Bali. Satu tempat yang tak perlu Libur ceritakan lagi. Cukup terkenal sebagai destinasi pelancongan yang digemari ramai tak kira yang nak bercuti bersama keluarga, kawan-kawan atau yang nak berbulan madu dengan romantik sekali.
Tapi apa yang Libur nak kongsikan kepada pembaca adalah perkongsian itinerary 4 hari 3 malam daripada saudari cik manis Nyna Bananyna di Facebook. Dengan kos lebih kurang Rm1400, ayuh kita selidik apa aktiviti yang dilakukan oleh beliau bersama rakan-rakan di sana.
p/s: Gambar-gambar yang mereka ambil memang superb! Terasa macam nak fly ke sana sekarang ambil gambar. Hahaha.
✈️?? PASSPORT TO BALI ✈️??
20-24 JAN 2019
AirAsia KUL-DPS-KUL RM281 include 20KG & meal
AXA Insurance RM12.75
Simcard IDR 125k
Hotel untuk 3 malam di Bali RM102
Duit belanja RM530
Pakej supir di Bali IDR 3,650k
Pakej supir di Nusa Penida IDR 1.3juta
– Supir
– Speedboat return
– Entrance fee
– Minyak/Tol
– Lunch & Dinner
– Hotel 1 night with breakfast
DAY 1
– KUL-DPS
– Check in hotel di Ubud
DAY 2
– Bali swing @ Uma Pakel IDR 200k
Swing paling murah antara yang lain. Dapat 20kali ayun and unlimited photoshoot spot for bird nest and few attraction. Totally worth it!
– Tegalalang Rice Terrace
– Uluwatu temple and Kecak Dance
Unfortunately time ni hujan so rasa macam tak worth it nak tengok Kecak Dance. End up lepak gerai di Uluwatu Temple tu je layan hujan.
– Dinner at Jimbaran
– Check in hotel at Sanur Beach
DAY 3
– Speedboat to Nusa Penida at 8:30AM
– Kelingking Beach
– Broken Beach
– Angel’s Billabong
– Peguyangan Waterfall
– Crystal Bay
DAY 4
– Diamond Beach
– Thousand Island
– Teletubies Hill
– Speedboat to Sanur at 3PM
– Shopping at Legian
DAY 5
– Tanah Lot Temple
– DPS-KUL at 4PM
TIPS:
– Kalau nak gambar cantik, pakai baju warna cerah like white or yellow if you’re playing with nature. Jangan warna gelap or else gambar korang jadi tak menarik. Hehehe.
– Di Nusa Penida lain macam panas dia so better pakai baju yang nipis sahaja. Sunblock and kipas adalah wajib!
– Tak ramai muslim di Nusa Penida. So bab makan tu pepandai lah makan ikan or jadi vege.
– Better ambil supir di Nusa Penida. Jalan di sana terlalu bumpy and rough. And jarak antara tempat2 pun agak jauh.
– Kalau ke Nusa Penida, boleh pergi balik hari atau stay 1 malam di sana. But prefer stay sana baru puas nak berjalan tangkap gambar. 2H1M dah cukup untuk cover semua tempat.
– Di Nusa Penida takde tempat shopping. So jimat duit korang. Just belanja untuk makan je.
– Stay hydrated in Bali!
– Kalau nak shopping beg rotan murah, beli di area Ubud. Jauh lebih murah berbanding di Kuta. Boleh dapat around RM20 and above.
– Kalau dah tawar menawar shopping, jangan tetibe cancel pula. Nanti kena herdik dengan orang sana.
– Gerak awal pagi ke destinasi untuk elak ramai orang. Nanti susah nak tangkap gambar.
– Kitorang pergi 2 orang je so trip ni takde lah bajet mana. If nak murah, boleh ajak 4-6 orang pergi.
Contact number for supir in Bali and Nusa Penida
Bali: +62 852 4819 3813 Chandra
(https://www.instagram.com/percutian_bali)
+62 852 3913 3348 Agos
(https://www.facebook.com/profile.php?id=100009915931415)
Nusa Penida: +62 821 4576 3008 Made
(https://www.instagram.com/wisatanusapenida)
TOTAL EXPENSES IN BALI
RM1,450.75 / PAX
Gear:
Sony A6000
Canon EOS M-10
iPhone 7Plus