Suatu ketika dahulu, negara ini pernah ditawan oleh Iraq menjadikan ia negara yang dipenuhi pertumpahan darah. Itu cerita lama yang sudah menjadi lipatan sejarah. Namun hari ini, Iran antara negara yang amat cantik untuk diteroka biarpun 1001 kecantikan negara ini tidak dihebahkan di media sosial.
Dipetik dari fb Amar Zir yang berkongsi kenangan ketika travel ke Iran boleh dijadikan panduan untuk mereka yang teringin travel ke negara tersebut. Berikut adalah beberapa tips melancong ke Iran yang dikongsikan oleh Amar Zir di fb grup Backpackers Buddies Malaysia (BBM).
IRAN, IRAN DAN IRAN, negara yang penuh dengan kontroversi.
Asal sebut Iran, pasti di fikiran kita terdetik negara yang paling bahaya dan paling menakutkan sekali. Tapi sebenarkan tidak sama sekali, semua ini adalah permainan media dan mereka yang tidak mahu buka fikiran untuk lihat ciptaan Allah yang luas.
Iran tidak hanya memiliki bentuk geografi cantik, malah kesan peninggalan sejarah sejak kegemilangan zaman Arab Parsi menjadikan negara itu terus dikunjungi pelancong dari seluruh dunia.
Di negara yang dikatakan tertutup buat dunia luar itu tersembunyi 1,001 keindahan dan hanya dapat dinikmati jika berkunjung ke sana.
Jom kita ketahui sedikit tips untuk melancong di Iran.
1: VISA IRAN
Pemegang pasport Malaysia yang ingin ke Iran atas tujuan melancong dikecualikan visa (visa free) sehingga 14 hari.
Jika ingin membuat lawatan lebihari masa itu, perlu memohon visa sama ada di Kedutaan Iran atau di Jabatan Imigresen Iran semasa di negara ini.
Urusan di kaunter Imigresen Lapangan Terbang Tehran juga mudah dan tiada banyak soalan yang diajukan oleh pegawai-pegawai imigresennya apatah lagi kita dari Malaysia, lagilah dorang tak permasalahkan.
Untuk pengetahuan anda semua, sekarang ini, Jabatan Imigresen tidak cop apa2 di pasport kita dan hanya dibiarkan kosong. Data kita hanya dimasukkan dalam dalam sistem sahaja. (Katanya dengan alasan para pelancong mudah masuk ke negara barat).
2: PATUHI KOD PAKAIAN
Kod pakaian Iran adalah berkuatkuasa setiap saat. Jika tidak dipatuhi, ada pasukan khas yang akan menegur anda atau jika tidak bernasib baik, akan disoal siasat.
Antaranya wanita perlu menutup rambut mereka dengan tudung. Bukan bermakna anda perlu berburka atau bertudung litup. Cukup sekadar berselendang nampak jambul sikit adalah fesyen wanita Iran. Pakaian pula wajib melepasi punggung.
Cukup memakai kardigan, tak perlu berjubah. Tak perlu juga berpakaian gelap atau hitam.
Wanita Iran sangat mementingkan fesyen, jadi pakailah warna-warna kegemaran anda, asalkan melepasi paras punggung.
3: TIADA MINUMAN KERAS
Anda tidak akan menemui kelab malam (bar) atau disko di Iran yang semestinya tidak wujud. Wanita tidak dibenarkan menari dan menyanyi di khalayak ramai dan tidak ada minuman beralkohol.
4: HARGA BARANG
Harga barang sekarang Iran sangat murah disebabkan nilai mata wang mereka jatuh dan nilai selalu berubah-rubah. Sekarang ni nilai matawang Malaysia 3 atau 4 kali ganda besar dari nilai matawang mereka.
Anda tidak memerlukan bajet yang tinggi untuk melancong ke Iran. Kos lain seperti makan dan pengangkutan juga sangat murah.
Harus diingatkan, mereka tidak menerima mata wang Ringgit, justeru anda perlu membawa dolar Amerika (AS$) untuk ditukarkan di pengurup wang di Iran.
Kad kredit asing tidak diterima pakai di Iran, maka dinasihatkan membawa duit tunai dolar yang banyak untuk segala urusan di sana.
5: SIKAP PENDUDUK
Rakyat Iran yang dikenali sebagai Persian adalah sangat ramah, sopan dan menghormati tetamu. Mereka sangat cantik dan kacak seperti bangsa Eropah. Keramahan dan kemurahan hati mereka pasti akan memukau anda dan anda akan dijemput ke rumah mereka setiap hari.
6: MAKANAN
Makanan mereka sangat sedap, namun tiada kuah dan tidak pedas. Makanan utama mereka adalah kebab.Namun nasi dan lauk ayam/daging boleh didapati di mana-mana restoran dan halal 100%. Tapi dinasihatkan juga supaya bawa sambal kering kerana makanan mereka tak pedas, risaukan nanti anda takleh nak telan..hehe
7: TEMPAT MENARIK
Parsi moden bukan hanya sebuah negara besar, ia juga penuh dengan tempat bersejarah, senibina yang sangat tinggi nilainya dan landskap semula jadi yang terpelihara dan mesra alam sekitar.
Bekas kota-kota Empayar Parsi ini mempunyai masjid-masjid yang indah, karya-karya seni bina agung, dan keajaiban semulajadi.
Negara ini mempunyai 4 musim termasuk salji. Terlalu banyak istana yang cantik serta seni bina bangunan tinggalan sejarah yang unik. Setiap bandar di Iran adalah unik seperti Esfahan, Shiraz dan Persepolis.
8: BAHASA
Iran memiliki bahasa sendiri yang disebutkan sebagai bahasa Parsi dan mereka sangat lemah bahasa Inggeris.
So, bagi mereka yang ingin travel ke iran perlukan mencari maklumat dengan teliti ataupun anda sendiri boleh menggunakna perkhidmatan tour guide untuk memudahkan perjalanan anda.
SELAMAT MELANCONG DI BUMI IRAN..#trippersiaamarzir
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI