Travel

Hotel Mesra Kanak-kanak Paling Murah Di Kuala Lumpur, Dekorasi Superb!

Share

Kalau anda cari hotel mesra kanak-kanak yang harganya murah tetapi selesa di Kuala Lumpur, inilah tempatnya.

Jangan risau, Hotel Olympic Malaysia ada junior family suite. Bilik itu siap ada rumah pondok, memang seronoklah anak-anak kecil yang tengah sedap membesar.

Hotel Mesra Kanak-kanak Paling Murah

Menurut pengalaman Ainie Sheema, masa check in dia try order kat Cafe, sumpah sedap dan berbaloi-baloi. Harga pun murah!

Surrounding area memang tak ada apa, no convinience store

mahu pun restoran. Dead area kat sini. Online food platform boleh je order dari FP, GF atau SF. Sempat lah jalan-jalan cuci mata area Bukit Bintang.

Nak pusing satu kawasan segi tiga emas tu memang tak boleh lah dengan anak-anak kecil. Jadi bila dah ke Bukit Bintang tu, cari la kedai serbaneka dan beli ‘cikedis’ bawa balik hotel.

Pusing-pusing Bukit Bintang 2 jam, lepas itu balik. Rugi lah bayar hotel tapi tak duduk lama-lama.

Breakfast, decent menu. Tak banyak pilihan mana sangat pun. Okaylah untuk makan pagi. Overall puas hati lah.

Penuh Dekorasi Menarik

Yang cantik ini adalah laluan parking di situ. Kreatif, bukan?

Overall, puas hati untuk short staycation. Kalau yang dah biasa duduk hotel mahal, jangan expect experience akan sama OK. Ini hotel 3 bintang ya. Mana-mana ada kekurangan, anda tutup sebelah mata saja lah. Apa yang penting bilik selesa dan anak-anak gembira.

Tetapi untuk breakfast kena pergi awal. Kami turun pukul 10am. Sudah banyak makanan habis, selepas itu tak ada refill. Breakfast biasa je, tak banyak variety. Tapi makanannya sedap.

Untuk orang luar dari Kuala Lumpur, berbaloi stay di sini. Dekat nak jalan-jalan guna public transport.

Tempat OOTD Banyak Cantik

Dalam hotel ini, view dia sangat cantik. Banyak tempat kalau nak ambik gambar kalau anda jenis uka ootd. Makanannya sedap dan murah.

Cafe pun, cantik sangat. Tapi anak-anak gembira sebab dapat katil yang ala rumah comel. Toilet bersih, jangan risau.

Haa… jadi bagi anda yang plan nak bawa anak-anak bercuti sekitar Kuala Lumpur, boleh lah booking Hotel Olympic ini. Memang mesra kanak-kanak!

Oleh
Nadia