Hotel Di Phuket Tengah Murah Sebab Pelancong Kurang. Berita Baik Ni!

Share

Ada yang tengah mencari-cari percutian penutup untuk hujung tahun 2019 ini? Kami cadangkan untuk anda membuat tempahan percutian ke Phuket segera. Harga penginapan dan kos penerbangan ke Phuket dikatakan lebih jimat dan murah.

Dari semakan kami di beberapa laman sesawang tempahan penginapan di Phuket dan juga syarikat penerbangan memang harga kini agak rendah. Ayuh! Ini memang peluang terbaik untuk merancang percutian.

Hotel di Phuket, pulau pelancongan popular Thailand terpaksa mengurangkan harga kerana banyak bilik kosong manakala pantai lengang akibat kekurangan pelancongan dari China yang terjejas dengan perang dagang dengan Amerika Syarikat serta kenaikan nilai mata wang baht.

Menurut perangkaan kerajaan, 2.2 juta pelancong China mengunjungi Thailand pada 2018, namun antara Januari hingga September lalu, jumlahnya berkurang kepada tidak sampai dua juta orang. Nilai baht meningkat 10 peratus berbanding yuan tahun ini dan kejadian bot karam di Phuket menyebabkan 47 pelancong China maut juga memberi kesan.

Konsul kehormat Perancis di Phuket, Claude de Crissey, yang memiliki 40 bilik penginapan di Pantai Patong berkata, pihaknya terpaksa mengurangkan harga bilik sehingga 50 peratus akibat kekurangan pelancong. Masalah itu bukan hanya di Phuket, malah turut membabitkan hotel di Pattaya dan Koh Samui.

Sumber: hmetro | The Phuket News

Oleh
Husna