Mengaku saja jika anda merupakan salah seorang yang tertunggu-tunggu tiket penerbangan murah. Anda boleh berjimat banyak jika anda tahu cara untuk mendapatkan harga tiket penerbangan yang murah.
Entri ini memberi anda panduan mendapatkan tiket mampu beli.
1. Beli Ketika Promosi
Setiap tahun, syarikat penerbangan tempatan seperti MAS, Air Asia, Malindo dan Fire Fly pasti ada membuat promosi untuk pelanggannya. Promosi yang dibuat biasanya sangat berbaloi.
2. Beli Lebih Awal
Jika anda mahu melancong pada bulan akan datang, mulalah membeli dari sekarang kerana membeli tiket penerbangan lebih awal kebiasaannya lebih murah. Biasanya, harga lebih murah mengikut hari dan waktu.
3. Daftar Jadi Ahli
Jika anda seorang yang kerap melancong, anda mungkin perlu daftar menjadi ahli supaya mendapat beberapa kemudahan. BIG Loyalty Programme merupakan salah satu program ganjaran buat anda yang setia bersama Air Asia. Mungkin anda boleh dapat tiket percuma!
4. Rajin Membuat Perbandingan
Rajinkan diri membuat perbandingan syarikat mana yang ada membuat promosi terutamanya sempena hari-hari tertentu seperti hujung tahun atau perayaan.
5. Rajin Mengetahui Promosi Destinasi Yang Dituju
Ketahui tempat percutian yang dituju sama ada destinasi tersebut ada membuat promosi penerbangan atau tidak. Sebagai contoh, jika anda mahu ke Korea, carilah promosi ke sana.
Tahniah jika anda berjaya mendapatkan tiket penerbangan yang murah. Tunggu apa lagi? Selamat bercuti dengan lebih penjimatan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak Kaki Travel Keliru, Periksa Laman Web Ini Untuk Pastikan Vaksin Mana Diiktiraf Dunia
Sejak pandemik Covid-19 melanda satu dunia, perjalanan untuk ke semua negara ditangguhkan serta merta.
Namun setelah perlaksaaan pengambilan vaksin sebagai perlindungan dari virus ini, perjalanan antarabangsa dilihat sudah mula dibuka perlahan-lahan.
Walaupun begitu ada juga timbul kekeliruan tentang peratuan dan penerimaan vaksin yang berbeza bagi setiap negara.
Misalnya Negara-negara EU secara umumnya mengiktiraf vaksin yang dilulusan oleh Agensi Perubatan Eropah (EMA) seperti Pfizer, Moderna, AstraZeneca dan Janssen.
Berlainan pula denga Hungary yang dikatakan mengiktiraf lapan jenis vaksin dan menjadikan negara paling banyak mengiktiraf vaksin.
Dan beberapa negara termasuk Thailand dan Indonesia pula dikatakan menggabungkan dua jenis vaksin, walaupun ada beberapa negara mengumumkan bahawa mereka tidak akan menerima vaksin hybrid atau campuran ini,
Menurut The Economist pula vaksin AstraZeneca pula adalah vaksin yang paling diterima di seluruh dunia dengan 119 negara mengiktirafnya.
Ini termasuk Pfizer-BioNtech ditangga kedua, dikuti Spitnik V.Sinopharm dan Moderna yang masing-masing menduduki tangga keempat dan kelima.
Dalam pada itu VisaGuide.World telah mencipta satu laman web untuk anda memeriksa penerimaan vaksin di seluruh negara.
Namun begitu apa juga vaksin yang ada dapat, janganlah terlalu bimbang kerana perkara ini akan berubah dari masa ke semasa dan mungkin seleps ini semua negara sudah tidak peduli tentang vaksin yang diterima.
Apa yang penting ambil dulu vaksin bagi melindungi diri kita dari jangkitan virus yang amat merbahaya ini.
Artikel Berkaitan:
Arab Saudi Umum Buka Ibadah Umrah Untuk Jemaah Luar Mulai Ogos. Syarat Kena Lengkapkan Dos Vaksin!
Rahsia Wajah Siapa Pada Dinding Gua Tempurung. Khabarnya Milik Seorang Wanita!
Wow! Royale Chulan KL Tawar Khidmat Rawatan & Pusat Kuarantin Bagi Pesakit Covid-19 Berisiko Rendah!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kisah Kelakar Tukar Duit Seringgit Menjelang Raya, Siap Sedia Lah Pegawai Bank Semua
Korang ada cerita kelakar tak menjelang Aidilfitri? Mesti banyakkan perkara-perkara lucu yang pernah terjadi dekat korang yang akan dikenang sampai bila-bila.
Macam kisah yang nak Libur kongsikan di sini membabitkan pegawai-pegawai bank yang bertugas menjelang beberapa minggu atau beberapa hari menjelang Aidilfitri.
Maklumlah, waktu-waktu ini lah ramai orang akan berpusu-pusu untuk ke bank. Bukan nak menyimpan duit, tapi nak tukar duit kecil untuk dijadikan sebagai duit raya. Ada yang nak tukar duit sepuluh ringgit, lima ringgit dan yang paling banyak, duit seringgit.
Lagi ramai anak buah, sepupu sepapat, saudara mara dan anak-anak kecil sahabat handai, makin banyak la duit seringgit yang nak kena ada kan. Kalau tak bagi apa-apa nampak macam kedekut pula. Jadi nak tak nak, kena juga lah siapkan duit seringgit barang secekak dua.
Nak dijadikan cerita, perkongsian daripada Facebook Liana Ammar mencuit hati apabila membaca perkara-perkara yang terpaksa mereka lalui untuk melayan kerenah setiap pelanggan yang datang ke bank untuk urusan menukar duit hari raya. Yela, rambut sama hitam tapi hati lain kan? Jadi setiap yang datang tu mesti ada perangai masing-masing.
Sekalipun perkongsian ini pada tahun lepas, tapi Libur rasa nasihat yang disampaikan itu masih lagi relevan dan logik untuk kita amalkan sekarang, lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitri tak lama lagi.
Jadi, untuk memudahkan urusan kedua-dua belah pihak, jom kita baca apa yang Liana Ammar cuba sampaikan dan kita ambil sedikit nasihat supaya anda senang hati, dan pegawai bank yang bertugas juga dapat menjalankan tugas dengna tenang di bulan Ramadan.
Hai geng
Lawak2 gk + kisah benar staff bank malaysia time raya…
Dok nampak dh minggu dpn ni minggu bz…
?
Syarat nak tukar duit raya..
Drpd seorang staff bank. ??
??????
Untuk makluman..
Duit Raya dah boleh mula tukar bermula Rabu (05/06/2018) sehingga la habis stok.. kami target nak habiskan sebelum Rabu (13/06/2018) jadi bersegeralah anda.. takut abis kang komplen plak..
Waktu pertukaran pulak ialah jam 10am – 1pm.. selepas tu.. kami tak layan.. kami banyak kerja lain nak buat..
PERLU DI INGATKAN….
1. Pertukaran hanya di kaunter yang disediakan.. pada masa yang ditetapkan.. sebarang booking melalui telefon, sms, wechat, whatsapp dan seumpamanye tidak akan di layan.. kami bukan kerja call centre..
2. Booking pakai air liur juga tidak di layan.. ayat “tukar pakai duit ang dulu” adalah ayat yg paling tak bleh di terima dek akai kami.. harus di ingat.. Banker bukan tokey kosmetik.. gaji kami cukup utk kami ja.. ??
3. Ayat “Ang bawak balik dulu.. nnt aku amik” juga tidak di layan.. Risiko buat kami.. kalau hilang bukan anda nak tanggung.. kami bukan keje kat Lazada bleh booking online atau FedEx bleh buat home delivery..
4. Statement “Ang simpan dulu, nnt ptg aku amik” juga kami tak layan.. pasai kami dah pernah kena.. simpan punya simpan.. anda tak muncul2.. menyusahkan kami nak buat balancing petang2.. ingat.. kami pon ada keluarga.. nak balik awal berbuka.. jgn sebab nak tunggu anda, kerja2 kami tergendala.. mcm taun2 lepas dok kna cinggg ngn ampa..
