Denmark bukan saja terkenal dengan keindahan lokasi yang sentiasa menjadi tarikan pelancong luar.
Dan terbaru bakal menggamit pelancong untuk ke sini adalah untuk melihat keindahan Istana pasir tertinggi dunia.
Istana pasir tertinggi di dunia dengan ketinggian lebih 20 meter dan seberat hampir 5,000 tan siap dibina di sebuah bandar tepi pantai di Blokhus, Denmark.
Kredit Gambar: AFP
Berukuran 21.16 meter tinggi, istana baharu itu mengatasi istana dibina di Jerman pada 2019 yang memegang rekod Guinness World Records pada ketinggian 17.66 meter.
Ads
Sebanyak 4,860 tan pasir digunakan bagi membina struktur berupa piramid.
Perekanya, Wilfred Stijger yang dibantu 30 pengukir pasir terbaik dunia, menampilkan kuasa coronavirus ke atas dunia sejak awal pandemik bermula.
Berukura 21.16 meter persegi. Kredit Gambar: AFP
Di puncak binaan istana pasir itu dipaparkan model virus memakai mahkota.
Ads
“Ia mengatur kehidupan kita di mana-mana,” kata Stijger.
“Ia memberitahu anda apa yang harus dilakukan …. ia memberitahu anda untuk menjauhkan diri dari keluarga dan tidak pergi ke mana-mana. Jangan melakukan aktiviti, tinggal di rumah,” katanya.
Ads
Sebanyak 4,860 tan pasir digunakan. Gambar Kredit: AFP
Bagi mengukuhkan struktur istana, lapisan pasir mengandungi kira-kira 10 peratus tanah liat dan gam disapu di permukaan istana berkenaan.
Ciri-ciri tempatan termasuk luncur angin, rumah pantai, ikan dan rumah api ditampilkan dalam pembinaan berkenaan.
Tidak lepaskan peluang mengambil gambar. Kredit Gambar: AFP
Istana pasir itu dijangka berdiri kukuh sehingga Februari atau Mac tahun depan. – AFP
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Perkhidmatan feri dari Pulau Langkawi Ke Kuala Perlis akan terjejas sementara selama 3 hari bermula dari 21 hingga 23 Mac 2019 ekoran paras air laut surut di laluan berkenaan.
Air surut mengikut musim ini berlaku sehingga menampakkan permukaan muara sungai dan menyebabkan feri sukar untuk melalui kawasan berkenaan sehingga mendatangkan risiko tinggi untuk feri tersangkut dan terkandas.
Memetik sumber dari Bernama, Pengurus Operasi Ferry Line Ventures Sdn. Bhd, Leftenan (B) Baharin Baharom menjelaskan, perkhidmatan feri yang terjejas pada hari-hari berkenaan akan melibatkan waktu perjalanan pada pukul 7.30 pagi, 8 pagi dan 9 pagi.
Walau bagaimanapun, satu feri ihsan akan disediakan pada pukul 8.30 pagi menggunakan feri yang boleh melalui kawasan berlumpur bagi mengelakkan penumpang menunggu lama di kawasan jeti.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tragedi letupan di Lebanon yang lalu mengingatkan setengah-setengah rakyat Malaysia kepada satu tragedi yang hampir sama yang pernah berlaku di Malaysia terutama bagi penduduk Sg Buloh.
Tragedi letupan dan kebakaran kilang mercun Bright Sparklers merupakan tragedi letupan kilang mercun serta bunga api yang berlaku di Sungai Buloh, Selangor pada 7 Mei 1991 jam 3.45 petang. Kilang mercun berkenaan dipercayai terbakar dan menghasilkan letupan gergasi yang boleh didengari sejauh 7km daripada tempat kejadian. Sejumlah 26 mangsa telah terkorban dan sebanyak 83 mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian ini. Letupan ini telah meranapkan sebanyak 200 kediaman penduduk di sekitar kilang tersebut serta tingkap-tingkap rumah di sekitar kawasan Sungai Buloh sehingga bandar Seri Menjalara dan Selayang pecah.
Kekuatan letupan dan kesan kemusnahan yang dihasilkan berikutan ledakan menggegarkan itu diibaratkan seakan-akan peristiwa bom atom dijatuhkan pesawat Amerika ke wilayah Jepun itu pada Perang Dunia Kedua. Bunyi letupan itu begitu menakutkan, ia menggegarkan kawasan sekeliling menyebabkan banyak rumah runtuh atau terbakar. Bukan sekadar rumah saja, beberapa kilang termasuk kilang makanan haiwan, kilang papan dan kilang bahan pewarna makanan yang berada berdekatan turut terbakar. Berpuluh kenderaan termasuk kereta dan motosikal musnah.
Selepas siri letupan semakin berkurangan, kedengaran raungan dan jeritan kesakitan memecah suasana sekitar. Berpuluh mangsa berlumuran darah merah manakala ratusan orang ramai mula memenuhi kawasan kejadian untuk mencari sanak-saudara yang dikhuatiri menjadi mangsa tragedi.
Punca Tragedi Letupan:
Satu persatu kisah yang terselindung di sebalik tragedi letupan kilang Bright Sparklers itu mula terbongkar. Kilang mercun dan bunga api itu disahkan beroperasi secara haram sejak 1978. Siasatan juga mendapati kebakaran di kilang mercun itu disahkan berpunca daripada bahagian makmal yang menjalankan kerja-kerja menguji mercun yang siap untuk dipasarkan.
