Kalau ke Pangkor memang wajib beli Ikan Bilis Mata Biru yang harganya memang agak mahal kerana kualiti dan rasanya yang terbaik. Namun apa yang menjadi fenomena penduduk di Pulau Pangkor sejak Jumaat yang lalu adalah apabila ikan bilis ‘kayangan’ ini timbul di darat.
Kejadian yang berlaku di Pantai Pasir Bogak menggemparkan penduduk di pulau bebas cukai itu. Malah ada yang mengatakan bahawa fenomena seumpama itu adalah pertama kali berlaku sejak mereka tinggal di situ.
Dalam satu rakaman video menunjukkan pengunjung mengutip ikan bilis segar di pantai berkenaan yang tular di media sosial pada Ahad.
Menurut laporan yang dibuat oleh Sinar Harian online, penduduk di Pulau Pangkor yang dikenali sebagai Roslan Ahmad, 58, berkata, kejadian itu merupakan pertama kali berlaku sepanjang dia membesar di pulau berkenaan sebagai nelayan.
“Ini luar biasa tidak pernah berlaku pun sebelum ini. Hanya di pantai Pasir Bogak, pantai lain seperti Teluk Nipah tiada pula.
“Beberapa hari ini penduduk dan pengunjung mengambil kesempatan memenuhi kawasan pantai mengutip ikan itu. Sedap direbus dan buat cucur ikan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.
Ads
Menurutnya, kejadian itu mula disedari oleh rakannya yang ternampak biasan cahaya bersinar-sinar di pesisir pantai sekitar jam 8.30 malam.
“Bila dilihat dari dekat nampak ribuan ikan bilis berselerak. Kejadian ini mungkin berlaku disebabkan air pasang dan bulan penuh.
“Semalam ada juga penduduk yang menunggu untuk menyaksikan sendiri kejadian itu tetapi tiada ikan bilis yang naik. Sekali itu sahaja, lepas tu tiada,” katanya.
Ads
Roslan berkata, kebiasaannya ikan bilis ini ditangkap nelayan sekitar lima hingga 10 batu nautika.
“Ini rezeki buat penduduk dan nelayan setempat. Tidak dinafikan hasil tangkapan akhir-akhir ini tidak putus-putus.
Ads
“Saya menganggap ia satu tanda kebesaran daripada Allah SWT,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Perikanan Perak, Noraishah Hashim berkata, pihaknya akan meneliti bagi mengetahui punca fenomena yang berlaku itu.
Jelasnya, satu batu nautika dari pesisiran pantai adalah zon konservasi kawasan pembiakan semua jenis ikan.
Sumber: Sinar Harian
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tiga maut manakala 16 lagi cedera dalam satu kebakaran di sebuah pusat beli-belah di bangunan Central World Complex di Bangkok, Thailand semalam.
Pusat membeli-belah ini terletak betul-betul di pusat bandar Bangkok dan kawasan kunjungan ramai. Kebakaran itu berlaku di lokasi tarikan pelancong, hanya beberapa hari sebelum cuti perayaan Songkran dari 13 April hingga 15 April.
Kebakaran dikatakan bermula dari bilik simpanan dokumen di tingkat lapan. Laporan video media tempatan menunjukkan seorang mangsa terjun dari bangunan berkenaan. Bomba yang bergegas ke tempat kejadian memberitahu api berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam masa satu jam. Namun punca kebakaran masih dalam siasatan.
Bangunan Central World Complex mempunyai pusat beli-belah, pejabat dan hotel, telah ditutup buat sementara waktu. Sebelum ini, Gabenor Bangkok Assawin Kwanmuang memberitahu tiga orang maut, seorang di tempat kejadian sementara dua lagi di hospital.
Kesan koronavirus (COVID-19) menyebabkan industri pelancongan tanah air berhadapan kerugian yang sangat besar. Selain sektor penerbangan, sektor perhotelan juga menerima impak yang teruk dan sangat nazak ketika ini.
Sejak Januari 2020 lalu, industri perhotelan menerima pembatalan tempahan bilik secara mendadak dan sehingga kini telah mencecah angka 193,000 bilik dengan nilai kerugian lebih RM75 juta.
Dalam tempoh kawalan pergerakan selama 14 hari ini, hampir kesemua hotel tidak dapat beroperasi sepenuhnya. Menurut sumber Sinar Harian, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia, Yap Lip Seng berkata tempoh ini sahaja industri perhotelan menganggarkan kerugian pendapatan industri hotel lebih daripada RM500 juta.