5. Kawan/Sedara setahun sekali.. atau lebih dikenali sebagai ‘KAWAN/SEDARA MUSIM RAYA’ kami akan layan macam walk in customer.. bermakna tiada VIP untuk anda.. dtg kaunter amik nombor dan Q macam orang lain.. Muharram, Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah.. ada 12 bulan Islam, tapi kenapa anda hanya kenal kami masa ujung bulan Ramadhan je? Bila masuk Syawal terus hilang buat2 xkenal.. takut kena bagi duit raya kat kami ke??
6. Special Request seperti “Aku nak duit baru, yg keras, ada balut stiker Bank Negara” juga kami tak akan layan.. kami akan bagi apa duit yg kami ada je.. nak request lebih2.. sila pergi Bank Negara..
7. Request “Bagi la kertas Ang Pow lebih sket” (lebih sikit tu bukan 2-3 helai tau.. lebih sikit tu kalau boleh.. 2 kotak dia nak..) juga kami tak akan layan.. kami bukan kerja kilang cetak sampul ang pow.. perlu di ingat.. sampul tu kami bagi free as a token of appreciation to our customer.. anda bukan sorang je customer kami.. ramai lg beratur nak benda free tu.. jd fikirkan org lain sama.. jgn pentingkan diri sendiri.. sb stok kami dapat pon tak banyak mana.. so terpaksa bagi sorang sikit..kami kja sales,byangkn brapa ramaii dok mai mintakkk ??
Tambahan :
Yang mana kami tukaq,diwajidkan bg duit raya kt kami skali nah…sbb kami tau ampa tukaq brp duit.. ????
Sekian.. Harap maklum..
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Trip ‘Family By Train’. Dari Penang Ke Hatyai, Bangkok & Lopburi
Travel menggunakan pengangkutan awam seperti kereta api menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia hari ini.
Kereta api menjadi pilihan bukan sahaja kerana harga tiket yang dikenakan berpatutan tetapi tahap kemudahan yang ditawarkan semakin hari semakin baik dan begitu selesa. Kalau sebelum ini untuk melancong ke negara jiran menggunakan kereta api sering menjadi pilihan anak muda atau individu bujang sahaja. Kini, trip keluarga kecil atau besar juga sudah banyak yang dirancang menggunakan laluan sebegini.
Ini idea dan cadangan daripada Azz Lan’s yang berpeluang membawa keluarga tersayang bercuti dari Pulau Pinang, Hatyai, Bangkok dan Lopburi menggunakan kemudahan pengangkutan kereta api.
Itinerary: Penang – Hatyai – Bangkok – Lopburi
7 Hari 6 Malam (14/12/2019 – 20/12/2019)
Kereta Api:
- Bukit Mertajam – Padang Besar: 1 jam 30 minit
- Padang Besar – Hatyai: 45 minit
- Hatyai – Bangkok: 17 jam
- Bangkok – Lopburi: 3 jam
Day 1 (Penang – Bangkok)
- 12.30 tengahari (Komuter Bukit Mertajam ke Padang Besar) – naik komuter lebih murah berbanding naik ETS
- 2.20 petang – tiba di stesen Padang Besar – Jalan ke hujung stesen untuk beli tiket train ke hatyai – ada servis isi borang putih rm2 (kami isi sendiri free)
-Waktu Thailand 1 jam lewat berbanding Malaysia.
-Ada jual Sim DTAC Thailand RM26, 6 days unlimited internet
-Atas stesen padang besar ada restoran naseer – boleh bungkus makanan siap-siap.
- 3.00 petang (waktu Thailand) : imigresen dibuka untuk cop pasport sebelah Malaysia & Thailand.
- 3.40 petang : train bergerak dari stesen Padang Besar ke Stesen Hatyai – perjalanan lebih kurang 45 minit.
- 5.30 petang : tiba di stesen Hatyai : boleh ke kaunter informasi untuk pengesahan tiket & terminal.
- 6.50 petang : Train bergerak dari Hatyai ke Bangkok (17 jam perjalanan)
Tips:
- Train dari Hatyai jam 6.50 petang ialah train special express – hanya ada koc kelas 2 & kelas 1 sahaja.
