Ini Tipnya Tentukan Arah Kiblat Solat Waktu Camping, Lebih-Lebih Lagi Jika Kawasan Tiada Talian Internet

Share

Walau sejauh mana kita mengembara, jangan sesekali lupakan urusan menunaikan kewajipan kepada Yang Maha Esa.

Tanpa izinNya tidak mungkin kita dapat mengembara serata dunia. Walau bagaimanpun bagi yang bermusafir ada kelonggaran untuk melakukan solat jamak.

Namun begitu pasti ada yang tercari-cari arah kiblat, lebih-lebih lagi jika tempat berkenaan tiada perkhidmatan internet.

Perkongsian oleh Asrix Rozhi dalam Grup Camping Buddies Malaysia memberitahu tip mencari kiblat dan solat ketika camping dalam situasi ini.

Tips mencari Kiblat dan Solat ketika Camping. Offline coverage.

Jom kita nak share few tips simple je ketika nak camp wajiblah kita solat tidak kiralah kesusahan yang macam mana sekalipun kerana solat itulah yang memelihara iman dan taqwa kita kepada Allah.

Tips :

– Bawa compass manual ( wajib ). Tentukan bearing Mekkah ke Malaysia. Bacaannya adalah 292. Tunjukkan jarum compass ke arah 292 deg maka di situlah kiblatnya

– Sekiranya tiada compass, boleh gunakan smarphone kita. Semua phone dah ada magnetic field sensor so buka je apps compass dan cari bearing 292 darjah. Simple kan.

– Kalau lost sangat-sangat boleh menghadap ke mana-mana arah saja asalkan dengan yakin dan ditambah dengan sedikit ilmu contohnya matahari terbenam ke arah barat (270 deg) jadinya kita perlu gerak sedikit sahaja dalam 10-20 degree ke kanan dari barat maka di situlah anggaran kiblatnya.

– Niat jamak & Qasar kepada yang melebihi 2 marhalah. Memudahkan sebab time penat-penat travel kita boleh ringankan solat dengan rukhsah yang dihadiahkan.

Gambar sekadar hiasan.

– Sediakan 1 kain khas, sejadah ke, canvass ground sheet ke yang kecik-kecik je supaya kita boleh cari port-port cun dan menyejukkan hati untuk solat. Time ini paling best rasa aman saja hidup. Terutamanya port menghadap sungai atau bukit bukau.

Sesungguhnya solat itulah yang membezakan iman dan Islamnya seseorang.

Artikel Berkaitan:

Bersedia Sebelum Kena, Pentingnya Kit Pertolongan Cemas Ketika Bercuti

Ini Senarai Restoran/Gerai Makan Best & Viral Di Selangor. Lepas PKP Korang Kena Layan Sini!

Tak Perlu Travel Ke UK, Gordon Ramsay Bakal Buka Restoran Pertama Di Malaysia Jun Ini

Oleh
Siti Zurina Mat Saman