Idea Travel 34 Jam Bawa Famili Jalan Jauh. Trip Balik Hari Dari Johor Ke Kelantan Guna Kereta Api

Share

Menggunakan perkhidmatan keretapi untuk travel dari satu tempat ke satu tempat masih relevan hari ini. Ramai pelancong hari ini memilih untuk menaiki kemudahan pengangkutan keretapi untuk ke pelbagai destinasi.

Jangan kata penumpang kanak-kanak sahaja yang seronok dapat menaiki keretapi, orang dewasa pun ada yang begitu teruja berpeluang menggunakan keretapi sebagai pengangkutan ketika bercuti.

Tetapi cara keluarga kecil ini bercuti menggunakan khidmat kereta api memang sangat unik. Mana tidaknya, mereka hanya memperuntukkan masa hanya seharian sahaja untuk trip dari Johor ke Kelantan. Umum mengetahui, jarak antara negeri di Selatan dan Pantai Timur ini bukannya dekat, namun idea percutian yang dilakukan keluarga ini memang lain daripada lain.

Jom baca perkongsian daripada Hanahumara Harris

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Di sini sy mengambil kesempatan nak berkongsikan pengalaman kecil kami satu family naik KTMB perjalanan JB Sentral – Tumpat – JB Sentral.


Kami naik ERT Ekspress Rakyat Timuran atau sleeper train dan ambil koc tempat tidur. Perjalan yang mengambil masa pergi balik lebih 34 jam. Gerak dari JB Sentral 7.15 malam sampai Tumpat 12.30 tengah hari dan kami pulang pada hari yang sama jugak pukul 7 malam.

  • Sementara tunggu tren pukul 7malam tu kami ambil kereta sewa round area Tumpat.
  • Cume nk kongsi naik tren amek koc tempat tidur, memang seronok dan selesa. Lagi-lagi masa musim pandemik Covid ni tak boleh nak jalan luar negara kan, ape kate kita jalan-jalan dalam negara kita sahaja.
  • Harga tiket sehala: Tiket Dewasa RM56 & Tiket Kanak kanak RM18
  • Tempat menarik yg kami lawati di Kelantan antaranya ialah Pantai Sri Tujuh & Pengkalan Kubor. Di area pantai banyak kedai makan celup tepung. Ingat nak makan masakn kelantan tapi turun train anak dah lapar sangat makan jela kt sini.
  • Train ERT ini hanya ade kt laluan Johor ke Kelantan je. Kalau tak nak ke Tumpat boleh ke Wakaf Baru, Gua Musang atau tempat lain kat Kelantan atau pun tempat popular sekarang kat Kelantan, Dabong.

Tak tahu ERT ni sampai bile sebab dengar-dengar tak lame lagi akan ditamatkan dan akan ditukarkan dengan kereta api laju. Ini salah satu percutian kami sekeluarga dalam negara. Mana tahu dapat memberikan inspirasi atau idea pada kawan-kawan.

Oleh
Husna