Info Menggunakan Kenderaan Untuk Bercuti Bagi Wanita Yang Sedang Hamil

Share

Kita tahu mana-mana kenderaan pun ada risikonya yang tersendiri dan itu bukan lampu hijau untuk anda buat endah tak endah tentang risiko tersebut. Anda perlu peka dan tahu apa yang perlu dilakukan ketika memilih kenderaan yang akan menjadi pengangkutan tatkala bercuti.

Kapal terbang

?? Anda perlu tahu keadaan fizikal dan tahap kesihatan sama ada ia membenarkan anda melakukan penerbangan atau tidak.

?? Jika boleh, minta tempat duduk di bahagian AISLE bagi memudahkan untuk anda pergi ke

toilet.

?? Banyak minum air kosong bagi mengelakkan anda dehidrasi.

?? Bawa ubat-ubatan yang diperlukan sepanjang perjalanan.

?? Berjalan kaki di lorong pesawat setiap dua jam sekali bagi melancarkan aliran darah di kaki dan mengurangkan rasa sakit pinggang dan punggung.

?? Gerakkan kaki anda setiap 30 minit sekali untuk menghindarkan masalah kekejangan kaki.

Kereta atau bas

?? Tidak digalakkan untuk menaiki kenderaan darat lebih daripada enam jam sehari.

?? Pasang tali pinggang keselamatan dengan betul. Pastikan posisi tali berkenaan berada di bawah perut anda. Jangan pasangkan ia di bahagian tengah atau di atas perut. Salah posisi tali pinggang boleh membahayakan kandungan sekiranya terjadi kemalangan.

Pasang tali pinggang keselamatan dengan betul. Pastikan posisi tali berkenaan berada di bawah perut anda.

?? Anda digalakkan untuk berhenti berehat setiap 90 minit pemanduan untuk meregangkan badan supaya tidak berasa sengal atau lenguh.

?? Sediakan bantal leher untuk menghindar daripada ketegangan di bahagian berkenaan.

?? Jangan lupa bawa ubat-ubatan yang anda perlukan sepanjang perjalanan.

Risiko menggunakan pesawat sewaktu hamil

Ibu yang hamil memiliki risiko yang lebih tinggi untuk mengalami gangguan daripada risiko ringan hingga risiko tinggi iaitu keguguran. Gangguan yang paling biasa dialami ibu hamil adalah kekejangan dan bengkak kaki akibat penerbangan yang memakan masa tiga jam ke atas.

Gangguan yang lebih serius adalah thrombosis (pembekuan darah). Gejala thrombosis adalah bahagian lutut mengalami bengkak, nyeri dan berwarna kemerah-merahan. Perkara ini disebabkan oleh ketidaklancaran peredaran darah ke seluruh badan.

Ada dua cara yang boleh dilakukan untuk mencegah kekejangan hingga boleh menyebabkan thrombosis. Yang pertama, gunakan compression pack yang boleh membantu merangsang aliran darah di kaki dengan lancar.

Yang kedua, setiap satu jam, lakukan regangan ringan sekadar yang mampu selama 5 minit. Mulakan dengan gerakan leher, bahu dan sehingga hujung kaki.

Oleh
Epul