
Isi Kandungan
ToggleCukup tenang melihat suasana homestay serba putih ini, The White Cottage yang dihias cantik dengan perabot satu warna.
Sesuai untuk anda rehatkan minda dari kesibukkan kota, tempat ini hanya 30 minit dari Kuala Lumpur.
Istimewanya The White Cottage
Design aesthetic bertemakan putih memang cantik sangat. Ada ruang boleh memuatkan 100 orang di sini. Sesuai juga dijadikan space event.
Ruang masuk depan pintu pun cukup menenangkan bagi siapa sahaja yang memandang, dikepit dua pokok ketapang yang membantu menaikkan lagi seri rumahnya.
Owh ya, kat sini banyak juga aktiviti boleh buat. Jadi pasti tak bosan kalau anda bawa diri ke sini. Ini antara yang best:
1. Rileks mandi dalam private pool
2. Main celup-celup kaki kat sungai
3. Jungle tracking
4. Menaiki sampan transparent, romantik sangat
5. Berkelah
6. Berbasikal
7. Extreme ATV
8. BBQ
Apa yang menarik lagi, homestay ini dikelilingi oleh sungai, air terjun dan hutan hijau.
Ruang Bilik Yang Selesa Dan Cantik
Untuk tempat tidur, ada 2 bilik dan 6 katil. Jadi sesuai untuk staycation kira boleh muat sekitar 8 orang. Lokasi di Malaysia tetapi feeling macam bercuti luar kota.
Ada laman dan beranda untuk andai santai-santai berehat dan ootd di situ. Cuba lihat suasana ini sahaja, pasti rasa cukup!
Ruang tamu dan dapur juga menggunakan konsep putih dan ala Inggeris.
Hah, apa lagi, cepat-cepat lah plan dan booking di sini. Baru best nak tenangkan emosi bersama kesayangan atau sahabat rapat. Terus tuju ke Rawang, okay!
Kredit gambar: Izramzam Azahar
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Ada Yang Masuk Hutan Aokigahara Ni Jarang Ada Yang Keluar Balik

Di negara matahari terbit terdapat sebuah hutan paling seram dan dikatakan paling berhantu di Jepun iaitu Hutan Aokigahara. Lebih dikenali sebagai ‘hutan bunuh diri’, Hutan Aokigahara muncul sebagai lokasi paling ‘panas’ dan popular di dunia sebagai tempat untuk menamatkan riwayat hidup.
Dalam persekitaran yang menyeramkan terletak di bawah berhampiran Gunung Fuji iaitu gunung tertinggi di Jepun, lokasi ini lebih dikenali sebagai kawasan membunuh diri yang popular di dunia. Sedangkan banyak tarikan lokasi menarik yang ada di Aokigahara seperti Gua Ais dan Gua Angin yang menjadi tarikan utama pelancong, namun kurang dikenali.
Sejarah hutan itu agak menyeramkan kerana dianggap sebagai tempat tinggal ‘yurei’ iaitu sejumlah hantu dalam mitologi Jepun. Banyak cerita dongeng lain yang diperkatakan iaitu berkaitan makhluk aneh, gergasi serta roh jahat di situ.
Hutan Aokigahara amat popular dalam kalangan rakyat Jepun yang putus asa dalam hidup dan membunuh diri di situ. Kebanyakan yang membunuh diri di situ adalah kaum lelaki. Dalam pada itu, wujud tradisi meninggalkan wanita tua di dalam hutan Aokigahara. Anak-anak akan mengendong ibu mereka yang telah tua masuk ke dalam hutan itu dan meninggalkan mereka tanpa dibekalkan makanan, selimut dan akhirnya dibiarkan mati begitu sahaja. Namun begitu, kisah itu dikatakan tidak benar dan sekadar cerita rakyat yang diwarisi anak cucu sehingga hari ini.
Bahkan ada yang mendokumentasikan dan memfilemkan kejadian yang berlaku di hutan itu. Jika pernah menonton di YouTube ada sesetengah kumpulan yang masuk ke hutan itu dan kemudian ketakutan dan lari keluar meninggalkan hutan.
Memandangkan kes membunuh diri semakin meningkat di hutan itu sejak kebelakangan ini, papan tanda melarang perbuatan membunuh diri telah dipacak di penghujung beberapa denai di hutan tersebut.
