
Pasti umat Islam di Malaysia ramai yang mula rindu untuk melakukan solat berjemaah.
Namun buat masa ini, hanya ‘insan terpilih’ yang dibenarkan mengimarahkan masjid dan surau di kawasan masing-masing Selepas lebih dua bulan tiada solat Jumaat dan solat berjemaah akibat penularan wabak COVID-19, ‘ada’ umat Islam yang dapat kembali menunaikan kewajipan di masjid dan surau.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyebut masjid dan surau terpilih dalam Zon Hijau COVID-19 di Wilayah Persekutuan dibenarkan mengadakan solat Jumaat dan solat berjemaah secara berperingkat mulai 15 Mei 2020, dengan bilangan jemaah minimum tiga orang tidak termasuk imam dan tidak melebihi 30 orang.

- Perlis sebelum ini juga membenarkan pelaksanaan solat Jumaat di masjid seluruh negeri itu bermula hari ini yang hanya terhad kepada ahli jawatankuasa masjid.
- Sementara Selangor dan Perak membenarkan bilangan jemaah tidak melebihi 12 orang termasuk imam dan khatib.
- Kerajaan negeri Melaka pula mengambil keputusan membenarkan pelaksanaan solat Jumaat bermula 29 Mei dengan 40 jemaah dibenarkan.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fenomena Air Pasang Besar Di Selangor. Tolong Elakkan Bercuti Di Kawasan Pantai Ya!

Fenomena air pasang besar diramalkan berlaku di Selangor pada 19 dan 20 September, 17 sehingga 19 Oktober serta 15 dan 16 November dengan ketinggian paras air laut mencecah 5.8 meter.
Sekiranya cuaca hujan lebat dan keadaan angin kencang berlaku, risiko berlakunya banjir akan meningkat disebabkan limpahan air laut ke daratan.Kawasan yang berisiko di negeri Selangor ialah di daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam bagi menghadapi fenomena tersebut.
- Kuala Langat membabitkan pantai Kelanang, Ban Sijangkang, Jalan Harmoni, Istana Pantai Bahagia, Pesisir Pantai Tanjung Sepat, Pantai Batu Laut, Pantai Morib, Ban Kampung Kundamg, Pekan Tanjung Sepat dan Rumah Peranginan Persekutian Morib
- Turut terjejas pangkalan Tok Muda, Ban Sementa, Ban Sungai Keramat, Jalan Pandamaran, Taman Selat Damai, Pelabuhan Klang, Kampung Sungai Serdang, Kampung Perepat, Pelabuhan Utara, Pulau Ketam dan Telok Gong di Klang.
- Pantai Remis Jeram, Kampung Lembah Pantai, Kampung Tok Adam, Kampung Bagan Pasir, Bagan Pasir Tanjung Karang, Bagan Pasir Penambang, Sungai Kajang, Kampung Lembah Pantai, Kampung Sungai Semilang, Kampung Sungai Janggut dan Bagan Tengkorak di Kuala Selangor.
- Di Sabak Bernam ialah Kampung Sungai Air Tawar, Bagan Sungai Besar, Tebuk Mendeleng, Pantai Bagan Nakhoda Omar, Sungai Lang, Pantai Batu 23 Sungai Nibong, Kampung Sungai Tengar, Parit Baru dan Institut Latihan dan Dakwah Selangor ( ILDAS).
- Turut berisiko ialah Politeknik Sultan Idris Shah, Persisiran Pantai Bedena, Sekolah Menengah Agama Pasir Panjang, Bagan Sekinchan, Bagan Sungai Besar, Bagan Sungai Burong dan Jalan Seri Sentosa Kampung Sekendi.
Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya fenomena air pasang besar tersebut?
1) Bulan Baru – Bulan akan memasuki fasa Bulan baru pada jam ,7 malam, 17 September 2020.
2) Bulan di Perigee – Bulan akan berada pada kedudukan Perigee atau dekat dengan Bumi pada jam 09:44 malam, 18 September 2020 dengan jarak sekitar 359081 kilometer. Gabungan peristiwa Bulan baru dan Bulan di Perigee menghasilkan fenomena yang dikenali sebagai
'perigean spring tide'.
3) Ekuinoks – Ekuinoks merupakan peristiwa apabila kedudukan Matahari kelihatan tepat di atas Khatuliswa. Ia berlaku dua kali setahun iaitu pada Bulan Mac dan Bulan September. Untuk Bulan September ini, Ekuinoks akan berlaku pada 22 September 2020. Gabungan pengaruh graviti Bulan Matahari semasa berlakunya peristiwa yang dinyatakan di atas menjadi faktor fenomena air pasang besar .
Penduduk di kawasan berisiko diminta mematuhi arahan pihak berkuasa keselamatan dari semasa ke semasa, serta mengehadkan aktitiviti pesisiran pantai. Orang ramai juga dinasihatkan tidak mengunjungi kawasan pantai untuk bercuti untuk tarikh yang dinyatakan.
image via googl | bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kenapa Poster Pelancongan Perak Tidak Guna Bahasa Kebangsaan?

