Percutian ala desa sering jadi dambaan buat pencinta alam semulajadi. Jauh dari hiruk pikuk kenderaan serta kesesakan jalan menyebabkan ramai kini beralih pada konsep berehat dan santai yang lebih mendamaikan.
Sebenarnya banyak lokasi yang dianggap cantik dan memenuhi citarasa bagi penggemar percutian suasana ala kampung.
Artikel Berkaitan: Pantai Teluk Senangin, Port Cuti Bajet! Buka Pintu Chalet Terus Terjun Laut
Dengan senibina resort atau chalet dibina membuatkan pengunjung pasti tidak akan lupa pengalaman bercuti di sini.
Jiwa terasa tenang melihat floral dan fauna dan pastinya kembali dari bercuti mood kita akan terasa lebih stabil dan segar. Malah tidak mustahil ada yang akan datang lagi kerana terpesona dengan perkhidmatan disediakan.
Keriang Hill Resort terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Alor Setar, Kedah. Lebih menarik lagi, penginapan ini diusahakan oleh Tunku Puteri Intan Saffinaz Sultan Abdul Halim yang mengetengahkan konsep kampung tradisional yang dikelilingi keindahan flora dan fauna.
Lokasinya menjadi cukup istimewa apabila terletak di kaki Gunung Keriang yang menambahkan lagi daya tarikan kepada pelancong. Malah, pelancong juga berpeluang melihat matahari terbenam di hamparan sawah padi yang sungguh cantik.
Jangan risau, Keriang Hill juga turut menyediakan kemudahan kolam renang dan gimnasium yang menjadi antara aktiviti yang wajib dilakukan oleh pelancong ketika bercuti.
Bagi pelancong yang suka aktiviti pendakian, Keriang Hill turut menyediakan perkhidmatan mendaki ke gunung Keriang yang hanya bertinggian 218 meter.
Rumah Mak Embun adalah sebuah villa kampung tradisional yang sesuai untuk mereka yang menginginkan privasi. Rumah ini terletak di Bukit Larang, Pernu, Melaka. Menariknya, rumah ini sungguh menepati ciri-ciri rumah tradisional Melayu seperti zaman dulu kala.
Rumah ini terletak di dalam kawasan laman persendirian yang luas, bersebelahan dengan kolam renang dan sebuah rumah pokok (treehouse). Rumah Mak Embun adalah sebuah rumah yang boleh dibahagikan kepada 3 unit.
Homestay Limastiga ni merupakan private villa yang terletak di perkampungan di Umbai, Melaka. Lebih kurang 15 minit dari Bandar Hilir, Melaka. Vila ini mempunyai tiga rumah ibu (sekarang lima buah) dengan 14 buah bilik, sebuah kolam renang yang melingkari kawasan di hadapan banglo banglo utama yang dihubungkan dengan pelbagai kemudahan infrastruktur, bilik seminar, kemudahan kawasan berbeku, karaoke dan dapur.
Artikel Berkaitan: 5 Penginapan Hujung Minggu Di Janda Baik Untuk Penduduk Pahang Ketika PKPB. Nyaman Je..
Limastiga boleh memuatkan 50 ahli keluarga pada satu-satu masa. Istimewanya lagi, vila ini hanya dikhaskan kepada orang muslim sahaja. Dekorasinya juga berkonsepkan ciri ciri nusantara berunsurkan kayu kayan, ukiran serta konsep minimalist moden yang menambahkan seri vila tersebut.
The Dusun, namanya pun sudah memperlihatkan ciri-ciri tradisional. Siapa sangka di tengah-tengah dusun mempunyai tempat penginapan yang cantik seperti ini sambil dijamu dengan pemandangan dan suasana hutan yang menenangkan. Ditemani juga dengan bunyi-bunyi cengkerik, ungas yang mendamaikan.
The Dusun sangat menjaga privacy tetamunya dengan cara mereka mengehadkan jumlah tetamu pada satu-satu masa demi menjaga suasana hutan yang tenang. Penginapan yang bercirikan moden-tradisional serta mempunyai pemandangan hutan hujan tropika yang cukup indah antara yang menjadi tumpuan dan daya tarikan pelancong.
Kawasan rumah yang dikelilingi bukit bukau dan pemandangan menghijau sememangnya pilihan tepat bagi pelancong yang mengemari konsep tradisional yang dihiasi flora dan fauna yang cantik. Rumah Kebun ini terletak di Kampung Sungai Semungkis, Hulu Langat, Selangor.
Rumah Kebun adalah sangat ideal bagi percutian bersama-sama ahli keluarga rapat dan juga rakan-rakan yang rapat. Ini kerana penginapan ini memiliki 3 bilik tidur yang dilengkapi 3 bilir air. Malah penginapan ini boleh memuatkan seramai 16 orang bagi sebuah rumah.
Penginapan ini bertambah menarik apabila di hadapan Rumah Kebun ini juga mempunyai sebatang sungai yang membolehkan pelancong bermandi-manda selain di kolam renang yang disediakan.
Bagi sesiapa yang pernah menaiki River Cruise pastinya anda akan melalui kawasan Kampung Morten. Perkampung ini merupakan satu-satunya perkampungan Melayu yang berada di tengah-tengah Bandaraya Melaka dan kini telah diwartakan oleh Kerajaan Melaka sebagai antara perkampungan terunggul.
Apabila menjejaki perkampungan ini anda seakan-akan berada di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ini kerana landskap dan rekabentuk rumah masih mengekalkan nilai sejarah zaman dulu dan konsep tradisional Melayu.
Paling strategik, kawasan perkampungan ini berdekatan dengan tempat-tempat menarik di sekitar bandaraya Melaka. Jadi anda tidak perlu susah-susah untuk menaiki kereta hanya perlu berjalan kaki sahaja.
SUMBER: JOHORPRESS.COM
Artikel Berkaitan: Takah Pengkoi, Bekok ‘Port Camping’ Viral Di Johor. Nikmat Lepak 3H2M Berkhemah Kat Sini!