Indahnya Bumi Lembah Danum Sabah, Tapi Sayang Ramai Belum Sampai Di Sini

Share

Terletak 83 kilometer ke barat daya Lahad Datu, Lembah Danum destinasi menggamit pengunjung terutama yang inginkan kedamaian.


image via google

Diiktiraf sebagai antara ekosistem paling kompleks di dunia, hutan ini habitat semula jadi spesies hidupan liar terancam seperti banteng, gajah Asia, harimau dahan, orang utan, monyet proboscis serta pelbagai fauna tanah rendah di Sabah.

Pusat Kajian Lapangan Danum terletak di kawasan hutan simpan seluas 40.877 meter persegi. Untuk ke sini, perjalanan menggunakan kereta atau pacuan empat roda dari Lahad Datu mengambil masa dua jam selepas melalui jalan utama Lahad Datu-Tawau selama 15 minit. Perjalanan selanjutnya melalui trek balak dan pastinya berbaloi untuk menikmati keindahan alam semula jadi di sini.

Sumber: Siti Noridah Et

Buntu tak tahu nak pergi mana lagi di dalam Malaysia? Mungkin boleh try ke Lembah Danum di Sabah.

Lembah Danum terletak jauh di dalam hutan hujan tropika, di bawah pengurusan hutan Yayasan Sabah. Kami menginap DVFC (Danum Valley Field Centre) yang menyediakan kemudahan untuk penyelidikan, pendidikan alam semulajadi dan rekreasi hutan hujan yang masih belum terusik. Kebanyakan mereka yang berada di DVFC adalah penyelidik, atau pelajar dalam dan luar negara yang membuat kajian kursus berkaitan haiwan liar dan alam semulajadi.




Kami sempat mencuba beberapa trekking trail, mandi air terjun/sungai, night safari dan beberapa aktiviti lain. Banyak serangga, haiwan liar, tumbuhan liar yang pertama kali kami lihat di sini. Paling tidak boleh lupa, kami jumpa gajah Pigmy yang teramatlah comel!


Tidak ramai pelancong Malaysia yang masuk ke dalam kawasan ini kerana proses mendapatkan permit agak rumit dan memakan masa. So far, trip Lembah Danum ialah the best domestic trip yang saya pernah pergi. Jom jom support tourism Malaysia!

 

Oleh
Admin