Pelancong dan sesiapa sahaja dianggap melakukan kesalahan berat sekiranya didapati merakam gambar atau berswafoto ketika pesawat sedang berlepas atau sedang mendarat berhampiran Pantai Mai Khao, Phuket. Biar betul ni?
Pihak berkuasa Thailand menjelaskan, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman mati kerana mengganggu juruterbang dan keselamatan kesemua penumpang kapal terbang.
Mereka turut memberi amaran kepada pelancong bahawa ia adalah hukuman paling maksimum yang boleh dikenakan mengikut Akta Navigasi Udara 1978 sekiranya pelancong atau penduduk tempatan masih berdegil. Manakala hukuman lebih ringan termasuk denda sehingga 40,000 baht (RM5,126) atau penjara sehingga 20 tahun.
Ads
Kebanyakan pelancong berkunjung ke situ untuk merakam gambar atau berswafoto di kawasan pantai dengan latar belakang pesawat berlepas atau mendarat di lapangan terbang sibuk itu sebelum memuat naik gambar di akaun media sosial. Pantai Mai Khao, Phuket menjadi tarikan ramai kerana sudah terkenal di seluruh dunia sebagai lokasi mengambil gambar dengan kapal terbang dari jarak dekat. Ramai yang tidak mahu melepaskan peluang itu, sehinggakan kawasan sekitar itu turut menempatkan pelbagai gerai jualan kerana penduduk tempatan akui pelancong sentiasa ramai berkungjung ke situ.
Ads
Namun tindakan itu menimbulkan kemarahan pihak lapangan terbang yang berjanji akan mendesak pihak berkuasa untuk menutup sebahagian kawasan pantai itu kerana boleh menyebabkan kemalangan.
Ads
Mereka tidak menjelaskan bagaimana ia boleh mengundang bahaya tetapi tindakan itu dipercayai berpotensi memberi gangguan kepada juruterbang, sama seperti dron dan pen laser. Timbalan pengurus besar lapangan terbang, Vijit Keawsaitiam berkata, pihaknya sedang berusaha mewujudkan satu zon larangan di bawah laluan pesawat untuk menghalang pelancong mengambil gambar terlalu dekat.
Sejak pintu sempadan dibuka, mesti dah ramai yang plan untuk bercuti ke luar negara. Pulau Bali antara destinasi percutian yang sering menjadi pilihan pengembara dari Malaysia dan seluruh dunia.
Mempunyai banyak kuil yang dikenali sebagai Pura, salah satunya adalah Pura Penataran Agung Lempuyang yang mendapat jolokan ‘The Gates Of Heaven’ dan berlatar belakangkan Gunung Agung yang terkenal di Bali. Selain itu, Pura Tanah Lot dan juga menyaksikan tarian Kecak yang cukup popular di kalangan masyarakat Hindu di sana juga merupakan tarikan setiap pelancong yang datang bercuti.
Untuk mengetahui SOP terkini bagi yang ingin melawat ke Pulau Dewata ini, Jack S Adli berkongsi apa yang diperlukan untuk travel ke Bali. Jack juga memberikan beberapa info terkini tentang keadaan di Bali.
Trip ke Bali.
SOP kemasukan bagi mereka yang sudah lengkap 2 dos@3 dos vaksin covid 19. [update 21 april 22]
Sebelum berlepas.
Muat turun app PeduliLindungi.
Lakukan ujian PCR 48jam.
3.sediakan salinan bukti sijil vaksin.
1 hari sebelum berlepas isi pengisytiharan kastam secara online di e-CD.
Semasa di KLIA2
-Anda perlu datang ke kaunter untuk pengesahan sijil vaksin dan keputusan ujian PCR 48jam baru boleh memasuki balai perlepasan.
Ketibaan
Checkpoint pertama
: Memeriksa Apps PeduliLindung sudah di muat turun dan di isi data peribadi.
Check point kedua
: Sediakan Dokumen Berikut untuk diperiksa
Pasport
Bording Pass
Sijil Vaksinasi
Keputusan ujian PCR 48jam
Pemeriksaan immigresen
: Cop pasport
Malaysia tersenarai dalam 9 negara VEA tidak perlu membayar apa apa untuk masuk selama 30hari.
Pemeriksaan Kastam.
sekiranya anda sudah mengisi e-CD sebelum berlepas, anda hanya perlu scan bar kod dan menunjukkan pasport.
[ 1 orang mewakili setiap kumpulan]
Kesemua proses ketibaan mengambil masa sekitar 10 – 15 minit untuk selesai dan keluar.
Insurans.
walaupon tidak ada penetapan khas namun anda harus bersedia jika terjadi sesuatu yang tidak diingini. saya mengambil 2 insuran.
