Selepas mengharamkan kawasan pantai sebagai kawasan larangan merokok juga larangan membawa masuk rokok elektronik (vape) ke negara gajah putih itu beberapa tahun yang lepas, kerajaan Thailand sekali lagi menguatkuasakan satu lagi undang-undang baru untuk mereka yang merokok.
Sumber Foto: pexels.com
Bermula 3 Februari 2019, negara Thailand mula menguatkuasakan undang-undang berkenaan merokok di tempat awam. Kalau di Malaysia, anda hanya boleh merokok 3 meter dari tempat makan, di Thailand pula undang-undangnya menetapkan aktiviti merokok perlu berada jauh 5 meter dari premis makanan.
Bukan itu sahaja, undang-undang baru ini juga mewartakan beberapa tempat turut disenarai sebagai kawasan larangan merokok seperti tempat-tempat tumpuan awam, taman permainan, pasar, hospital, sekolah, perhentian bas, universiti, kawasan lapangan terbang, pejabat awam & swasta dan lain-lain
Jadi pastikan jika anda melancong ke Thailand dan ingin merokok, jauhi lokasi-lokasi ini sejauh 5 meter! Jika anda disabitkan kesalahan anda boleh didenda sehingga 5000 baht.
Jarak lokasi yang perlu dijauhi ketika merokok di tempat awam.
Nota: Tetapi anda dibenarkan merokok di dalam bangunan sekiranya tempat tersebut ada menyediakan bilik/zon merokok.
Sumber: thethaiger
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelan Pemulihan Pelancongan RM200 Juta Mampu Pacu Pelancongan Domestik Ketika Pandemik
Pelan Pemulihan Pelancongan bernilai RM200 juta yang diperuntukkan menerusi Belanjawan 2021, diharap dapat menggalakkan lagi perbelanjaan domestik dan dengan sendirinya meningkatkan ekonomi setempat.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata secara keseluruhan, kementerian mendapat peruntukan RM1.14 bilion dengan peningkatan 2.75 peratus berbanding tahun sebelumnya, dengan pecahan Perbelanjaan Mengurus dan Perbelanjaan Pembangunan masing-masing berjumlah RM987 juta dan RM153 juta.
“Daripada jumlah keseluruhan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerima peruntukan RM200 juta bagi pelaksanaan pakej rangsangan di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan bagi 2021. Pelan pemulihan pelancongan itu merangkumi baucar penginapan, diskaun destinasi pelancongan, diskaun percutian keluarga, penyemarakan seni budaya, kempen ‘Meet in Malaysia’, diskaun pakej petugas barisan hadapan, potongan diskaun beli-belah dan diskaun pengangkutan. Pada masa sama, kita masih mempunyai peruntukan pakej rangsangan yang belum digunakan dan dimanfaatkan untuk perbelanjaan domestik. Justeru, kita mencadangkan langkah segera bagaimana membolehkan pihak industri memulihkan ekonomi,” katanya.
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, antara langkah itu ialah penganjuran beberapa program akan datang termasuk mengemukakan cadangan berkaitan gelembung perjalanan (green bubbles) iaitu destinasi hijau dalam kalangan 13 negeri di negara ini. Ia bertujuan mengetatkan pergerakan mereka yang berada di kawasan di zon merah supaya tidak keluar, demi memelihara prosedur operasi standard (SOP) di lokasi zon hijau.
Sehubungan itu, katanya, pakej rangsangan berjumlah RM200 juta untuk MOTAC pada tahun hadapan, akan digunakan sebaiknya. MOTAC berharap pakej terbabit dapat membantu penggiat industri meneruskan aktiviti masing-masing dan meneruskan kelangsungan walaupun dalam skala sederhana.
“Sebagai contoh, kita memberi subsidi tiket penerbangan, penebusan baucar untuk pemandu pelancong, kempen Meet in Malaysia dan banyak lagi untuk dinikmati rakyat. Dengan insentif itu, kita akan tahu bagaimana rakyat boleh mendapat faedahnya dan diharap dapat mendorong perbelanjaan domestik dan seterusnya meningkatkan ekonomi setempat,” katanya.
Mengenai gelembung perjalanan, Datuk Seri Nancy Shukri menjelaskan MOTAC sudah bersedia dengan pelbagai pakej dan hanya menunggu keputusan kerajaan dalam pembukaan sempadan negara. Keputusan pembukaan sempadan hanya boleh dibuat oleh Kementerian Luar namun MOTAC akan mengusulkan banyak idea misalnya mempromosikan pelancongan mengikut destinasi, pakej pulau dan pakej membabitkan kumpulan kecil dengan penekanan SOP yang ketat.
image via google & pexels.com | Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Melaka Dipilih Sebagai Finalis ‘We Love Cities’ Peringkat Global. Rakyat Malaysia Diseru Sokong Kempen Ini
Usaha Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengamalkan pelbagai inisiatif hijau ke arah bandar raya sejahtera dan mampan membuahkan hasil apabila Melaka telah dipilih sebagai finalis bagi kempen ‘We Love Cities’ di peringkat global.
Melaka terpilih ke peringkat global susulan negeri itu dianugerahkan sebagai pemenang ‘One Planet City Challenge’ (OPCC) peringkat kebangsaan kali kedua oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF), baru-baru ini. Melaka merupakan antara 56 bandar raya di dunia yang terpilih dan antara negara lain yang terlibat pada peringkat akhir kempen ‘We Love Cities’ ialah Korea Selatan, Perancis, Norway, Kanada dan Turki.
