Jika anda mempunyai pengalaman menyelam, pasti aktiviti itu dirindui saban minggu. Kehidupan di bawah laut menyajikan seribu satu peluang menikmati dasar laut yang dipenuhi batu karang berwarna-warni dan pelbagai spesies hidupan marin sememangnya cukup menghiburkan pancaindera. Untuk individu yang bergelar ‘diver’ keindahan seperti itu adalah pencetus keseronokan dan kadangkala menjadi satu ‘ketagihan’.
Sumber Foto: pexels.com
Lebih menyeronokkan jika aktiviti selaman ini dapat dilakukan bersama orang tersayang atau pasangan sehidup semati. Kelainannya lebih terasa dan ikatan kasih sayang dibina pasti lebih akrab kerana terisi dengan aktiviti menyeronokkan dilakukan bersama. Nak tahu apa kelebihan dan untungnya mempunyai pasangan seorang penyelam skuba?
Sumber Foto: tripsavvy
Betapa hebatnya mempunyai pasangan seorang penyelam, kerana mereka bukan sahaja memahami semua ungkapan pasangan di darat sahaja malah di dasar lautan. Seorang penyelam skuba memang sudah diajar isyarat tertentu yang perlu digunakan ketika berada di dasar laut, maka komunikasi itu memberi peluang untuk anda berdua berinteraksi antara satu sama lain bukan seperti kebiasaannya. Ia lebih menyeronokkan tau!
Sumber Foto: pexels.com
Pasangan mana yang tidak peka dan sentiasa risaukan akan keselamatan orang yang mereka sayang betul tak? Jika pasangan anda merupakan seorang penyelam skuba tidak kira samada amatur atau profesional anda memang bertuah! Bukan apa, anda tidak perlu lagi risau tentang tahap keselamatan anda ketika berada di dasar laut kerana ia lebih terjamin jika mempunyai ‘buddy’ yang memang mempunyai hubungan dengan anda. Oleh itu anda tidak akan terkapai-kapai keseorangan kerana sentiasa dalam pemerhatian si cinta hati.
Sumber Foto: padi.com
Sebelum atau selepas melakukan aktiviti selam skuba, setiap individu perlu memainkan peranan seperti memeriksa setiap peralatan menyelam. Jika anda adalah penyelam wanita, tugas itu kadangkala agak mencabar kerana perlu mengangkat beberapa beban yang berat. Jika mempunyai pasangan yang sama-sama melakukan aktiviti ini pasti meringankan sedikit tanggungjawab ini. Mungkin anda berdua boleh membahagikan tugas agar lebih melicinkan segala urusan. Contohnya pasangan lelaki boleh menguruskan kesemua peralatan menyelam, pasangan wanita pula boleh membantu membersihkan wetsuit atau kelengkapan kamera underwater
.Sumber Foto: pexels.com
Apabila berbual dengan orang bukan penyelam, anda perlu berhenti sejenak dan memikirkan ayat atau perkataan sesuai untuk menerangkan istilah-istilah yang sering digunakan dalam dunia selaman. Tetapi jika kekasih hati anda memang seorang penyelam, nah..perbualan anda berdua pasti akan lancar. Bukan setakat itu sahaja, anda berdua tidak akan kekurangan idea untuk bersembang atau berbual. Seperti yang sedia maklum, kalau ingin hubungan yang bertahan lama, komunikasi yang berterusan adalah sangat penting.
Sumber Foto: pexels.com
Sesetengah pasangan sering bergaduh saat memilih lokasi percutian. Ada yang suka percutian bukit tinggi, tetapi pasangan tidak menyukai. Bagi pasangan bergelar penyelam skuba, pasti lokasi pulau atau pantai menjadi pilihan utama di hati. Oleh itu, setiap kali percutian anda tidak perlu risau dan pening kepala lagi untuk memuaskan hati pasangan tercinta. Apa yang penting hanya sediakan ‘ongkosnya’ sahaja.
Sumber Foto: pexels.com
Melakukan aktiviti selam skuba, memerlukan anda dan pasangan ke destinasi seperti pulau atau pantai. Tahukah anda, pulau dan pantai merupakan pilihan utama untuk mereka yang ingin berbulan madu atau menghabiskan masa bersama yang tersayang? Oleh itu, selepas membuat selaman bersama pasangan di dasar lautan, naik ke darat dan cipta beberapa aktiviti tambahan yang akan dikenang seumur hidup. Antaranya anda berdua boleh duduk berpelukan sambil melihat matahari terbenam, berjalan berpegang tangan di pesisiran pantai atau baring melihat bintang ketika waktu malam.
Menarik bukan? Cepat-cepatlah jadikan pasangan anda seorang penyelam skuba. Jika masih belum memiliki lesen selam skuba, anda boleh dapatkan segera di mana-mana sahaja pusat menyelam yang menawarkan promosi menyelam dengan harga yang berpatutan.
Sumber Featured Image: couples.com