Lebuh raya di Malaysia antara rangkaian menghubungkan jalan darat yang sering digunakan kita seharian untuk ke pelbagai destinasi di dalam negara. Tanpa jalan raya yang sempurna pasti pergerakkan kita dan ekonomi negara tidak akan cekap.
Dalam banyak-banyak lebuh raya yang ada di Malaysia, laluan mana satu anda suka guna? Senarai jawapan anda mungkin menjadi pilihan antara lebuh raya terbaik di negara. Sebanyak 10 lebuh raya disenaraikan dalam kedudukan berprestasi baik berdasarkan jumlah kemalangan maut dan kecederaan parah dilaporkan di situ. Lebuh raya-lebuh raya tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu jenis sistem tol tertutup dan sistem tol terbuka.
Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), langkah menyenaraikan lebuh-lebuh raya tersebut membolehkan pengguna lebih peka terhadap risiko keselamatan masing-masing. Selain itu, ketetapan kedudukan ini diharap dapat mewujudkan persaingan sihat dikalangan konsesi lebuh raya untuk memperbaiki mutu jalan raya di bawah seliaan mereka dari semasa ke semasa.
Ads
Bagi menyenaraikan lebuh raya mengikut kedudukan terbaik, mata kedudukan akan dijumlahkan untuk setiap lebuh raya berdasarkan pemberat sebanyak 70 peratus untuk indeks kematian dan 30 peratus untuk peratusan segmen jalan yang bertaraf tiga bintang dan ke atas. Langkah itu selaras dengan usaha mengurangkan kadar kemalangan maut dan kecederaan parah di lebuh raya. Memandangkan statistik kemalangan dan keadaan sedia ada persekitaran jalan akan berubah dari masa ke masa, penetapan kedudukan lebuh raya berprestasi baik ini akan dilakukan secara berkala
Lima lebuh raya jenis sistem tol tertutup berprestasi baik:
1. Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
2. Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
3. Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
4. Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1)
5. Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE)
Ads
Lima lebuh raya jenis sistem tol terbuka berprestasi baik:
1. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) (LITRAK)
2. Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)
3. Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS)
4. Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (SILK)
5. Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)
Tourism Selangor memaklumkan pejabat urusannya, program Royal Klang Heritage Walk Tour, Taman Eko Rimba Kanching dan Taman Eko Rimba Chongkak Park and Resort dihentikan operasi untuk sementara hingga 31 Mac ini.
Tourism Selangor dalam satu kenyataan berkata penutupan itu selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan pada Isnin lepas bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Segala aktiviti promosi pelancongan untuk Negeri Selangor selama tempoh tersebut masih diteruskan melalui saluran dalam talian dan digital. Kesemua lokasi pelancongan itu termasuk pejabat urusan akan dibuka seperti biasa pada 1 April ini.
Tourism Selangor turut berterima kasih kepada semua pihak atas kerjasama mengekang penularan wabak berkenaan.
AirAsia Group Bhd mengumumkan penutupan operasi AirAsia Japan Co Ltd untuk mengurangkan beban kewangan syarikat dan kumpulan.
Keputusan itu diambil berikutan situasi operasi yang amat mencabar di Jepun yang semakin teruk oleh pandemik COVID-19. Sekatan perjalanan dan keadaan yang tidak menentu menjejaskan permintaan untuk perjalanan perniagaan dan percutian menyebabkan pengurangan dan pembatalan penerbangan. Faktor ini telah memberi impak kepada keupayaan syarikat untuk terus beroperasi.
Penutupan hanya menjejaskan penerbangan domestik dan antarabangsa yang dikendalikan oleh AirAsia Japan di Jepun dengan kod surat DJ. Sejak penubuhannya pada Julai 2014, syarikat telah menjalankan penerbangan domestik dan antarabangsa dari pangkalannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair, terletak di luar Nagoya.
Ia tidak menjejaskan penerbangan lain ke dan keluar dari Jepun yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan lain dalam Kumpulan AirAsia.
Perkhidmatan antarabangsa ke Jepun, dari Malaysia, Thailand dan Filipina akan disambung semula pada masa depan selepas sekatan perjalanan ditarik balik dan sempadan dengan Jepun dibuka semula.
