Ibu Bapa Nora Anne Fail Saman Terhadap The Dusun Resort Kerana ‘Cuai’

Share

Ibu bapa remaja Ireland Nora Anne Quoirin yang maut ketika bercuti di Pantai, Seremban Ogos tahun lepas, Sebastian Marie Phillipe dan Meabh Quoirin memfailkan saman sivil terhadap operator resort tempat mereka menginap dan bercuti ketika kejadian.


Daripada petikan status di Facebook Page Jumpa Kat Mahkamah , Peguam Sankara Nair yang mewakili keluarga itu berkata, peringkat pengurusan kes tersebut ditetapkan pada 21 Jan ini di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan

Saman berkenaan difailkan oleh bapa dan ibu Nora, iaitu Sebastian dan Meabh Quoirin terhadap operator The Dusun Resort, Helen Marion Todd kerana cuai. Menerusi tuntutan itu, mereka mendakwa operator gagal memastikan keselamatan premis, tidak memasang kamera keselamatan dan tidak menyelenggara serta memastikan keupayaan selak pintu bilik diinap mereka.




Kes kehilangan Nora Anne pada 4 Ogos tahun lalu mendapat perhatian media tempatan dan antarabangsa. Misi mencari dan menyelamat mangsa menemui jalan buntu apabila pencarian di beberapa kawasan gagal mengesan mangsa.

Bagaimanapun selepas 10 hari pencarian, mayat remaja itu berjaya ditemui di kawasan lurah kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi kehilangannya. Post mortem menunjukkan beliau meninggal dunia kerana pendarahan gastrointestinal, mungkin disebabkan lapar atau tekanan. Pihak berkuasa berkata, tiada perbuatan jenayah terlibat.

Dalam pada itu operator resort tersebut menyatakan pihak pengurusan resort tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara terbabit buat masa ini.

Ini antara komen yang ditinggalkan netizen dalam ruangan status page facebook tersebut.








Apa pendapat korang pula?

Oleh
Husna