Melaka sebelum ini, pernah mewakili Malaysia ke peringkat akhir pada kempen sama di San Francisco, Amerika Syarikat pada 2018 dan kerajaan negeri menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar memberi sokongan padu serta bersama-sama mengambil bahagian dalam kempen ini. Melalui kempen ‘We Love Cities’ kerajaan negeri berharap orang ramai dapat mengundi Melaka supaya dinobatkan sebagai ‘global winner’ dan seterusnya menempa nama di persada antarabangsa.
Kerajaan negeri juga melalui MBMB telah mengatur satu pasukan khas untuk mendapatkan pandangan orang awam meliputi aspek perkhidmatan bandar raya antaranya pengangkutan, penjanaan tenaga, reka bentuk bangunan dan bahan buangan.
Undian yang dibuka bermula 14 September 2020 lepas dan akan berakhir pada 11 Oktober 2020 ini boleh dibuat melalui pautan welovecities.org/melaka dan maklumat lanjut boleh didapati dalam laman web MBMB iaitu www.mbmb.gov.my atau Facebook rasmi MBMB.
Kempen ‘We Love Cities’ adalah inisiatif WWF sejak 2013 dan sehingga kini sebanyak 150 bandar telah mengambil bahagian dalam kempen berkenaan.
Jom ramai-ramai bantu Melaka dipilih sebagai pemenang!
image via google | Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kes Dadah, Sentiasa Ingatkan Anak-Anak Anda Perkara Ini Di Lapangan Terbang
Setiap tahun, mesti ada antara kita yang akan meluangkan masa untuk bercuti bersama anak-anak ke luar negara. tak salah sesekali bercuti bersama anak-anak selepas lelah dengan persekolahan sepanjang tahun. Selain mak ayah dapat berehat, dapat juga mengukuhkan ikatan kasih sayang bersama anak-anak.
Walaupun begitu, proses nak membawa anak-anak ke luar negara ini bukanlah satu proses yang mudah. Ada beberapa prosedur yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Selain daripada itu, ada banyak perkara-perkara awal yang perlu difikirkan terlebih dahulu seperti soal perbelanjaan dan juga keselamatan kepada anak-anak.
Sebagai contoh, (bukan bermaksud untuk menakut-nakutkan sesiapa ya) di lapangan terbang. Tahu tak bahawa di lapangan terbang adalah satu lokasi yang kerap berlakunya jenayah dan harus kita berikan perhatian sewajarnya lebih-lebih lagi terhadap anak-anak kita.
Antara bahaya yang perlu kita ambil perhatian adalah membabitkan kes penyeludupan dadah yang sekarang ni, sekiranya berlaku di lapangan terbang, tanpa banyak cerita kita akan menanggung akibat daripada itu. Ada banyak kes yang pernah terjadi, lebih-lebih lagi di luar negara untuk kita jadikan iktibar bersama.
Jadi sepanjang masa anda nak bawa anak-anak melancong ke luar negara, boleh jadikan tip di sini sebagai panduan untuk anda. Semoga bermanfaat.
Jangan terima kiriman
Jangan ambil apa sahaja daripada orang yang tidak dikenali di lapangan terbang, lebih-lebih lagi barang yang berbungkus. Ingatkan kepada anak anda tentang perkara ini sebaiknya.
Jangan cantumkan beg
Jangan combine bag dengan sesiapa especially travel buddies yang anda baru kenal. Biar check asing-asing sebab kita tak tahu apa yang ada dala beg orang lain. Takut silap haribulan, kita pun turut terbabit sama.
Jangan biarkan beg terdedah
Kalau boleh, balut beg anda dengan plastik ataupun rain cover. Jangan biarkan ada ruang dalam beg anda untuk sesiapa masukkan sesuatu kerana barang-barang terlarang ini boleh diselitkan di mana-mana sahaja dan silap haribulan, anda yang akan dipersalahkan sekiranya ada apa-apa unsur terlarang di beg anda.
Jangan baik hati sangat
Jangan memandai-mandai nak offer luggage untuk orang-orang yang overweight di depan, di belakang atau di sebelah anda. Kalau terasa baik hati sangat nak membantu, bagi duit, cover caj overweight dia tu daripada anda offer ruang dalam luggage anda sendiri. Dan lagi satu, jangan biarkan lebihan berat itu di daftarkan di bawah nama anda. Kalau sekilo dua lebih itu dadah, anda boleh ucapkan selamat tinggal dunia.
Jangan pegang barang orang lain
Tak payah nak suka-suka hati pegang barang orang lain semasa di airport. Kalau dia minta tolong sekalipun, minta dia letakkan di lantai sahaja atau letakkan di pondok polis takpun kaunter informasi. Bare in mind, waimah apa yang berlaku, jangan pegangkan barang orang lain.
Jangan pakai barang sebarangan
Kalau anda di surau dan kasut anda hilang, jangan pakai kasut atau selipar yang ada di situ kerana dikhuatiri ada benda-benda terlarang diletakkan bersama kasut atau selipar itu. Kes-kes macam ni, banyakkan berdoa orang tu pulangkan kasut anda atau beli sahajalah kasut yang baru.
Jangan tinggalkan beg anda
Jangan tinggalkan beg anda tanpa pengawasan walau ke mana sahaja anda pergi. Sekali anda alpa, drug kartel boleh jadi anda sebagai mangsa mereka dengan menyelitkan apa-apa yang terlarang.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI