Ini 8 Muzium Boleh Dilawati. Selain Kumpul Fakta Menarik, Berbaloi Insta-Worthy Untuk Kaki OOTD!

Share

Oleh kerana pulau peranginan banyak ditutup ketika hujung tahun ini, apa kata kita tukar percutian dengan mengunjungi muzium.

Pelbagai info dan fakta menarik yang boleh kita dapat dengan berkunjung ke mana-mana muzim yang ada di negara kita.

Selain mendapat info yang sangat berguna untuk memberitahu anak-anak tentang susur galur sesuatu sejarah, kita juga boleh mengabadikan kenangan di sini.

Pengembara yang meminati ‘mobile photography’ juga tidak ketinggalan kerana tempat-tempat ini sangat ‘insta-worthy’ untuk dimuat naik ke laman sosial mereka.

1. Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang

Lotong bercelak menjadi tumpuan utama dalam pameran seni anjuran Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Langur Project Pulau Pinang.

Ia bertujuan memberi kesedaran kepada pengunjung mengenai nasib spesies lotong bercelak terutama selepas kemusnahan kira-kira 20 lotong di Port Dickson oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada Mei yang lalu.

Pameran yang berakhir pada 31 Disember ini menampilkan karya 60 artis, mempersembahkan lakaran berbeza tentang kehidupan lotong bercelak, habitat mereka, ancaman serta usaha pemuliharaan.

2. Galeri Seni Sabah

Jika sudah selesai melakukan aktiviti menyelam percutian dan berseronok di tepi laut, anda boleh singgah di Galeri Seni Sabah.

Pameran yang diadakan menawarkan gambaran tentang perjalanan seni melalui pilihan karya merangkumi pelbagai medium, termasuk kolaj media campuran, pastel minyak, cat air dan kraf tangan kitar semula.

Pameran yang berakhir pada 7 Januari 2022 turut menampilkan pilihan lukisan awal dan buku lakaran dipamerkan.

Untuk merasai seni era kontemporari dan pandemik di Sabah, pengunjung juga boleh melihat pameran Pemilihan Seni Tahunan Sabah 2021 ke-36.

Tema tahun ini ialah “Gunung Kinabalu” dan “Sabah – Norma Baharu” merupakan pameran seni yang dipilih oleh seluruh negeri tersebut.

3. Muzium Warisan Baba & Nyonya, Melaka

Dianggap sebagai salah satu muzium persendirian terbaik di Malaysia, muzium ini akhirnya mengalu-alukan pengunjung selepas ditutup selama hampir dua tahun disebabkan pandemik.

Kini, muzium ini hanya dibuka pada Jumaat dan Sabtu untuk lawatan kerana ia perlahan-lahan kembali ke fasa pemulihan.

Bagi mereka yang berminat dengan identiti dan budaya Peranakan, “muzium rumah” ini memberi peluang anda merasai pengalaman mengenali sejarah itu sendiri.

Inilah peluang untuk bersiar-siar di sekitar rumah Baba Chan Cheng Siew (1865-1919) yang citarasa eklektiknya menawarkan gambaran sekilas tentang kekayaan budaya dan kemewahan di banyak rumah Peranakan sebelum Perang Dunia II.

4. Galeri Brooke, Sarawak

Galeri Brooke di Kubu Margherita Kuching telah dibina pada tahun 1879 oleh Charles Brooke, Rajah Sarawak – bersedia untuk menyambut pengunjung selepas penutupan yang lama.

Galeri Brooke, bersaiz padat, menonjolkan sejarah, tempat dan figura di sebalik Sarawak dan Rajah Putihnya (Raja Putih Sarawak).

Galeri ini mempamerkan barangan dan artifak daripada keluarga Brooke yang memerintah Sarawak selama lebih satu abad sebelum menyerahkan Sarawak kepada Britain selepas Perang Dunia Kedua.

5. Galeri Ilham, Kuala Lumpur

Pameran di Galeri Ilham ini dikendalikan oleh Rahel Joseph dan Beverly Yong.

Karya-karya yang berwarna-warni namun berasas itu berpusat pada daya tarikan terhadap kehidupan seharian di kampung halaman seorang karyawan, Kok Yew Puah yang tinggal di Klang, Selangor.

Ia juga mengesan perkembangan amalan seni dan ideanya melalui temu bual dan perbualan dengan rakan artisnya.

Puah dianggap sebagai artis Malaysia yang diabaikan pada zamannya, dan pameran ini, yang berakhir April depan, melakukan banyak perkara untuk memperkenalkan semula legasinya.

Bagi yang pertama kali ke Galeri Ilham, jangan lupa untuk melihat kedai cenderamata galeri dipenuhi dengan buku seni Malaysia dan kraf kontemporari.

6. Muzium Perak, Taiping

Masa untuk mengenali sejarah hasil timah di Muzium Perak yang meninjau semula sejarah perlombongan bijih timah di Taiping dari abad ke-19 di British Malaya.

Ia mempamerkan peralatan perlombongan bijih timah dan dokumen sejarah dari zaman kegemilangan perlombongan bijih timah di bandar ini.

Seni bersejarah lain termasuk waran tangkap untuk ahli triad Ghee Hin dan Hai San, artifak dan barangan daripada agensi kerajaan seperti Majlis Perbandaran Taiping, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Penjara.

Pameran ini berlangsung sehingga Jun depan, dan jika anda berpeluang bolehlah singgah sebentar di Taiping untuk makanan, pemandangan menarik serta sejarah untuk diterokai di sini.

7. Muzium Bukit Besi, Terengganu

Muzium Bukit Besi yang baru dibuka di Dungun, Terengganu, membawa pengunjung ke pengembaraan bermakna kerana ia memberi penghormatan kepada sejarah perlombongan bijih besi di kawasan itu.

Dengan artifak sejak akhir 1920-an, pengunjung boleh mempelajari cara bijih besi dilombong dan diproses sebelum dieksport ke luar negara.

Pameran termasuk gambar peralatan perlombongan dan bekas kakitangan kerja, lokomotif lama serta data demografi warga asing yang dilahirkan di sana.

Lebih menarik lagi adalah Bukit Besi merupakan ibu kota pantai Timur yang paling hipster pada zaman kegemilangannya dan kemasukan adalah percuma sehingga diberitahu kelak.

8. Muzium Galeri Made In Ipoh, Perak

Muzium galeri mesra Instagram di Phin Kee Chan merupakan sebuah bangunan tiga tingkat yang dikenali sebagai Bangunan Kapitan Chung Thye Phin atau Rumah Arlene.

Muzium ini mempamerkan kisah, kehidupan dan warisan Kapitan Malaya merupakan sejarah yang mengasyikkan dipenuhi barangan sejarah dan artifak sejak lebih daripada satu abad lalu.

Antara yang menarik di sini ialah papan tanda perdagangan Phin Kee Chan, meja kerja milik Kapitan dan tangga lingkaran besi tuang Victoria berusia 116 tahun yang telah dipulihkan sepenuhnya dengan reka bentuk fleur-de-lis (lili) bergaya, tanda kegemaran Kapitan Chung.

Artikel Berkaitan:

Ini 10 Lokasi Menarik Di Marina Island Pulau Pangkor, Buat Kaki OOTD Rakam Momen Menarik!

Booking 2 Malam Tapi Semalam Je Menginap. Wanita Kongsi Pengalaman Seram Bercuti Di Sebuah Vila!

Percutian Bajet 3H2M Jejaki Pantai Timur (Kota Bharu+Bachok+Besut). Kos RM300 Seorang Je!

Oleh
Siti Zurina Mat Saman