Travel insuran biasa
JagaWisata khas untuk Covid 19 di indonesia.
Keadaan di BALI
Airport masih Sunyi sepi dengan kedai kedai yang masih tutup.
Kesemua tempat lawatan beroperasi seperti sediakala dan tidak begitu sesak buat masa ini.
Pantai Kuta
70% kedai kedai masih tutup namun pantainya tetap meriah dengan pelancong melakukan sukan pantai.
Berangkatan Pulang ke Malaysia
masih perlu melakukan ujian PCR 48jam sebelum berlepas.
Check in kaunter untuk pemeriksaan pengisian my sejahtera [traveller]
Tiba Di Malaysia
Harus lakukan Professional RTK test dalam masa 24jam.
Arab Saudi dijangka akan melancarkan visa baharu kepada pelancong pada hujung bulan ini bagi membolehkan rakyat daripada 51 buah negara untuk melawat negara berkenaan termasuk pelancong dari Malaysia dengan yuran sebanyak SR300 (RM334) di mana pemohon perlu membuat bayaran tambahan sebanyak SR140 (RM155) bagu tujuan insurans perubatan.
Sumber dari Saudi Gazette mengatakan bahawa tempoh sah laku adalah setahun dari tarikh pengeluaran visa dan pemohon boleh tinggal di Arab Saudi selama tiga bulan untuk setiap lawatan dan tidak lebih 180 hari.
Proses permohonan visa melalui sistem elektronik akan megambil masa 30 minit atau pelancong boleh melalui proses permohonan visa semasa ketibaan apabila tiba di Arab Saudi. Tambahan yang lebih baik untuk pemohon adalah setiap permohonan tidak lagi memerlukan tiket balik ataupun bukti tempahan hotel tetapi memadai pemohon menyertakan alamat untuk permohonan visa tersebut.
Selain daripada itu, salinan visa tidak diperlukan tetapi mencukupi salinan digital selain dan pasport perlu sah sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan.
Kelebihan pada visa baharu yang akan diperkenalkan ini adalah umat Islam yang menjalankan ibadat umrah diluar musim haji boleh memasuki Mekah, melawat Madinah serta bandar-bandar lain di Arab Saudi sebagai pelancong.
Dengan cara ini, kerajaan Arab Saudi membuka jalan untuk masyarakat dunia melihat keindahan Arab Saudi serta membolehkan negara tersebut meningkat sumber pendapatan selain hasil minyak dan bilangan negara mendapat faedah daripada visa ini dijangka meningkat pada suku pertama tahun hadapan di samping yang sedia ada seperti Amerika Syarikat, Korea Selatan, Perancis, United Kingdom, Croatia, Singapura, Malaysia dan China.
Jadi apa pendapat anda? Adakah pembaharuan ini bagus untuk pelancong atau akan memberikan sedikit tekanan kepada ejen umrah kerana lebih banyak Free & Independence Traveler (FIT) yang akan ke Arab Saudi tanpa melalui ejen?
Bukan semua destinasi yang boleh wanita kunjungi, ada beberapa lokasi yang melarang kehadiran wanita yang mana ia mempunyai sebab tersendiri.
Kedengaran pelik namun ini adalah kenyataan dan mungkin disebabkan elemen-elemen kepercayaan serta tradisi tempat itu sendiri.
Enam lokasi ini melarang keras kehadiran wanita, jadi para wanita, sila elakkan daripada mengunjungi tempat ini ya.
Kelab Burning Tree, Maryland, Amerika Syarikat
Kelab Burning Tree yang terletak di Bethesda, Maryland, Amerika Syarikat adalah merupakan kelab golf eksklusif yang dibina khas sejak tahun 1922 untuk menerima kehadiran golongan atasan, ahli monarki serta pemimpin berkuasa dunia yang terdiri daripada kaum lelaki sahaja.
Kemasukan ke Burning Tree hanyalah melalui jemputan khas sahaja. Antara tetamu yang pernah hadir ke lokasi eksklusif itu termasuk barisan Presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy, Harry S. Truman serta Franklin D. Roosevelt.
Kehadiran wanita di lokasi adalah tidak dibenarkan melainkan atas permintaan istimewa dan sebab-sebab tertentu sahaja.
Kelab itu direka oleh arkitek terkemuka Alister MacKenzie.
Gunung Athos, Greece
Lokasi indah yang menghadap laut Aegean ini adalah merupakan lokasi penting dalam ajaran Ortodoks di Eropah sejak sekian lama.
Dengan saiz melebihi 335 kilometer (km) persegi, gunung yang turut dikenali sebagai ‘Agion Oros’ atau gunung suci berfungsi untuk melatih agamawan yang datang dari serata benua itu.
