Indonesia antara negara jiran yang sering menjadi tumpuan pengembara dari Malaysia. Tempat-tempat yang menarik dan juga makanan yang enak menjadi kerinduan para wisata yang ingin ke bercuti ke serata negara yang terkenal dengan julukan Zamrud Khatulistiwa ini.
Namun setelah pandemik, pintu sempadan ditutup bagi mengurangkan penularan virus Covid-19. Baru-baru ini selaras dengan situasi semasa di seluruh dunia, kerajaan Indonesia juga sudah membuat kelonggaran dan telah mengumumkan pembukaan semula FREE VISA khas bagi negara ASEAN.
Berita ini seakan satu peluang yang telah lama ditunggu-tunggu, bagi korang yang dah lama teringin nak bercuti semula ke Indonesia, ini SOP terbaru yang dikongsi oleh Kevin Jonathan menerusi Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM)
. Semoga bermanfaat!KEMASKINI SOP KEMASUKAN PELACONG ASING KE INDONESIA PER 8 APRIL 2022
Kerajaan Indonesia telah memaklumkan pembukaan semula FREE VISA khas bagi warga ASEAN je. Korang boleh terus gerak gi Indonesia macam sebelum pandemik, senang kan?
Selain itu, kerajaan juga telah menambah fasiliti Visa on Arrival (VoA) dari 23 negara menjadi 43 negara non ASEAN.
VoA dan free visa ini boleh didapat dari mana-mana lapangan terbang antarabangsa yang telah dibuka untuk international flights, so tak semestinya masuk via Bali. Korang boleh je masuk via Jakarta atau Surabaya jugak.
Dalam masa dekat, kerajaan mencadangkan pembukaan semula airport Kuala Namu (Medan), Yogyakarta dan beberapa bandar lain untuk international flights, kena sabar sikit lagi je.
So, apa yg korang perlu siapkan kalau nak melancong ke Indonesia? Harini saya nak bagitau SOP kemasukan pelancong asing per 8 April 2022
Sebelum berlepas korang kena buat/beli:
Semasa ketibaan di Indonesia:
SOP DOMESTIC FLIGHT INDONESIA
Kalau nak travel ke bandar/pulau lain macamana pulak? Kena buat test antigen atau PCR lagi?
Setakat harini (8 April 2022), kerajaan mansuh kewajiban ujian saringan Covid bagi sesiapa yang dah ambik vaksin 3 dos. So, korang tak diwajibkan buat apa-apa saringan.
Buat yang tak ambik booster macam mana? Boleh je terbang domestik kat Indonesia, tapi kena buat ujian RTK max 24 jam sebelum jadual berlepas. Banyak klinik dekat Bali ataupun bandar lain yang buat RTK & PCR test.