
Mersing merupakan tempat mendarat pelancong dari pulau-pulau di Johor.
Kepulauan di sekitar Mersing mempunyai tarikan seperti memancing, menyelam skuba, snorkeling dan berehat di pantai. Pulau-pulau tersebut sangat indah dan hanya boleh diakses menggunakan bot. Jeti Mersing terkenal sebagai pusat pelepasan bot bagi beberapa pulau cantik yang terkenal.
Jika anda tidak bercadang untuk tinggal lama di pulau-pulau sekitar Mersing, anda boleh memilih untuk pakej pusing pulau seharian melalui beberapa operator yang ada di sekitar bandar Mersing.
Ini cadangan daripada Faa Jelajah Alam jika anda memilih untuk melakukan ‘Island Hoping’ sahaja untuk trip balik hari.
Hi guys, nak share sikit percutian pusing pulau bersama family baru ni di kepulauan mersing sebab ramai sangat tanya dekat mana so saya terasa nak share. View yg tersangat cantik dan takk rugi kalau pergi.
Untuk makluman pakej penginapan dan private day trip island hoping kami diuruskan oleh Resang indah chalet. Untuk penempatan boleh tinggal di chalet/homestay di Tanjung Resang betul-betul berhadapan dengan pantai.
Untuk private tour island kami naik boat utk pakej satu family dalam 10 orang departured from Pantai Telok Gorek. Ambil masa lebih kurang dalam 30-45minit untuk sampai ke Pulau yg pertama dan kira-kira jam 4petang selamat mendarat ke Pantai telok gorek semula.
5 Pulau island hoping:
- Pulau Sri Buat ( Hiking,cliff jumping, fish feeding & paya bakau sightseeing)
- Pulau Raja (sand bank snorkeling)
- Pulau sembilang
- Pulau mertang barat,timur (island hoping)
- Pulau Tasu (island hoping)
**Pakej island hoping & snorkeling termasuk dengan lunch pack dn pencuci mulut tau..
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘No Travel, No Problem’, Ini 20 Aktiviti Best Anda Boleh Lakukan Dengan Famili Di Rumah

Aduhai, segala perancangan untuk melancong dala tempoh beberapa minggu ini nampaknya terpaksalah dikuburkan. Malah penulis endiri berkemungkinan besar terpaksa melupakan hasrat untuk makan angin di sebuah negeri di Pantai Timur.
Namun sebagai rakyat yang patuh dengan undang-undang dan menyahut seruan kerajaan dalam misi memerangi penukaran wabak Covid-19,kita semua harus mainkan peranan.
Seperti mana kita semua sedia maklum, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa Negeri di Malaysia. Ini kerana kondisi semasa dengan kadar jangkitan atau penularan yang sangat tinggi.
Dalam masa dua minggu perintah kawalan ini, operasi yang dibuka diterhadkan kepada perkhidmatan asasi atau essential services sahaja . Namun kita usah panik. Mari kita sama-sama melangkah hadapan dan duduk di rumah!
Lupakanlah niat nak travel buat sementara waktu. Tangguhkan perancangan ke masa yang lebih sesuai di masa akan datang.
Penuhkan aktiviti anda dan sekeluarga dengan suasana ceria.
Dibawah adalah senarai 20 idea bagi aktiviti yang anda dan anak-anak boleh lakukan dirumah semasa PKP dilaksanakan.
1. Keluarkan permainan papan anda.
2. Buat suatu diari bagi tujuan mencatat aktiviti harian anda sekeluarga.
3. Ini masanya untuk anda membuat kek atau biskut! Mana tahu, jika ianya enak, anda mungkin dapat menjana pendapatan baharu.
4. Belajar untuk membuat penyediaan makanan awal. Ini adalah sangat berguna bagi yang harus bekerja dari rumah kerana ianya menjimatkan masa ketika perlu meyediakan makan tengah hari.
5. Adakan malam menonton filem di rumah. Setiap malam, satu orang dari ahli keluarga anda dapat memilih satu filem untuk ditonton.
6. Jika anda belum pernah mencuba, apa lagi, ayuh bersenam di rumah.
7. Lakukan countdown dan perkara-perkara yang produktif bagi hari-hari yang akan datang.
8. Bantu anak-anak anda dengan kerja sekolah mereka.
9. Berteka-teki atau bina sesuatu dari bahan-bahan lego.
10. Buat suatu senarai destinasi pelancongan di Selangor yang anda ingin lawati.
11. Kemaskan rumah anda. Selongkar barangan tidak terpakai anda dan ketepikannya bagi pemberian bantuan kebajikan.
12. Lakukan kerja-kerja rumah bersama ahli keluarga.
13. Hiaskan rumah anda.
14. Berkelah atau berkhemah di laman rumah.
15. Adakan panggilan video bersama rakan-rakan atau saudara mara anda! Jarak bersosial tidak bermakna anda tidak bersosial.
16. Rancang percutian keluarga anda di Selangor.
17. Mulakan aktiviti berkebun dirumah.
18. Cipta satu filem keluarga di rumah.
19. Reka satu peta bagi tempat-tempat yang anda ingin lawati setelah tamat tempoh PKP ini.
20. Karaoke di rumah!
Lakukan aktiviti-aktiviti ini bagi mengisi masa lapang anda di rumah sepanjang melalui tempoh sukar ini. Dengan ini, anda dan anak-anak boleh menghindari diri dari keinginan untuk keluar bersiar. Tambahan pula, anda dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga anda.
Kredit: Tourism Selangor
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau ‘Flight Delay’, Apa Patut Penumpang Dapat?

Jika anda pernah menggunakan khidmat penerbangan udara, pasti anda sedar tentang beberapa perkara 'tak best' sering berlaku.
Paling kerap berlaku adalah penundaan masa berlepas atau 'delay'. Bagasi rosak juga adalah masalah biasa yang seringkali menjadi mimpi ngeri ketika menggunakan pesawat. Jika berlaku perkara sebegitu anda perlu tahu hak sepatutnya untuk dituntut oleh semua jenis syarikat penerbangan di dunia.
Selain itu, ambil tahu juga masalah lain yang anda mempunyai kuasa dan hak ke atasnya. Ini antara lapan hak penumpang yang anda perlu tahu sebelum menempah dan menaiki pesawat bagi syarikat penerbangan yang beroperasi sama ada di dalam atau luar negara.
- Penundaan penerbangan
Penumpang perlu diberi pampasan jika penerbangan ditunda lebih dua jam. Jika melebihi dua jam, penumpang boleh menerima perkhidmatan minimum seperti makanan, panggilan telefon terhad dan akses Internet jika ada. Jika penangguhan berlarutan sehingga lima jam, penumpang seharusnya menerima penginapan hotel jika perlu dan pengangkutan pergi dan balik antara lapangan terbang ke hotel.
- Perubahan status penerbangan
Penumpang perlu dimaklumkan status penerbangan mereka termasuk penundaan, pembatalan dan penukaran laluan secepat mungkin. Penumpang boleh diberitahu sama ada melalui mesej pesanan ringkas, panggilan telefon atau e-mel.
- Pembatalan penerbangan
Bagi pembatalan penerbangan, penyedia penerbangan perlu menawarkan pampasan minimum seperti pilihan untuk pembayaran balik atau perubahan laluan.
- Kehilangan, kerosakan atau kelewatan bagasi
Jika bagasi tidak sampai dalam penerbangan sama, sama ada disebabkan hilang atau rosak, penumpang boleh membuat tuntutan pampasan daripada syarikat penerbangan.
- Tuntutan dan pampasan bagi Orang Kurang Upaya (OKU)
Kehilangan atau kerosakan peralatan pengangkutan atau kerusi roda penumpang warga OKU membolehkan tuntutan pampasan mengikut harga pasaran alatan berkenaan. Penafian untuk mendarat bagi warga OKU pula membolehkan mereka menerima pilihan sama ada menerima pembayaran balik, penerbangan pulang atau perubahan laluan.
- Tambang penerbangan
Pelanggan mempunyai hak penuh untuk mengetahui kos keseluruhan tiket penerbangan termasuk tambang asas penerbangan, cukai, sebarang caj seperti bahan api dan lapangan terbang, bayaran tambahan dan yuran seperti bagasi dan keselamatan serta bayaran perkhidmatan penumpang. Pastikan segala maklumat pembayaran dicatat secara terperinci dan tiada caj tersembunyi.
- Larangan menaikkan harga tiket selepas pembelian
Syarikat penerbangan dilarang menaikkan harga tiket selepas bayaran dibuat kecuali kenaikan itu berdasarkan dua perkara iaitu caj atau cukai kerajaan atau bayaran dikenakan Suruhanjaya. Kenaikan caj juga dibenarkan jika penumpang diberi notis kemungkinan kenaikan harga dan bersetuju secara bertulis sebelum menyempurnakan pembelian.
- Tidak dibenarkan menaiki pesawat
Penumpang yang tidak dibenarkan menaiki pesawat perlu menerima penjagaan atau pampasan minimum seperti makanan, panggilan telefon terhad dan akses kepada Internet sekiranya ada. Penumpang juga boleh menerima penginapan jika perlu dan pengangkutan dari lapangan terbang ke lokasi penginapan. Paling penting, penumpang perlu diberi pilihan sama ada pembayaran balik atau perubahan laluan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Aktiviti Best Yang Korang Boleh Buat Kalau Berkunjung Ke Royal Belum!

Isi Kandungan
ToggleUntuk anda yang gemarkan kawasan pelancongan yang tenang, damai serta jauh daripada kesibukan bandar, hutan Royal Belum yang terletak di Gerik, Perak ini pasti menjanjikan satu percutian yang terbaik untuk anda.
Hutan Royal Belum ini merupakan satu kawasan pelancongan yang terbaik untuk percutian skala besar seperti family gathering atau reunion. Sebab apa? Nanti akan Libur jelaskan di bawah.
Ada dua cara yang akan anda gunakan untuk sampai ke Royal Belum. Yang pertama, melalui jalan darat dan yang keduanya, melalui jalan air. Kedua-dua cara ini akan memberikan satu pengalaman yang berbeza kepada anda kerana cara yang pertama, anda akan memandu melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar di Kuala Kangsar sebelum tiba ke Jeti Temenggor. Dari jeti ini anda akan menaiki bot untuk ke kawasan Royal Belum.
Di kawasan Jeti Temenggor ini, anda akan dapat lihat pelbagai jenis house boat. Ada yang kecil dan ada yang besar. Kesemua jenis house boat ini dapat memenuhi kriteria dan skala percutian yang anda mahukan, bersesuaian dengan pakej yang ditawarkan.
Sekiranya anda mahukan house boat yang mewah untuk percutian anda, jangan segan silu untuk mengeluarkan bajet sehingga RM9,000 selama 3 hari 2 malam. Kosnya agak tinggi kan? Tapi jangan risau, house boat itu akan memberikan satu kepuasan terjamin kepada anda dan rombongan.
Cadangan kepada anda yang baru pertama kali ingin merancang trip ke Royal Belum, cukup sekadar anda ambil house boat berharga RM3,000 ke RM4,500 sahaja. Pakej yang ditawarkan dalam julat harga ini sudah cukup untuk memenuhi kesemua kehendak anda sepanjang masa berada di sana.
Setibanya di sana nanti, apa yang anda boleh lakukan? Okay, di sini Libur senaraikan serba sedikit aktiviti-aktiviti yang best untuk anda lakukan apabila sampai di Royal Belum nanti:
Menjejak bunga refflesia
Dikenali sebagai bunga paling besar di dunia, ia juga boleh didapati di Royal Belum. Bunga Rafflesia yang ada di Royal Belum terdiri daripada tiga spesis iaitu R. Kerrii, R. Cantleyii dan R. Azlanii. Jika anda bertuah, anda boleh nampak bunga ini kembang mekar. Jangka hayat bunga Rafflesia sekejap sahaja. Bunga ini boleh kembang dan mati dalam masa dua minggu.
Melawat perkampungan orang asli
Selain kaya dengan khazanah flora dan fauna, Royal Belum juga didiami oleh masyarakat Orang Asli. Terdapat beberapa penempatan Orang Asli yang boleh anda lawati antaranya Kampung Orang Asli Aman Damai, Kampung Orang Asli Sungai Kejar, Kampung Orang Asli Sungai Tiang dan Kampung Orang Asli Belum Lama. Kebanyakkan Orang Asli ini terdiri dari suku kaum Jahai dan suku kaum Negrito. Mereka menerima lawatan anda dengan hati dan tangan terbuka. Kelibat anak-anak Orang Asli yang comel dan malu-malu ini begitu menceriakan. Jika berkesempatan ke sini, bawalah beberapa saguhati seperti makanan dan permainan untuk diberikan pada kanak-kanak Orang Asli. Sumbangan juga boleh diberikan pada tabung sumbangan mereka. Mereka sangat menghargainya sumbangan yang diberi.
Menjejak kawasan salt lick
Tahukah anda apa itu salt lick? Salt lick adalah kawasan dimana terdapatnya garam mineral terkumpul dan pelbagai haiwan akan datang ke kawasan tersebut dan menjilat garam mineral sebagai salah satu sumber nutrisi. Di Royal Belum, terdapat 12 lokasi salt lick untuk haiwan-haiwan ini berkumpul. Jika anda ke sini, anda boleh melihat pelbagai jenis tapak kaki haiwan yang datang menjilat garam mineral.
Berenang di santuari ikan di Sungai Ruok
Tiada apa yang lebih menenangkan di Royal Belum ini apabila melihat ikan-ikan bebas berenang menikmati makanan yang diberikan. Jarak dari jeti bot ke Air Terjun Ruok lebih kurang 10 minit, dimana anda perlu melalui trek yang agak mudah sebelum sampai ke air terjun ini. Apabila tiba, anda boleh menikmati keindahan air terjun, mandi-manda serta memberi ikan makan.
Trekking ke air terjun Sungai Kooi
Bagi penggemar aktiviti mendaki, Air Terjun Sungai Kooi akan mengujakan anda. Daripada jeti, anda perlu mendaki trek yang mudah untuk sampai ke air terjun ini. Setengah jam mendaki naik, anda akan bertemu dengan sebuah air terjun tinggi yang sangat cantik. Segala penat Lelah anda mendaki akan hilang sekelip mata setelah melihat keindahan ciptaan Tuhan ini.
‘Memburu’ burung enggang
Tidak hanya boleh didapati di negeri Sarawak dan Pahang, burung Enggang juga boleh dijumpai di Royal Belum. Ada 10 jenis burung Enggang yang boleh didapati di Malaysia dan kesemua 10 jenis itu ada di Royal Belum. Jika anda bernasib baik, anda boleh nampak burung ini hinggap di pokok.
Bermalam di kem Royal Belum
Terdapat empat kem di Royal Belum untuk kemudahan anda menginap. Anda boleh memilih untuk menginap di Kem Sungai Papan, Kem Sungai Kenarong, Kem Sungai Tiang dan Kem Sungai Kejar. Setiap kem ini mempunyai tarikan dan aktiviti tersendiri antaranya memancing, berkayak, berakit dan sebagainya.
Menginap di Rainforest Resort
Selain terkenal dengan keindahan flora dan faunanya, antara yang menarik perhatian orang untuk datang ke Royal Belum adalah Belum Rainforest Resort. Resort mewah di tengah hutan ini cukup menarik dan suasana dalamnya sangat menenangkan jiwa. Belum Rainforest Resort boleh diakses menggunakan Lebuhraya Timur Barat iaitu dari Grik dan Kelantan. Anda akan kagum dengan binaannya yang mengadap Tasik Temenggor dan dikelilingi gunung-ganang membuatkan saujana mata memandang. Sambil berehat menikmati ketenangan alam, anda juga boleh mengambil pakej-pakej aktiviti hutan Royal Belum yang tersedia.
BBQ atas houseboat
Penginapan istimewa di Royal Belum adalah houseboat. Anda boleh memilih tinggal di rumah bot yang berlegar-legar di sekitar sungai. Rumah bot akan memberikan anda satu pengalaman baru dimana anda tidur, makan dan menikmati keindahan sungai belum dari dalam bot yang besar.
Berkayak atau berakit sambil memancing
Salah satu perkara yang anda wajib cuba apabila menginap di houseboat Royal Belum. Boleh dikatakan semua houseboat Royal Belum akan menunda rakit buluh bersama-sama houseboat mereka untuk kegunaan dan keseronokkan anda!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI