Ikan Lumba-Lumba Ditemui Mati Terdamar Di Pantai Serandu, Pekan

Share

Tak sangka ada ikan lumba-lumba ‘singgah’ di sebuah pantai di Pekan, Pahang. Namun sayangnya, hanya bangkai yang kelihatan.

Seekor ikan lumba-lumba telah ditemui mati terdampar di Pantai Serandu pada petang  21 April 2020. Pantai Serandu, sebelum ini merupakan pantai tumpuan popular penduduk tempatan untuk beriadah dan bersiar-siar bersama keluarga.

Menerusi perkongsian di facebook rasmi Jabatan Perikanan Negeri Pahang, pihaknya bersama Pejabat Perikanan Daerah Pekan segera ke lokasi kejadian sebaik menerima aduan penemuan ikan lumba- lumba terdampar di pantai berkenaan.

Ikan lumba-lumba daripada spesis Indo-Pacific humpbacked dolphin (Sousa chinensis) itu sepanjang 244cm dan berat anggaran 170 hingga 200kg. Bagaimanapun, jantinanya dan punca kematian tidak dapat dikenal pasti.

Berdasarkan siasatan awal badan ikan itu mulai mereput dan dijangka mati kurang tempoh seminggu dan bangkai ditanam berhampiran pantai berkenaan. Ikan ini adalah spesis dilindungi di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan Yang Terancam) (Pindaan) 2008.

Sumber: Sinar Harian

 

Oleh
Husna