Baru-baru ini Tourism Selangor ada mempromosikan kempen Pusing Selangor dulu. Dalam kempen ini, mereka yang layak boleh menebus guna baucar pelancongan di talian beli belah disediakan.
Sebenarnya selain pelbagai destinasi menarik di Selangor, terdapat juga senarai restoran gerai makanan paling best patut kita cuba terutama selepas tempoh PKP nanti.
Antara kedai makan sedap ini berada dalam daerah Gombak, Klang, Hulu Langat, Kuala Selangor, Petaling dan juga Kuala Langat. Bukan saja sedap, tetapi harga ditawarkan juga berbaloi dengan sajian berkenaan.
Senarai Restoran/Gerai Makanan Best di Selangor!
Dekat Selangor, ada banyak tempat makan best yang boleh kita nikmati! Dari makanan tradisional, seafood, western sehingga makanan VIRAL, sebut sahaja segalanya ada di Selangor!
Tertanya-tanya tempat makan mana yang wajib anda singgah di negeri Selangor? berikut adalah senarai tempat makan yang anda boleh cuba selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan.
Anda tahu tempat makan yang best? Mari kongsikan di ruangan komen. Nak bercuti? Pusing Selangor Dulu!
Singgah lah di Teluk Buih kalau sesekali nak tenangkan emosi di tepian pantai. Tempat menarik ini ada di Daerah Mersing, Johor yang kini menjadi bualan khasnya buat mereka yang sedang merancang untuk mencari ‘port’ bercuti bersama yang tersayang.
Cantik dan mempersonakan, itulah kata-kata terucap tatkala chalet di Mersing ini, ada didepan mata.
Lokasi berhampiran perkampungan nelayan kecil, anda dapat menikmati pemandangan dan bayu kat sini.
Kampung Stay @ Teluk Buih, Mersing ini berada disalah satu lokasi tumpuan percutian di Pantai Air Papan, Daerah Mersing.
Namun yang menjadikan hati ini terus jatuh hati kat chalet ini adalah persekitaran chalet cukup cantik kerana reka bentuk berkonsepkan ‘English Cottage’ bagaikan sebuah lukisan, selain kedudukan chalet berada di tepi teluk menjadikan kawasan ini, cukup nyaman dengan hembusan angin laut yang bertiup.
Kalau anda sukakan percutian seperti berada di sebuah pulau kerana kedudukan chalet yang berada di tepi air laut ini, datanglah bercuti ke sini dan buatlah tempahan awal kerana chalet ini selalu “full-house” terutama masa cuti hujung minggu dan cuti umum.
Lokasi:
Kampung Stay @ Teluk Buih
Jalan Teluk Buih,
Air Papan, 86800 Mersing, Johor.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ada yang suka travel solo, travel berdua dengan pasangan sahaja atau berkumpulan. Kalau jenis bahagia travel seorang diri tidak menjadi masalah dengan siapa nak berkawan dengan siapa nak ajak berjalan. Tetapi kalau jenis travel mesti ada pasangan atau geng ini, ada rumitnya sedikit. Rumit dari segi perangai-perangai rakan atau individu yang kadangkala menyesakkan dada. Masa itu, mula la rasa menyesal seumur hidup ada orang sebegitu ‘menghancurkan’ sedikit kegembiraan ketika bercuti. Kalau dapat kawan jenis sekepala ketika travel pula anda memang cukup bertuah la. Memori yang cuba dipahat dalam hati di setiap destinasi yang anda dan rakan kunjungi pasti akan dikenag sampai bila-bila.
Ini jenis rakan yang mesti ada dalam senarai anda jika ingin ajak melancong bersama-sama.
Jenis Penakut Tapi Berani Cuba – Kita akan ada seorang kawan yang jenis penakut, tetapi dalam masa yang sama bernai untuk mencuba sesuatu. Sebagai contoh ada yang takut akan ketinggian, namun disebabkan tidak mahu menghampakan rakan travelnya yang ingin melakukan terjunan bungee dia pasti turuti. Kawan jenis ini memang bagus dijadikan geng untuk menggembara.
Jenis Suka Cuba Makanan Baru – Kalau kawan anda sejenis yang suka mencuba makanan-makanan baru yang ada di mana sahaja lokasi, dia adalah individu yang boleh disenaraikan dalam trip akan datang. Kawan jenis ini memang best, anda pasti tidak akan kelaparan kerana mereka tahu selok-belok lokasi makan yang sedap atau unik yang boleh di cuba. Bahkan, perjalanan anda juga akan menjadi lebih singkat dan cepat memandangkan mereka ini mengikuti blog-blog makanan tempatan dan luar negara.
Jenis Pandai Ambik Gambar – Ini kawan yang sangat diharapkan ada dalam setiap kumpulan travel. Pendek kata suruh ambil gambar je memang terbaiklah setiap hasil yang dibidik. Yang gemuk boleh jadi kurus, yang pendek boleh jadi tinggi, lokasi bergambar yang tidak berapa menarik boleh jadi seperti di kayangan. Percutian anda pasti penuh dengan gambar-gambar menarik dan indah.
Jenis Pak Lawak – Kawan jenis pak lawak ini kadangkala mengjengkelkan, tetapi percayalah kehadiran mereka mampu membuatkan sesuatu percutian itu tidak bosan. Tetapi kalau lawaknya seringkali tidak kena pada tempat, kau tinggalkan sahaja dia!
Jenis Merancang – Sebuah pengembaraan pasti berjalan lancar sekiranya ada rakan yang suka merancang terlebih dahulu. Sebelum ke mana-mana sahaja, dia sudah mengkaji berapa jumlah kos, membuat itenerari, dimana hotel terdekat, pengangkutan, apa yang menarik dan sebagainya. Umpama seorang ibu atau bapa di dalam keluarga, si perancang ini selalunya gemar akan kesempurnaan. Tetapi kena ingatkan pada dia juga bahawa travel secara spontan dan bebas adakalanya menyeronokkan.ini Pengembara kebiasaannya cintakan aktiviti-aktiviti yang spontan dan bebas.
Jenis Tak Boros – Kalau anda memang mempunyai bajet yang banyak ketika melancong ia tidak menjadi satu masalah. Tetapi kalau memang jenis travel semata-mata untuk melihat tempat orang dengan bajet yang terhad memang elok cari kawan yang penjimat. Individu yang jenis tidak boros ini selagi boleh akan cuba berjimat cermat walau dimana sahaja mereka berada. Mereka ini juga selalunya kawan yang ‘bagus’ untuk membantu dalam tawar-menawar ketika membeli barang. Bukan itu sahaja, kemungkinan tiket penerbangan anda juga boleh jadi dibeli pada harga murah sahaja.
Jenis Kamus Begerak – Mempunyai kawan yang mampu bertutur dalam banyak bahasa memang merupakan satu bonus. Jadi tiada masalah komunikasi yang akan timbul antara anda dan penduduk tempatan sesuatu destinasi.
Jenis Kaki Travel – Dapat angkut kawan yang memang kaki travel ini dalam percutian anda pun agak menarik. Bukan apa, kadangkala mereka ini sudah biasa dengan selok-belok lokasi yang anda ingin pergi maka peratusan untuk sesat itu bakal berkurang. Mereka juga akan menjadi penasihat apa yang boleh buat dan apa yang tidak boleh. Paling best, mungkin si kaki travel ini akan membawa anda ke destinasi unik lain yang tidak ramai orang tahu.
Jenis Bukan Emosi – Ini senarai kawan yang paling penting perlu ada. Penatlah nak layan kawan-kawan jenis kuat sentap ini. Kalau tidak turut kemahuannya akan merajuk dan mengasingkan diri. Kalau ada kawan-kawan jenis ini pangkah siap-siap tau. Bukan apa, kadangkala dalam setiap trip yang kita rancang ada yang tidak menjadi atau lain daripada yang anda bayangkan, jika ada kawan-kawan yang bersikap tenang semuanya pasti akan baik-baik sahaja. Kalau yang jenis tahu nak membebel, baran atau tidak boleh bersabar ini, silap haribulan timbul kejadian buruk pula.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bagi 'kaki wayang' dan penggemar filem tempatan, mahupun antarabangsa, pengumuman kerajaan semalam untuk membenarkan pawagam kembali beroperasi bermula 1 Julai 2020, sudah tentu merupakan satu perkhabaran gembira.
Selepas hampir tiga bulan terpaksa menonton 'layar kecil' di rumah, kelonggaran yang diberikan ini amat ditunggu-tunggu. Antara filem yang dijadual untuk ditayangkan di pawagam adalah filem perisikan British terkenal, 'James Bond: No Time To Die', yang sepatutnya ditayangkan pada April lepas, namun terpaksa ditunda berikutan penularan wabak COVID-19. Turut 'beratur' menunggu giliran untuk ditayangkan termasuk filem francais Marvel 'Black Widow'; filem keluaran Walt Disney Pictures 'Mulan', serta filem seram 'Antlers' dan 'Antebellum'.
Bukan sahaja dapat menonton wayang, kerajaan turut memutuskan untuk riadah kolam renang di kolam renang awam, hotel, kondominium, komuniti berpagar dan kolam renang persendirian. Ini la waktu yang sesuai untuk membawa anak-anak keluar bercuti setelah lama berkurung ketika perintah kawalan pergerakan dan menginap di hotel atau resort yang ada menyediakan kemudahan kolam renang.
Kebenaran yang sama juga diberikan terhadap penganjuran mesyuarat, persidangan, seminar, kursus atau latihan serta membenarkan aktiviti teater dan 'live event'. Namun dalam keghairahan terhadap kelonggaran demi kelonggaran yang diberikan, aspek kawalan kendiri serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP), yang ditetapkan oleh kerajaan perlu terus diutamakan.