Rakyat Malaysia ada yang dah pernah sampai hutan ini untuk melawat dan ‘mencari’ apa ada di dalamnya. Bukan masuk siang hari sahaja, brother ni siap datang malam-malam. Korang boleh google pasal dia yang ke Hutan Aokigahara ini baru-baru ini.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Trip Acik-acik Backpacking Ke Ipoh, Naik ETS, Jalan-jalan Concubine Lane & Makan Kat Kafe Hipster. Enjoy Sangat!

Ipoh merupakan destinasi percutian pendek yang menjadi pilihan ramai. Banyak tempat menarik untuk dilawati di sana dan sesuai dengan semua peringkat umur.
Selain tarikan pelbagai tempat menarik untuk dilawati, Ipoh juga terkenal dengan banyak kafe dan tempat makan hipster untuk anda kunjungi. Tak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur, ramai yang memilih untuk menaiki ETS ke Ipoh seperti juga NZDiana Nazar dan rakan-rakan yang berkesempatan membuat short trip ke Ipoh baru-baru ini.
Tiga jam perjalanan tak terasa dek kerana seronok dapat bercuti bersama. Sempat terjah ke kafe yang ada di dalam ETS, mereka bersarapan dan menikmati hidangan yang dijual bersama-sama.
Menurut wanita ini sebaik sahaja sampai ke Ipoh, mereka semua berasa teruja dan tak sabar untuk meneruskan percutian mereka. Cuaca pula sangat baik untuk percutian backpacking mereka.
Semuanya enjoy dan menikmati percutian singkat dengan gembira. Memang fun kalau baca perkongsian yang dibuat. Nak tahu apa yang sempat mereka jelajah dalam trip 2 hari 1 malam ke Ipoh ini, jom ikuti perkongsian yang dibuat:
Trip Acik-acik Backpacking Ke Ipoh
Assalamualaikum kawan-kawan ❤️
Kalini kisah acik-acik backpacking ke Ipoh! Kenapa Ipoh? Sebab nak merasa naik ETS ramai-ramai dan masa perjalanan tak lama sangat, 3 jam jee..
Ok lah kan, tak boring sangat😆
Dah nama pon trip acik-acik, so pesertanya semua wanita, yang penting kena dapat keiizinan Imam dulu, baru lah kita boleh huray huray bergembira! Ha ha ha ha(baca dengan nada menyanyi).
Perjalanan bermula di KL Sentral, ticket ETS 8.45 pagi(kena ada setengah jam sebelum train bergerak). Dekat ticket dah boleh check, gerabak mana yang patut dituju, kami ditempatkan di gerabak A. Apa yang kami buat 3 jam dalam train? Of course yang pertama sekali, pergi terjah cafe dia, menu yang ada masa tu, keropok lekor, sandwich, nasi lemak rendang ayam, lasagna, nasi dagang, air panas-kopi, teh tarik, milo, air mineral. Boleh tahan jugak lah rasa dia, bila perut lapar kan, semua sedap hehehe. Lepas makan, sambung lah sembang-sembang, amek gambar, sedar-sedar dah sampai.
Jejak je kaki ke luar station KTM, nampak dataran yang ada tulis perkataan IPOH. Masa tu cuaca cantik, kawasan tenang, bersih dan teratur. Kami teruskan berjalan kaki menuju ke Concubine Lane. Tak jauh sangat, lebih kurang 8-9 minit macamtu dah sampai. Disebabkan sampai time lunch, maka kami cari port makan dulu, semua sepakat nak makan di Plan B😊.
Di plan B ni, decoration dia mcm ala ala industrial and modern concpet, food banyak variety, portion pon ok, ada indoor (aircond) dan outdoor. Lepas dah isi perut,kami pon teruskan perjalanan. Sepanjang Concubine Lane ni mcm2 benda kita dapat lihat, termasuk pelbagai jenis makanan yang cantik dan cute.
Konsep dia mcm jalan di sepanjang kedai yang ada kiri dan kanan. Tengok kiri pon cantik, tengok kanan pon cantik. Contoh mcm ais kepal yang warna warni, pastu ada gerai jual jelly viral~ rain drop jelly tu,pastu ada strawbery coklat, pendek kata, siapa lapar lalu situ, habis semua nak belii hehehehe percaya lahh..!