Kesan daripada tragedi letupan kilang Bright Sparklers:
Perubahan dasar di Peringkat Kebangsaan. Kilang-kilang bunga api di seluruh Malaysia terpaksa ditutup akibat pengharaman bunga api.
Unit HAZMAT telah diwujudkan pada 29 Oktober 1992.
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 telah diluluskan di Parlimen.
Takziah kepada semua mangsa yang terlibat.
image via google | Sumber: Public Health Malaysia
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Dikatakan sebuah perkampungan di sebuah kawasan pendalaman, iaitu Kampung Turtuk yang terletak di sempadan India dan Pakistan dan penduduknya adalah Muslim Balti.
Rupanya ada cerita menarik mengenai perkampungan ini seperti dikongsi oleh salah seorang sahabat Backpacker Buddies Malaysia, Syu Azis
Ayuh, ikuti perkongsiannya
Turtuk Village (Antara sempadan India & Pakistan)
Turtuk adalah perkampungan utara India yang terakhir yang terletak di lembah Nubra di Ladakh, berhampiran Line-of-Control (LoC). Kampung cantik ini menjadi hakmilik India namun etnik, tradisi memang Pakistan yang punya. Ada ceritanya.
Suatu ketika dahulu, Turtuk adalah sebahagian dari Pakistan yang menguasainya pada tahun 1947. Sebilangan orang di kampung ini mempunyai saudara-mara mereka di Pakistan, jauh dari akar umbi mereka.
Tapi, India kembali menakluk perkampungan Turtuk setelah menang dalam perang Indo, pada tahun 1971. Kampung ini terletak seberang sahaja dengan Gilgit Baltistan yang menjadi hak milik Pakistan namun masih direbut oleh India sehingga ke hari ini.
Siapa sangka? Disebalik sungai tenang, Sungai Shyok dan pergunungan Karokaram, ada lebih 4000 penduduk di dalam kampung itu. Tak ramai yang tahu kerana kawasan ini tertutup sehinggalah pada tahun 2010.
Selepas 2010, baharulah kerajaan India buka bagi pelancong luar melihat dan merasai keunikkan kampung dan penduduknya yang lari dari kebiasaan penduduk Ladakh.
Kenapa?
Penduduk Ladakh memiliki pengaruh kuat agama Buddha dan pengaruh Tibet, namun Kampung Turtuk memiliki budaya Islam Balti. Ada kira kira 300 buah keluarga menetap di sana yang hanya sejauh 10 km daripada Kampung Thang (penganut agama Buddha).
Apa itu etnik Islam Balti?
Orang-orang Balti atau orang-orang Baltis adalah kumpulan etnik keturunan Tibet dan Indo Aryan yang berasal dari wilayah Gilgit Baltistan yang ditadbir oleh Pakistan. Sama rupa macam orang di Ladakh.
Cuma beza negara dan fahaman agama. Orang etnik Balti kebanyakannya tinggal di wilayah Skardu di Baltistan yang merupakan wilayah Pakistan dengan majoriti etnik beragama Islam.
Tapi ada hal yang menarik hati saya kerana desa ini berada pada ketinggian 2900 meter dari aras laut. Makna kata, Turtuk berada pada ketinggian yang lebih rendah dibandingkan dengan daerah lain di Ladakh. Even Lahaul pun lebih kurang 4800 meter dari aras laut.
Kanak kanak di Kampung Turtuk.
Kawasan berbatu batu buatkan mereka ini kreatif. Bina gudang makanan diperbuat sepenuhnya dengan batu bagi menyimpan makanan. Makanan bagi musim sejuk perlu disimpan rapi kerana cuaca sangat ekstrem. Salah simpan, rosak semuanya.
Seperti kawasan lain yang sama dengan Turtuk (Ladakh, Lahaul, Spiti), musim panas adalah musim bagi agriculture. Turtuk sangat famous dengan tanaman barli yang penduduk Lahaul gelarkan, “geyhu”. Selain dari geyhu, tanaman utama adalah walnut dan aprikot menjadi sumber eksport utama Turtuk ke wilayah lain di India.
Saya pasti akan ke sini suatu hari nanti. Tak jauh sangat dengan Lahaul. Beza jauh hanya 548 km dari rumah mentua saya. Menariknya! Saya memang suka terjah tempat yang rare dan asing. Semoga tercapai niat di hati ini.
InsyaAllah.
Syu Azis
Disclaimer : Menulis tentang Kampung Turtuk. Tempat cantik, info kampung yang berkait rapat, informasi. Tiada conflict of interest coz both country saya respect. Kena tulis disclaimer sebab follower saya ada dari India, ada dari Pakistan, Afghanistan, ada dari Kashmir, ada muslim, ada pelbagai jenis agama dan you all suka translate dan buat andaian saya ni pro India, pro sana pro sini.
Walhal, sis ni residing di India mestilah ku tulis hal negara India. Takkan nak ku tulis negara Africa pula ya tak? Bakinya, sis respect semuanya. Ngerti?
Susah nak menulis tentang India, isu semasa yang berkait rapat dan kita ini pula Muslim dari Malaysia. Akan ada isu berbangkit but tenang is good, dear my followers and friends. Hah panjang engkau disclaimer kali ni
Credit to : Muhammad Fahim : pakistaninfo.com Picture credit to : Timesofindia, Ariel Sophia Bardi, google images
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...