Ramai ingin bercuti tetapi kadang-kadang buntu memikirkan tempat mana menarik untuk dituju.
Perkongsian Detektif Kembara ini boleh dijadikan panduan untuk mereka yang mahu cuti-cuti Malaysia.
Malah jika berkesempatan boleh buat Roadtrip perjalanan dari Putrajaya-Kl-Selangor-Perak-Penang-Kedah-Perlis-Kelantan-Terengganu-Pahang-Johor-Melaka-Negeri Sembilan.
Walaupun kita sudah dibenarkan merentas negeri dan bercuti, jangan lupa untuk mematuhi SOP ditetapkan.
Kalau boleh jauhi kawasan yangramai orang, rancang percutian dan jangan jadikan momen kegembiraan nanti berakhir dengan suatu yang menyedihkan.
Ayuh, kita lihat detinasi menarik jika merancang bercuti di seluruh negeri yang ada di Malaysia.
Putrajaya
Selangor
Kuala Lumpur
Perak
Negeri Sembilan
Johor
Perlis
Johor
Kedah
Perlis
Melaka
Kelantan
Terengganu
Sabah
Sarawak
Artikel Berkaitan:
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mana Nak Cari Hotel Dekat USJ Ni? Esok Dah La Ada Kenduri Kawin! Adehh..
Bagi sesiapa yang pernah menginap di Hotel de Art terutama di USJ 21, anda pasti tahu mengenai keunikkan yang ditonjolkan oleh hotel berkenaan. Kepada yang masih belum pernah berkunjung ke situ, Hotel de Art USJ 21 ini adalah salah satu daripada rangkaian 5 butik Hotel de Art yang lain.
Ini bukan budget hotel tau, tapi butik hotel
Wait a minute, butik hotel? Apa itu butik hotel? Okay mari Libur kongsikan sedikit maklumat mengenai butik hotel kepada anda.
Petikan daripada www.tripsavvy.com, butik hotel ini mempunyai beberapa karakter atau elemen yang tersendiri seperti; mempunyai kurang daripada 100 bilik, walaupun bersaiz kecil tapi menyediakan perkhidmatan setaraf hotel lima bintang, memberikan atmosfera yang moden dan kontemporari, diperkayakan dengan sentuhan tempatan daripada satu-satu tempat, dan memfokuskan servis makanan dan minuman selain layanan setaraf lima bintang.
Tripsavvy juga menyebut butik hotel adalah mesra kepada haiwan peliharaan tetapi dalam konteks negara Malaysia, semestinya haiwan peliharaan tidak dibenarkan.
Okay cukup info mengenai butik hotel buat masa ini. Nanti kita sambung lebih lanjut dalam artikel yang lain. Kita sambung dengan cerita Libur berpeluang untuk menginap di Hotel de Art USJ 21.
Bertemakan ‘english garden’ untuk tampilkan kelainan kepada pengunjung
Setibanya saya di hotel ini yang terletak di Jalan USJ21/6, Subang Jaya, luaran bangunan dan lobi hotel mempesonakan saya dengan lukisan mural yang dilukis oleh artis professional. Anda jangan terpedaya dengan pandangan mata ya, semua corak lukisan yang ada di dinding hotel ini bukan wallpaper, tapi ianya dilukis. Sebagai seseorang yang turut meminati seni, saya boleh bagi kredit kepada pelukisnya kerana berjaya menghasilkan lukisan yang teliti dan cantik. Goodjob!
Pemilihan perabot dalaman dan hiasan dinding juga secara peribadi saya boleh katakan kena dengan konsep. Siap ada pendiang api, tapi pendiang api palsu la. Tak sesuai letak pendiang api dalam bangunan di Malaysia ni sebab kita bukan ada musim sejuk pun. Cuma attention to detail Hotel de Art USJ 21 ini saya rasa berjaya untuk memberikan mood berdasarkan konsep english garden mereka.