Buat masa ini, objektif utama pengusaha hotel adalah untuk meneruskan operasi dalam keadaan kerugian yang paling rendah dengan kos upah dan gaji adalah antara yang paling besar.
Berdasarkan sumber Persatuan Hotel Malaysia, setakat 20 Mac lalu, seramai 2,041 pekerja sektor perhotelan di seluruh negara telah diberhentikan manakala anggaran kerugian pendapatan industri hotel berikutan Perintah Kawalan Pergerakan berjumlah RM560,720,981.
Industri perhotelan di Kuala Lumpur paling terkesan dengan kerugian bernilai RM24 juta diikuti Sabah RM11 juta dan Selangor RM9 juta.
Persatuan Hotel Malaysia ketika ini mewakili industri dalam rundingan diskaun dengan pembekal-pembekal servis kepada ahli-ahlinya untuk mengurangkan kos operasi hotel. Mereka juga berharap kerajaan akan memperkenalkan lebih bantuan kewangan kepada industri dengan beban dan kekangan aliran tunai yang serius.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Terengganu negeri yang kaya dengan pemandangan pantai yang indah, justeru itu 5 pantai yang menarik ini Libur cadangkan kepada anda. Jangan tunggu lama lagi, cuti sekolah dah nak dekat. dah boleh mula rancang percutian anda sekarang.
1. Pantai Batu Buruk
Pantai Batu Buruk terletak berhampiran dengan Kuala Terengganu. Dah alang-alang sampai ke Kuala Terengganu tu, jom singgah sebentar ke sini. Kalau ada perancangan nak ke sini, pastikan anda bawa sekali kelengkapan untuk berkelah. Pantai ni memang menarik dijadikan tempat untuk beriadah bersama keluarga tersayang. Bawa la layang-layang, boleh anda bermain bersama anak-anak.
2. Pantai Kelulut
Pantai ini terletak di Marang dan istimewa mengenai tempat ini adalah restoran-restoran yang menyajikan makanan laut sepanjang pesisir pantai. Makanan yang special di sini adalah ikan bakar.
3. Pantai Teluk Lipat
Kalau anda bercadang nak ke Pantai Teluk Lipat ni, singgah juga ke Pantai Teluk Gadong kerana kedua pantai ini bersambungan antara satu sama lain dek kerana pantainya yang panjang. Pemandangan di pantai ini cantik dan sesuai untuk anda beraktiviti bersama keluarga. Kalau petang-petang, anda akan dapat lihat ramai pelajar dari UiTM Dungun menghabiskan masa petang mereka di sini.
4. Pantai Teluk Bidara
Pantai ini juga terletak di Dungun. Pantai ini agak panjang, jadi memang puas anda nak bermain kejar-kejar dengan anak-anak. Main layang-layang pun sangat menyeronokkan kerana pesisir pantainya yang cantik dan bersih. Pasirnya juga halus, memang membuatkan rasa seronok berjalan di sekitar pantai ini tanpa memakai kasut atau selipar. Air pantai di sini sangat biru, mampu membuatkan anda asyik ketika berada di sini.
5. Pantai Penarik
Pantai Penarik ni selalu di singgahi oleh mereka yang dalam perjalanan menuju ke Kelantan. walaupun menjadi tempat persinggahan atau R&R kepada si musafir, tak dinafikan tempat ini sangat cantik untuk dilawati bersama keluarga. Di sini mempunyai beberapa kedai makanan laut yang menyediakan makanan yang cukup enak untuk santapan anda. Pantai di sini jauh lebih putih dan halus berbanding pantai-pantai yang lain, malah air lautnya juga lebih biru dan cantik.
CONTEST!!CONTEST!!CONTEST
Dah habis tengok video ni, LIBUR nak bagi korang feel sendiri ke KL Museum of Illusions ni.
Syarat mudah nak menang tiket Museum of Illusions
LIKE & FOLLOW FB Majalah Libur
Share video ni di wall korang (PUBLIC)
Tag 2 orang kawan &…
Jawab 2 soalan mudah ni di ruangan komen
1. Berikan nama 3 bilik ilusi yang ada di Museum of Illusions KL?
2. Bilakah waktu operasi Museum of Illusions KL?
HADIAH HADIAH HADIAH!!!
12 Pemenang dengan jawapan paling tepat dan pantas akan memenangi:
*** 4 Tiket Museum Of Illussions KL Setiap Seorang
Tarikh tutup: 30 NOVEMBER 2022
JANGAN LEPASKAN PELUANG!!!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!