apabila di negara kita juga telah muncul beberapa ladang bunga matahari ‘mini’ yang tidak kurang menariknya. Antaranya ladang bunga matahari yang terletak di negeri Perlis.
Lokasinya berada di Taman Ular dan Reptilia, Sungai Batu Pahat menjadi destinasi pilihan bagi pelancong domestik. Suasana indah berlatarkan panorama Banjaran Nakawan menerusi bukit Sungai Batu Pahat pastinya memukau para pengunjung yang ingin meluangkan masa di sini.
Bagi pencinta bunga matahari, ada lagi lokasi untuk menikmati keindahan flora berwarna kuning jingga tersebut. Anda boleh ke Sunflower Garden Bangan Datoh, Perak sekali gus menjadi lokasi terbaik untuk merakam kenangan sambil dikelilingi pokok bunga matahari yang kembang mekar.
Lokasi ini sangat dicadangkan untuk anda yang suka ‘berOOTD’ untuk dikongsi dalam media sosial. Tiket untuk masuk ke ladang bunga matahari ini juga berpatutan, hanya RM10 seorang.
Alamat: Sunflower Garden. A128, Bagan Sungai Burung, 36100 Bagan Datoh, Perak.
Waktu Operasi: 9 Pagi – 5 Petang
Tiket Masuk: RM10
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...