Koridor dan bilik hotel turut dihiasi lukisan mural
Usai proses check-in, saya pun berjalan menuju ke bilik yang diberikan di tingkat dua. Apa yang menarik perhatian saya adalah ruang koridor dan bilik turut dihiasi dengan lukisan mural. Dalam hati terdetik, jenuh juga pelukis ni nak lukis satu bangunan, habis satu dinding tu dia lukis. Tapi hasil lukisan inilah yang membuatkan rangkaian Hotel de Art menang anugerah emas kategori Creative & Innovative Boutique Hotel anjuran Malaysia Tourism Council Gold Award 2018. Kudos Hotel de Art!
Lokasinya berdekatan dengan lokasi hotspot di USJ
Pengunjung yang datang atas urusan kerja dan mesyuarat atau perlu menghadiri majlis, kursus dan seminar boleh letakkan Hotel de Art USJ 21 ini dalam senarai pilihan kerana lokasinya berada berhampiran dengan One City Mall, Main Place Mall, stesen LRT dan 10 minit memandu daripada Plaza Tol USJ. Hotel ini menyediakan 27 bilik bermula dari harga RM88 rasanya mampu untuk memenuhi keperluan anda untuk bermalam sekiranya ingin menghadiri majlis kahwin di One City Mall atau menghadiri seminar di Main Place Mall keesokkan harinya.
Cuma.. Hotel de Art USJ 21 ni kurang pada beberapa perkara
Pendapat saya, Hotel de Art USJ 21 ini mampu menepati 100% karakter dan elemen yang perlu ada pada sesebuah butik hotel kalau mereka mampu menyediakan makanan dan minuman dalam hotel yang bersesuaian kepada pengunjung.
Hotel de Art USJ 21 ada menyediakan ruang dapur yang selesa untuk kegunaan pengunjung, tapi tidak lebih daripada itu. Makanan dalam hotel yang disediakan juga adalah makanan frozen yang perlu dipanaskan semula.
Kepada para pengunjung yang ingin menginap di sini, pastikan anda makan terlebih dahulu di mana-mana kerana tiada restoran berdekatan yang boleh anda pergi dengan berjalan kaki dalam jangka masa 5 minit.
Kedua, hotel ini bukan untuk backpack. Walaupun menawarkan harga serendah RM88, rasanya tidak bersesuaian dengan backpack tourist yang mahukan harga budget terendah untuk kos penginapan mereka. Hotel de Art USJ 21 ni nampak macam budget hotel, tapi sebenarnya tidak. Dia butik hotel. Ada perbezaan di situ, so take note fellows.
Selain daripada makanan frozen hotel, ketiadaan restoran berdekatan dan tidak sesuai untuk backpack tourist, saya rasa Hotel de Art USJ 21 adalah butik hotel yang sesuai dengan anugerah yang dimenanginya.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Uzbekistan, Destinasi Pelancongan Menarik Patut Pergi. Negara Murah Untuk Budget Traveller!
Seperti yang kita, pintu sempadan sudahpun dibuka kepada mereka bagi yang mahu bercuti di luar negara.
Jadi bagi mereka yang mahu travel ke sana dalam bajet sederhana, Uzbekistan antara negara yang menawarkan segala yang kita perlukan.
Ayuh, ikuti perkongsian sahabat Backpackers Buddies Malaysia, Arie Hassan yang menyenaraikan tempat menarik ketika berkunjung ke Uzbekistan.
Uzbekistan
Negara yang murah untuk budget traveller.
Dalam banyak-banyak negara di Central Asia yang sesuai untuk budget traveller pada pengalaman saya adalah Uzbekistan. ( paling murah ya, bukan paling best). Negara yang selamat dan sesuai juga untuk solo backpacking.
Musim panas 2019 saya sempat berkelana ke beberapa negara di Central Asia termasuk Uzbekistan. Jika mau cari destinasi yang agak murah berbanding negara-negara jirannya yang lain bole la datang sini.