Kami jalan sepanjang Cocubine Lane tu dua kali, sekali pandang hala kanan, sekali lagi pandang hala kiri😆Lepas tu ada sorang acik nak masuk Cafe Harry Porter(acik2 BBNU, mcmtu lah🤣). Special nya cafe ni ada jual Butter Cream Soda Float, tak payah pergi kat UK, cuma kalau kat UK dia tulis Butter Beer. Oh ada beli kek jugak, then lepak2 lagi(what do u expect?) sambil bergambar.
Dah rasa penat dan kenyang, waktu pon dah 2 petang, kami ambil grab terus ke Sojourn Guest House(Boutique Hotel). Wowwwwweee aroma wangian hotel ni sesuai sangat dengan kami, rasa macam dilayan bak puteri! Dekat hotel, nothing much activiti, selesaikan tanggungjawab,rehatkan kaki, then petang keluar lagi untuk dinner, ke Konda Kondi cafe.
Cafe ni terletak tepi simpang, konsep menu lebih kepada western food. Food puas hati, service pon ok, kira ok lah kan. Lepas tu kami jalan2 ke depan sikit sekitar kawasan tersebut and ada pasar malam.Tak shopping apa pon, just jalan santai2 sambil cuci2 mata. Lepas dah penat, kami amek grab lagi pulang ke hotel.
Disebab kan hotel ni waktu checkout awal iaitu pukul 11 pagi, kami decide nak grab je breakfast makan dalam bilik. Boleh tahan sedap, ada yang nak makan nasi lemak, ada yang pilih lempeng kelapa dgn sambal tumis, kena pulak dengan kopi panas,memang paduu!
Dah tiba masa checkout dalam pukul 11pagi,kami grab lagi ke Canning DimSum.
Ok, pengakuan Ikhlas ya, kedai ni DimSum paling sedap sis pernah makan! Isi dumpling banyak, sos dipping sedap, harga berpatutan sgt! Siapa minat dimsum, pergilah makan kat sini, 7.30 pagi dah buka ya!!
Lepas isi perut, kami amek grab lagi, ke Concubine Lane semula. Kali ni, ‘last kopek’ shopping sourvenier sebelum balik KL. Hehe. Train balik ke KL pukul 3.30petang,jadi kami pon jalan santai2 menuju ke Station KTM Ipoh. Dalam perjalanan tu, terjumpa masjid, kami berhenti solat dan berehat dalam masjid tersebut.
Bila masing2 dah fresh, dalam 2.30petang kami jalan terus ke KTM station. Masa dalam perjalanan pulang, hujan lebat membasahi bumi.Alhamdulillah 6.30petang selamat sampai KL Sentral, maka berpisahlah kami menuju haluan masing2😘
Cara kami mungkin tak se’aggresive’ orang muda berbackpacking, tapi dapat lah capai matlamat acik acik nak jalan2 dan makan2 di Ipoh!
We had so much fun!
Hargai setiap memori tercipta,
Tanda kasih sayang Yang Maha Esa🌼
Sekian🌷
Kredit: Diary of Diansufi
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gunung Raya Tu Dulu Lokasi Pertapaan Pahlawan Langkawi Mat Raya Lepas Bergaduh Dengan Mat Cincang

Isi Kandungan
ToggleTitik tertinggi di Langkawi ialah puncak Gunung Raya yang mempunyai ketinggian 881m paras laut. Masih ramai yang tidak mengetahui bahawa Gunung Raya merupakan destinasi yang perlu dikunjungi jika berada di Langkawi. Dari puncak Gunung Raya, pengunjung dapat melihat keseluruhan tanah Langkawi pada sudut 360 darjah.
Tidak perlu risau jika anda tidak larat untuk mendaki, anda juga berpeluang berada pada puncak dengan menggunakan kenderaan persendirian sahaja. Masa yang diperlukan hanya lebih kurang 25 minit pendakian ke puncak menggunakan kereta atau van.
