Homestay Unik Di Zen Retreat Waterfall Villa, Ada Pool & Air Terjun Dalam Rumah

Share

Bila sebut pasal cuti, antara perkara yang ibu ayah fikirkan ialah adanya kolam renang untuk anak-anak mandi manda untuk setiap hotel, resort atau homestay yang dipilih.

Bagi yang tak nak bersesak-sesak mandi di kolam renang terbuka khususnya di hotel, bolehlah buat pilihan bercuti di homestay yang menawarkan banyak kemudahan termasuklah kolam renang.

Antara homestay yang menarik boleh dicuba ialah Zen Retreat Waterfall Villa yang terletak di Taiping, Perak.

Bukan saja tempatnya menarik tapi apa yang bestnya, kolam mandinya terletak dalam rumah yang mana korang semua boleh mandi sepuas-puasnya. Ia juga dilengkapi semua kemudahan termasuk memasak.








Bertemakan konsep minimalis untuk rekaan villa ini, ia menawarkan 4 bilik tidur di mana di satu di bahagian bawah sementara tiga lagi di atas dan kesemuanya dilengkapi penghawa dingin. Kalau datang ramai-ramai, boleh muatkan antara 14-15 orang ya. Jadi memang happeningla malam-malam.

Untuk kolam renang sedalam 3 kaki ini, ia terletak di ruang tamu di mana ibu ayah boleh memantau anak-anak mandi. Jangan risau dengan isu keselamatan kerana di sekeliling kolam renang ini ia dilengkapi panel gelas lutsinar. Bukan saja kolam ini menjadi daya tarikannya tapi bunyian air terjun juga turut mendamaikan (namun bunyi pamnya agak bising kalau dibuka pada tengah malam ya).








Berapa harga Zen Retreat Waterfall Villa ini?

Sewaannya adalah RM550 untuk 2 hari 1 malam dan kalau deal terus dengan owner dapat murah sikit katanya.

Paling best, kalau menginap di sini, ada banyak aktiviti boleh dibuat. Antaranya ia agak dekat dengan Zoo Taiping, Taman Tasik Taiping Trong Leisure Farm (taman itik) dan Kuala Sepetang). Jadi banyak aktiviti korang boleh buat ya selain jalan-jalan di sekitar homestay nie.

Paling menarik, rumah ini asalnya adalah milik penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah. Hah, bestkan.

Oleh
almaswa Haji Che Ros