- Tiket boleh dibeli secara online
- https://www.thairailwayticket.com/eTSRT/
- Kami beli ticket 1st class (kabin) – beli 2 kabin & ada connection room – sangat selesa untuk perjalanan 17 jam – harga 2 kabin TB6200 – tiket 1st class kena beli awal sebab hanya ada 12 kabin sahaja.
- Bawa selimut tambahan, dalam kabin sangat sejuk.
Day 2 (Bangkok – Chatuncak Weekend Market)
- 12.00 tengahari : Selepas 17 jam perjalanan – tiba di Stesen Hua Lamphong, Bangkok. Search grab hotel penginapan kami di Gusto Pratunam Hotel (online booking via Agoda) – tak naik nama hotel di Grab Apps, atau sebab naik nama tulisan Siam.. Oleh itu kami ke MRT Hua Lamphong (blue line) ke MRT Makasan. Interchange naik ARL Makasan (red line) ke ARL Rachaprarop- Hotel sekitar stesen ini. Menapak ke hotel jalan kaki 40 minit ke hotel gusto pratunam (sesat, banyak jalan mati)
- 3.00 petang : Naik Grab (return) ke Chatunchak Weekend Market (lebih jimat banding BTS- sebab keluarga 6 orang) – kekurangannya jalan jem – Chatunchak Weekend Market hanya dibuka pada Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja)
– Night Life – Sekitar Pratunam
Tips:
- Metro Train di Bangkok ialah MRT, BTS & ARL
- MRT Hua Lamphong di sebelah kiri pintu keluar Hua Lamphong Railways Station.
- Download apps ‘Bangkok Metro’ untuk memudahkan kita menyemak stesen Metro di Bangkok. (Sangat membantu)
- Lebih baik tinggal di hotel yang berhampiran stesen BTS @ Metro untuk memudahkan perjalanan – & lebih baik lagi hotel berdekatan stesen interchange BTS-MRT (contoh stesen Siam & Phaya Thai)
Day 3 (Bangkok: Maeklong Railways Market- Damnoek Floating Market- Chang Puak Camp)
- 8.00 pagi: Bertolak ke Damnoek Floating Market (sampai jeti sahaja- sebab ramai orang cakap harga boat mahal, kurang berbaloi & banyak scam, mereka minta TB2500 untuk 2 jam- jadi kami tak naik boat)
- 10.00 pagi : Singgah si Chang Puak Camp- berbaloi boleh tengok gajah, harimau putih – sesuai untuk anak-anak- kami ambil gambar & bagi makan gajah sahaja – kalau nak naik gajah harga lain- kami tak naik gajah …tanjak tajam
- 11.00 pagi: tiba si Maeklong Railways Market – tunggu train sampai pukul 11.15 pagi – Maeklong Railways Market sangat unik.
- 12.30 tengahari: Pulang semula ke Bangkok.
– Night Life: Pratunam Night Market
Tips:
- Kami dapat harga TB400 untuk trip dengan kereta (Toyota Fortuner baru) ke Maeklong Railways Market, Damnoek Floating Market & Chang Puak Camp- sangat berbaloi untuk trip separuh hari (boleh PM untuk detail contact driver)
Day 4 (Bangkok – Lopburi)
- 6.00 pagi – naik Grab ke Hua Lamphong Train Station: beli tiket untuk train ke Lopburi TB50/pax- jam 7.00 pagi (train classic 3rd class sahaja)- tiket hanya boleh dibeli pada hari bertolak sahaja.
- 7.00 pagi- train dari Bangkok ke Lopburi (ada orang jual makanan dalam train tapi tiada kepastian status halal (bawa makanan siap-siap dari hotel)
- 10.00 pagi : tiba di Stesen Keretapi Lopburi- ada orang akan menawarkan khidmat truck ‘pick up’ ke Sunflowers Farm- Boleh bargain dapatkan harga terbaik – kami di bawa ke sunflowers farm yang 1 (saiz kecil sahaja)- Kami tidak pergi ke Sunflowers Farm 2- cuaca sangat panas lik-lik (kurang sesuai untuk anak-anak kecil)
- 12.30 tengahari: kami singgah makan di restoran muslim berhampiran surau @masjid sekitar Stesen Keretapi Lopburi (lintas landasan keretapi- jalan sebelah kiri- kedai makan kecil.
- 1.30 petang: Pulang ke Bangkok menaiki minivan TB120/ pax (stesen minivan hadapan 7E sebelah stesen keretapi- ada beberapa van putih)- boleh juga balik ke Bangkok menaiki keretapi jam 2.40 petang (2nd class)- oleh kerana tiket keretapi habis, kami naik minivan sahaja.
- 4.00 petang: tiba di hotel, Bangkok
-Night Life: Pratunam Night Market lagi
Day 5: Bangkok (Siam Paragon- Siam Center- Siam Discovery- MBK Mall- Icon Siam- Asiatique Riverfront)
- 10.00 pagi: Bersiar-siar sekitar City Complex Pratunam dan The Platinum Fashion Mall.
- 11.00 pagi: Kami naik BTS Phaya Thai & turun di BTS Siam – Singgah di Siam Paragon, Siam Center & Siam Discovery (‘touch & go’ sahaja)
- 3.00 petang: Singgah MBK Mall- solat kemudian makan tengahari di Yana Restaurant, tingkat 5- sangat sedap, mesti singgah kepada mereka yang datang ke MBK Mall.
- 5.00 petang (Icon Siam & Asiatique) : Dari MBK Mall, kami naik BTS National Stadium ke BTS Saphan Taksin: exit 2 atau exit 3 ke Jeti Sathorn Pier.
-Sathorn Pier: jeti kiri ferry ke Asiatique, jeti kanan ferry ke Icon Siam (pastikan naik ferry PERCUMA) – nikmati pemandangan menelusuri Chao Phraya River .
- 8.00 malam: balik ke hotel dengan grab
– Night Life: Pada mulanya kami bercadang ke Ramkamhaeng Night Market, tetapi dapat maklumat bahawa night market ni tutup pada setiap rabu- jadi kami bersiar-siar sekitar pratunam sahaja.
– Sesiapa datang ke Bangkok dicadangkan berkunjung ke Ramkamhaeng Night Market kerana dikhabarkan banyak gerai makanan halal di sana. Buka setiap hari kecuali hari Rabu.
Day 6 (Bangkok – Hatyai)
- 9.00 pagi – naik Grab ke Don Mueang Airport untuk flight Bangkok-Hatyai jam 12.10 tengahari.
- 2.00 petang: tiba di Hatyai- naik Grab dari Hatyai Airport ke Hotel Raise Hatyai- Hotel terbaik, bilik selesa & serba baru- jarak jalan kaki 5 minit sahaja ke Greenway Night Market & 15 minit ke ASEAN Night Baazar.
- 5.00 petang: Jalan kaki ke ASEAN Night Baazar untuk makan malam & singgah ke Greenway Night Market.
- 8.00 malam: naik grab ke Lee Garden Night Market.
Tips:
– Hotel Raise Hatyai (recommended), booking via Agoda RM120 semalam.
Day 7 (Hatyai – Padang Besar – Bukit Mertajam, Penang)
- 12.30 tengahari: naik Grab ke Hatyai Railway Station. Makan tengahari di restoran muslim depan stesen keretapi.
- 2.00 petang (waktu Thailand): naik train Hatyai ke Padang Besar (TB50).
- 4.00 petang (waktu MAS): tiba di stesen Keretapi Padang Besar- cop pasport Thailand & Malaysia.
- 5.25 petang: naik komuter Padang Besar-Bukit Mertajam.
- 7.05 Malam: tiba di stesen komuter Bukit Mertajam.
Tips:
- Train Hatyai – Padang Besar ada 2 kali sehari. Jam 7.30 pagi & 2.00 petang (waktu Thailand).
- Breakfast di Hatyai boleh cuba makan Chabura Dimsum @ makan pagi di Kelantan Restaurant- boleh search sahaja di apps grab- katanya sedap dan berbaloi- tapi kami breakfast percuma di hotel sahaja.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI