Kalau tempat tersebut sudah ada di dalam ‘bucket list’ anda, jangan tunggu orang lain untuk melakukannya. Biarkan tempat tersebut diterokai oleh anda sendiri dan jadikan ia sebagai momen yang paling indah di dalam hidup anda.
Jika anda minat untuk meneroka tempat baru di negara orang, pelbagai cara yang akan dilakukan terutama dalam misi mengumpul wang dan membeli barang keperluan yang perlu dibawa nanti.
Perkara tersebut sama dilakukan oleh Imann Azman yang baru sahaja balik daripada trip ke Surabaya-Yogyakarta (Jogja), di Indonesia dengan hanya bermodal RM655 sahaja! Nak tahu macam mana Imann punya trip kat sana?
Jom kita baca apa yang dikongsikan oleh beliau bersama Libur.
Teks ini telah diubah mengikut kesesuaian pembaca Libur
TRIP SURABAYA – JOGJA (6H 5M)
Bajet keseluruhan: RM655.50
Termasuk: Tiket penerbangan (return), kenderaan, penginapan, tiket masuk, supir, makan tengah hari/malam
8:00PM: Sampai di Airport dan supir jemput terus ke Bromo
2.30AM: Sampai Bromo, ambil masa dalam 7 jam sebab kereta rosak, kalau tak rosak hanya makan masa selama 3 jam sahaja.
Total: Rp12,000 seorang (bersamaan RM3.60)
Hari 2: Bromo
3.00 AM: Terus naik gunung sebab tak nak berebut dengan orang dan nak sampai sebelum matahari terbit. Dekat sini korang boleh tengok permandangan gunung Bromo lawa sangat. Korang boleh photoshoot dan semua tempat ini sangatlah sejuk. Jangan lupa bawa winter coat!
9.00AM: Terus gerak turun gunung sebab nak kejar kereta api pergi ke Jogja pula.
11.30PM: Kami naik kereta api dari Probolingo ke Jogja mengambil masa dalam 8 jam. Memang penatlah, tak boleh tidur, sakit belakang semua ada. Tetapi itulah backpackers-kan dan jimat. Naik kereta api tak disarankan untuk yang berkeluarga. Huhu
8.00PM: Sampai Jogja terus check-in hotel dengan hanya jalan kaki dalam 500 meter, lepas itu terus rehat dan tidur kerana letih sangat.
Ads
Pakej Bromo = Rp700,000 seorang Termasuk: Supir, tiket, jeep, entrace fee, makan, tiket kereta api, penginapan.
Sky hotel Jogja = Rp555,000/5
Total: Rp811,000 seorang (bersamaan RM241)
Hari 3: Gunung Kidul
8.00AM: Supir datang ambil dekat hotel dan terus pergi ke Hutan Pinus dan Puncak Bencici. Tempat dia memang lawa untuk ambil gambar dan masuk adalah percuma. Jadi, tengoklah sendiri dalam gambar nanti lawa mana tempat dia. Huu… Kemudian, kami terus pergi ke Gunung Kidul, ambil masa dalam 2 jam untuk sampai.
Dekat sini ada 27 pantai, tetapi kami hanya pergi 4 sahaja iaitu Pantai Krakal, Pantai Watukodok, Pantai Ngrumput dan Pantai Kukup. Kami sarankan pergi ke tempat ini kerana pantai dia banyak dan boleh dapat pelbagai jenis permandangan, memandangkan pantai timang ada 1 sahaja pantai dan nak naik gondola perlu bayar mahal. Jadi, satu hari ini memang habiskan masa dekat pantai jela. Ambil gambar pon sudah berjam-jam. Hehe
Bajet
Ads
Supir – Rp900,000/5 (Rp180,000 seorang)
Makan – Rp10,000
Hotel di Pantai Kukup – Rp300,000/5 bersamaan Rp60,000 seorang.
Entrace fee untuk pantai – Rp15,000 seorang.
Total = Rp265,000 (bersamaan78.90)
Hari 4: Goa Pindul dan Malioboro
8.00AM: Kami dah gerak pergi pantai Ngrumput untuk tangkap gambar lagi sebab semalam tak puas dan dekat sini kami panjat bukit Kasakora. Penat dia, fuhhh! Tak boleh bawa bincang. Hahaha
12.00PM: Kami gerak pergi ke Goa Pindul. Dekat Goa Pindul ini, anda boleh pilih nak main aktiviti apa seperti water rafting, cave tubing, jungle tracking dan macam-macam lagi. Saya sarankan pilih cave tubing kerana anda boleh tengok permandangan alam fauna dan dekat sini anda kena siap sedia baju basah sebab anda akan mandi sungai dia sekali. Hehe.
6.00PM: Check-in hotel dekat area Malioboro Street dan malam itu kami keluar cari makanan tapi sini kena hati-hati sebab makanan semua mahal kalahkan hotel. Jadi kami ambil keputusan untuk makan KFC sahaja ketika itu kerana harga dia berpatutan.
10.00PM: Balik hotel dan tidur.
Bajet
Bukit Kasakora – Rp2,000
Makan tengah hari – Rp25,000
Cave Tubing – Rp50,000
Hotel Amanda Glory, Malioboro – Rp800,000/5 (Rp160,000 seorang)
Total: Rp267,000 bersamaan RM79.50
Ads
Hari 5: Borobudur
8.30AM: Kami ke Borobudur naik bas sahaja sebab ia lagi murah dan jimat. Dekat sini korang boleh ambil bas transJogja. Tunggu sahaja dekat stesen bas tepi Malioboro Street, beli tiket ke Stesen Jombor. Dari Stesen Jombor nanti ramai yang akan tawarkan bas pergi ke Borobodur. Korang naik dan ambil masa lebih kurang satu jam untuk sampai ke Stesen Borobudur.
Sampai dekat stesen bas Borobudur, jalan kaki dalam 200 meter, sampai dah dekat pintu utama. Tak perlu nak naik beca atau teksi, jangan terpedaya kerana semua akan cakap jauh tetapi ia dekat sebenarnya. Dekat Borobodur ini, kami terkandas agak lama sikit kerana hujan. Jadi, pukul 5 petang baru balik naik bas, ikut jalan yang sama dan pukul 8 malam sampai ke Malioboro. Disini kami jalan-jalan dan beli cenderamata sebelum terus balik dan tidur.
Bajet
Trans Jogja, Malioboro – Jombor = Rp3,500
Bas Jombor – Borobudur (return) = Rp40,000
Tiket Borobudur (Studen price) = Rp130,000
Makan tengah hari: Rp13,000
Makan malam: Rp10,000
Total: Rp196,500 bersamaan RM58.50 seorang.
Hari 6: Taman Sari
8.00AM: Kami ke Taman Sari di Malioboro. Jalan kaki sahaja tetapi penat jugalah kerana ia agak jauh. Taman Sari ini korang boleh tengok tempat sultan dahulu kala mandi, tempat dia sangat cantik dengan bangunan yang unik dan penuh bersejarah. Balik dari situ kami sudah penat dan pilih untuk naik beca. Hahaha
12.00PM: Checkout hotel dan sambung beli cenderamata dekat Malioboro sebab malam semalam tak puas beli lagi (sesi menghabiskan duit sebelum balik).
2.00PM: Kami ambil teksi pergi ke airport ambil masa dalam 30 minit.
Bajet
Taman Sari + Tour Guide tips = Rp19,000 seorang
Beca = Rp10,000 seorang
Supir ke airport = Rp20,000 seorang
Total: Rp149,000 bersamaan RM44
P/s: Kalau takda tulis makan tengah hari atau malam itu bermaksudnya kami makan maggie yang di bawa dari rumah atau sudah termasuk dalam pakek. Cenderamata adalah bajet masing-masing, tidak termasuk di dalam total bajet. Sesetengah bajet di atas dibahagi untuk 5 orang
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Keindahan puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu sering menjadi bualan para hiker dalam dan luar negara. Perjalanan untuk tiba di puncak sudah semestinya penuh dengan liku dan cabaran tapi itu semua berbaloi tatkala menjejakkan sahaja kaki di kemuncaknya.
Berkongsi trip DIY dan bajet untuk hiking ke Gunung Kinabalu, Eady Mh dan beberapa orang rakannya yang berjaya menawan puncak gunung tersebut merasakan ia satu trip yang sangat bermakna. Penat namun gembira.