Tular awal bulan ini apabila Poster Duta Pelancongan Perak yang menampilkan penyanyi antarabangsa kelahiran Ipoh, Michael Wong apabila tidak menggunakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Sebaliknya poster tersebut memaparkan promosi dalam bahasa Inggeris dan Mandarin.
Poster yang dimuat naik dalam laman Facebook Tourism Perak, minggu lepas menyebabkan warganet melahirkan rasa tidak puas hati. Rata-rata mereka menyifatkan sebagai agensi kerajaan, setiap promosi program haruslah mendahulukan bahasa Kebangsaan dan barulah diikuti bahasa-bahasa lain.
Exco Jawab Teguran
Menjelaskan perkara tersebut, Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing berkata, bahan-bahan seperti poster, banting dan risalah yang dihasilkan bagi memperkenalkan Duta Pelancongan Perak itu hanyalah untuk tujuan promosi semata-mata. Menurutnya, ia tidak bermaksud mahu meminggirkan bahasa Kebangsaan, tetapi sebagai satu strategi pemasaran memperkenalkan Perak kepada negara luar iaitu China.
“Dalam hal ini kita utamakan bahasa Inggeris dan Mandarin kerana sasaran pasaran kita adalah di China, apabila Michael Wong atau media luar negara membuat posting dan perkongsian video serta poster, pelancong dan peminat di sana akan lebih faham apa isi kandungannya.
“Agak susah untuk kita meletakkan semua bahasa dalam satu (promosi) kerana ia ada kaitan dengan ‘design’ juga, paling penting kita mahu orang luar negara memahami maksud yang kita nak sampaikan dalam bahasa ringkas dan jelas,” katanya.
Tambah beliau, kerajaan negeri bersedia menambah baik kandungan-kandungan bahan promosi mengikut keperluan seperti penggunaan bahasa Tamil, Jepun atau Korea memandangkan tidak semua dapat memahami hanya dengan satu bahasa.
“Sepatutnya tidak timbul sebarang isu, Michael Wong sendiri fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Kantonis, apa yang kita lakukan ini hanyalah berkaitan soal peminat beliau di China,” katanya.
Michael Wong Duta Pelancongan Perak
Michael Wong dilantik sebagai Duta Pelancongan Perak selaras dengan sasaran kerajaan negeri menarik kehadiran lebih ramai pelancong dari Asia Timur. Michael Wong yang merupakan penyanyi terkenal di kawasan Asia Timur terutama China dan Taiwan diumum sebagai Duta Pelancongan Perak selama dua tahun bermula 1 Ogos 2019 hingga 31 Julai 2021.
Pelantikan artis yang popular dengan lagu Fairy Tale (Tong Hua) itu adalah bersempena pelancaran penerbangan Ipoh-Guangzhou yang bakal bermula 1 Oktober ini yang mana menyaksikan Perak menyasarkan kehadiran lebih ramai pelancong dari Asia Timur untuk berkunjung ke negeri ini.
Sumber: Sinar Harian
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anugerah Emas Bakal Iktiraf Pencapaian Cemerlang Pemain Industri Pelancongan Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020

Satu majlis anugerah anjuran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) bakal diadakan tidak lama lagi untuk menghargai individu atau organisasi yang banyak berjasa dalam meninggkatkan taraf industri pelancongan negara.
Menurut Presiden MTC, Uzaidi Udanis, anugerah ini adalah satu bentuk penghargaan dan penghormatan tertinggi yang akan disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada mana-mana individu atau organisasi yang memainkan peranan signifikan dalam membantu Malaysia mencapai kejayaan dalam industri pelancongan seperti pihak berkuasa tempatan, hotel dan resort, pengusaha kedai makan, operator dan agensi pelancongan dan ramai lagi.
“Perdana Menteri kita, YAB Tun Dr. Mahathir adalah Bapa dan juga ikon kepada industri pelancongan Malaysia, jadi kita rasa bertuah kerana beliau bersetuju untuk datang dan meraikan majlis yang akan kita adakan nanti”, ujar Uzaidi dalam sidang media yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa ‘Malaysia Tourism Gold Award 2019’, Datuk Nor Zaleha.
Selain daripada itu, menurut Uzaidi, majlis anugerah ini juga adalah penggalak kepada pemain-pemain industri untuk terus memainkan peranan mempromosikan dan meningkatkan imej industri pelancongan negara ke seluruh dunia.
Dengan visi untuk menjadikan anugerah ini seperti anugerah ‘Oscar’ kepada industri pelancongan, ia juga menjadi sebab untuk kita meraikan sejarah, budaya dan tradisi negara seterusnya bersedia untuk menjayakan misi Tahun Melawat Malaysia 2020 tahun depan.
Majlis penganugerahan berprestij ini dijadualkan berlangsung di Palace Of Golden Horses, Kuala Lumpur pada 25 Oktober 2019 dan sebanyak 80 anugerah berprestij bakal diberikan oleh MTC.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI