Teh merupakan sebahagian besar daripada budaya Asia dan ini ternyata sekali di Malaysia di mana ia digemari dan diminum oleh hampir semua rakyat Malaysia. Kini buat kali pertama di Malaysia, Unilever Food Solutions (Lipton) berganding bahu dengan Monin untuk memberi pencinta teh, satu konsep serba baru dalam menaiktaraf cita rasa minuman ini ke tahap yang maksima.

Memperkenalkan #MixTealogy: satu ramuan sempurna dari teh Lipton murni beserta kualiti prima sirap Monin yang menawarkan kenikmatan minum teh bersama dengan campuran inovatif ini, tentu akan membuka pintu kepada kemungkinan #MixTealogy tanpa batas.

Ditubuhkan di Bourges, Perancis pada tahun 1912, Monin merupakan pengeluar utama perisa gourmet yang prima. Monin boleh didapati di lebih 150 negara dengan tawaran 175 perisa termasuk sos gourmet, puri buahan dan serbuk frappe untuk mencipta pelbagai minuman tanpa had.

Ads

Hari ini, Lipton adalah jenama terkemuka di dunia dan dijual di lebih 150 negara. Lipton juga jenama pertama untuk menjual daun teh dalam beg dan setiap tahun lebih 100 bilion minuman Lipton dinikmati di seluruh dunia.

Ads

Teh ais dianggap sebagai yang terbaik untuk senarai lima minuman berais kerana ia menyegarkan sehingga dianggap sebagai menyihatkan dan #icedtea serta #coldbrew tea sudah mengetuai carta media sosial kini. Dengan gabungan kepakaran dua jenama bersama, #MixTealogy sudah tampil ke depan dan nampaknya akan menjadi satu cita rasa kegemaran terbaru.

Ads

“Sebagai salah satu pembekal terkemuka dalam perniagaan perkhidmatan makanan, Unilever Food Solution sungguh berbangga dengan jenama Lipton serta berkesempatan  bekerjasama dengan rakan terkini iaitu Monin. 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI