Pasti umat Islam di Malaysia ramai yang mula rindu untuk melakukan solat berjemaah.
Namun buat masa ini, hanya ‘insan terpilih’ yang dibenarkan mengimarahkan masjid dan surau di kawasan masing-masing Selepas lebih dua bulan tiada solat Jumaat dan solat berjemaah akibat penularan wabak COVID-19, ‘ada’ umat Islam yang dapat kembali menunaikan kewajipan di masjid dan surau.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyebut masjid dan surau terpilih dalam Zon Hijau COVID-19 di Wilayah Persekutuan dibenarkan mengadakan solat Jumaat dan solat berjemaah secara berperingkat mulai 15 Mei 2020, dengan bilangan jemaah minimum tiga orang tidak termasuk imam dan tidak melebihi 30 orang.
Sumber: Bernama