Jika melalui jalan darat ada beberapa pintu masuk untuk memasuki uzbekistan (land border crossing), i.e
– border tajikistan (panjakent) – uzbekistan (samarkand),
– border krygyzstan-uzbekistan,
– border turmenistan-uzbekistan, etc
Cuma risiko border bole ditutup bila-bila masa jika melibatkan isu-isu keselamatan seperti serangan pengganas.
Uzbekistan juga dikenali sebagai The Heart of The Silk Road. Beberapa bandar utama seperti Samarkand, Bukhara, Khiva, adalah laluan penting the silk road.
Ramai cendikiawan Islam lahir di sini spt imam Al-Bukhari, imam Al-Tirmidzi, Ibnu Sina dan ramai lagi.
Visa – pemegang passport malaysia boleh memasuki uzbekistan tanpa visa (visa-free 30 days) 80% adalah muslim (majoriti sunni)
Pengangkutan
– Untuk perjalanan jarak jauh (inter-city) bole menggunakan shared taxi (jln bila dah penuh), train (fast train, slow train), serta bas.
Jika ada banyak masa anjgn lepaskan peluang untuk bergerak ke bandar lain menggunakan slow train yang lebih klasik, masih menggunakan bangku kayu serta dpt beramah mesra dengan locals menggunakan bahasa ayam itik .
-Untuk jalan dekat-dekat boleh naik public bas tambang flat rate,, atau taxi tak mahal pun dlm RM5-6 je. Kalau di Tashkent ada Yandex Go (macam grab).
Penginapan.
– Untuk penginapan budget jika di Samarkand atau Bukhara bole stay di B&B family-run guesthouse.
– Di bandar an yg lebih modern macam Tashkent banyak backpacker hostel yang diusahakan oleh golongan muda.
Makan minum
-RM8-10 dah bole dapat makan sedap & kenyang. Makanan pun sedap-sedap. Jadi tak payah la susah payah nk bawak beras berkilo-kilo dari msia. Enjoy their local cuisine.
Bandar-bandar utama
Samarkand
– Tak sah rasanya jika datang ke uzbekistan tak datang samarkand, kota tertua di Central Asia. Ia juga kota paling penting untuk laluan sutera.
– Banyak madrasah2 peninggalan zaman kegemilangan tamadun Islam yg bole dilawati.
– Boleh juga datang melawat makam imam Al-Bukhari. (Imam Al-Bukhari dilahirkan di Bukhara dan disemadikan di Samarkand).
– Antara monumen2 bersejarah yang patut di lawat di sini seperti Registan, Shah-i-zinda, masjid Bibi-Khanym, Amir Temur Mausoleum Gur-i Amir Сomplex, dan beberapa lagi anda akan terpesona melihat senibina nya yang indah.
Tashkent
– Metro di Tashkent – ibu negara Uzbekistan.
– Tashkent Metro merupakan sistem rangkaian pengangkutan bawah tanah yang pertama di Central Asia yang mula beroperasi pada 1977 semasa ianya masih di bawah jajahan Soviet lagi.
– Sistem rangkaian metro di Tashkent juga berfungsi sbg ‘bomb shelter’ atau ‘house bunkers’ untuk warga kota Tashkent dan dianggap sebagai salah satu kawasan military dan melibatkan keselamatan negara, jadinya sebarang aktiviti fotografi atau video dilarang sama sekali di dalam kawasan metro sehinggalah June 2018 barulah larangan tersebut ditarik. Jadi dah bole ambil gambar di dalam kawasan metro sekarang. Gambar antara beberapa stesen yang sempat saya rakamkan dgn handphone saya.
– Setiap stesen ada rekabentuk, nilai seni & tema tersendiri yg berkait rapat dgn sejarah negara mereka. Pasti tertarik dgn keunikan rekabentuk setiap stesennya. Ada yang reka bentuk kubah masjid, ballroom, plaque figura sejarah Russia spt Yuri Gagarin.
– Tambang metro kat sini murah je. Setiap perjalanan hanya 1400 uzs (0.15 usd, RM 0.60). Jadi kalu turun byk2 stop selagi blm kluar dari stesen cuma byr RM0.60 saje.
– Kalau dah takde apa nak buat kat Tashkent ini bole cuba metro tour kat sini. Cuma elakkan amik gambar pihak security yang bertugas atau orang-orang tanpa kebenaran mereka. Paling saya suka di stesen Kosmonavtlar, (Cosmonauts) rekabentuk potret-potret angkasawan Russia pada panel dinding seramik.
– Salah satu aktiviti bajet yg bole di buat tanpa menggunakan belanja yang banyak.
– Jangan lupa juga utk pegi ke local bazaar spt Chorsu bazaar, Navoi Opera theater, juga perpustakaan kompleks Hast-Imam yg menyimpan mashaf al-quran tertua di dunia.
– Sblm keluar dari Uzbekistan jangan lupa untuk menukar semua matawang UZS di sempadan sebab kat negara lain dah tak laku matawang UZS nak jual balik.
Artikel Berkaitan:
Trip Makan-Makan Di Terengganu, Ini Lokasi Spot Makanan Sedap Kalau Ke Pantai Timur
Menjelajahi Negeri Selangor Dengan Pengembaraan Solo, Banyak Aktiviti Boleh Anda Lakukan!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bahan Larangan Yang Tidak Boleh Dibawa Masuk Dalam Kapal Terbang
Masih ramai lagi yang tidak tahu mengenai peraturan terhadap cecair, gel dan aerosol yang dilarang daripada dibawa masuk ke dalam pesawat sewaktu penerbangan. Kalau kita tanya sesiapa yang berkerja sebagai aviation security (AVSEC) di lapangan terbang seperti KLIA atau KLIA2, mereka boleh katakan setiap hari ada berpuluh bahan larangan yang dirampas daripada penumpang. Jadi jom kita ambil tahu serba sedikit mengenai larangan ini sebelum anda menanggung kos kerugian akibat barang dirampas AVSEC.
Daripada mana datang peraturan ni?
Sebelum kita terus membaca lebih lanjut, jom kita ambil tahu apa rasionalnya peraturan ni. Secutiry Regulation On Hand Luggage For International Bound Passengers ni sebenarnya dah berkuatkuasa pada 21 Mei 2007, yang mana ia menurut saranan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) – semua penumpang yang menaiki penerbangan antarabangsa ke dan dari KLIA akan diperiksa untuk mengesan cecair, gel atau aerosol yang boleh digunakan di dalam alat letupan reka ganti.
Nampak macam simple je kan cecair, gel atau aerosol ni kan? Tapi MacGyver boleh tukar benda tu jadi bom. So sebab itu la peraturan ini dikuatkuasakan.
Siapa yang tertakluk kepada peraturan ni?
Okay, panduan daripada laman sesawang KLIA jelas menyatakan semua penumpang antarabangsa yang berlepas atau transit (menukar penerbangan) menaiki penerbangan komersial (termasuk penerbangan carter) di semua lapangan terbang antarabangsa di Malaysia tertakluk kepada peraturan ini.
Selain daripada itu, peraturan ini juga tertakluk kepada semua penumpang yang akan menaiki pesawat antarabangsa yang berlepas di lapangan terbang domestik di Malaysia.
Faham? Ke tak faham? Maksud dia, apa sahaja penerbangan ke luar negara, tak kisah menaiki apa-apa jenis pesawat yang akan terbang dari mana-mana lapangan terbang dalam Malaysia akan tertakluk kepada peraturan ini.
Tapi, tak akan tak ada kelonggaran?
Ada. Ada kelonggaran yang diberikan kepada penumpang. Hanya bekas cecair, gel atau aerosol tidak melebihi 100ml setiap satu dibenarkan dan dikehendaki dibawa dalam beg plastik boleh tutup semula dengan kapasiti maksimum tidak melebihi 1 liter.
Beg plastik ini mesti diberikan kepada AVSEC secara berasingan daripada bagasi tangan dan barangan lain untuk diperiksa menggunakan X-ray. Untuk cecair, gel atau aerosol yang dibeli daripada kedai lapangan terbang atau kawasan bebas cukai, barangan itu mesti diletakkan dalam beg plastik Security Temper-Evident Bags (STEBs) dan resit mesti dilampirkan sebagai bukti pembelian.
Jadi apa persediaan yang perlu kita buat sebelum ke lapangan terbang?
Okay, anda boleh bawa barangan cecair, gel atau aerosol tetapi dalam kuantiti kecil sahaja. Kalau lebih daripada 100ml setiap satu, barangan tersebut akan dirampas dan dibuang. So be prepared ya. Cecair, gel dan aerosol yang dibenarkan dalam kabin pesawat hanya menggunakan plastik kecil, lutsinar dan boleh ditutup semula berukuran 20.5 cm x 20.5 cm, 25 cm x 15 cm atau 21 cm x 17.5 cm.
Cecair, gel atau aerosol yang lain anda boleh simpan dalam bagasi di ruang kargo sahaja. Tak perlu bawa naik ke ruang kabin. Beg pun ringan, nak buat apa bawa berat-berat kan? Untuk kes ubat-ubatan, makanan bayi atau susu dan keperluan makanan khas yang diperlukan adalah dibenarkan, tidak perlu beg lutsinar tetapi mesti disahkan oleh AVSEC terlebih dahulu.
Apa item yang dianggap cecair, gel dan aerosol?
Item yang dianggap cecair adalah air, minuman, sup, sirap, jus dan minuman lain, gel rambut, gel mandian, ubat gigi, maskara, pengilat bibir, krim, losen, minyak, minyak wangi, semburan, campuran cecair atau pepejal, kandungan bekas bertekanan termasuk busa cukur atau deodoran, aerosol dan barangan lain dengan konsistensi yang seakan-akan sama.
Apa bentuk ubat-ubatan atau barangan makanan khas yang boleh dibawa dalam bagasi tangan?
Okay, barangan makanan khas seperti makanan bayi berbentuk cecair atau makanan untuk penghidap diabetes atau ubat-ubatan yang penting semasa penerbangan seperti sembutan gidung, ubat titis mata atau insulin dibolehkan untuk dibawa ke ruang kabin pesawat.
Sekiranya terdapat keraguan daripada AVSEC, penumpang perlu mengemukakan dokumen berkaitan bahawa mereka perlu membawa item tersebut bersama-sama di dalam bagasi tangan untuk perjalanan berkenaan.
Macam mana dengan barangan bebas cukai? Adakah dibenarkan dibawa di dalam bagasi tangan?
Bagi barangan bebas cukai, ia dibenarkan untuk di bawa di dalam bagasi tangan tetapi dengan syarat ia dibeli di kedai bebas cukai yang terletak di lapangan terbang atau di dalam pesawat. Penumpang juga mempunyai resit sebagai bukti pembelian dan ia dibawa dalam beg plastik kedap STEBs.
Bolehkah penumpang yang memulakan perjalanan mereka di luar Malaysia dan menaiki penerbangan sambung membawa cecair di dalam bagasi tangan mereka?
Boleh. Masih boleh jika penumpang transit yang tiba itu mematuhi peraturan dan prosedur baharu daripada ICAO untuk sekatan cecair, gel atau aerosol.
So itu antara peraturan yang anda semua perlu tahu kalau membawa sebarang bahan cecair, gel dan aerosol untuk menaiki sebarang penerbangan. Jadi tak adalah lepas ni beli barang bagai nak rak, sekali nak naik kapal terbang tak lepas. Dah barang itu dirampas dan dibuang.
Tips mudah yang libur boleh bagi, ingat satu je. Letak semua bahan-bahan cecair, gel atau aerosol dalam bagasi di ruang kargo. Senang, tak payah pening kepala. Kalau bawa bayi, keluarkan dan bawa makanan untuk bayi sahaja. Kalau sakit, bawa ubat sahaja ke ruang kabin pesawat. Tak perlu la bawa minyak wangi dan sebagainya ke ruang kabin, bukan nak ke mana-mana pun dalam tu. Hehehe.
Sumber: www.klia.com.my
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI