Salah satu keseronokan apabila pergi bercuti adalah apabila dapat merakamkan gambar kenangan di mana-mana destinasi menarik.
Walau bagaimanapun ada kalanya agak sukar mencari port betul-betul cantik dan menarik untuk berOOTD.
Namun jika anda seorang kaki OOTD jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Marina Island yang terletak di Lumut, Perak.
Berbeza dengan kebanyakan tempat lain, Marina Island menyediakan port menarik dan cantik untuk mereka yang gemar berOOTD iaitu di InstaLoka Marina Island.
InstaLoka di Marina Island sebagai salah satu destinasi baru untuk pelancong dari seluruh Malaysia yang ingin berswafoto di tepi laut yang cantik pasti dapat memenuhi keperluan media sosial yang berbeza.
InstaLoka ini menampilkan karya-karya seni dalam empat tema yang berbeza dengan pelbagai pemasangan berwarna-warni dan seni mural 2D dan 3D yang direka khas oleh artis tempatan yang berbakat.
Empat tema tersebut termasuklah Pemerkasaan Positif dalam Seni Kreatif Moden (Positive Empowerment in Modern Creative Art) , Kebebasan daripada COVID-19 (Freedom From COVID-19), Budaya Malaysia yang Berdiversiti (Colourful Malaysian Culture) dan Kehidupan Ceria (Vibrant Life).
Ads
Antara daya tarikan / hotspot lain yang boleh diterokai; Puncak Wibawa, Sakura Garden, Let’s Kahwin, Pishang arr!, The Dreamy Frame dan Hit The Road.
Penggemar OOTD, kaki fotografi dan videografi pasti dapat menikmati spot OOTD di sekitar Kompleks Jeti Marina Island yang berlatarbelakangkan panorama laut dan langit biru.
Lokasi strategik terletak hanya 10 minit dari Pulau Pangkor Bebas Cukai dengan menaiki Feri dan kurang daripada 5 minit dari bandar Lumut.
InstaLoka ini tentunya adalah tempat yang ideal untuk sesiapa yang ingin beristirahat dari kesibukan bandar dan teroka sesuatu yang unik di Marina Island.
Ads
Lebih menarik, pengunjung boleh bergambar di InstaLoka secara percuma dan sepanjang masa.
Selain itu pelbagai aktiviti menarik dan peraduan hadiah sempena pelancaran InstaLoka turut menanti pengunjung yang dijangka akan tiba waktu cuti sekolah bulan Disember ini antaranya cabaran Selfie/Welfie Instaloka @ Marina Island Pangkor!
Mencari dan bergambar dengan 26 Spot Instaloka di Marina Island pada bila-bila masa bermula 21hb hingga 31hb Disember 2021. Daftar Hari Ini! bit.ly/hunt4instaloka atau Imbas Kod QR untuk mendaftar.
Ads
Bagi mereka yang berminat untuk ke sini boleh layari www.marinaisland.com/experience/instaloka untuk maklumat lanjut atau cari saja Marina Island di medium sosial lain.
Menara Jam yang berdiri gah di bangunan Stadthuys, Bandar Hilir merupakan mercu tanda dan lokasi pelancongan utama di Melaka.
Menara Jam yang berdenting setiap jam itu merupakan antara kawasan zon teras yang mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan Melaka sebagai satu daripada negeri yang terpilih bagi menyemarakkan Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM 2020).
Pada tahun ini, Menara Jam tersebut telah pun berusia 134 tahun. Ia menjadi rujukan masa di lokasi tumpuan ramai pelancong dari dalam dan luar negara berkumpul di sekitar Menara Jam bagi merakam gambar kenang-kenangan
Fakta Menara Jam Melaka
**media[138628]**
Menara Jam ini berketinggian 50 kaki dibina pada 1886.
Menara Jam Melaka atau lebih dikenali sebagai Menara Jam Tan Beng Swee dibina kira-kira 61 tahun selepas penyerahan wilayah Melaka dari Belanda kepada British.
Usia Menara Jam jauh lebih muda daripada bangunan pentadbiran penjajah Belanda, Stadthuys yang dibina pada 1650.
Jamnya tidak pernah dibiarkan berhenti kerana sejak bertahun-tahun ia dijaga dengan rapi termasuk mencuci, menservis dan menguji setiap komponen bagi memastikan ia terus menjadi rujukan masa untuk 134 tahun lagi atau lebih lama.
Menara Jam ini menjadi lambang kasih sayang antara keluarga kerana ia dibina oleh seorang anak yang mahu memenuhi permintaan bapanya. Menurut sejarah, Menara Jam itu dibina oleh Tan Jiak Kim seorang dermawan Cina Peranakan yang mahu menunaikan hajat mendiang bapanya Tan Beng Swee yang mengimpikan sebuah Menara Jam di tengah bandar Melaka ketika hayatnya masih ada. Selepas pemergian Tan Beng Swee, terbinalah Menara Jam di bangunan Stadthuys berhampiran Queen Victoria's Fountain, Muzium Budaya Cheng Ho dan Christ Church.
Setiap empat muka jam berdiameter 34.5 sentimeter (cm), berangka roman dan jam berkenaan diimport khas dari England.
Kemudian pada 1982, keempat-empat jam itu diganti dengan jenama Seiko dari Jepun, sehingga mencetuskan kemarahan kebanyakan penduduk warga emas di sekitar Melaka dek kerana terkenangkan keperitan mereka hidup pada zaman penjajahan Jepun.
Menara Jam yang turut terkenal dengan nama Jam Besar Bangunan Merah Bandar Hilir ini menggunakan voltan 24 volt itu turut dilengkapi dengan sistem kedudukan sejagat (GPS) berperanan untuk mendapatkan waktu masa yang tepat.
Selain itu, dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, jam ini dipasang sistem bunyi burung pemangsa yang beroperasi setiap 45 saat, kemudian berhenti selama seminit bertujuan menghalang burung liar seperti gagak dan merpati hinggap serta membuang najis di sekitar Menara Jam itu.
Servis pada Menara Jam ini dilakukan pada sebelah malam bermula sekitar 9 malam dan tempoh siapnya adalah bergantung kepada kerosakan yang berlaku pada Menara Jam itu.
Kalau ada yang bercuti ke belah Pantai Timur, jangan lupa singgah dulu berehat di Adena Beach Resort, Kuantan.
Resort tepi pantai ini menyajikan pantai yang cukup indah. Ditambah ruang lepak disediakan oleh pihak Adena Beach Resort ini untuk pengunjung menikmati keindahan Pantai Balok ini sambil mandi-mandi memang terbaik, seakan terasa berada di Bali menyaksikan pantai indah mereka.
Tapi pemandangan indah ini turut ada di negara kita. Malah Adena Beach Resort Kuantan turut menawarkan pelbagai kemudahan lengkap bagi pengunjungnya. Bermula dari kolam renang yang luas, jalan sisir ke tepi pantai, kanopi kecil dan ruang lepak di tepi pantai, ruang makan yang luas, makanan yang sangat enak termasuk ada chalet yang mengadap laut, ruang parking kenderaan yang luas dan banyak lagi, ternyata ia satu tarikan yang sangat menarik untuk ke sini.
Terletak Mukim Sg Karang, Kuantan Pahang, pengunjung dapat menyaksikan keindahan matahari terbit dan terbenam dan suasananya cukup indah sekali. Malah suasana malamnya yang cukup santai menambah tarikan di resort ini.
Jangan lupa masukkan list percutian korang kalau ke Kuantan nanti.
Alamat:Lot 1260 Mukim Sg Karang 26100 Kuantan, Pahang, Malaysia
Sejenak bermalam di Villa Renai Resort yang terletak di Pahang, pasti akan rasa bahagia bawa anak-anak bercuti.
Villa Renai Resort Pahang
Dengan cuaca panas, pilihan bercuti pasti mahukan suasana sejuk dan redup seperti hutan yang membuatkan rasa teduh. Lagi-lagi waktu pagi. Tak perlu aircond.
Ada ruang rehat di laman untuk anda relaks dan bersembang, kadang suasana macam ini pun cukup seronok kalau datang berkumpul dengan kekuarga tersayang.
Sekeliling lebih tenang dengan udara rasa segar dan minda memang jadi tenang dan happy saja kat sini.
Ada pool dan slide, anak-anak pasti seronok dapat bercuti di sini sebab ada dua pilihan tempat bermain air iaitu pool dan sungai. Nak sarapan sambil dengar bunyi sungai yang tenang, memang akan rasa layan.
Ada 2 jenis Villa dengan 1 bilik atau 2 bilik dengan harga RM300 satu malam. Memang berbaloi sebab harag itu termasuk dengan sarapan.
Jadi, untuk anda yang berada sekitar Pahang, boleh lah booking tempat ini awal-awal sebelum penuh. Yang penting, tempatnya sesuai nak bawa keluarga bercuti dan berdamai dengan alam semula jadi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!