Itinerari Birthday Trip Pusing Langkawi. Hadiah Percutian 3 Hari Yang Best & Bermakna!

Share

Langkawi, pulau jolokan bebas cukai atau syurga membeli-belah memang cukup puas dan begitu berbaloi untuk dimasukkan dalam jadual percutian domestik anda.

Tidak puas dan cukup waktu jika anda bercuti di pulau lagenda ini hanya untuk semalaman. Cuba peruntukkan tempoh percutiaan di sini sekurang-kurangnya selama 3 hari 2 malam. Lebih-lebih lagi jika ada hari istimewa ingin diraikan, Kenapa? Kerana terdapat banyak lokasi menarik untuk disinggah sebagai hadiah kenangan bermakna untuk tahun ini.

Nah! Ini cadangan destinasi kena terjah dan aktiviti yang boleh anda lakukan ketika bercuti di Langkawi dikongsi oleh Zie Adrian HjJfr

3 Hari 2 Malam ( Short trip untuk sambutan ulangtahun hari jadi suami tersayang) 1 October ke 3 October 2020

HARI PERTAMA:

  • Air Asia ( KL-Langkawi-KL) flight pergi pukul 10:10, balik pukul 19:10 sebab nak pastikan segala surprise yang di rancang menjadi.
  • Kereta sewa jenis MYVI 3 hari (RM 120 +RM 100 (deposit dikembalikan lepas kereta di pulang dlm keadaan baik) Booking seminggu awal dan kereta di ambil di airport.
  • laksa ikan seekor ,rojak dan laksa sotong di jalan Kuala Muda bersebelahan Lapangan Terbang antarabangsa langkawi (Wajib cuba sedap!)

  • Check in di MALIBEST Resort RM 260 satu malam (Memilih TREE House @rumah atas pokok dengan pemandangan laut di pantai cenang untuk suasana romantika gitu!) booking awal sebab unit ni sangat limited. Kami dapat daftar masuk awal tanpa perlu menunggu waktu check in yang di tetapkan pihak hotel. Parking percuma di sekitar kawasan hotel.

  • Sunset cruise by Tropical Charters yatch untuk 2 orang RM 300 (promo sempena PKP). Kapal akan di bawa merentas lautan selama 3 jam bermula jam 5 petang dari kawasan Resort World Langkawi dan berpatah balik jam 8mlm. Untuk yang berkenderaan parking free di luar kawasan hotel.Aktiviti seperti water salt jacuzzi net (mandi air laut) dan bbq dinner serta free flow drinks sepanjang perjalanan.

HARI KEDUA:

  • Sarapan nasi lemak di gerai tepi kawasan hotel.
  • Island hopping by The Barons Holidays, RM 70 untuk 2 orang (Pulau Dayang Bunting,Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah) Van jemput pukul 9 pagi di lobi hotel. Makanan tidak di sediakan di dalam pakej. Disarankan bawa bekal makanan dan minuman. Semasa di tasik dayang bunting perlu sewa jaket keselamatan untuk semua aktiviti dengan bayaran RM 5 seorang. RM 20 (harga istimewa sempena PKP) seorang untuk aktiviti berkayak, paddle boat. Sampai hotel sekitar jam 2 petang.
  • Beli coklat di Kompleks Haji Ismail Group
  • Candle light dinner by the beach dekat pantai cenang, pakej asal RM 170 sahaja + RM 35 (saya minta tambahan decoration) + RM 40 (tambahan kek boleh pilih design sendiri untuk saiz 6 inci).Tempahan awal dengan QASIH Qasrina sebab slot sangat terhad. Cuma 5 minit berjalan kaki dari hotel kami bermula jam 8 malam sehingga 9.30 malam.

  • Urutan seluruh badan di Baron Spa & Wellness selepas dinner (Suami belanja harga tak tahu). Untuk tetamu yang menginap di MALIBEST resort tempahan awal akan dapat harga istimewa.

HARI KETIGA:

  • Daftar keluar dari hotel untuk ke Paradise 101, RM 30 seorang termasuk makanan dan perjalanan dengan bot pergi balik. (Percuma parking).

  • Haa..pulau yang dikenali sebagai Paradise 101, merupakan pulau persendirian untuk anda lakukan pelbagai aktiviti air atau pantai. Pulau ini hanya boleh diakses menggunakan perkhidmatan bot khas di Jeti Telaga Harbour Marina bermula dari jam 10 pagi hingga tengah malam setiap hari.
  • Antara pakej dan aktiviti yang disediakan adalah mencuba permainan air di Aqua Park, Banana Boat Ride, Parasailing, snorkel atau hanya beristirahat.

Jom cuti-cuti Pulau Langkawi!

Oleh
Husna