Rata-rata rakyat Malaysia pasti tahu nama Batam sebab tempat itu juga adalah antara lokasi yang menarik untuk rakyat negara ini keluar negara selain daripada ke Hat Yai dan Danok.
Batam, atau Pulau Batam terletak di selatan tanah air berhampiran dengan Singapura. Jaraknya sangat hampir dengan sempadan negara dan boleh diakses menggunakan feri.
Batam ni antara lokasi yang seronok untuk kaki shooping, kaki makan dan, kaki tangkap gambar sebab banyak spot menarik yang boleh anda kunjungi.
Jadi jangan lengah lagi, jom kita tengok apa yang anda boleh buat di Batam dengan bajet rendah bersama kawan-kawan anda di sana.
Itinerari & tip ini adalah perkongsian oleh Amoy Yusliana
Total kos RM450 termasuk duit carpool minyak, tol, makan dari KL ke Johor, feri, bot, KTM Resort.
Tips – makan pagi, petang, siang, malam dan kudap-kudap, pantang nampak yang tepi jalan semua beli, bawa balik.. Duit collection masih berbaki. Agihkan balik sama rata dapat la seorang RP150 ribu.
Diorang cakap kan.. Orang Malaysia kalau datang sini tak bawa suami. Yang suami datang tak bawak isteri.. Kenapa erkkkk?
#tripkawansekolah
#vokaysetapak9798
Tips –
Di sinilah view yang cantik untuk bergambar. White Sand Island, Danau Biru, Gurun Pasir, Telaga Biru adalah lokasi yang sama.Cerita dia, lepas sarapan, mandi manda dekat pool sejam dua. Check-out pukul 11 pagi. Ke Mangrove Pantai Terih ni macam perkampungan. Yang layan kita pun penduduk situ. Peramah semuanya. Boleh lepak-lepak minum kopi sambil lunch kat situ. Then naik boat kecil ke paya bakau untuk photoshoot. Nak naik sampan pun boleh, cuma belengas la ketiak nak sampai ke paya bakau tu. Panas terikk!
Lunch dekat pondok makcik tepi tu, sambil menikmati live band dan permandangan pantai. Ketam dia fresh gila! Makan ketam dan nasi putih je pun dah kenyang. Pukul 2.30 petang baru gerak ke Jeti Batam. Nampak tak kami lama kat situ. Rasa mcm balik kampung sendiri. Seronok pula sembang-sembang dengan orang kampung dekat situ.