Terletak 83 kilometer ke barat daya Lahad Datu, Lembah Danum destinasi menggamit pengunjung terutama yang inginkan kedamaian.
image via google
Diiktiraf sebagai antara ekosistem paling kompleks di dunia, hutan ini habitat semula jadi spesies hidupan liar terancam seperti banteng, gajah Asia, harimau dahan, orang utan, monyet proboscis serta pelbagai fauna tanah rendah di Sabah.
Pusat Kajian Lapangan Danum terletak di kawasan hutan simpan seluas 40.877 meter persegi. Untuk ke sini, perjalanan menggunakan kereta atau pacuan empat roda dari Lahad Datu mengambil masa dua jam selepas melalui jalan utama Lahad Datu-Tawau selama 15 minit. Perjalanan selanjutnya melalui trek balak dan pastinya berbaloi untuk menikmati keindahan alam semula jadi di sini.
Buntu tak tahu nak pergi mana lagi di dalam Malaysia? Mungkin boleh try ke Lembah Danum di Sabah.
Ads
Lembah Danum terletak jauh di dalam hutan hujan tropika, di bawah pengurusan hutan Yayasan Sabah. Kami menginap DVFC (Danum Valley Field Centre) yang menyediakan kemudahan untuk penyelidikan, pendidikan alam semulajadi dan rekreasi hutan hujan yang masih belum terusik. Kebanyakan mereka yang berada di DVFC adalah penyelidik, atau pelajar dalam dan luar negara yang membuat kajian kursus berkaitan haiwan liar dan alam semulajadi.
Ads
Kami sempat mencuba beberapa trekking trail, mandi air terjun/sungai, night safari dan beberapa aktiviti lain. Banyak serangga, haiwan liar, tumbuhan liar yang pertama kali kami lihat di sini. Paling tidak boleh lupa, kami jumpa gajah Pigmy yang teramatlah comel!
Tidak ramai pelancong Malaysia yang masuk ke dalam kawasan ini kerana proses mendapatkan permit agak rumit dan memakan masa. So far, trip Lembah Danum ialah the best domestic trip yang saya pernah pergi. Jom jom support tourism Malaysia!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tahniah! Pemenang LIBUR X Sunway Lagoon Sharknado Alive!
Mohammad Faiz Samuri
Mohd Shamzuri bin Mohd Nor
Amirul iswan bin abd rahim
Muhammad Syafiq
Qurratu Ain Binti Baharul Hafidz
Maria Ahmad
Badrul Hisyam
Noor Izzati Mohd Salleh
Azirah Hussain
Izwan Hafiz
Syed Jamalulail
Surianti
Raja Noordin
Nor Aida Saad
Muhammad Faizun
Tg Nurulhidayah
Syahadah
Mohammad Nazrul Ameer
Norsila Mustapa Kamal
Mazru Azi
(PERADUAN TAMAT)
Dapatkan 40 tiket percuma yang dibawakan khusus untuk semua pembaca-pembaca Majalah Libur! Bersempena dengan cuti sekolah tak lama lagi, kami sedang mencari 20 orang pemenang bertuah untuk merasai sendiri pengalaman hebat berada di Sunway Lagoon Sharknado Alive!.
Pernah tak anda bayangkan satu hari nanti tempat tinggal anda dilanda bencana alam seperti angin kencang dan puting beliung, tapi dalam masa sama dipenuhi dengan ikan jerung yang menghempas ke merata-rata tempat dan menggigit orang ramai?!
Wow! Kalau anda tak pernah terbayangkan situasi itu berlaku, anda perlu menonton filem Sharknado arahan Syfy. Siri filem yang bermula dari tahun 2013 hingga 2018, mengisahkan sepasang suami isteri dibintangi Ian Ziering dan Tara Reid yang berhadapan tengan puting beliung dipenuhi ikan jerung ke mana-mana sahaja mereka pergi!
Filem fiksyen-sains berkonsepkan komedi seram itu pasti memberikan ketakutan, kejutan dan gelak ketawa anda seisi keluarga! Menambahkan lagi keseronokkan dan keterujaan, Sunway Lagoon dengan kerjasama Lynton V Harris & The Sudden Impact! Entertainment Company akan membawakan kepada anda, Sunway Lagoon Sharknado Alive! – tarikan terbaharu di Scream Park, Sunway Lagoon!
Pelbagai debaran dan keterujaan bakal anda rasai dalam pengembaraan Sunway Lagoon SharknadoAlive! di Scream park. Tidak seperti permainan hiburan bertema yang biasa, di Sunway Lagoon SharknadoAlive! anda akan rasai keseronokkan di dalam bentuk visual yang memukau mata dan bunyi-bunyian yang menggegarkan telinga, seolah-olah anda sedang berdepan dengan kawanan ikan jerung dalam pusaran puting beliung yang ganas!
Sekalipun pengembaraan hebat yang bakal ‘merenggut’ jantung anda itu akan berlaku selama 15 minit, Sunway Lagoon Sharknado Alive! pasti akan memberikan anda satu pengalaman baru yang tak akan dapat dilupakan.
Sebagai tarikan baru di Scream Park yang sebelum ini pernah menyaksikan permainan hiburan bertema seperti Ghostbusters Adventure Live!, Terminator, Night at The Museum, Prison Break LIVE! dan World War Z, Sunway Lagoon Sharknado Alive! bersedia untuk menerima kehadiran anda pada 10 Ogos 2019 bermula dari 11 pagi hingga 6 petang dengan harga RM202 bagi umur 12 tahun ke atas dan RM170 untuk yang berumur 11 tahun ke bawah.
Dengan harga tersebut, anda bukan sahaja dapat masuk ke Scream Park untuk merasai ‘keganasan’ Sunway Lagoon Sharknado Alive!, tapi juga akses ke semua permainan yang terdapat di dalam Sunway Lagoon!
Lengkap segala butiran di borang di bawah dan jawab soalan untuk melayakkan diri anda diisytiharkan sebagai pemenang!
Ayuh, jangan tunggu lagi, isi dan jawab segera peraduan di bawah!
Terma & Syarat Peraduan:
Tempoh peraduan ini berlangsung dari 29 Julai 2019 hingga 4 Ogos 2019.
Penganjur berhak untuk memendekkan atau memanjangkan tempoh peraduan tanpa notis awal.
Penganjur berhak membatalkan, menamatkan atau menggantung peraduan ini dengan notis yang diletakkan di laman sesawang Libur dan Facebook Majalah Libur atau dalam apa-apa cara lain yang difikirkan sesuai oleh pihak penganjur.
Semua penyertaan yang diterima selepas tempoh peraduan adalah terbatalkan secara automatik.
Satu penyertaan hanya sah untuk satu hadiah sahaja (2 tiket sahaja).
Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan sebarang penyertaan yang tidak lengkap.
Semua pemenang peraduan ini akan diumumkan di laman web Majalah Libur dan Facebook Majalah Libur dalam tempoh tidak lebih satu (1) minggu selepas tarikh akhir penyertaan.
Penganjur berhak untuk menggunakan sebarang kaedah atau cara lain yang dirasakan sesuai atas budi bicaranya sendiri bagi tujuan mengumumkan pemenang peraduan ini.
Penganjur berhak dengan budi bicaranya sendiri untuk menukar sebarang hadiah dengan hadiah yang sama nilainya tanpa notis awal.
Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, dibayar balik atau ditukar kepada sebarang bentuk atau ditebus dengan wang tunai atas sebarang sebab.
Peserta bertanggungjawab sepenuhnya dan menanggung liabiliti dalam sebarang kerugian, kemalangan, kecederaan, kerosakan dan tuntutan yang timbul akibat penyertaan dalam peraduan ini.
Dengan menyertai peraduan ini, peserta dan pemenang bersetuju bahawa penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama yang dikemukakan oleh peserta dan/atau pemenang di dalam peraduan ini) serta penyertaan untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang pampasan atau notis dan setiap peserta, pemenang dan/atau pihak ketiga tidak layak untuk membuat sebarang tuntutan bagi penggunaan penyertaan oleh penganjur.
Pertandingan telah tamat tempoh. Terima kasih kepada yang telah menyertai pertandingan ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Di sini Libur kongsikan kepada anda kalendar cuti umum dan perayaan Singapura tahun 2019. Mungkin ada perubahan daripada segi tarikh dan perayaan, jadi dinasihatkan untuk semua supaya terus semak tarikh-tarikh penting dari semasa ke semasa.
Bulan Januari
Tarikh
Hari
Cuti
1 Jan
Selasa
New Year’s Day
Bulan Februari
Tarikh
Hari
Cuti
5 Feb
Selasa
Chinese New Year
6 Feb
Rabu
Chinese New Year Holiday
Bulan April
Tarikh
Hari
Cuti
19 April
Jumaat
Good Friday
Bulan Mei
Tarikh
Hari
Cuti
1 Mei
Rabu
Labour Day
19 Mei
Ahad
Vesak Day
20 Mei
Isnin
Vesak Day Holiday
Bulan Jun
Tarikh
Hari
Cuti
5 Jun
Rabu
Hari Raya Puasa
Bulan Ogos
Tarikh
Hari
Cuti
9 Ogos
Jumaat
National Day
11 Ogos
Ahad
Hari Raya Haji
12 Ogos
Isnin
Hari Raya Haji Holiday
Bulan Oktober
Tarikh
Hari
Cuti
27 Okt
Ahad
Deepavali
28 Okt
Isnin
Deepavali Holiday
Bulan Disember
Tarikh
Hari
Cuti
25 Dis
Rabu
Christmas Day
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bagi pengembara pengalaman travel secara memandu di negara luar sangat berbeza dan memberi pengalaman tersendiri.
Namun keseronokannya dapat merasai pengalaman yang lain daripada lain, apatah lagi pemeriksaan di sana lebih ketat.
Seperti pengalaman Marzuki Mustaffa yang memandu dari Madinah ke AIUla. Menurutnya agak sukar untuk menyewa kereta di sana jika tidak mempunyai ID pekerja Arab Saudi.
Namun mereka berjaya lepasi halangan ini dengan bantuan kenalan rakyat Malaysia yang bekerja di sana.
Lebih mencabar kerana pemanduan adalah di sebelah kiri berbeza dengan tempat kita yang memandu dari sebelah kanan.
Perjalanan mengikut arah google map dan agak bosan sedikit kerana pemandangan hanya pasir dan bukit berbatu.
Malah jika disaman, kadarnya lebih tinggi berbanding di Malaysia dan harus membayar di lapangan terbang sebelum dibenarkan menaiki penerbangan ke Malaysia.
1 Feb 2020. Perjalanan dari Madinah ke AlUla. Lebih kurang 400km ke utara Madinah. Sempena EcoTrail AlUla semasa Winter at Tantora Festival.
Kami sewa kereta pandu sendiri untuk perjalanan ni. Sepatutnya kami sewa kereta di Airport Madinah tetapi di sana kereta semua dah habis.
145549343_10158404184597690_528601051489509787_n
Masalah timbul apabila hendak sewa kereta luar daripada airport. Mereka tidak terima orang luar tak ada ID pekerja Arab Saudi. Masalah selesai dengan bantuan kenalan rakyat Malaysia yang bekerja di Saudi.
Kami sewa kereta di Alwefaq Rent A Car. Antara syarikat sewa kereta yang besar di Arab Saudi. Keperluan kami adalah kereta yang besar atau 4×4 tapi tak ada.
Kami hanya mampu sewa kereta sedan yang sederhana besar. Kereta Chang’An model Aslvin 1.5L buatan China. Untuk pengetahuan, Chang’An Automobile (Group) Co., Ltd. merupa antara syarikat kereta terbesar di China. Ia ditubuhkan pada 1862, maknanya 159 tahun dahulu.
Harga sewa kereta ni 130SR sehari untuk maksima 300km sehari. Dengan deposit 2000SR. Kami sewa 10 hari bermakna kami dapat 3000km perjalanan. Untuk sewa kereta di Saudi, pemandu perlu ada International Driving Permit.
Dengan pemanduan sebelah kiri, mulanya terasa jangal semasa hendak tukar gear dengan tangan kanan. Kalau di bulatan atau simpang tiga, saya hanya mengikut kereta di hadapan untuk menyesuaikan diri dengan jalanraya. Berhati-hati memandu di Arab Saudi.
Banyak kamera had laju serta kamera di simpang lampu isyarat. Saman kerana memandu melebihi had laju antara 1000-2000 SR.
Manakala saman kerana melanggar lampu isyarat pula lebih tinggi lagi. Kalau kena saman, masalah timbul bila kita nak balik ke Malaysia. Semuanya harus dibayar di lapangan terbang.
Perjalanan ke AlUla, kami guna google map serta papan tanda. Entah betul atau tidak jalanraya yang kami guna tu kurang kenderaan, tetapi mengikut google, ianya menuju ke AlUla.
Perjalanan amat baik, kiri kanan adalah padang pasir. Jalanraya pun bagus cuma terasa bosan kerana pemandangan hanya pasir dan bukit berbatu. Sempat singgah di kedai makan tepi jalan untuk sarapan. Kami pilih menu roti dengan kari ayam.
Sambung perjalanan, kali ni pemandangan cantik sikit tapi jalanraya bertambah kecil. Unta, unta. Nampak di hadapan unta melintas jalan. Maklum le di Malaysia hanya nampak lembu melintas jalan.
Di sini unta yang melintas. Teruja rasa dan kami terus berhenti untuk merakam memori. Sambil menikmati pemandangan padang pasir dan bukit berbatu yang tak sama di Malaysia.
Perjalanan mengambil masa 5 jam termasuk berhenti rehat untuk makan. Apabila sampai di Sahary Resort Al Ula, cantiknya lebih lagi. Penginapan yang di bina antara bukit berbatu. Kiri kanan hanya nampak bukit.
Kami sampai waktu tengahari, tapi suhu di sana amat nyaman. Tidak panas walaupun ada matahari. Suhu dalam 20°c. Waktu pagi dalam 10°c. Waktu malam lagi sejuk. Bahagian Al Ula akan dicerita dalam bab lain.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...