Pada satu-satu masa, hanya 100 penganut Orthodox dan 10 jemaah luar dibenarkan memasuki kawasan bangunan yang tersergam di gunung berkenaan.
Sejak lebih 1,000 tahun, Gunung Athos mengekalkan tradisinya untuk tidak membenarkan mana-mana wanita memasuki kawasan itu.
Menelusuri sejarah, langkah itu dibuat bagi menghormati kehadiran The Virgin Mary ke kawasan itu sejak dahulu kala dan menukarkan kawasan pergunungan yang sebelum ini penduduknya mengamalkan ajaran paganisme kepada ajaran Ortodoks Kristian.
Usaha dibuat sehingga kini bagi memastikan hanya The Virgin Mary satu-satunya wanita yang pernah menjejaki kaki ke kawasan itu.
Pulau Okinoshima, Jepun
Beralih dari Gunung Athos, kita bercakap pula mengenai fakta di Pulau Okinoshima yang berhampiran dengan Kyushu dan menempatkan tiga pulau utama di sekelilingnya iaitu Koyajima, Mikadobashira dan Tenguiwa.
Pulau ini berfungsi sebagai lokasi keramat untuk melakukan ritual khasnya buat agama Shinto di Jepun sejak abad ke 4.
Terdapat beberapa pantang larang dan tradisi melibatkan pengunjung di pulau berkenaan.
Pertamanya, hanya kaum lelaki sahaja dibenarkan memasuki kawasan pulau. Mereka tidak dibenarkan untuk mendedahkan apa-apa perkara yang dilihat atau didengari di pulau berkenaan.
Pengunjung antara lain tidak dibenarkan memakan haiwan sesuka hati terutama yang mempunyai empat kaki.
Golongan wanita tidak dibenarkan mengunjungi pulau kerana mengikut ajaran Shinto, darah haid kaum wanita adalah tidak suci dan tidak boleh ‘mencemari’ pulau berkenaan.
Hanya 200 lelaki dibenarkan memasuki pulau pada satu tarikh istimewa iaitu 27 Mei setiap tahun.
Mengapa 27 Mei? Tarikh ini merupakan tarikh bagi memperingati perang yang berlaku berhampiran pulau berkenaan. Salah satu syarat yang harus mereka ikuti adalah untuk berendam di pantai tanpa seutas benang. Ia merupakan simbolik penyucian buat pengunjung lelaki sebelum boleh ke lokasi-lokasi lain di pulau berkenaan.
Pulau ini telah diisytiharkan sebagai tapak warisan oleh Tapak Warisan Dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2017.
Gunung Omine
Gunung yang terletak di Nara, Jepun ini amat dikenali untuk menguji tiga cabaran keberanian.
Secara rasminya, gunung ini dikenali sebagai Gunung Sanjo. Namun, disebabkan lokasinya yang terletak di banjaran Omine, ia lebih dikenali dengan nama berkenaan oleh masyarakat Jepun.
Gunung ini menjadi lokasi penyembahan utama agama kuno Shugendo.
Sejak sekian lama, hanya golongan lelaki dibenarkan mendaki gunung yang mana puncaknya menempatkan sebuah tokong dikenali Ominesanji di ketinggian lebih 5,000 kaki. Tradisinya dikekalkan sehingga kini.
Kuil Sabarimala, India
Kuil Hindu ini terletak di Kerala, India. Meskipun larangan jantina tidak lagi dipraktikkan di kuil ini, namun sejak 1991 lagi, kuil ini menjadi kawasan larangan buat wanita yang masih menjalani proses ovulasi atau erti kata lain, berada dalam tempoh subur.
Ini disebabkan kepercayaan bahawa dewa itu masih bujang.
Bagaimanapun, larangan ini berjaya dicabar oleh kumpulan pejuang hak asasi manusia pada 2018 yang kemudiannya menyebabkan mahkamah India mengisytiharkan bahawa setiap jantina dan usia dibenarkan memasuki kuil untuk beribadat.
Setiap tahun, kuil ini menerima sekitar 40 juta hingga 50 juta pengunjung.
Kuil Kartikeya, India
Kuil Kartikeya yang terletak di bandar Pehowa, Haryana ini adalah merupakan struktur bersejarah yang dibina sejak abad ke-lima.
Wanita dilarang sama sekali untuk berada di kuil ini atas dasar kepercayaan terhadap kisah dewa, yang merai brahmachari iaitu penjelmaan bentuk Tuhan Kartikeya. Dikatakan bahawa pemuja sejati kuil ini tidak pernah tewas dalam pertempuran hidup.
Sumber: Astro Awani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!