Nampaknya industri pelancongan kembali rancak apabila akan mula dibuka semula di bawah progam ‘travel bubble’ dimulakan dengan Pulau Langkawi.
Inilah masanya terutama bagi mereka yang tinggal di negeri fasa kedua meluangkan masa bercuti bersama keluarga.
Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memaklumkan bahawa pulau itu akan dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September ini.
“Sukacita dimaklumkan bahawa, mesyuarat bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program “travel bubble” berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.
Selain Langkawi, Terengganu juga sudah membuka sektorpelancingan bermula Rabu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman, berkata pembukaan sektor pelancongan itu meliputi pulau peranginan terkemuka seperti Pulau Kapas di Marang, Pulau Redang di Kuala Nerus dan Pulau Tenggol di Dungun, selain Tasik Kenyir di Hulu Terengganu.
“Sebenarnya, pulau telah dibuka awal bulan ini kepada individu yang lengkap vaksinasi tetapi aktiviti seperti ‘snorkeling’ dan ‘diving’ tidak dibenarkan, jadi ramai pengusaha memilih untuk tidak beroperasi.
“Justeru bermula 1 September ini, aktiviti berkenaan akan dibenarkan semula, namun penggiat dan pelancong perlu mematuhi peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.
Artikel Berkaitan:
Mengembaran & Melancong Secara Solo Dengan Selamat, Terutamanya Untuk Kaum Wanita!
Untungnya Individu Di Negeri Fasa 2 Yang Lengkap 2 Dose, Ditawar Staycation Di Lexis Hotel Group