Langkah lanjut kepada keputusan ini akan dibuat mengikut undang-undang dan peraturan termasuk Akta Aeronautik Awam Jepun. Kami telah membatalkan semua penerbangan. Semua pelanggan yang terjejas akan dihubungi melalui e-mel dengan maklumat lanjut dalam masa tujuh hari akan datang.
image via google | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sebut saja Langkawi pasti kita terbayang keindahan pantainya, membeli belah coklat atau barangan rumah tanpa batasan atau keseronokan kala menaiki cable car di Gunung Machinchang.
Bagi mereka yang pertama kali mahu ke sana, pasti tertanya-tanya bagaimana keadaan di pulau legenda ini, adakah masih sama seperti belum datangnya Covid-19 atau lebih bagis perkhidmatan di sediakan.
Perkongsian sahabat Backpacker Buddies Malaysia, Jay Junior memberitahu situasi terkini di sana atas kunjungan kali ke lima ke Langkawi.
Itinerarry 4H3M Ke Pulau Langkawi
Ini adalah kunjungan kali ke-5 saya ke Langkawi.
Panduan ni khas untuk yang first time pergi LGK atau yang nak tahu keadaan di sana semasa musim Covid ini saja. Saya tahu ramai yang expert dah.
Biasalah, pergi bersama anak-anak kecil ini banyak cabarannya dari segi time management, banyak juga yang terpaksa skip atau tukar plan. Pukul 11-12 baru keluar hotel sebab paginya anak-anak sibuk nak mandi swimming pool la bagai.
Island hoping saya tak ambil sebab dah pernah pergi serta memenatkan terutamanya kena mendaki ke/dari Tasik Dayang Bunting.
Kunjungan ke private island Paradise 101 & Langkawi Wildlife Park juga saya batalkan sebab kesuntukan masa.
Sila buat itenary untuk pergi ke tempat yang berdekatan pada satu-satu masa. Sekurang-kurangnya dapat menjimatkan masa & petrol. Kos petrol untuk Iriz adalah RM60 untuk perjalanan selama 4 hari.
Kalau yang ada sesi bergambar di tempat yang ada lawati anda layankan je. Nak beli ke tak selepas tu terpulanglah kepada anda. Anda berhak menolaknya sebab harga gambar semestinya harga pelancong. Tiada paksaan ya.
Tiket Air Asia – dapat yang RM12/pax + add on.
48 jam sebelum berlepas, buat RTK test siap-siap RM40/pax untuk 7 tahun ke atas supaya tak payah rushing lagi buat saliva test kat airport. Kalau dah buat RTK/PCR test, wajib tiba di airport sekurang-kurangnya 3 jam awal & kalau nak buat saliva test di airport, tiba 4 jam sebelum berlepas untuk mengelakkan rasa ‘rushing’ tu.
Note: Mulai 12 Okt 2021, tiada lagi keperluan ujian Covid untuk ke LGK. *FYI, my wife positif pada Julai 2021, selepas 2 bulan RTK result negatif. Kalau yang kata 3 bulan masih positif tu rasanya mungkin bergantung kepada badan masing-masing.
Cuaca di Langkawi sekarang banyak hujan pada waktu petang, kadang-kadang hujan sekejap-sekejap sepanjang hari.
Day 1 (Rabu) – Flight KLIA2 pukul 9.25am.
– Parking LTCP pukul 7.00am. Naik shuttle bus pukul 7.10am, tiba di KLIA pukul 7.20am & KLIA2 7.30am.
– Proses & SOP ketat di KLIA2 ada 4 ke 5 check point yang memerlukan anda menunjukkan Covid test result RTK & vaksinasi lengkap. Untuk RTK/PCR, anda boleh tunjuk result test kat MySejahtera, di checkpoint yg lain ada yang minta hardcopy juga. Jadi standby je la semua.
– Kalau yang buat saliva Covid test, tambah lagi satu proses maka elok lah sampai di airport 4 jam sebelum berlepas lagi-lagi jika anda travel dengan berkumpulan besar. Tak payah surat polis bagai ya kepada yang masih bertanya. Untuk yang datang dari negeri lain ke KLIA/KLIA2 saya tak pasti.
– Untuk ke Langkawi, wajib ke kaunter U untuk check in walaupun tak check in bagasi ya. Diarahkan untuk scan QR code berupa Google form kena isi then screenshot.
– Tiba di LGK, diarahkan scan APMM QR code untuk declaration. Terus ambil kereta sewa yg booked melalui https://www.easybook.com/en-my/account/register?raf=E282350A RM57/day. Tempah Axia dpt Iriz. Ok lah.
– Check in awal di hotel pilihan melalui Agoda. Saya pilih hotel under MOTAC atas sebab income tax relief. Selain tu simpan kesemua entry ticket semasa melancong untuk tujuan yang sama.
– ATV ride simpang Durian Perangin – Menjelajah jalan kampung & offroad, lebih kurang 1 jam setengah. Hujan pun belasah je, anak-anak lagi suka. (add on with additional cost – photo )
– Pantai Cenang – ambik angin pantai tengok sunset & shopping awal. Ramai orang tapi tak sesaklah.
Day 2 (Khamis) – Pantai Kok – Pasir putih pantai kat area sini, tak seperti Cenang. Cantik untuk bergambar. Datang seawal pukul 1.00pm tak ramai orang. Boleh nampak private island Paradise 101 dari sini. Kalau selepas pkl 1.00pm boleh singgah makan food truck Hafiz Rojak yang baru dibuka kat tepi pantai.
– Crocodile Adventureland Langkawi -. Tiket dah beli awal dengan online agent & tebus di kaunter. Tengok buaya & jika kena pada waktunya ada sesi persembahan buaya & beri buaya makan. Kalau petang pukul 3.15pm & 3.45pm jika tak silap. Tak ramai orang di sini. (add on with additional cost – photo )
– Air Terjun Durian Perangin – Kemasukan percuma & boleh mandi manda serta berkelah di air terjun. Datang sebelum pukul 5.00pm kalau taknak ramai orang. Tapi weekdays memang tak ramai orang. Sebelum masuk boleh singgah beli air kelapa sedap RM2/cup. Ada kedai-kedai lain juga di tepi tu, tapi takde pelanggan.
– HiG Duty Free Complex – Kat sini boleh tahan ramai juga manusia. Banyak offer sebab ada coklat yg dah menghampiri expiry date. Boleh rambang mata sampai terlupa pembelian boleh melebihi check in berat bagasi.
– Langkawi Wildlife Park – Tak sempat pergi sebab kesuntukan masa.
– Dataran Lang – Tempat bergambar di sekitar patung burung helang gergasi. Ramai orang tapi tak sesak. Kalau travel bersama kanak-kanak, waktu malam boleh menyewa rides yang meriah dengan lampu yang disediakan di laman Dataran Lang. Dewasa pun boleh naik sama.
Day 3 (Jumaat) – Beras Terbakar – tempat favourite untuk beli kain sarung, kain pelekat & souvenir. Kalau boleh nak beli setiap kedai kat sini, kesian para peniaga dah lama tak dapat pelanggan yang ramai. Singgah la jugak 3-4 kedai beli sana sikit, sini sikit. Kebanyakan kedai tutup pukul 5-6pm.
– Langkawi Skycab Cable Car – Park kereta kat Standard Parking yg lebih murah. Cuaca mendung & kadang-kadang hujan renyai tapi nasib baik kereta kabel tetap beroperasi. Tiket dah beli awal dengan online agent & tebus di kaunter 6. Kat stesen bawah nampak tak ramai orang & tak queue sangat pun tapi bila sampai kat Skybridge boleh tahan ramai juga tapi tak sesak.
– Kepada yang confuse pasal tiket Skybridge ini, memang dah termasuk dalam tiket Skycab tetapi anda kena bayar Rm10-dewasa & RM7-kanak2 untuk naik Skyglide (kenderaan turun naik ke Skybridge) melainkan jika anda nak hiking. Sediakan cash money secukupnya sebab kat atas tak boleh guna kad debit/kredit. Tengok mat saleh yg hiking turun pun mereka beli tiket Skyglide untuk naik ke atas balik.
– Saya memang bawa payung sebab risaukan hujan. Kat Skybridge ni boleh jalan-jalan ambik gambar sebab kabus tebal kat sini. Sekali sekala rasa hujan rintik-rintik, mungkin juga sebab kabus tebal.
– Selesai di Skybridge, balik beratur untuk naik Skyglide juga untuk ke stesen atas tadi. Kekerapan Skyglide adalah setiap 5 minit. Kemudian naik tangga untuk ke atas lagi untuk panorama view lain pula. Sebelum Covid ada restoran tapi sekarang dah tutup. Tandas percuma disediakan di atas.
– Masa balik, sampai stesen bawah dekat pukul 6.00pm dah. Tak sempat nak masuk Skyrex, Skydome & 3D Art Langkawi yang sudah bersekali dengan pakej Skycab. Kalau nak masuk semua tu elok datang seawal pukul 12.00pm ye.
– Singgah sekejap kat Machinchang Petland (ada pony nakal) kat belakang stesen Skycab, tengok dari luar je lah. Nak masuk kena bayar tapi diorang nak tutup dah. (add on with additional cost – photo & tiket Skyglide )
Day 4 (Sabtu) – Kilim Geoforest Park – 9.00am berada di jeti untuk mangrove tour 2 jam ala2 Sungai Amazon. Tiket dah beli awal dengan online agent. Selesai berurusan dgn agent, terus naik boat. Untuk private boat selesalah sebab takde orang lain. Bot berhenti untuk bagi helang makan (seeloknya ambil bot waktu pagi) kemudian ke Laut Andaman, boleh nampak landmark Kilim Geoforest Park, Pulau Kasut & nun jauh di sana nampak bukit di Satun, Thailand.
– Sempat juga bot menyusuri Gua Buaya. Persinggahan kedua di sangkar ikan & restoran terapung. Persinggahan ketiga & terakhir di Gua Kelawar. Bayar tiket masuk & sewa torchlight, boleh suluh2 kelawar dalam gua. Anak-anak pulak takut dengan kegelapan gua ni, terpaksa keluar dari gua awal skit. (add on with additional cost – photo & makan di restoran terapung jika pakej 3 atau 4 jam)
– Underwater World Langkawi – Yang saya perasan kat parking dalam ni sini dah jadi free parking. Tiket Underwater World dah beli awal dengan online agent & tebus di kaunter. Tengok hidupan laut di akuarium besar serta haiwan-haiwan lain. Masa keluar boleh singgah Coco Valley & The Zon Duty Free yang sama bangunan.
– Banyak tempat sebenarnya nak pergi tapi tu lah, memang tak sempat & tak seperti yg scheduled. Pukul 4.30pm check out lewat hotel & terus ke airport untuk flight 6.25pm. Serah kereta sewa & ambil balik deposit.
– Masa balik proses biasa je di airport & semestinya lebih cepat berbanding dengan inbound. Tiada lagi check vaksin & ujian Covid bagai. Cuma ambil masa sikit untuk kastam, timbang-timbang beg-beg bagai tu, beg beranak.
– Alhamdulillah sampai KLIA2 tepat pada waktunya. Tunggu free shuttle bas di Level 1 tak sampai 20 minit & terus ke LTCP. Sampai LTCP jamak solat siap-siap, bayar parking RM82 untuk 4 hari. LTCP sekarang ada diskaun parking 50%. Tak penuh pun parking kat sana, banyak yang kosong.
Tempat tumpuan lain yang mungkin anda kena lawati: – Legenda Park – Paradise 101 – Telaga Habour – Oriental Village – Seven Wells Waterfall – Wildlifepark Langkawi – Air Hangat Village – Island Hoping – Idaman Suri (shopping lebih kurang kat HiG) – Galeria Seri Perdana (Galeri Tun Mahathir – berbayar) – Temoyong Night Market – Thursday – Air Hangat Night Market – Fri – Makam Mahsuri
Makan – Pak Teh Mihun Sup – Laksa Ikan Sekoq Ori – Lejen Village Seafood – Kak Yan Nasi Campur – Kak Chik – Nasi Campur Top B.B.Q – Nasi Campur Jeti – Nasi Dagang Abe – Restoran Aliah (Ikan Bakar) – Bella Restaurant (Cenang) – Mak Iti D’Machang Kafe