Bagi yang tidak biasa dengan situasi perjalanan jauh, perasaan kurang selesa seperti mual, perut kurang selesa dan pening kepala sering menjadi halangan untuk bercuti jauh. Jangan dibiar masalah ini kerana sampai bila anda hanya bercuti di lokasi berdekatan
1. Mengambil hidangan berat sebelum menaiki kapal terbang atau kenderaan mampu meningkatkan peluang diserang rasa kurang selesa di dalam perut anda. Makanan berat yang anda ambil biasanya mengambil masa yang lama untuk hadam.
2. Elak terlalu memikirkan bahawa anda akan muntah. Anda sepatutnya menikmati keindahan di sekeliling anda, berborak, mendengar lagu mahupun tidur.
3. Elakkan membaca buku. Ramai yang beranggapan bahawa membaca menghilangkan rasa ketakutan dan ketidakselesaan. Hakikatnya, ia memudaratkan anda kerana membaca memerlukan mata anda terus melihat dan membaca dengan betul. Namun, bagi anda yang tidak merasa mual, membaca adalah untuk mengelak rasa bosan.
4. Ketahuilah bahawa terdapat alat yang boleh membantu mengurangkan rasa mual yang anda hadapi. Anda boleh mendapatkan gelang tangan acupressure yang ada dijual di beberapa gedung farmasi. Selain itu, terdapat juga pil seperti Dramamine atau Bonine yang boleh diambil sebelum berlepas atau ketika mendarat.
5. Elakkan duduk berhampiran tingkap atau sayap di dalam kapal terbang. Ramai yang kurang tahu bahawa memilih tempat duduk berdekatan tingkap membantu anda duduk di dalam keadaan stabil dan selesa. Hal ini kerana, duduk berdekatan sayap pesawat akan menghantar isyarat kurang gegaran ke otak anda kerana walaupun pesawat sedang bergegar, tetapi sayapnya tetap tidak bergerak. Ada sedikit mainan psikologi di situ!
6. Tip paling popular untuk elak mual ketika perjalanan jauh sama ada menaiki pesawat atau kenderaan darat adalah dengan mengunyah gula-gula getah berangin.
Gula-gula getah ini akan mengambil alih perhatian anda dengan rasa dan daya mengunyah ini.Diharap percutian jauh anda kali ini lebih menarik dan tidak memberi anda pengalaman yang menakutkan atau memalukan. Jangan takut minum minuman seperti Coke atau Sprite kerana ia juga membantu anda lebih tenang ketika perjalanan jauh. Cubalah!