Indonesia Terkejut, 2 Pulau Mereka Hilang Akibat Pemanasan Global

Share

Akibat pemanasan global yang semakin teruk berlaku di dunia menyebabkan perubahan paras laut yang sangat ketara. Jiran terdekat kita Indonesia turut terkena tempias diancam dengan kehilangan beberapa buah pulau mereka


Negara kepulauan seperti Indonesia yang mempunyai jutaan penduduk yang tinggal di kawasan dataran rendah meliputi kira-kira 17,000 pulau. Terbaru, dua pulau kecil di Sumatera Selatan telah dikesan hilang dari pandangan ekoran kenaikan paras air laut akibat fenomena perubahan iklim.

Data didedahkan Forum Indonesia untuk Alam Sekitar menunjukkan Pulau Betet dan Pulau Gundul yang secara teknikalnya berada di bawah pentadbiran Kabupaten Banyuasin telah tenggelam dan kini berada pada satu meter dan tiga meter di bawah paras laut. Kedua-dua pulau berkenaan tidak berpenghuni. Salah satu daripadanya, Betet adalah sebahagian daripada Taman Negara Berbak-Sembilang.


  • Empat pulau lain di kawasan itu juga akan tenggelam kurang daripada empat meter di bawah peras laut jika tiada langkah penting diambil untuk menangani masalah kenaikan paras laut. Pulau tersebut adalah Pulau Burung yang kini berada pada paras laut, Pulau Kalong dan Salah Namo pula berada dua meter di atas paras laut manakala Pulau Kramat berada tiga meter di atas paras laut.
  • Terdapat 23 pulau kecil terletak di luar pantai timur Banyuasin di Sumatera Selatan. Sebahagian daripada pulau itu juga dikatakan tidak berpenghuni manakala Pulau Salah Namo mempunyai penduduk.
  • Penduduk Pulau Salah Namo telah engetahui kenaikan air akan berlaku di pulau tersebut dan beberapa penduduk telah berpindah beberapa meter dari kawasan asal. Kebanyakan penduduk yang berpindah di pulau tersebut pada 1970 untuk menjalani kehidupan lebih baik dengan menanam padi dan menjadi nelayan. Seterusnya pada 1990, mereka mempunyai ladang yang luas di hadapan rumah masing-masing bagi membolehkan pelbagai aktiviti dilakukan.





Sumber: Astro Awani

Oleh
Husna