Lengkap dengan kos dan juga itenarari untuk tiba ke puncak gunung, Eady juga turut berkongsi beberapa tip untuk hiker lain yang ingin menawan puncak Kinabalu seperti dirinya dan rakan-rakan.
Paling penting, semangat dan keinginan serta perlu sedikit latihan sebagai bekalan sebelum memulakan pengembaraan ke Gunung Kinabalu. Dah sampai atas mesti teruja dengan keindahan yang terdampar di ruang mata. Maka gambar adalah bukti yang anda pernah tiba di puncak gunung tersebut.
Trip Diy & Budget Hiking ke Gunung Kinabalu
Trip Diy & Budget Hiking ke Gunung Kinabalu pada 17-18 jan 2023 hanya RM482.75 #Tiredbuthappy
– Sudah termasuk makan 3x, Penginapan Lemang Hostel untuk 2 hari 1 malam di Panalaban (Laban Rata)
Tiket Masuk Kinabalu Park RM10 sorang
Parking kereta RM5/4=RM1.25 sorang
Guide RM350/4=RM87.50 sorang
– limit 5 orang sahaja untuk 1 guide
Van untuk transfer ke Timpohon Gate RM10 sorang (return)
Sijil RM10 sorang
– bayar masa turun ambil sijil
Day 1
7AM Berkumpul di Kinabalu Park untuk pendaftaran,buat pembayaran guide dan van untuk pergi ke starting point Timpohan Gate (return) settle semua baru kita akan berjumpa dengan guide. Guide kami Abg Jabadiyg sgt sporting.
8AM Naik van ke starting point di Timpohan Gate
* Briefing dari guide dan stretching untuk memulakan pendakian
* kita harus melaporkan diri kepada petugas di Pondok Timpohon dan menandatangani borang yang diberi.
* Disini ada juga menjual snack2 dan minuman untuk dibawa keatas
8.15AM Start hiking ke Panalaban (Laban Rata) sejauh 6KM
* Pendakian memakan masa selama 4-7 jam bergantung pada stamina masing2.
* Terdapat 7 pondok perhentian di sepanjang laluan ini iaitu :
Pondok Kandis – KM0.8
Pondok Ubah – KM1.4
Pondok Lowii – KM2.3
Pondok Mempening – KM3.3
Pondok Layang-Layang – KM3.8
Pondok Villosa – KM4.7
Pondok Paka – KM5.3
* Boleh dikatakan hampir 90% laluan bertangga dan sangat mencabar fizikal dan mental!!! Jadi layan je lah naik tangga sambil layan view dan udara yang sejuk ya.
2PM Sampai di Panalaban (Laban Rata)
* Buat pendaftaran untuk masuk bilik di Lemang Hostel,satu dorm 16 katil double decker bercampur lelaki dan wanita, Solat dan rehat.
* Hot shower tidak disediakan di hostel
5PM Turun ke cafe untuk makan
* Waktu makan 4:30PM hingga 7:00PM sahaja
* Penginapan dan makan sepanjang pendakian sudah termasuk dengan pakej yang dibayar
* Makanan di cafe semua sedap2
* Snack2 dan minuman juga dijual disini tapi harga mmg mahal air tin 100plus rm12 satu.
* Generator akan dibuka pada pukul 5pm -8pm , 8pm dh tutup generator dan masa untuk tidur dan dibuka kembali pada pukul 1am – 3.30am, pandai2 la bahagi masa untuk cas hp dan lain2.
Day 2
1AM Bersiap untuk ke puncak gunung kinabalu
2AM Turun ke cafe untuk makan buat alas perut
2.30AM Bergerak menuju ke puncak gunung kinabalu
* Mengambil masa 3jam 30minit untuk sampai ke puncak
* Pendakian masih diteruskan dengan melangkah tangga demi tangga. Berhati- hati dalam keadaan yang gelap dan dengan trek yang licin. Semakin tinggi ,persekitaran semakin sejuk dan udara semakin menipis. Ada yang akan mengalami Simptom Accute Mountain Sickness (AMS) iaitu sukar bernafas dan sakit kepala.
6AM Sampai puncak tertinggi Gunung Kinabalu (Low’s Peak) Ambil gambar dan terus turun. Elakkan ambil masa terlalu lama dekat puncak, kawasan sempit dan curam, bagi peluang kepada pendaki lain untuk bergambar.
* Masa naik ke puncak persekitaran gelap, bila turun baru dapat lihat keindahan dan permandangan di Gunung Kinabalu, serta keadaan jalan yang anda hiking semasa gelap tadi. Masa ini boleh ambil peluang untuk ambil gambar, elakkan ambil masa terlalu lama. Perlu sampai ke Laban Rata sebelum pukul 10.30AM Kalau lewat dikenakan denda RM100 untuk setiap jam.
9AM Sampai laban rata terus ke cafe untuk sarapan pagi. Jadual sarapan pagi dalam 7.30AM – 10.30AM. Sudah makan terus ke bilik, packing barang2.
10.30AM Check out dan terus turun ke timpohan gate dalam 6km.
2PM Sampai di timpohan gate, naik van ke kinabalu park dan ambil sijil
Barang yang perlu dibawa
– head lamp
– glove waterproof
– Trekking Pole
– baju hujan
– snack2
– Ubat ubatan
– Warm breaker jacket
– Kasut hiking
* Totall 16jam hiking untuk sampai ke puncak dan turun kebawah balik
* Mental dan fizikal perlu kuat untuk sampai ke puncak atau panalaban
* Training secukupnya sebelum mendaki
* Sepanjang trek sehingga ke puncak ada line internet
* Pastikan air minuman cukup ya, air atas gunung tidak dirawat dan tidak digalakkan minum
* Ubat – ubatan wajib bawa, minyak panas dan lain2
* Air blh refill di hostel masing2
* Di Airport KK Trekking pole wajib masuk baggage ya, kalau tak kene rampas
* Booking hotel berdekatan kinabalu park sehari sebelum mendaki (kami stay dekat J Resident)
* Untuk yg cramp semasa mendaki blh minum air 100plus campur garam, rehat secukupnya.
* Kami stay di kundasang lg selepas selesai hiking untuk berehat dan jalan2 ( hotel Crystal hill )
* Boleh juga ambil pakej dari mana2 agent kalau tak nak pening2 buat sendiri semua dan harga berbeza
Ridel Hotel Kota Bharu (RHKB) terletak di tepian Sungai Kelantan dan menghadap aliran sungai yang mendamaikan mata dan jiwa. Mempunyai 85 bilik tamu, dewan seminar dan satu premis makanan dan minuman (Warung Dimsum Haji Loh) yang menawarkan harga mampu untuk semua, RHKB dikelaskan sebagai hotel kelas dua bintang.
Secara fizikal RHKB merupakan sebahagian daripada blok A, Pelangi Kondominium yang terletak di tepi Sungai Kelantan. RHKB menawarkan pelbagai kategori bilik tamu bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan. Setiap bilik dilengkapi penghawa dingin, TV satelit, pancuran air panas, WI-FI percuma, telefon dalaman & kemudahan membancuh minuman. Turut disediakan mesin air minuman Coway di lobi & kawasan lapang kawasan bilik.
Harga bilik bermula dari RM99 sehingga RM199 bagi tahun 2017. RHKB turut menyediakan empat dewan untuk ditempah samada majlis keraian ataupun seminar. Dewan ini boleh memuatkan sehingga 170 orang tetamu.
Pelancong yang menginap di RHKB berpeluang melihat suasana yang tenang Sungai Kelantan yang menjadi laluan utama bot penambang dari hotel ke Kampung Laut yang terkenal dengan industri pembuatan makanan tradisional seperti serunding, dodol dan lain-lain. Perjalanan bot ke Kampung laut mengambil masa 15-20 minit dengan harga tambang RM 1 adalah amat berbaloi & menjadi antara tarikan pelancong ke sini.
Selain itu, pelancong yang menginap disini berpeluang untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang sungguh mengasyikkan. Terdapat deretan kerusi dan meja disediakan bagi pelancong beristirehat sambil menjamu selera disini. Terdapat empah buah restoran yang menawarkan menu-menu istimewa untuk dipilih oleh pelancong iaitu Warung Dimsum Hj Loh, River View Steak, Ali Baba Roti Tempayan & Oriental Kopitiam.
Pelancong juga sering memilih RHKB sebagai pilihan memandangkan lokasinya berdekatan dengan tempat-tempat menarik dengan jarak 10-15 minit berjalan kaki. Antaranya adalah Menara Tinjau, Masjid Negeri atau Masjid Muhammadi , Pasar Siti Khatijah, Muzium Perang, Muzium Islam, Istana Batu, Kampung Kraftangan dan lain-lain.
Jarak kurang dari 15 minit dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra turut menjadi faktor utama RHKB menjadi pilihan utama hotel bajet di sini. Kawasan parkir kenderaan turut disediakan disekeliling hotel yang mana boleh memuatkan dua buah bas pada satu masa memberi kelebihan kepada RHKB untuk menerima tempahan secara berkumpulan dari agensi pelancongan Malaysia, Thailand & Singapura.
Kelainan RHKB pastinya tidak akan menghampakan pelancong yang menginap disini dan kebanyakan pelancong yang menginap disini akan datang kembali setiap kali bercuti di Negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Sesiapa yang berminat untuk menginap di RHKB, bolehlah muat turun app OYO Rooms di sini, hubungi talian 09-747 7000 atau melalui whatsapp 019-917 9773 untuk tempahan awal. www.ridelhotel.com.my
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jika travel ke negara luar, bagi pelancong Muslim soal makan pasti menjadi sedikit kerumitan kepada mereka. Memang orang boleh cakap ‘ ala..bawa la makanan segera atau paket makanan Halal dari negara untuk travel’. Tetapi bila dah berjalan tempat orang, kadangkala tekak teringin nak rasa makanan di negara tersebut bukan?
Di Macao, untuk mencari makanan Halal tidak menjadi satu perkara yang membebankan. Terdapat pelbagai pilihan premis makanan atau restoran buat pengunjung Muslim. Antara yang sering menjadi tumpuan pelancong Muslim untuk menjamu selera apabila datang ke Macao ialah:
Lord Stow, Tart Telur Portugis
Bagi penggemar drama Hallyu, pasti maklum Macau antara destinasi penggambaran drama popular termasuk Princess Hour yang berlatarbelakangkan perkampungan nelayan di Coloane. Menariknya, keistimewaan Coloane tidak saja bergantung pada ketenangan dan kedamaian kehidupan masyarakat tempatan, bahkan keenakan Tart Telur Portugis paling popular di Macau, Lord Stow. Cuba lah!
Golden Peacock (Indian cuisine) – Mempunyai sijil Halal
Lokasi: The Venetian Macao, Level1, Shop 1037 | Waktu Operasi: 11:00am – 03:00pm (Makan Tengah Hari) 06:00pm – 11:00pm (Makan Malam)
Taste of India (Indian & Portuguese cuisine) – Mempunyai sijil Halal
Lokasi: Avenida Sir Anders Ljungstedt No.22AD, Vista Magnifica Court, Macao | Waktu Operasi: 12:00pm – 03:00pm (Makan Tengah Hari) 06:00pm – 11:00pm (Makan Malam)
Loulan Islam Restaurant (Xinjiang cuisine) – Mempunyai sijil Halal
Lokasi: Intersection of Avenida Almeida and Rua Cinco de Outubro, Macao | Waktu Operasi: 11:00am – 02:00am
Dong Lai Shun Muslim Restaurant (Beijing cuisine) –Mempunyai sijil Halal
Lokasi: G/F, Kuong Fai Medical and Rehabilitation Centre, 484 R. Cidade de Coimbra, Alameda Dutor Carlos d’Assumpção, Macao
Green House (Vegetarian)
Loly Indonesian Food (Indonesian cuisine)
Lokasi: Berdekatan Kiang Wu Hospital , Edificio Pek Hoi Kok, 33 R. da Erva, Macau | Waktu Operasi: 11:00am – 10:00pm (Selasa – Ahad)
Indian Spice (Indian cuisine)
Lokasi: 39, Alameda Dr. Carlos D’Assumpcau, Vista Magnifica Court BG/RC , Macao
Indian Garden (Indian cuisine)
Lokasi: Berhadapan Taipa Central Park, Shop 18, Bloco 27, No.453,461 R/C, Rua de Seng Tou, Nova Taipa Garden.
Arabian Kebab
Lokasi: Berhampiran Macao Ginza Plaza. Shop M Centro Comercial Teatro Capitol, Travessa dos Anjos No. 45-51
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...