Homestay Ujung Bukit Perlis, Penginapan Ideal Untuk Korang Yang Suka View Sawah Padi

Share

Bayangkan anda berada di sebuah rumah di tengah sawah padi yang menghijau sambil dibelai oleh tiupan angin sepoi-sepoi bahasa yang cukup mendamaikan jiwa.

Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh mencuba hidangkan menu ala kampung sebenar seperti nasi panas, ikan puyu pekasam, ikan bakar bersama air asam dan juga ulam-ulaman segar setiap kali waktu makan. Sambil bersantap di bawah pohon-pohon merimbun sambil melihat sawah padi yang terbentang luas dan dihiburkan pula dengan kicauan unggas. Sesekali kedengaran pula bunyi cengkerik dan riang-riang.

Pemandangan yang mengasyikkan dan kedamaian yang menanti anda ini bukan khayalan, sebaliknya boleh dinikmati jika anda menginap di Homestay Ujung Bukit, nun di utara semenanjung Malaysia iaitu negeri Perlis.

Bagi yang gemarkan aktiviti pertanian atau ingin merasai bagaimana kehidupan petani di kampung, anda berpeluang menikmatinya di sini dengan melihat kehidupan seharian masyarakat kampung seperti menjalankan aktiviti pertanian, menangkap ikan bahkan memasak masakan tradisional. Ada beberapa aktiviti menarik yang bileh dilakukan di sini seperti memancing ikan atau boleh memilih untuk berjalan kaki dan menggunakan basikal untuk mengelilingi kawasan kampung dan melawat sawah padi. Jangan lupa untuk mengambil gambar disekitar sawah padi yang menghijau!

   

Homestay Kampung Ujung Bukit
Jalan Kurong Batang,
01000 Kangar, Perlis
Hubungi: En. Ed (012-448 6305) / Puan Faezah (017-5986504)

Foto: FB Ujong Bukit Homestay & Kampung Stay Kangar Perlis-page rasmi

Oleh
Husna