Pelbagai sejarah dan legenda berasal dari Gunung Raya. Kayu rangka binaan Balai Besar di Alor Setar dikatakan banyak yang diambil dari hutan Gunung Raya. Hutan ini juga menjadi puncak rezeki kepada penduduk tempatan. Ada yang datang ke hutan ini untuk mengutip kayu candan, kayu ramuan minyak wangi yang mahal hargaanya. Ada juga yang datang untuk mencari rotan dan manisan lebah.
Nelayan Pulau Langkawi pula menjadikan Gunung Raya sebagai pedoman arah untuk balik ke pengkalan setelah keluar mencari rezeki di laut. Di samping itu, kebanyakan sungai di Pulau Langkawi bermula dari Gunung Raya. Antara sungai yang hulunya terletak di Gunung Raya itu ialah Sungai Hulu Melaka, Sungai Kisap, Sungai Kilim, Sungai Batu Asah dan Sungai Korok. Air dari sungai-sungai ini sering dikaitkan dengan perjodohan gadis di Langkawi. Apabila seseorang teruna berkahwin dengan gadis Langkawi, teruna itu dikatakan sudah terminum air Gunung Raya.
Mitos Gunung Raya
Gunung raya mendapat namanya lanjutan satu peristiwa yang dikatakan mitos berlaku beratus-ratus tahun dahulu. Pada masa itu, terdapat dua orang pahlawan di Langkawi, iaitu pahlawan Mat Raya dan pahlawan Mat Cincang. Mereka sama tangkas dan sama handal. Masing-masing pahlawan ini mempunyai seorang anak yang sudah remaja. Anak Mat Cincang perempuan manakala anak Mat Raya lelaki. Mereka saling jatuh cinta apabila sudah meningkat dewasa. Perhubungan mereka mendapat restu kedua-dua orang tua mereka.
Seterusnya, perkahwinan mereka juga turut dipersetujui. Walau bagaimanapun, pada hari perkahwinan itu Mat Cincang dan Mat Raya telah berselisih faham. Kedua-duanya tidak mahu mengaku kalah. Masing-masing mengaku dirinya lebih hebat. Apabila kedua-dua pahlawan itu tidak dapat membendung perasaan mereka, berlakulah satu pergaduhan yang besar. Mat Cincang dan Mat Raya sudah tidak menghiraukan orang ramai yang sibuk menyiapakan hidangan untuk majlis perkahwinan itu.
Masing-masing ghairah untuk menewaskan lawannya. Semasa pergaduhan, mereka melanggar apa saja yang menyekat pergerakan mereka. Pinggan mangkuk dan belanga habis pecah bertaburan. Ada belanga yang terpelanting jauh dari situ. Tempat itu kini disebut Belanga Pecah. Kuah gulai pula tumpah dan mengalir ke satu tempat lain. Tempat itulah yang menjadi Pekan Kuah.
Dalam pergaduhan itu tidak ada yang menang. Maka oleh kerana malu kepada orang ramai dan anak-anak mereka, akhirnya kedua-dua pahlawan itu lari untuk bertapa di dua buah gua yang berasingan. Mereka mati di sana. Mayat mereka masih belum dijumpai. Gunung pertapaan Mat Raya disebut Gunung Raya.
Menarik Di Gunung Raya..

- Selain menikmati panorama indah Langkawi dari Gunung Raya, pengunjung boleh mengambil peluang melakukan pelbagai aktiviti seperti melihat burung, jungle trekking dan nature walk. Dicadangkan untuk mengambil nature guide sebagai penunjuk arah.
- Suhu di puncak Gunung Raya sekitar 21 darjah celcius, maka sediakan pakaian yang sesuai untuk mengelakkan anda daripada kesejukan.
- Jika anda sukakan cabaran, uji diri anda mendaki Gunung Raya menggunakan trek Tangga Helang.
- Terdapat satu kawasan air terjun yang terkenal di Gunung Raya iaitu Air Terjun Durian Perangin.
- Spesies burung helang, enggang dan cicak gekho terdapat banyak di kawasan ini.
- Di puncak Gunung Raya terbinanya Pusat Kawalan Sistem Satelit Asia Timur Malaysia (MEASAT) yang mengawal perjalanan satelit MEASAT 1 dan MEASAT 2 yang sentiasa berputar 35,000km di orbit.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI